You are on page 1of 16

JENIS-JENIS PENCEMARAN ALAM SEKITAR

PENCEMARAN UDARA.
Pencemaran udara ini berlaku apabila terdapat benda asing dalam kepekatan yang mengganggu atau
membahayakan manusia ,tumbuh-tumbuhan, binatang dan harta benda. Benda asing ini adalah di
dalam bentuk abuk, asap, kabus, wap dan gas (Karbon Monoksida, Nitrogen Oksida, Hidrokarbon, Ozon,
Sulfur Oksida ,bau-bauan) ataupun apa-apa campuran bahan-bahan ini. Contohnya, gas-gas beracun,
zarah-zarah yang terperangkap hasil dari asap kenderaan, jerebu dari kesan pembakaran secara terbuka
dan sebagainya.


http://mieadham86.blogspot.com






Pengenalan Kepada Konsep Pencemaran Udara

Pencemaran udara boleh didefinisikan sebagai terdapatnya gas, cecair atau zarah yang
terkandung dalam udara sehingga berlakunya perubahan yang menjejaskan kehidupan atau
bahan-bahan lain. Pencemaran udara disebabkan oleh pelepasan asap melalui ekzos kenderaan,
kawasan industri yang melepaskan asap atau bahan pencemar, dan penggunaan dapur arang atau
kayu yang tidak terkawal.

Jenis Pencemaran Udara
Pencemaran udara boleh dikelaskan kepada dua bahagian iaitu primer dan sekunder.

Pencemaran udara primer bermula apabila penghasilan sulfur monoksida dan karbon
monoksida akibat daripada pembakaran yang tidak lengkap. Proses ini akan menyebabkan zarah-
zarah yang halus terampai di udara dan memberikan kesan sampingan kepada kesihatan manusia.
Kebanyakan pencemaran udara primer ini dilepaskan melalui ekzos kenderaan, kawasan industri
yang melepaskan asap atau bahan pencemar, dan penggunaan dapur arang atau kayu yang tidak
terkawal

Pencemaran udara sekunder pula adalah hasil daripada tindak balas sulfur dioksida yang
bergabung dengan wap-wap air di udara.

Punca Berlakunya Pencemaran Udara
Pencemaran udara boleh berpunca daripada pelepasan asap kenderaan.
Penghasilan bahan pencemaran oleh kilang asbestos,simen atau bateri kereta.
Pembakaran di tempat pelupusan, pembakaran terbuka di bandar dan pembakaran hutan
yang berleluasa juga boleh menyebabkan pencemaran udara berlaku.
Penyemburan racun makhluk perosak
Aktiviti perlombongan yang menghasilkan habuk
Amalan pertanian seperti pendebungaan dan penyemburan baja secara penyerakan habuk
atau debu akibat tiupan angin.
Letusan gunung berapi
Pelepasan asap kenderaan
Aktiviti Perindustrian dan pembangunan



Kesan Pencemaran Udara

Kesan terhadap Kesihatan Manusia
menjejaskan sistem pernafasan.
Karbon monoksida gas yang dapat meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah.
Habuk,asap, kabus, wap atau bahan-bahan lain juga menghalang penglihatan mata dan
juga menjejaskan matamanusia.
Kesan Terhadap Tumbuh-tumbuhan
Tumbuh-tumbuhan mengalami kerosakan dengan tiga cara iaitu Nekrosis(Keguguran
daun), Klorosis (Pertukaran warna), dan perubahan pertumbuhan.
Contohnya, tomato, kekacang, bayam dan kentang juga mengalami kerosakan dengan
adanya gas ozon di udara.
Keadaan ini menyebabkan bumi kekurangan sumber makanan dan ekonomi sebahagian
daripada pendudukdibumi juga terganggu.

