You are on page 1of 6

Pencemaran udara merupakan satu keadaan yang melibatkan pengenalan sebarang bahan

kimia, jirim zarahanatau bahan biologi yang boleh menyebabkan mudarat, ketidakselesaan kepada
manusia atau organisma hidup lain serta merosakkan alam sekitar apabila ia dibebaskan keatmosfera.
Contoh pencemar udara adalah seperti gas karbon dioksida, sulfur dioksida, kloroflorokarbon, bau-
bauan, logam toksik seperti plumbum tembaga dan sisa radioaktif.
Pencemaran udara berpunca daripada pelepasan asap kotor oleh industri terus ke udara melalui
cerobong asap kilang, kenderaan motor di jalan raya dan letusan gunung berapi. Antara kesan
pencemaran udara adalah penipisan lapisan ozon,jerebu, hujan asid dan pemanasan bumi. Pencemaran
udara mungkin boleh memberi kesan terhadap kesihatan, keselamatan dan keselesaan manusia ataupun
harta benda.


Pembebasan asap yang mengandungi sulfur dioksida ke udara
Isi kandungan
[sorokkan]
1 Klasifikasi pencemaran udara
o 1.1 Pencemaran primer
o 1.2 Pencemaran sekunder
2 Kesan
o 2.1 Kesihatan manusia
o 2.2 Tumbuhan
o 2.3 Haiwan
o 2.4 Bahan
o 2.5 Penipisan lapisan ozon
o 2.6 Hujan asid
o 2.7 Kesan rumah hijau dan pemanasan global
o 2.8 Atmosfera
3 Lihat juga
Klasifikasi pencemaran udara[sunting | sunting sumber]
Pencemaran udara diklasifikasikan kepada dua bahagian iaitu pencemaran primer dan pencemaran
sekunder.
Pencemaran primer[sunting | sunting sumber]
Pencemaran primer ialah pencemaran yang dihasilkan sulfur monoksida dan karbon monoksida hasil
daripada pembakaran tidak lengkap. Ia menyebabkan zarah-zarah halus terampai di udara.
Kebanyakan pencemaran udara primer ini dilepaskan melalui ekzos kenderaan, kawasan industri yang
melepaskan asap atau bahan pencemar, dan penggunaan dapur arang kayu yang tidak terkawal
Pencemaran sekunder[sunting | sunting sumber]
Pencemaran udara sekunder adalah berpunca hasil daripada tindak balas sulfur dioksida yang
bergabung dengan wap-wap air di udara.
Kesan[sunting | sunting sumber]
Kesihatan manusia[sunting | sunting sumber]
Kesan utama pencemaran udara kepada manusia adalah sistem pernafasan. Gas-gas seperti karbon
monoksida akan meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah dan melambatkan tindak balas
manusia. Kesan seterusnya akan menyebabkan seseorang itu mengantuk, mempunyai penyakit lelah
dan mengurangkan fungsi paru-paru.
Bahan tercemar seperti nitrogen oksida boleh menyebabkan edema dan pendarahan pulmonari. Bahan
tercemar seperti gas ozon boleh menimbulkan kerengsaan dan akan menyebabkan inflamasi paru-paru
dan ketidakupayaan untuk bergerak. Habuk, asap, kabus, wap atau bahan-bahan lain juga menghalang
penglihatan mata manusia.
Kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menyatakan sebanyak 3.3 juta manusia mati setiap
tahun disebabkan oleh pencemaran udara. Ia adalah tiga kali lebih tinggi daripada jumlah kematian
yang disebabkan oleh kemalangan kenderaan.
Tumbuhan[sunting | sunting sumber]
Kesan kepada tumbuhan adalah seperti mengalami kerosakan nekrosis (keguguran daun), klorosis
(pertukaran warna), dan pertumbuhan terbantut.
Kesan ini juga akan menyebabkan sebahagian daripada penduduk bumi kekurangan sumber makanan
dan ekonomi yang akhirnya menganggu kehidupan seharian. Selain itu, kesan ini akan mengganggu
keseimbangan ekosistem.
Haiwan[sunting | sunting sumber]
