You are on page 1of 11

Keburukan dan Kesan Tidak Menjaga Alam Sekitar

Kesan Pencemaran Alam Sekitar 1


Pencemaran alam sekitar telah memberi kesan
yang buruk terhadap hidupan di dunia pada masa kini.
Di antara kesan utama yang menimpa manusia akibat
daripada pencemaran alam sekitar ialah terhadap
udara, suhu persekitaran dan lain-lain. Pencemaran
pada hari ini semakin berterusan dari semasa ke
semasa. Sememangnya pencemaran alam sekitar
memberi kesan buruk.

Pencemaran
udara
memberi kesan yang sangat buruk terhadap tumbuhtumbuhan di dunia ini. Tumbuh-tumbuhan mengalami
kerosakan dengan tiga cara iaitu Nekrosis(Keguguran
daun), Klorosis (Pertukaran warna), dan perubahan
pertumbuhan. Barli, kapas, gandum dan epal adalah
antara tumbuhan yang mudah mengalami kerosakan
dengan bahan cemar sulfur dioksida. Selain itu, tomato,
kekacang, bayam dan kentang juga mengalami
kerosakan dengan adanya gas ozon di udara. Keadaan
ini menyebabkan bumi kekurangan sumber makanan
dan ekonomi sebahagian daripada penduduk di bumi
juga terganggu.

Seterusnya, bahan cemar juga menyebabkan


haiwan-haiwan terancam dan terbunuh. Haiwan
haiwan akan kehilangan habitat kerana bahan tercemar
telah
memusnahkan
tempat
tinggal
mereka
.Maka,haiwan - haiwan terbunuh dan spesis-spesis
yang istimewa juga akan menghadapi kepupusan.
Bahan-bahan tercemar seperti sulfur dioksida yang
terlepas ke udara oleh kenderaan akan menyebabkan
penghadaman makanan haiwan terjejas. Hal ini
menyebabkan haiwan-haiwan kehilangan nyawa kerana
bahan bahan toksid di udara ini telah diserap ke dalam
tubuh badan haiwan tersebut. Sebagai contohnya,
gajah,harimau,kuda-kuda,singa dan sebagainya.

Pencemaran udara juga menyebabkan penyusutan


lapisan ozon bumi yang melindungi hidupan di bumi ini
daripada sinaran terus matahari. Pembebasan gas
klorofluorocarbon atau CFC yang digunakan dalam alatalat penyembur, alat penyaman udara dan peti sejuk
menipiskan lapisan ozon ini. Ini menyebabkan lebih
banyak sinaran matahari yang sampai ke bumi.
Pendedahan secara terus kepada cahaya matahari

boleh menyebabkan kanser kulit yang amat berbahaya


kepada manusia dan juga hidupan lain. Pancaran
matahari yang terik juga menyebabkan berlakunya
pencairaan kepada ais-ais di bahagian kutub-kutub bumi
dan menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan
ekosistem di dunia pada masa kini.

Seterusnya,
pencemaran udara juga menyebabkan terbentuknya
Hujan asid yang disebabkan oleh penggabungan gasgas sulfur dioksida dan nitrogen oksida dengan air
hujan. Hal ini berlaku apabila gas-gas sulfur oksida
(SO2) dan oksida-oksida nitrogen (NOx) dilepaskan ke
udara dan bertindakbalas dengan wap air yang terdapat
di atmosfera dan seterusnya menjadi asid sulfurik dan
asid nitrik. Asid ini terkumpul di dalam awan dan awan
pula bergerak ke tempat- tempat lain dan membawa
asid-asid tersebut. Asid itu akan turun bersama-sama
dengan hujan dan menimpa hidupan yang terdapat di
dunia.Hal ini membunuh tumbuh-tumbuhan dan juga
hidupan air.Hal ini juga boleh menghakis pakaian, kertas
dan bahan binaan bangunan. Selain itu, asid tersebut
juga meresap ke dalam tanah dan menyebabkan kualiti
tanah berkurang dan menjadikannya tidak subur.

Selain itu,kesan yang paling ketara dan sedang


hangat diperkatakan oleh seluruh warga dunia pada
masa kini adalah kesan pemanasan global yang
disebabkan oleh kesan rumah hijau. Kenaikan suhu
bumi dan penipisan lapisan ozon menjadi punca kepada
pemanasan global ini yang dapat dirasakan oleh seluruh
penduduk bumi. Kenaikan suhu bumi disebabkan oleh
pembebasan gas-gas karbon dioksida yang terkumpul di
dalam udara. Gas karbon dioksida yang terlalu banyak
menyebabkan haba di bumi terperangkap dan akhirnya
suhu bumi meningkat , persekitaranya menjadi panas.
Penyusutan lapisan ozon juga adalah faktor utama
kejadian pemanasan global ini. Pemanasan global
menyebabkan keadaan bumi menjadi panas, ekosistem
terganggu, banjir berlaku secara kerap dan juga
berlakunya kejadian alam yang tidak normal.Sebagai
contohnya,kegiatan tsunami yang berlaku di Indonesia
telah banyak mengorbankan nyawa manusia dan harta
benda. Kebakaran hutan yang berlaku juga sedikit
sebanyak memberi kesan kepada suhu di bumi ini dan
juga menjejaskan kualiti udara.
Pencemaran bunyi terhadap dunia pada masa kini
termasuklah menggangu persekitaran dengan keadaan
bunyi yang bising sehingga tahap yang melampau.