Kesan Terhadap Haiwan
Bahan cemar seperti sulfur dioksida juga menyebabkan haiwan-haiwan terancam dan
terbunuh.
Kematian haiwan itu disebabkan oleh penghadaman makanan haiwan yang tercemar
setelah terdedah kepada bahanbahan toksid yang terdapat di dalam udara.
Contoh lain adalah keracunan yang disebabkan oleh plumbum (Pb) yang telah membawa
maut kepada haiwan.
Kesan Terhadap Bahan
Bahan-bahan cemar di udara juga mengotorkan permukaan bahan terutamanya kepada
bangunan, pakaian, dan juga benda-benda lain.
Pengotoran berlaku akibat dari pengendapan asap atau zarah halus yang begaris pusat
kira-kira 0.3 mikrometer.
Selain itu, kakisan logam juga berlaku disebabkan berlakunya kehadiran sulfur
dioksida(SO2) di dalam udara.
Bahan cemar juga menyebabkan fabrik-fabrik mudah rosak.








Kesan Terhadap Lapisan Ozon
Pencemaran udara juga menyebabkan penyusutan lapisan ozon bumi yang melindungi
hidupan di bumi ini daripada sinaran terus matahari.
Pembebasan gas klorofluorocarbon atau CFC yang digunakan dalam alat-alat penyembur,
alat penyaman udara dan peti sejuk menipiskan lapisan ozon ini.
Pendedahan secara terus kepada cahaya matahari boleh menyebabkan kanser kulit yang
amat berbahaya kepada manusia dan juga hidupan lain.

Kesan Rumah Hijau dan Pemanasan Global
Kesan yang paling ketara dan sedang hangat diperkatakan oleh seluruh warga dunia pada
masa kini adalah kesan pemanasan global yang disebabkan oleh kesan rumah hijau.
Kenaikan suhu bumi disebabkan oleh pembebasan gas-gaskarbon dioksida dan terkumpul
di dalam udara.
Gas karbon dioksida yang terlalu banyak menyebabkan haba di bumi terperangkap dan
akhirnya suhu bumi meningkat dan persekitaranya menjadi panas.
Pemanasan global menyebabkan keadaan bumi menjadi panas, ekosistem terganggu,
banjir berlakus ecara kerap dan juga berlakunya kejadian alam yang tidak normal.
Kebakaran hutan yang berlaku juga sedikit sebanyak memberi kesan kepada suhu di
bumiini dan juga menjejaskan kualiti udara.

RUJUKAN:
.http://www.scribd.com/doc/6064805/Kesan-Pencemaran-Alam-Sekitar-Terhadap-Dunia-Hari-Ini
.http://pencemaran-pencemaran.blogspot.com/2010/08/pencemaran-udara.html










Takrifan Definisi Pencemaran Udara Tugasan Geografi PT3
Pencemaran udara boleh didefinisikan sebagai gas berbahaya yang terhasil di ruang udara
akibat aktiviti manusia atau alam semula jadi yang boleh menjejaskan kesihatan manusia serta
hidupan lain. Selain itu, pencemaran udara juga boleh ditakrifkan sebagai satu keadaan yang
melibatkan pengenalan sebarang bahan kimia, jirim zarahan atau bahan biologi yang boleh
menyebabkan mudarat, ketidakselesaan kepada manusia atau organisma hidup lain serta
merosakkan alam sekitar apabila ia dibebaskan ke atmosfera. Contoh pencemar udara adalah
seperti gas karbon dioksida, sulfur dioksida, kloroflorokarbon, bau-bauan, logam toksik seperti
plumbum tembaga dan sisa radioaktif. Pencemaran udara berpunca daripada pelepasan asap
kotor oleh industri terus ke udara melalui cerobong asap kilang, kenderaan motor di jalan raya
dan letusan gunung berapi. Antara kesan pencemaran udara adalah penipisan lapisan ozon,
jerebu, hujan asid dan pemanasan bumi. Pencemaran udara mungkin boleh memberi kesan
terhadap kesihatan, keselamatan dan keselesaan manusia ataupun harta benda.

