You are on page 1of 13

PENGENALAN

Pencemaran udara merupakan satu keadaan yang melibatkan pengenalan


sebarang bahan kimia, jirim zarahan atau bahan biologi yang boleh menyebabkan
mudarat, ketidakselesaan kepada manusia atau organisma hidup lain serta
merosakkan alam sekitar apabila ia dibebaskan ke atmosfera. Contoh pencemar udara
adalah seperti gas karbon dioksida, sulfur dioksida, kloroflorokarbon, bau-bauan, logam
toksik seperti plumbum dan tembaga dan sisa radioaktif.

Pencemaran udara berpunca daripada pelepasan asap kotor oleh industri terus


ke udara melalui cerobong asap kilang, kenderaan motor di jalan raya dan letusan
gunung berapi. Antara kesan pencemaran udara adalah penipisan
lapisan ozon, jerebu, hujan asid dan pemanasan bumi. Pencemaran udara mungkin
boleh memberi kesan terhadap kesihatan, keselamatan dan keselesaan manusia
ataupun harta benda.

Objektif
1
-Untuk menimbulkan kesedaran pelajar tentang kepentingan menjaga kebersihan
udara.

-Untuk mengetahui kesan pencemaran udara dan langkah-langkah pencemaran udara.

-Untuk mengumpul dan merekod maklumat tentang pencemaran alam sekitar.

Kesan pencemaran udara


Kesihatan manusia

2
Kesan utama pencemaran udara kepada manusia adalah sistem pernafasan. Gas-gas
seperti karbon monoksida akan meracuni sistem
pengangkutan oksigen dalam darah dan melambatkan tindak balas manusia. Kesan
seterusnya akan menyebabkan seseorang itu mengantuk, mempunyai penyakit lelah
dan mengurangkan fungsi paru-paru.

Bahan tercemar seperti nitrogen oksida boleh menyebabkan edema dan pendarahan
pulmonari. Bahan tercemar seperti gas ozon boleh menimbulkan kerengsaan dan akan
menyebabkan inflamasi paru-paru dan ketidakupayaan untuk bergerak. Habuk, asap,
kabus, wap atau bahan-bahan lain juga menghalang penglihatan mata manusia.

Kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah menyatakan sebanyak 3.3 juta manusia


mati setiap tahun disebabkan oleh pencemaran udara. Ia adalah tiga kali lebih tinggi
daripada jumlah kematian yang disebabkan oleh kemalangan kenderaan.

Tumbuhan

Kesan kepada tumbuhan adalah seperti mengalami kerosakan nekrosis


(keguguran daun), klorosis (pertukaran warna), dan pertumbuhan terbantut.

Kesan ini juga akan menyebabkan sebahagian daripada penduduk bumi kekurangan


sumber makanan dan ekonomi yang akhirnya menganggu kehidupan seharian. Selain
itu, kesan ini akan mengganggu keseimbangan ekosistem.

Haiwan

Haiwan akan terancam atau mati akibat daripada pencemaran udara. Perkara ini
disebabkan oleh udara yang memasuki paru-paru haiwan. Selain itu, makanan daripada
sumber tumbuhan akan tercemar oleh pencemaran udara.

Bahan

Kesan kepada bahan bermaksud kerosakan berlaku akibat daripada pencemaran udara
seperti kekotoran pada pakaian, pencemaran pada permukaan dinding bangunan dan
sebagainya. Perkara ini berlaku akibat daripada pengenapan asap atau zarah halus.
3
Hakisan logam juga merupakan kesan daripada pencemaran udara akibat kehadiran
sulfur dioksida di dalam udara.

Penyusutan lapisan ozon

Pencemaran udara akan menyebabkan berlakunya pemanasan global akibat daripada


penyusutan lapisan ozon yang melindungi bumi daripada sinaran terus
cahaya matahari. Pendedahan secara terus kepada cahaya matahari boleh
menyebabkan kanser kulit.

Di samping itu, pancaran matahari yang terik juga akan menyebabkan berlakunya
pencairan ais di bahagian kutub bumi. Pada masa kini, ekosistem di dunia mengalami
ketidakseimbangan.

Hujan asid

Hujan asid berlaku disebabkan oleh penggabungan gas sulfur dioksida dan nitrogen
oksida dengan air hujan dan seterusnya menjadi asid sulfurik dan asid nitrik. Asid ini
akan terkumpul di dalam awan dan bergerak ke tempat-tempat lain. Asid tersebut akan
turun bersama-sama dengan hujan dan menimpa hidupan yang terdapat di dunia.
Kesannya, ia membunuh tumbuh-tumbuhan dan juga hidupan air. Tambahan pula, ia
juga boleh menghakis pakaian, kertas dan bahan binaan bangunan. Selain itu, asid
tersebut juga meresap ke dalam tanah dan menyebabkan kualiti tanah berkurang serta
tidak subur.

