You are on page 1of 3

Nur A’liah binti Annuar

080606040094

SMK TINGGI PEREMPUAN MELAKA/meb2092

Pemulihan Ekosistem

Pada era globalisasi kini, bumi kita semakin tenat akibat daripada tindakan penghuninya
sendiri yang mecemarkan alam sekitar. Sudah menjadi biasa apabila kita mendengar berita
tentang pencemaran ekosistem yang berlaku. Hari-hari kita melihat pelbagai bencana alam
yang berlaku di beberapa negara, hal ini juga berpunca daripada pencemaran alam sekitar.
Banjir adalah suatu bencana yang paling biasa berlaku di negara kita, Manakala gempa
bumi, tsunami, angin taufan, dan bencana alam yang lain berlaku ada hubungkait dengan
aktiviti manusia sendiri yang mncemarkan dan merosakkan alam sekitar ini. Lain daripada
itu, Isu bencana alam dan pencemaran alam sekitar sudah menjadi tajuk utama bagi berita
pada masa kini dan makin bertambah hari, makin bertambah serius tentang isu ini.

Antaranya, Isu pembalakkan haram dan tidak terkawal yang telah menyebabkan
berlakunya tanah runtuh dan banjir di sesetengah tempat. Seperti yang kita disedia
maklumkan bahawa bencana banjir ini sudah menjadi kelihatan biasa bagi masyarakat di
negara kita ini oleh kerana apabila hujan turun dengan lebat berkemungkinan akan
berlakunya banjir. Apabila pembalakkan secara tidak terkawal berlaku dan dalam masa yang
sama sewaktu hujan lebat penghakisan tanah akan berlaku, lalu larian air dengan laju ke
tanah rendah atau sungai tidak dapat disekat oleh akar akan menyebabkan banjir. Akar
yang berfungsi untuk menyerap air secara semula jadi ke dalam akar dan juga berfungsi
untuk mengelakkan air daripada berkumpul di tanah rendah, jadinya apabila ketiadaan akar
air akan menurun laju menuju ke tanah rendah atau sungai dan boleh mengakibatkan banjir
akan berlaku. Oleh kerana itu, kita haruslah menguatkuasakan undang-undang agar isu
pembalakkan haram dan secara tidak terkawal ini ada penghujungnya. Apabila undang-
undang dikuatkuasakan secara tidak langsung kita dapat menghindari isu pembalakkan
haram dan pembalakkan secara tidak terkawal ini daripada menjadi kebiasaan.

Selain itu, pemanasan global telah membuatkan peningkatan suhu di atmosfera


berpanjangan. Pemanasan global berpunca daripada kesan rumah hijau yang melibatkan gas
karbon dioksida yang banyak telah naik ke atmosfera, karbon dioksida ini terhasil daripada
asap kereta, asap kilang perindustrian, asap pembakaran terbuka dan sebagainya. Hal ini
telah mewujudkan peningkatan suhu yang tinggi berbanding suhu biasa, dan juga
berlakunya kemarau yang berpanjangan. Bahkan pemanasan global boleh berlakunya
pembakaran hutan apabila pelepasan karbon dioksida yang berlebihan di udara dan
mengakibat suhu meningkat tinggi. Dari sudut lain aktiviti pertanian juga boleh
membuatkan pemanasan global berlaku apabila menggunakan racun serangga dan baja
kimia secara berlebihan yang mengeluarkan banyak gas rumah hijau terutamnya gas metana
Perkara ini boleh di atasi dengan cara kita perlulah menggunakan kenderaan yang bermotor
ini secara berkongsi agar kita dapat kurangkan asap kenderan menjadi banyak di udara, di
samping itu pembakaran terbuka juga hendaklah dikurangkan bagi mengatasi karbon
dioksida berkumpul di udara. Tidak dilupakan juga kita hendaklah menggunakan peracun
serangga dan baja yang terkandung bahan kimia di dalamnya secara terkawal agar kita
dapat mengurangkan keluaran gas metana dari menggunanya.