Sumber: Takrifan Definisi Pencemaran Udara | melvister.com




DEFINISI PENCEMARAN.
Pencemaran boleh dimaksudkan sebagai percampuran sesuatu benda atau perkara yang
tercemar masuk ke dalam sesuatu perkara yang positif. Perkara tercemar tersebut akan
memberikan kesan-kesan yang buruk kepada alam sekitar, budaya dan bangsa sekiranya tidak
di tangani. Disini penulis ingin menghuraikan secara detail beberapa pencemaran yang boleh
didapati di Malaysia.

http://pencemaran-pencemaran.blogspot.com




Contoh Karangan Faktor/ Punca Pencemaran Udara
Punca berlakunya pencemaran udara di bandaraya Kuala Lumpur disebabkan oleh beberapa
faktor antaranya adalah aktiviti perindustian kilang, pembakaran terbuka, asap rokok,
kenderaan motor dan pengguna hawa dingin.
Kenderaan bermotor merupakan punca utama kepada isu pencemaran udara di bandaraya
Kuala Lumpur. Penggunaan kenderaan bermotor seperti kereta, motor, dan kapal
terbang melepaskan asap kenderaan yang mengandungi gas berbahaya atau bertoksik
seperti karbon monoksida ke udara. Selain itu, kenderaan yang tidak melakukan servis berkala
turut mencemarkan udara apabila kenderaan seperti ini melepaskan asap hitam yang
berlebihan ke ruang udara .
Selain itu, pembakaran terbuka secara berleluasa juga merupakan antara salah satu faktor
kepada pencemaran udara di sekitar Kuala Lumpur. Contohnya, pembakaran terbuka seperti
dikawasan hutan mahupun kediaman juga boleh menyebabkan masalah jerebu. Ini berikutan
asap hasil pembakaran terbuka beralih ke sekitar bandaraya Kuala Lumpur mengikut arah
tiupan angin.
Disamping itu, aktiviti perindustrian yang pesat di Kuala Lumpur menyebabkan pencemaran
udara dikawasan ini semakin terjejas. Contoh aktiviti perindustrian seperti kilang pembuatan
kereta, elektronik, dan penghasilan baja. Kilang biasaannya melepaskan
asap tanpa pemasangan alat penapis udara akan menyebabkan terjadinya pencemaran
udara.
Penggunaan sistem hawa dingin juga antara salah satu faktor pencemaran udara. Di Kuala
Lumpur, penghawa dingin biasanya digunakan disetiap kediaman bagi mengelakkan cuaca
panas disamping manghasilkan udara yang dingin dan nyaman. Namun, penggunaan penghawa
dingin akan menyebabkan gas chlorofluorocarbon atau CFC terhasil dan jika gas ini dilepaskan
dengan banyak, lapisan ozon di udara akan bertambah nipis.
Asap rokok juga menyumbang kepada masalah pencemaran udara di bandaraya ini. Tabiat
orang ramai yang merokok ditempat awam seperti kawasan menunggu bas dan tempat riadah
hanya menjejaskan tahap kualiti udara. Aktiviti merokok juga akan melepaskan asap toksik ke
udara dan membahayakan kesihatan orang sekeliling jika menghidu asap tersebut.

Sumber: Faktor Punca Pencemaran Udara 2014 | melvister.com




PENCEMARAN UDARA
Maksud
Pencemaran udara bermaksud terdapat benda asing dalam kepekatan yang menganggu atau
membahayakan manusia, tumbuh-tumbuhan, binatang dan harta benda. Benda asing ini adalah
di dalam bentuk abuk, asap, kabus, wap dan gas.

Punca-Punca Pencemaran Udara
Bencana Alam
Asap Kenderaan
Pembalakan Terbuka
Penerokaan Tanah
Kesan -Kesan Pencemaran Udara
Kesan Terhadap Kesihatan Manusia sistem pernafasan
Kesan Terhadap Tumbuh-tumbuhan nekrosis (Keguguran Daun), Klorosis
(Pertukaran Warna), Perubahan Pertumbuhan
Kesan terhadap Binatang Ternakan terancam dan terbunuh
Kesan terhadap Bahan mengotorkan permukaan bahan terutamanya kepada
bangunan, pakaian dan benda-benda lain.
Kesan terhadap Lapisan Ozon penyusulan lapisan ozon bumi

