You are on page 1of 8

Pencemaran udara merupakan masalah global

yang telah membawa banyak kesan negatif


kepada manusia dan alam sekitar . Huraikan
kesan negatif tersebut

PEMBENTANG KUMPULAN 5 : NINA , ALYAA , NAILI , HALIMAH


Pencemaran udara dikaitkan dengan bahan-bahan sintetik dan lain-lain pengotor
berbahaya yang meresap dan menjadi sebahagian udara. Bahan-bahan ini
kebanyakannya merupakan bahan buangan industri, asap ekzos kenderaan,
tindakan pembalakan dan sebagainya yang mengeluarkan zarah-zarah pepejal
dan gas yang terlepas ke dalam udara.Pembangunan yang pesat berlaku di
hampir setiap sudut sesebuah negara sehingga menyebabkan pencemaran
PENDAHULUAN

terhadap alam sekitar. Dalam dunia yang kaya dengan kajian sains dan teknologi,
kebanyakan manusia memilih untuk mengejar kekayaan daripada memelihara
satu-satunya alam yang kita boleh diami demi generasi masa hadapan.
Ketamakan dan kerakusan ini perlu dihentikan kerana pelbagai bencana alam
dan kejadian yang luar biasa telah berlaku serta meragut nyawa-nyawa yang
tidak berdosa. Oleh yang demikian, penting untuk kita jelaskan kesan-kesan
terhadap manusia dan alam sekitar akibat pencemaran udara agar perkara ini
dapat diubah dengan tindakan dan kesedaran daripada semua pihak.
Kesan utama pencemaran udara terhadap manusia adalah ke atas
kesihatan manusia. Kekurangan oksigen dan penipisan ozon
mengakibatkan penyakit pada saluran pernafasan, sakit dada dan sukar
untuk bernafas. Hal ini akan menyebabkan manusia menghidap
pelbagai penyakit berbahaya akibat menghidu udara yang tercemar.
Manusia lazimnya memerlukan udara yang bersih untuk hidup. Jika
udara yang dihidu tercemar, sistem pernafasannya akan menyerap
IDEA 1

pelbagai bahan pencemar ke dalam paru-paru. Hal ini akan


mengakibatkan proses penukaran karbon dioksida kepada oksigen tidak
dapat dilakukan dan darah akan mengalami kekurangan oksigen. Ini
seterusnya menyebabkan fungsi paru-paru terjejas dan sistem
pengaliran darah mengalami masalah. Ini mengakibatkan pelbagai
penyakit. Jelaslah bahawa kesan utama pencemaran udara terhadap
manusia adalah ke atas kesihatan manusia.
Bukan hanya masalah pernafasan, pendedahan kepada pencemaran udara dapat menganggu
penglihatan manusia . Hal ini dikatakan demikian kerana udara yang tercemar menyebabkan
kerengsaan mata mulai dari kerengsaan mata kecil hingga ketidakselesaan berterusan. Bahan
pencemar yang terdapat dalam udara yang tercemar dapat dibawa jarak jauh dan boleh
menyebabkan kesan buruk jangka panjang terhadap kesihatan manusia, termasuk kesihatan mata.
Apabila keadaan udara tidak baik , udara dan kawasan persekitaran diliputi dengan asap asap yang
mengandungi bahan yang berbahaya untuk manusia seperti asap jerebu. Mata juga merupakan
organ yang akan terjejas pada musim jerebu ini. Kehadiran partikel-partikel gas atau zarah akan
mengganggu mata kita, menjadikan mata berair dan akhirnya konjunktivitis akan berlaku. Secara
IDEA 2

keseluruhan, penyakit akibat kesan jerebu telah meningkat sebanyak 40% tahun ini dan negara kita
telah menjadi juara bagi kedudukan negara yang paling tercemar di dunia. Ringkasnya, komplikasi-
komplikasi jerebu amat membinasakan dan boleh memudaratkan kesihatan seseorang,
terutamanya pesakit yang mempunyai penyakit yang kronik. Jelaslah bahawa pencemaran udara
juga menganggu penglihatan manusia.
Kesan pencemaran udara kepada alam sekitar adalah
memberi kesan kepada tanaman. Tumbuh-tumbuhan
memerlukan udara dalam proses fotosintesis dan tumbesaran.
Jika udara mengandungi bahan pencemar, ini mengakibatkan
kekurangan karbon dioksida untuk proses penghasilan klorofil.
Ini mengakibatkan tumbuhan menguning dan mati. Tisu-tisu
IDEA 3

tumbuhan juga mengalami masalah dan akan reput akibat


tindak balas bahan pencemar yang terlekat pada pokok-pokok
dan tumbuhan. Tumbuh-tumbuhan akan terdedah kepada
pelbagai penyakit dan basil keluarannya akan terancam.
Jelaslah bahawa pencemaran udara juga memberi kesan
kepada tanaman.
Pencemaran udara juga memberi kesan kepada iklim global
dan setempat. Pelbagai bahan kimia buangan seperti sulfur
dioksida dan nitrogen dioksida akan larut dengan wap air dan
akan turun sebagai hujan asid. Hujan asid ini berbahaya
kerana is akan mengalir dan meresap ke dalam tanah dan
memusnahkan galian dalam tanah sehingga tanah menjadi
IDEA 4

tidak subur. Kehadiran bahan-bahan pencemar udara juga


akan menjejaskan keseimbangan ekologi dan ekosistem yang
memberi kesan menyeluruh kepada bumi. Jelaslah bahawa
pencemaran udara juga memberi kesan kepada iklim global
dan setempat.
Pencemaran udara juga memberi kesan ke atas atmosfera kita.
Bahan-bahan pencemar seperti CFC (kloroflora karbon) dikatakan
telah mengakibatkan lapisan ozon kita menjadi nipis dan bocor. Ini
kerana bahan-bahan tersebut bertindak balas dengan lapisan ozon
sehingga menguraikan oksigen yang membentuknya. Ini
mengakibatkan kandungan karbon dioksida dalam udara
meningkat serta memberi kesan rumah hijau dan kepanasan bumi
IDEA 5

akan meningkat. Penipisan lapisan ozon akan mengakibatkan sinar


ultra-ungu menembusi atmosfera tanpa lapisan dan menjejaskan
kesihatan manusia.Jelaslah bahawa pencemaran udara juga
memberi kesan ke atas atmosfera kita
Kesimpulannya, dapat dirumuskan bahawa dalam kehidupan
seharian, manusia sangat bergantung kepada udara dan amat sukar
untuk menyatakan bahawa keselamatan, kesihatan dan
kesejahteraan manusia tidak bergantung sepenuhnya kepada
kemampanan alam sekitar. Hal ini kerana alam sekitar yang mampan
mampu menawarkan suasana yang menjamin kesejahteraan
KESIMPULAN

kesihatan. Namun, kesan negatif akibat daripada proses


pembangunan yang semakin pesat telah menyebabkan pencemaran
alam sekitar khususnya udara yang mendatangkan kesan negatif yang
menggugat kesihatan manusia. Justeru, semua pihak perlu
menjalankan obligasi masing-masing dalam memastikan pencemaran
udara dibendung dan setiap tindakan kita tidak menyumbang kepada
untuk berlakunya pencemaran. Antara lain, setiap dari kita perlu
bersikap proaktif dan saling bantu-membantu untuk mengelakkan
episod pencemaran udara daripada berulang.

You might also like