Seterusnya, biodiversiti juga perlu dijaga agar keseimbangan alam terjadi. Akhir-akhir ini
banyak pencemaran yang berlaku telah menyebabkan biodiversiti kita tercemar, antaranya
seperti pembuangan sampah seperti plastik sampah yang dibuang merata-rata seperti di
laut atau pun sungai sudah pun menjadi kebiasaan bagi segelintir masyarakat. Hal ini telah
mengakibatkan haiwan seperti penyu telah tercekik dan mati akibat daripada memakan
sampah yang dianggap olehnya adalah makanan walhal yang sebenar adalah sampah. Kini
dasar laut yang cantik dan kawasannya rata-rata telah dipenuhi dengan sampah. Selain
daripada penyu, haiwan yang bernama ikan paus juga pernah mati akibat daripada tertelan
plastik sampah yang dibuang oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Kita sebagai manusia
perlulah menjaga kebersihan laut dan ekosistem kita agar generasi dimasa hadapan dapat
menerokai nya juga. Kita juga perlulah memupuk budaya membuang sampah ke dalam
tong sampah yang di sediakan, supaya kita dapat mengekalkan kebersihan alam sekitar kita
yang indah ini.

Disamping itu, pada masa kini di segelintir kawasan perumahan kita biasa melihat tempat
pembuangan sampah pada masa kini ditimbuni dengan sampah dan akibatnya boleh
mewujudkan penularan wabak penyakit yang disebarkan oleh haiwan seperti tikus, lalat,
lipas dan sebagainya. Disebabkan wabak penyakit disebarkan oleh haiwan maka tercetusnya
penyakit seperti penyakit taun, demam denggi, malaria, zika dan rotavirus, penyakit-
penyakit ini terkadang boleh membawa maut juga. Selain membawa wabak penyakit,
tempat pembuangan yang ditimbuni dengan sampah yang banyak boleh menyebabkan
berlakunya pencemaran bau. Pencemaran bau ini boleh menggangu kehiudpan seharian
masyarakat, dimana proses pernafasan kita akan terganggu apabila adanya pencemaran bau
sebagai contohnya adalah bau busuk. Kawasan perumahan mengalami pencemaran air juga
yang berpunca daripada cara pengurusan sisa domestik yang tidak betul, seperti pembuang
sisa toksik iaitu minyak ke dalam sinki akan membuatkan sumber air kita iaitu sungai
menjadi tercemar. Pada dasarnya kita hendaklah berkerjasama menjaga persekitaran
kawasan perumahan kita, agar kita tidak tercemar dengan pelbagai penyakit dan
pencemaran yang tidak kita inginkan. Tidak dilupakan juga kita perlulah bijak dalam
menguruskan sisa domestik agar ia tidak memberikan kesan buruk kepada alam sekitar kita.

Akhir sekali, pencemaran terma atau nama lainnya adalah pencemaran haba, pencemaran
ini adalah pencemaran yang masyarakat kurang tahu, kerana pencemaran terma ini ia tidak
selalu muncul di akhbar atau di berita. Pencemaran terma ini membuatkan suhu bumi
meningkat tinggi oleh kerana kemerosotan kualiti air dan juga udara yang menghilangkan
haba dengan terlalu cepat. Ia dihasilkan apabila air digunakan sebagai penghawa dingin di
kilang perindustrian dan loji kuasa, lalu apabila air tersebut dikembalikan ke persekitaran
semula jadi tetapi suhu nya akan menjadi lebih tinggi. Oleh disebabkan perubahan suhu ia
akan mengurangkan bekalan oksigen dan akan memberi kesan kepada komposisi ekosistem.
Pada akhirnya apabila loji kuasa mula ditutup untuk dibaiki dan sebagainya, ikan dan
organisma yang telah menyesuaikan diri dengan julat suhu tertentu boleh terbunuh pada
suhu air yang mendadak naik yang dikenali sebagai ‘kejutan haba’. Kesimpulannya, alam
sekitar sangat penting untuk dijaga kerana apabila diambil ringan tentang penjagaan alam
sekitar ia boleh membahayakan kesihatan manusia dan juga akan memberi ancaman
terhadap alam sekitar dan ekosistem. Bak kata peribahasa ‘hendak seribu daya, tak hendak
seribu upaya’.

(957 Patah Perkataan)

You might also like