Langkah -Langkah Mengatasi Pencemaran Udara
Penggunaan CFC ialah Kloroflorokarbon(CFC) adalah bahan yang stabil dan dikenali
dengan nama am freon. Oleh itu, sumber alternatif harus digunakan untuk
menggantikan kloroflokarbon misalnya denagn hidrokloroflorokarbon(HCFC)
Dari segi Perundangan, pelbagai undang-undang digubal dengan tujuan mengawal
kualiti alam sekitar. contohnya, Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 1985(pindaan)
Menggunakan "Pengasing Elektrostatik" iaitu menggunakan daya elekttrostatik untik
mengasingkan partikel udara
'Wet Scrubber' ialah alat yang paling ketara digunakan dalam industri besar dan kecil.
Alat ini digunakan berdasarkan prinsip dimana satu aliran gas dihubungkan dengan
cecair supaya bahan pencemar dapat larut dalam cecair
PEnampalan ozon ialah bahagian ozon yang berlubang boleh ditampal dengan
mengionkan oksigen di atmosfera melalui penggunaan belon helium. selain itu
menembak peluru ozon dengan menggunakan kapal terbang mampu menampal ozon

http://revathy12.blogspot.com
Pencemaran Makna, Definisi, Maksud

Pencemaran Makna, Definisi, Maksud
Apa itu Pencemaran? Apabila kita memikirkan tentang pencemaran, kita terus memikir tentang
asap yang keluar daripada kilang, atau sungai yang tercemar oleh sisa toksid. Seterusnya kita
akan menjawab pencemaran adalah sesuatu yang datang daripada bahan pencemar. Tetapi apa
yang sesuatu yang dicemarkan oleh bahan pencemar?
Pencemaran boleh dimaksudkan adalah ganguan terhadap kita dan sekeliling kita. Bayangkan
apabila ada pembinaan yang berdekatan dengan tempat tinggal kita. Bunyi yang kuat daripada
pembinaan itu akan mengganggu kualiti hidup kita. Kita juga melihat berita di televisyen,
nelayan mengadu bahawa hasil tangkapan mereka berkurangan kerana sisa buangan oleh
kilang. Daripada kedua-dua contoh tadi, adalah jelas pencemaran adalah gangguan.
Holdgate, 1979 mendefinisikan pencemaran adalah aktiviti manusia kepada alam sekitar yang
memberi impak kepada hidupan dan ekosistem. Di sini kita melihat kenapa pencemaran adalah
aktiviti manusia? Melalui maksud umum, pencemaran ialah sesuatu yang dicemarkan oleh
bahan pencemar, kita harus memikirkan siapa yang menyebabkan bahan pencemar itu? Di
dalam dunia ini, manusia mendominasi segala aktiviti yang melibatkan alam sekitar. Kenyataan
ini disokong oleh jurnal Science, 1997 yang menyebut dominasi manusia di dalam ekosistem
bumi.
Miller, 2010 membahagikan pencemaran kepada dua iaitu Point Source dan Non-Point
Source. Point source adalah sumber pencemaran secara langsung, sebagai contoh, kita dapat
melihat debu yang dihasilkan di kuari perlombongan manakala Non-point source adalah
sumber yang secara tidak langsung. Misalnya, racun serangga yang digunakan oleh petani
dibawa oleh air hujan jauh kepada air bawah tanah dan sungai, walaupun ianya hanya
digunakan kepada pokok sahaja. Secara mudah, kita dapat mengetahui bahawa point source
ialah asal pencemaran yang kita dapat lihat dan non-point source adalah sebaliknya.
Pencemaran juga tidak akan dianggap pencemaran oleh sesetengah pihak sekiranya aktiviti
yang menjerumus kepada pencemaran membawa kelebihan. Sebagai contoh, sumber
pencemaran itu adalah kilang yang memberi peluang pekerjaan kepada penduduk di satu
kawasan. Namun, Hill, 2010 memberitahu bahawa dengan duit, kita mengabaikan pencemaran
tetapi kita terlupa akan kebergantungan kita kepada alam sekitar.
http://alamsekitar.my

SOALAN TEMU BUAL
KAJIAN LAPANGAN PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3)
TAHUN 2014
TAJUK KAJIAN : PENCEMARAN UDARA
NAMA :
NO. K.P :
ALAMAT :

UMUR :
PEKERJAAN :

Jawab SEMUA soalan :
1) Pada pendapat anda, apakah punca pencemaran udara yang berlaku di kawasan
tempat tinggal anda?

Pembakaran terbuka.
Asap kenderaan
Pembalakan
Perkilangan.

2) Apakah kesan pencemaran udara.