Pencemaran bunyi akan menyebabkan keadaan


persekitaran sangat bising dan menjadikan kehidupan
manusia serta kehidupan lain terganggu. Haiwan juga
berasa takut dan ingin berhijrah ke habitat baru yang
lebih senyap dan nyaman. Hal ini akan menyebabkan
ketidakseimbangan ekosistem.

Pencemaran bunyi
menyebabkan kerosakan pada telinga manusia secara
serta-merta dan juga secara kronik. Sekiranya telinga
menerima bunyi yang kuat iaitu lebih daripada 120 dB,
selaput tympanum di dalam telinga akan pecah serta
kerosakan tulang kecil pada telinga dan ini
menyebabkan
kehilangan
pendengaran
kekal.
Pendedahan berpanjangan kepada bunyi kuat iaitu lebih
85 dB dalam masa 8 jam sehari, ia akan merosakkan
koklia dan menyebabkan pendengran menjadi tidak
berkualiti dan kemungkinan juga akan menjadi pekak
secara perlahan-lahan
Kesimpulannya,
pencemaran
alam
sekitar
memang memberi kesan buruk kepada seluruh alam
sekitar di bumi ini. Saya berharap pihak berwajib dapat

memantau supaya pencemaran ini dapat dikurangkan


supaya kehidupan di bumi ini lebih selesa.
YON SOK CHIN
205784

Kesan-kesan Pencemaran Tanah dan Air

Pencemaran tanah bermaksud perbuatan atau


bencana semula jadi yang berlaku kepada sesuatu
kawasan sehingga kawasan tersebut telah bertukar
warna , tidak subur atau berlakunya hakisan. Ia boleh di
bahagikan kepada dua jenis iaitu dalam bentuk cecair
atau pepejal. Kebanyakan bahan pencemar ini adalah
terdiri daripada organik atau kimia. Tahap pecemaran
adalah serius apabila sesuatu kawasan tanah telah
bertukar warna , tidak subur serta tumbuh-tumbuhan
dikawasan tersebut menjadi layu. Kebanyakkan tanah
yang tercemar adalah disebabkan oleh aktiviti-aktiviti
manusia
itu
sendiri.
Sebagai
contoh
ialah
perlombongan, penebangan hutan yang memyebabkan
aliran tanah dari darat ke laut, pembuangan sampahsarap, sisa toksik dan kumbahan yang tidak

terkawal,dan tumpahan minyak dan pembuangan sisa


nuklear ke dalam laut.
Sampah-sarap yang dibuang di kawasan-kawasan
lapang
akan
menjadi tempat pembiakan kuman penyakit. Tikus, lipas,
lalat
dan
haiwan-haiwan
perosak yang lain akan tertumpu di kawasan tersebut
dan menyebarkan kuman-kuman ke tempat-tempat lain.
Makanan yang dihinggapi lalat atau dimakan lipas ,jika
dimakan oleh manusia akan menyebabkan keracunan
makanan dan seterusnya diserang penyakit yang serius.
Sekiranya serius, akan membawa kematian kepada
manusia atau munculnya penyakit baru yang bahaya
seperti H1N1 dan SARS yang mudah berjangkit.
Satu lagi kesan pencemaran tanah ini adalah
hakisan. Hakisan tanah adalah salah satu fenomena
yang sangat sering berlaku di seluruh dunia. Ia bukan
sahaja merugikan dari sudut kewangan dan ekonomi
bahkan juga mengancam keselamatan dan nyawa
manusia, misalnya tanah runtuh dan juga gempa bumi.
Terdapat banyak negara-negara yang sedang diancam
hakisan tanah. Contohnya negara Jepun yang sering
berlaku gempa bumi akibatnya ramai manusia
kehilangan harta benda.. Antara aktiviti-aktiviti manusia
yang boleh menyebabkan hakisan adalah pembersihan
dan pembajakan serum bukit yang menyebabkan tiada
tumbuhan yang dapat menahan tanah daripada dialirkan
bersama-sama dengan air apabila hujan lebat. Selain
itu, pembinaan rumah-rumah di tengah bukit juga akan
menyebabkan tanah runtuh apabila berlaku hujan kilat.

