You are on page 1of 2

TEMA: Kesedaran Alam Sekitar

TAJUK: Kesan-Kesan Pencemaran Alam Sekitar.

Kebelakangan ini, isu pencemaran alam kian hangat diperkatakan kerana kesannya yang
semakin ketara. Pencemaran alam boleh diertikan sebagai perbuatan mencemarkan kebersihan
alam sekeliling sehingga menjejaskan ekosistem di sesebuah kawasan. Malaysia sebagai
sebuah negara yang pesat membangun, tidak dapat lari daripada terkena tempias pencemaran
alam ini. Sikap kita selama ini yang memandang enteng terhadap isu pencemaran kerana
terlalu mengejar kemajuan akhirnya menghasilkan banyak kesan negatif kepada kehidupan di
negara ini.

Kesan utama pencemaran alam ialah cuaca negara kita menjadi semakin panas. Akibat
terlalu banyak karbon dibebaskan ke udara menjadikan lapisan ozon di atmosfera semakin
nipis. Ini menyebabkan bahang matahari terus terpancar ke bumi tanpa tapisan yang menjadi
punca utama kepada penyakit seperti kanser kulit. Kita juga terpaksa menanggung kos untuk
membayar bil elektrik yang tinggi kerana terpaksa memasang pendingin hawa dan kipas
sepanjang masa untuk mengelakkan kepanasan.

Selain itu, bencana alam juga semakin menjadi-jadi di negara ini. Kejadian seperti
banjir dan kepala air di kawasan kaki bukit seperti yang terjadi di Shah Alam, Selangor dan di
Baling, Kedah semakin kerap kedengaran. Kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa
tidak dapat dielakkan terutamanya kepada masyarakat yang terkesan dengan kejadian ini.
Perubahan cuaca yang tidak menentu sekarang turut memburukkan keadaan ini apabila
bencana alam yang berlaku secara tiba-tiba telah memberi kesan yang tidak tertanggung oleh
para mangsa yang tidak bersedia untuk menghadapi perkara ini.

Tambahan pula, bencana alam tersebut juga boleh menyumbang kepada masalah
kesihatan di kalangan penduduk. Penyakit demam, batuk, taun dan Covid-19 juga mudah
menyerang masyarakat. Kesannya penduduk terpaksa menanggung kos rawatan dan perubatan
untuk menyembuhkan penyakit mereka. Keadaan turut membebankan golongan yang
berpendapatan rendah.

Seterusnya, sampah-sarap yang terkumpul akan menjadi tempat pembiakan kuman bagi
pelbagai penyakit. Haiwan-haiwan seperti tikus, lipas dan lalat akan tertumpu di kawasan
tersebut dan menyebarkan kuman-kuman ke tempat-tempat lain. Makanan yang telah
dihinggapi lalat akan menyebabkan keracunan makanan dan boleh juga menyebabkan
kematian jika dibiarkan melarat.

Kesimpulannya, semua pihak haruslah menangani masalah pencemaran alam ini


sebelum terlambat. Setiap pihak haruslah memainkan peranan masing-masing dalam
memastikan alam sekitar ini terus terpelihara dan dapat diwarisi oleh generasi yang akan
datang. Seperti bak kata pepatah, “jangan sampai terhantuk baru tengadah”.

You might also like