Hujan asid.
Penipian lapisan ozon.
Pemanasan global.
Menjejaskan kesihatan.
(d) Cabaran untuk mengekalkan perpaduan kaum ( pilih 3 sahaja )

Cabaran kepentingan etnik dari aspek politik iaitu politik perkauman boleh menimbulkan
perasaan kurang senang hati dan mengukuhkan semangat perkauman jika sesuatu tindakan
diambil tanpa mendapat kata sepakat oleh semua pihak. Isu-isu perkauman seperti bahasa,
kebudayaan, pendidikan, agama, kerakyatan, dan ekonomi jika dipergunakan untuk tujuan
berpolitik, pastinya, ia tidak akan menyumbang ke arah masyarakat yang bersatu padu.Ianya
ditambah lagi dengan usaha parti tertentu yang mengemukakan ideologi Malaysian Malaysia
bagi mendapatkan hak yang sama rata dalam kalangan penduduk di negara ini.Sekali pandang
ianya merupakan suatu isu yang kecil tetapi sebenarnya isu ini berlawanan dengan kontrak sosial
yang dibuat sebelum negara ini mencapai kemerdekaan.

Sejak zaman penjajahan lagi, masalah integrasi telah wujud terutamanya semasa penjajahan
British. Mereka menjalankan dasar divide and rule iatu dasar pecah dan perintah agar dapat
memerintah dan mengeksploitasi ekonomi negara. Dasar ini jugalah yang memisahkan kaum-
kaum utama negara ini mengikut bidang ekonomi yang dijalankan. Masyarakat melayu
mengendalikan pertanian dan ditempatkan di kawasan luar Bandar iaitu di kampong-kampung.
Masyarakat Cina ditempatkan dilombong-lombong bijih timah dan bandar-bandar kerana aktiviti
perlombongan dan perdagangan yang dijalankan mereka. Manakala masyarakat India pula
ditempatkan di lading-ladang getah. Perubahan fungsi ini telah menyebabkan ketiga-tiga kaum
ini terpisah dan hubungan semakin terhada dan menjadi bertambah renggang.

Cabaran dari segi ekonomi yang paling nyata ialah perbezaan dari segi pekerjaan di mana
perbezaan ini diwujudkan oleh pihak British melalui pecah dan perintah sepertimana dinyatakan
sebelum ini. Masalah ini telah mewujudkan perasaan curiga dan telah mewujudkan jurang
ekonomi antara kaum-kaum terbabit. Akibat daripada dasar yang dicipta oleh British itu,
kesannya masih lagi dapat dilihat sampailah sekarang di mana sektor perniagaan masih lagi
didominasi oleh orang Cina dan kebanyakkan orang India masih lagi tinggal di lading-ladang.
Perbezaan pekerjaan ini telah membataskan interaksi sosial antara mereka kerana masa banyak
diluangkan ditempat kerja dan sekiranya rakan sekerja terdiri daripada kaum atau etnik yang
sama maka interaksi dan komunikasi hanya berlaku dan berada dalam lingkungan kaum yang
sama sahaja. Kesannya adalah di mana perasaan prasangka dan perkauman akan menjadi
semakin kuat dan menebal di antara sesama kaum terbabit.

Sistem persekolahan yang wujud di negara ini, pada dasarnya berpandukan sistem Barat yang
diperkenalkan oleh pentadbiran British mulai abad ke 19, Pelajaran Cina telah memberi
kesedaran kebangaaan pemuda pemuda Cina. Sekolah Cina bukan hanya menggunakah bahasa
Cina sebagai bahasa pengantar, gurunya datang dari negara China, buku teks diimport dari
negara China dan berkiblatkan China.