Kesan rumah hijau dan pemanasan global

Kesan yang paling ketara dan sedang hangat diperbincangkan oleh seluruh negara
pada masa kini adalah tentang kesan pemanasan global yang disebabkan oleh kesan
rumah hijau. Kenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon juga menjadi punca

4
kepada pemanasan global yang dapat dirasakan oleh seluruh dunia. Kenaikan suhu
bumi adalah disebabkan oleh pembebasan gas-gas karbon dioksida yang terkumpul di
dalam udara.Gas karbon dioksida yang terlalu banyak telah menyebabkan haba di bumi
terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat dan persekitarannya menjadi panas.
Penyusutan lapisan ozon juga menyebabkan kejadian pemanasan global ini. Kesannya
adalah permukaan bumi akan menjadi panas, ekosistem terganggu, banjir berlaku
secara kerap dan juga berlakunya kejadian alam yang tidak normal.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Pencemaran_udara

KESAN-KESAN PENCEMARAN UDARA

5
PUNCA-PUNCA PENCEMARAN UDARA
Akta  Kualiti  Alam  Sekeliling  1974  mengandungi  peruntukan  yang  bertujuan
mencegah,  menghapus,  mengawal  pencemaran  serta  memperbaiki  kualiti  alam
sekeliling dan  dari  aspek  yang  sering  dikaitkan  dengan  alam  sekitar  iaitu
pencemaran  yang membawa  kepada  maksud  apa-apa  perubahan  secara  langsung
dan  tidak  langsung  terhadap sifat-sifat  fizikal,  haba  dan  kimia  termasuk  kesan
biologikal  terhadap  alam  sekeliling  yang meliputi  pencemaran  air,  udara,  bunyi,

6
tanah  dan  laut  dan  untuk masalah  ini,  pelbagai  punca  telah  dapat  dikenal  pasti
yang  menyumbang  kepada  pencemaran  alam  sekitar.

PENJANAAN KUASA

Hampir kesemua tenaga elektrik dihasilkan dengan membakar bahan api fosil seperti
gas asli, minyak dan arang batu. Loji-loji janakuasa jenis ini mempunyai tahap
kecekepan antara 35 dan 40 peratus di mana tenaga selebihnya bertukar menjadi
haba. Pada masa ini, Malaysia menjana 86 peratus keperluan tenaga elektriknya
melalui loji janakuasa konvensional manakala baki 14 peratus dihasilkan oleh stesen
janakuasa hidro.

KENDERAAN MOTOR
Masyarakat moden amat bergantung kepada pengangkutan bermotor seperti kereta,
lori dan keretapi. Setiap pergerakan kenderaan motor menggunakan tenaga yang
banyak dan hampir kesemuanya dihasilkan dengan membakar bahan api fosil, yang
menghasilkan asap dan bunyi bising yang membawa kesan buruk kepada keadaan
setempat. Kualiti udara persekitaran amat bergantung kepada jenis sistem
pengangkutan yang digunakan, jenis sumber tenaga, tahap teknologi enjin dan juga
jumlah tenaga yang diperlukan. Di dalam sektor pengangkutan, kenderaan motor
adalah penyumbang utama kepada pencemaran udara. Penggunaan pengangkutan
7
awam akan mengurangkan impak pencemaran ke atas alam sekitar. Dalam tahun
2004, 14 juta kenderaan berdaftar digunakan di Malaysia, angka ini dua kali ganda
berbanding dengan sedekad lalu. Angka ini akan terus meningkat dari tahun ke tahun
dengan meningkatnya pendapatan, pemindahan luar bandar ke bandar dan kekurangan
kemudahan pengangkutan awam yang cekap.

AKTIVITI PERINDUSTRIAN & PEMBANGUNAN


Perkembangan ekonomi Malaysia bergantung kepada industri pembuatan, terutamanya
elektronik, kimia dan juga getah. Namun kadar pengeluaran yang kian meningkat telah
menyebabkan penambahan pada pelepasan pencemaran gas organik dan bukan
organik, bahan kimia dan juga habuk. Pelbagai jenis industri menghasilkan bahan
cemar yang berbeza. Contohnya industri kimia melepaskan pencemar yang
mengandungi pelbagai kompaun yang berasaskan nitrogen dan sulfur, manakala kilang
penapis minyak mengeluarkan asap yang mengandungi sulfur dioksida dan
hidrokarbon. Industri logam pula bertanggungjawab mencemarkan udara dengan sulfur
8
dioksida dan habuk toksik. Sesetengah bahan pencemar, terutamanya karbon dioksida
adalah merupakan gas rumah hijau yang amat memudaratkan boleh mengakibatkan
perubahan iklim seluruh dunia. Selain pelepasan bahan toksik ke udara, pembangunan
premis atau zon industri tanpa perancangan teliti dan kawalan akan mengakibatkan
pencemaran bunyi dan getaran. Aktiviti di tapak pembinaan dan bunyi kipas ekzos di
kilang-kilang adalah antara contoh-contoh aktiviti yang menghasilkan paras bunyi yang
tinggi.

PEMBAKARAN TERBUKA
Pembakaran pokok tua di kawasan ladang untuk tujuan penanaman semula banyak
partikel jelaga. Partikel jelaga ini boleh diterbangkan pada jarak yang jauh oleh angin
dan inilah punca jerebu yang kerap menyelubungi ruang udara Malaysia. Api dari
pembakaran ini bukan sahaja menghasilkan asap yang mencemarkan tetapi ia juga

memusnahkan segala fauna dan flora di sekitarnya. 