Haiwan akan terancam atau mati akibat daripada pencemaran udara. Perkara ini disebabkan oleh udara
yang memasuki paru-paru haiwan. Selain itu, makanan daripada sumber tumbuhan akan tercemar oleh
pencemaran udara.
Bahan[sunting | sunting sumber]
Kesan kepada bahan bermaksud kerosakan berlaku akibat daripada pencemaran udara seperti
kekotoran pada pakaian, pencemaran pada permukaan dinding bangunan dan sebagainya. Perkara ini
berlaku akibat daripada pengenapan asap atau zarah halus.
Hakisan logam juga merupakan kesan daripada pencemaran udara akibat kehadiran sulfur dioksida di
dalam udara.
Penipisan lapisan ozon[sunting | sunting sumber]
Pencemaran udara akan menyebabkan berlakunya pemanasan global akibat daripada penyusutan
lapisan ozon yang melindungi bumi daripada sinaran terus cahaya matahari. Pendedahan secara terus
kepada cahaya matahari boleh menyebabkan kanser kulit. Di samping itu, pancaran matahari yang
terik juga akan menyebabkan berlakunya pencairan aisdi bahagian kutub bumi. Pada masa kini,
ekosistem di dunia mengalami ketidakseimbangan.
Hujan asid[sunting | sunting sumber]
Rencana utama: hujan asid
Hujan asid berlaku disebabkan oleh penggabungan gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida dengan
air hujan dan seterusnya menjadi asid sulfurik dan asid nitrik. Asid ini akan terkumpul di dalam
awan dan bergerak ke tempat-tempat lain. Asid tersebut akan turun bersama-sama dengan hujan
dan menimpa hidupan yang terdapat di dunia. Kesannya, ia membunuh tumbuh-tumbuhan dan
juga hidupan air. Tambahan pula, ia juga boleh menghakis pakaian, kertas dan bahan binaan
bangunan. Selain itu, asid tersebut juga meresap ke dalam tanah dan menyebabkan kualiti tanah
berkurang serta tidak subur.
Kesan rumah hijau dan pemanasan global[sunting | sunting sumber]
Rencana utama: kesan rumah hijau dan pemanasan global
Kesan yang paling ketara dan sedang hangat diperbincangkan oleh seluruh negara pada masa
kini adalah tentang kesan pemanasan global yang disebabkan oleh kesan rumah hijau.
Kenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon juga menjadi punca kepada pemanasan
global yang dapat dirasakan oleh seluruh dunia. Kenaikan suhu bumi adalah disebabkan oleh
pembebasan gas-gas karbon dioksida yang terkumpul di dalam udara.
Gas karbon dioksida yang terlalu banyak telah menyebabkan haba di bumi terperangkap dan
akhirnya suhu bumi meningkat dan persekitarannya menjadi panas. Penyusutan lapisan ozon
juga menyebabkan kejadian pemanasan global ini. Kesannya adalah permukaan bumi akan
menjadi panas, ekosistem terganggu, banjir berlaku secara kerap dan juga berlakunya
kejadian alam yang tidak normal.
Atmosfera[sunting | sunting sumber]


Kesan terhadap atmosfera yang dibawa oleh pencemaran udara pula ialah mengurangkan jarak
penglihatan akibat jerebu.
Pengenalan Kepada Konsep Pencemaran Udara

Pencemaran udara boleh didefinisikan sebagai terdapatnya gas, cecair atau zarah yang terkandung
dalam udara sehingga berlakunya perubahan yangmenjejaskan kehidupan atau bahan-bahan lain.
Pencemaran udara disebabkan oleh pelepasan asap melalui ekzos kenderaan, kawasan industri yang
melepaskan asap atau bahan pencemar, dan penggunaan dapur arang atau kayuyang tidak terkawal.

Jenis Pencemaran Udara

Pencemaran udara boleh dikelaskan kepada dua bahagian iaitu primer dan sekunder.