Nyawa manusia yang tinggal di tengah-tengah bukit dan


di kaki bukit akan tergugat.
Kesan daripada pencemaran tanah ini kepada
dunia sangat ketara seperti pencemaran-pencemaran
lain juga. Ianya juga memberi kesan yang cukup buruk
terhadap kesihatan manusia dan hidupan-hidupan lain.
Pembuangan sampah-sarap, sisa toksik dan nulear
akan menjadikan kawasan tanah beracun dan tidak
sesuai untuk didiami oleh manusia dan haiwan. Contoh
letupan loji nuklear di Chernobyl, Russia. Kesannya
dapat dirasai sehingga ke Sweden, kerana 23 orang
telah dilaporkan mati akibat daripada kesan radioaktif
nuklear tersebut. Semua penduduk di sekitar tersebut
telah dipindahkan ke tempat lain.

Pencemaran air
berlaku apabila terdapat
perubahan dari segi kandungan, keadaan, warna dan
kualiti sehingga tidak sesuai untuk diguna dan akan
memberi kesan kepada para pengguna apabila
menggunakan air tersebut. Pencemaran berlaku sama
ada dari segi biologi, kimia, dan fizikal. Pencemaran air
bukan hanya berlaku di sungai sahaja,tetapi juga di
laut,pantai, tasik kolam dan sebagainya sama ada

secara sengaja atau tidak sengaja. Punca utama yang


mengakibatkan pencemaran ini adalah daripada bahan
pencemar dari kilang-kilang yang berdekatan. Keadaan
atau tahap pencemaran sumber air boleh dinilai
berdasarkan beberapa faktor yang mempengaruhi kualiti
air tersebut iaitu oksigen terlarut, keperluan oksigen
biokimia (BOD), zat terlarut dalam air, pH, dan
suhu. Secara
saintifik,
pencemaran
air
boleh
diklasifikasikan kepada beberapa jenis iaitu pencemaran
fizikal, kimia, fisiologis dan biologi. Pencemaran fizikal
ini ditentukan oleh perubahan warna, suhu dan
kekeruhan sumber air tersebut. Punca yang biasanya
menyebabkan
pencemaran
jenis
ini
ialah
seperti pembuangan sampah. Manakala pencemaran
kimia biasanya disebabkan oleh zat organiktermasuk
protein, karbohidrat, lemak dan bahan buangan industri
yangmengandungi garam beracun serta tumpahan
minyak di laut.
Kesan-kesan daripada pencemaran air ini
menimbulkan pelbagai masalah kepada hidupanhidupan di dunia pada masa kini termasuklah manusia
sendiri. Bahan-bahan yang dibuang ke dalam sungai
akan menyebabkan hidupan akuatik tersebut mati
apabila memakan bahan beracun dari sumber air yang
telah tercemar ini. Manusia juga akan mendapat
penyakit yang serius jika mengambil sumber makanan
hidupan air tersebut. Selain itu, manusia akan mendapat
penyakit jika terminum air yang penuh bahan-bahan
cemar seperti lumpur, pasir dan batu halus, karat besi,
bahan buangan industri, logam berat, racun rumpai,

bakteria, virus, dan haloform.


Pencemaran air juga menjadi masalah yang amat
serius di negara dunia ketiga iaitu jutaan manusia
mendapatkan air minuman dari kawasan yang dicemari
dengan bahan buangan manusia sendiri. Pencemaran
sebegini dikatakan menyebabkan lebih tiga juta
kematian setiap tahun kerana cirit-birit, kebanyakannya
terdiri daripada kanak-kanak.
Selain itu pencemaran air juga menjadi punca
kepada banjir yang berlaku di dunia pada masa kini.
Banjir-banjir yang kerap berlaku disebabkan oleh
tersumbatnya parit yang sepatutnya mengalirkan air ke
laut. Disebabkan oleh pembuangan sampah-sarap ke
dalam sungai yang menyebabkan sampah sarap
menyumbatkan aliran air tersebut. Selain daripada itu air
juga menjejaskan keindahan alam. Pantai-pantai yang
dipenuhi dengan sampah-sarap dan air yang kotor
menjengkelkan dan tidak indah untuk dipandang akibat
daripada pembuangan sampah-sarap ke lautan.
Sesetengah kilang akan memperuntukkan kawasan
untuk pembuangan sisa-sisa kilang. Tetapi, apabila
berlaku hujan lebat atau loji pecah, sisa-sisa ini akan
terkeluar dan menyebabkan dua masalah iaitu, pertama
ialah jika sisa ini mengalir di permukaan, maka ianya
akan mengalir di dalam sistem saliran terutamanya parit
dan sungai. Masalah kedua pula ialah sekiranya sisa ini
mengalir ke dalam sistem bawah tanah yang akan
menyebabkan sistem air bawah tanah tercemar.
Kesimpulanya pelbagai langkah yang berkesan
haruslah di ambil untuk mengatasi masalah-masalah

pencemaran daripada berleluasa. Barulah generasi


yang akan datang mempunyai persekitaran yang baik
dan bebas daripada pelbagai pencemaran.

You might also like