AKTIVITI HARIAN
Isi rumah menyumbang kepada pencemaran melalui penggunaan tenaga untuk
mesin dan perkakas elektrik seperti peti sejuk. Peti sejuk dan penyaman udara bukan
sahaja menggunakan banyak tenaga tetapi alat-alat ini juga mencemarkan udara
apabila cecair penyejuk yang digunakan melepaskan Klorofluorokarban (CFC) ke udara
seterusnya menipiskan lapisan ozon. Peralatan rumah seperti penyembur aerosol yang
mengandungi CFC juga adalah punca pencemaran udara.

9
http://smjkp5ps.blogspot.com/2010/04/punca-punca-pencemaran-udara.html

http://smjkp5ps.blogspot.com/2010/04/punca-punca-pencemaran-udara-2.html

PERBINCANGAN-LANGKAH/AMALAN
MENGEKALKAN UDARA BERSIH

Antara cara untuk mengekalkan udara yang bersih:

-Guna semula
Aktiviti mengurangkan isi padu dan ketoksikan sisa dengan penghasilan bahan berguna

10
-Rawatan
Aktiviti mengurangkan isi padu dan ketoksikan sisa tanpa penghasilan bahan berguna

-Pengubahsuaian produk
Ubah komposisi produk, Ubah formula,  Ubah kegunaan produk, Reka produk supaya
boleh diguna semula
-Pertukaran bahan
Guna bahan tulen,Guna bahan tidak toksik sebagai pelarut atau pencuci

-Penukaran teknologi
Ubah proses,Ubah peralatan, saluran dan Ubah keadaan operasi

-Perubahan prosedur
Elak kehilangan bahan mentah  melalui kebocoran atau tumpahan, Asingkan
sisa,  Kendalikan sisa dengan baik

Mengurangkan penggunaan CFC

-Kloroflorokarbon (CFC) adalah bahan yang stabil dan dikenali dengan nama am freon.
Permusnahan lapisan ozon adalah disebabkan oleh atom klorin. Bahan-bahan  aerosol
biasanya dimampatkan ke dalam tin-tin di bawah tekanan tinggi. Kloroflorokarbon
(CFC) digunakan sebagai mangkin dalam proses itu.  Selain itu, CFC digunakan dalam
peti sejuk, penghawa dingin dan sebagainya sebagai bahan rejan(propellant),
pembentukan buih, dan alat pemadam api.  Sebenarnya, pemusnahan lapisan ozon
dilakukan oleh atom klorin. Didapati satu molekul CFC mampu memusnahkan 1000
molekul ozon.  Oleh itu, sumber alternatif  harus digunakan untuk menggantikan
kloroflorokarbon misalnya dengan hidrokloroflorokarbon (HCFC) . ‘

Perundangan

-Pelbagai undang undang digubal dengan tujuan mengawal kualiti alam sekitar.
Contohnya, Akta Kualiti Alam Sekitar 1974,1985(pindaan)

11
Peraturan ini dibahagikan kepada 6 bahagian. Antaranya ialah, Peraturan Kenderaan
Bermotor dan Peraturan Kualiti Alam Sekitar. 

-Peraturan Kenderaan Bermotor (Kawalan perlepasan asap,1977)


Peraturan ini menghadkan perlepasan asap kenderaan iaitu dihadkan kepada 50 HDU.
Peraturan Kualiti Alam Sekitar (Udara Bersih,1978)
Di bawah peraturan ini, Jarak industri dengan kawasan kediaman di hadkan kepada
1000 meter.

Mengitar semula

-Mengitar semula bermaksud memproses atau menggunakan semula bahan buangan


seperti plastic, kertas, tin aluminium dan sebagainya. Kaedah ini merupakan proses
yang sangat selamat kepada alam sekitar kerana dapat mengurangkan kadar
pencemaran. Pembakaran sampah-sarap turut dapat dikurangkan.

http://syanadayana2.blogspot.com/2012/10/buku-skrap-ting-1.html

Kesimpulan
Kesimpulannya, pencemaran udara yang berterusan mampu memusnahkan
alam sekitar dimana ia boleh menyebabkan bencana yang besar. Manusia kini hanya
tahu untuk mengejar keselesaan hidup akan tetapi kita bertanggungjawab untuk
menjaga alam sekitar supaya sumber alam boleh diwarisi untuk generasi akan datang.
Akhir kata, hargailah alam sekitar yang memberi sumber untuk kita tidak patut kita
memusnahkannya.

http://anggiseptyan.wordpress.com/contact/pencemaran-udara/kesimpulan-pencemaran-udara/

12
RUJUKAN
Internet
-http://ms.wikipedia.org/wiki/Pencemaran_udara

-http://alamsekitarbmp.blogspot.com/p/punca-berlakunya-pencemaran-alam.html

-http://syanadayana2.blogspot.com/2012/10/buku-skrap-ting-1.html

-http://anggiseptyan.wordpress.com/contact/pencemaran-udara/kesimpulan-pencemaran-udara/

13

You might also like