Pencemaran udara primer bermula apabila penghasilan sulfur monoksida dan karbon monoksida
akibat daripada pembakaran yang tidak lengkap. Proses ini akan menyebabkan zarah-zarah yang halus
terampai di udara dan memberikan kesan sampingan kepada kesihatan manusia. Kebanyakan
pencemaran udara primer ini dilepaskan melalui ekzos kenderaan, kawasan industri yang melepaskan
asap atau bahan pencemar, dan penggunaan dapur arang atau kayu yang tidak terkawal

Pencemaran udara sekunder pula adalah hasil daripada tindak balas sulfur dioksida yang bergabung
dengan wap-wap air di udara.

Punca Berlakunya Pencemaran Udara

Pencemaran udara boleh berpunca daripada pelepasan asap kenderaan.
Penghasilan bahan pencemaran oleh kilang asbestos,simen atau bateri kereta.
Pembakaran di tempat pelupusan, pembakaran terbuka di bandar dan pembakaran hutan yang
berleluasa juga boleh menyebabkan pencemaran udara berlaku.
Penyemburan racun makhluk perosak
Aktiviti perlombongan yang menghasilkan habuk
Amalan pertanian seperti pendebungaan dan penyemburan baja secara penyerakan habuk atau
debu akibat tiupan angin.
Letusan gunung berapi
Pelepasan asap kenderaan
Aktiviti Perindustrian dan pembangunan

Kesan Pencemaran Udara


Kesan terhadap Kesihatan Manusia
menjejaskan sistem pernafasan.
Karbon monoksida gas yang dapat meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah.
Habuk,asap, kabus, wap atau bahan-bahan lain juga menghalang penglihatan mata dan juga
menjejaskan matamanusia.

Kesan Terhadap Tumbuh-tumbuhan
Tumbuh-tumbuhan mengalami kerosakan dengan tiga cara iaitu Nekrosis(Keguguran daun),
Klorosis (Pertukaran warna), dan perubahan pertumbuhan.
Contohnya, tomato, kekacang, bayam dan kentang juga mengalami kerosakan dengan adanya
gas ozon di udara.
Keadaan ini menyebabkan bumi kekurangan sumber makanan dan ekonomi sebahagian
daripada pendudukdibumi juga terganggu.

Kesan Terhadap Haiwan
Bahan cemar seperti sulfur dioksida juga menyebabkan haiwan-haiwan terancam dan
terbunuh.
Kematian haiwan itu disebabkan oleh penghadaman makanan haiwan yang tercemar setelah
terdedah kepada bahanbahan toksid yang terdapat di dalam udara.
Contoh lain adalah keracunan yang disebabkan oleh plumbum (Pb) yang telah membawa maut
kepada haiwan.

Kesan Terhadap Bahan
Bahan-bahan cemar di udara juga mengotorkan permukaan bahan terutamanya kepada
bangunan, pakaian, dan juga benda-benda lain.
Pengotoran berlaku akibat dari pengendapan asap atau zarah halus yang begaris pusat kira-kira
0.3 mikrometer.
Selain itu, kakisan logam juga berlaku disebabkan berlakunya kehadiran sulfur dioksida(SO2)
di dalam udara.
Bahan cemar juga menyebabkan fabrik-fabrik mudah rosak.

Kesan Terhadap Lapisan Ozon
Pencemaran udara juga menyebabkan penyusutan lapisan ozon bumi yang melindungi
hidupan di bumi ini daripada sinaran terus matahari.
Pembebasan gas klorofluorocarbon atau CFC yang digunakan dalam alat-alat penyembur, alat
penyaman udara dan peti sejuk menipiskan lapisan ozon ini.
Pendedahan secara terus kepada cahaya matahari boleh menyebabkan kanser kulit yang amat
berbahaya kepada manusia dan juga hidupan lain.

Kesan Rumah Hijau dan Pemanasan Global
Kesan yang paling ketara dan sedang hangat diperkatakan oleh seluruh warga dunia pada masa
kini adalah kesan pemanasan global yang disebabkan oleh kesan rumah hijau.
Kenaikan suhu bumi disebabkan oleh pembebasan gas-gaskarbon dioksida dan terkumpul di
dalam udara.
Gas karbon dioksida yang terlalu banyak menyebabkan haba di bumi terperangkap dan
akhirnya suhu bumi meningkat dan persekitaranya menjadi panas.
Pemanasan global menyebabkan keadaan bumi menjadi panas, ekosistem terganggu, banjir
berlakus ecara kerap dan juga berlakunya kejadian alam yang tidak normal.
Kebakaran hutan yang berlaku juga sedikit sebanyak memberi kesan kepada suhu di bumiini
dan juga menjejaskan kualiti udara.


Rujukan:
1.http://www.scribd.com/doc/6064805/Kesan-Pencemaran-Alam-Sekitar-Terhadap-Dunia-Hari-Ini
2.http://pencemaran-pencemaran.blogspot.com/2010/08/pencemaran-udara.html
Pencemaran udara boleh dikatakan antara pencemaran yang memberi impak yang paling besar kepada alam
sekitar. Disebabkan oleh pencemaran udara terjadinya fenomena pemanasan global yang mengakibatkan
berlakunya bencana alam yang mengancam bumi kita. Pencemaran udara ini menjadi tumpuan sedunia bagi
menangani dan mengambil langkah pengawalan supaya tahap pencemaran dapat dikawal. Negara maju seperti
negara China yang bertumpukan industri perkilangan secara langsung menjejaskan kualiti udara di negara
tersebut. Isu pencemaran udara ini dititikberatkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang telah
mengambil pelbagai langkah bagi menangani masalah ini.
Pencemaran udara boleh diklasifikasi kepada dua bahagian iaitu pencemaran primer dan pencemaran sekunder.
Pencemaran primer merujuk kepada pencemaran yang dihasilkan sulfur monoksida dan karbon monoksida hasil
dari pembakaran tidak lengkap yang menyebabkan zarah-zarah halus terampai di udara. Kebanyakan
pencemaran ini dilepaskan melalui eksos kenderaan , industry yang melepaskan asap atau bahan pencemar dan
pembakaran arang batu yang tidak terkawal, manakala pencemaran sekunder pula adalah tindak balas sulfur
dioksida yang bergabung dan membentuk dengan gasgas yang tidak di perlukan oleh benda hidup seperti
gabungan sulfur dioksida, sulfur monoksida dan wap air akan menghasilkanasid sulfurik.
Punca-punca kepada pencemaran udara termasuk perlepasan asap dari eksos kenderaan, asap dari industry
kilang, penggunaan arang batu yang tidak terkawal, dan pembakaran di tempat pelupusan . selain dari punca-
punca di atas fenomena semulajadi juga menyumbang kepada pencemaran ini seperti kebakaran hutan akibat
kepanasan dari matahari dan juga kejadian letusan gunung berapi yang mampu mengeluarkan partikel, asap,
debu dengan kadar yang banyak yang menjejaskan penglihatan di sekitar tempat kejadian berlaku.
Kesan-kesan pencemaran udara kepada manusia adalah seperti menjejaskan sistem pernafasan manusia.
Manusia sukar untuk bernafas dalam keadaan udara yang tercemar kerana udara telah diracuni oleh bahan
tercemar dan gas-gas yang tidak diperlukan. Gas-gas seperti karbon monoksida akan meracuni sistem
pengangkutan oksigen dalam darah akan melambatkan tindak balas manusia dan kesan seterusnya
menyebabkan mengantuk, penyakit lelah dan fungsi paru-paru terjejas. Menurut kajian Pertubuhan Kesihatan
Sedunia (WHO) menyatakan sebanyak 3juta manusia mati setiap tahun disebabkan oleh pencemaran udara. Ia
adalah tiga kali ganda lebih tinggi daripada jumlah kematian yang disebabkan kemalangan. Kesan kepada
tumbuhan adalah seperti mengalami kerosakan seperti nekrosis (keguguran daun) dan pertumbuhan terbantut.
Begitu juga haiwan akan terancam akibat pencemaran udara dimana udara yang tercemar disedut dan
mengambil makanan dari tumbuhan yang tercemar.

You might also like