Sekolah Tamil pula menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar yang tunggal.
Kebanyakan sekolah Tamil terletak di kawasan ladang dan sebahagian besarnya dibiayai oleh
syarikat-syarikat yang memiliki ladang-ladang berkenaan. Kerajaan sebelum merdeka
menganggap sekolah Inggeris sebagai sistem persekolahan yang unggul. Kelulusan sekolah
Inggeris terdedah kepada pemikiran Barat. Perbezaan di antara sekolah Inggeris dengan sekolah-
sekolah lain bukan dari segi bahasa pengantar sahaja, sukatan pelajaran juga tidak sama dan
sekolah Inggeris juga memberi kesan kepada perpecahan yang berlaku di dalam masyarakat.
Jelas sekali, sistem persekolahan sebelum merdeka memainkan peranan penting mengekalkan
keperibadian satu-satu golongan etnik dan, di samping itu, mewujudkan dua golongan terdidik
berpelajaran Inggeris dan berpelajaran vernakular yang tidak mempunyai pandangan dunia
(world view) yang sama. Pihak Inggeris tidak memberatkan objektif perpaduan dalam sistem
pelajarannya. Tidak ada satu dasar pendidikan kebangsaan sepertimana yang kita lihat hari ini.
Yang penting bagi mereka ialah memberi pelajaran kepada segolongan rakyat untuk
membolehkan sebahagian mereka memenuhi keperluan tenaga dan ekonomi.

Penyalahgunaan media sosial
Penyalahgunaan media sosial telah mula menular sejak akhir-akhir ini. Media sosial seperti web
dan blog serta face book menyebabkan timbulnya kerenggangan kaum kerana banyak
menimbulkan isu sensitif . Beberapa laman web yang bebas bergerak telah memperkatakan
begitu banyak isu bersifat sensiti di samping menaburkan fitnah serta berita palsu menyebabkan
wujudnya keresahan dalam masyarakat di negara ini. Beberapa kenyataan bersifat rasis dan
berunsur perkauman begitu berleluasa pada masa sekarang. Keadaan ini pula tidak diambil
tindakan oleh pihak berkuasa kerana pertindihan tugas dan bidang kuasa antara badan
penguatkuasa dan badan pengawal komunikasi. Penyebaran berita palsu dan tohmahan juga
menjadi punca perbalahan dan persengketaan terhadap anggota masyarakat di negara ini. Isu
kalimah Allah dalam bible yang diterbitkan dalam Bahasa Melayu contohnya menyebabkan
berlaku pertentangan pendapat dalam kalangan rakyat di negara ini. Ianya bakal menyebabkan
wujudnya rasa benci dan dendam dalam masyarakat yang mampu mengguggat keamanan negara.

Campur tangan kuasa luar juga boleh melunturkan perpaduan di negara ini. Beberapa individu
yang dikenalpasti sedang berusaha mendapatkan kerjasama daripada Amerika Syarikat dan
Australia dalam usaha mendapatkan sokongan dan dokongan terhadap permasalahan yang
mereka hadapi. Kehadiran beberapa pemimpin dari luar ini boleh dianggap cuba mencampuri
urusan negara ini kerana cuba mempertikaikan isu hubungan sesama jenis dan hak
golongan lesbian, gay dan transgender di negara ini.Segelintir anggota masyarakat juga
mengaitkan isu di atas sebagai isu hak asasi manusia di negara ini. Dengan menjadikan isu ini
sebagai isu hak asasi maka ianya mendapat sokongan sebahagian daripada anggota masyarakat.







Punca-Punca Pencemaran Udara
Aktiviti pembangunan dan perindustrian


Perkembangan ekonomi dunia bergantung kepada industri-industri yang menghasilkan barang
untuk dieksport atau untuk aktiviti perniagaan domestik. Namun, ini telah menambah buruk
keadaan pencemaran udara dunia. Pelepasan nitrogen, sulfur dioksida, hidrokarbon dan karbon
dioksida telah membawa kesan sampingan kepada kehidupan alam sekitar.
Selain itu, bukan sahaja gas-gas pencemar dilepaskan oleh industri, manakala habuk-habuk
yang mampu mengakibatkan sesak nafas manusia juga dilepaskan.



Kenderaan motor


Kenderaan motor merupakan penyumbang pencemaran utama di dunia. Masyarakat moden
amat bergantung kepada pengangkutan bermotor seperti kereta, motor, lori, kapal terbang dan
sebagainya. Setiap kenderaan motor memerlukan tenaga yang banyak untuk bergerak dan ini
perlu melalui proses pembakaran bahan api fosil untuk menghasilkannya. Akibatnya, gas
karbon monoksida, nitrus oksida, hydrokarbon dan habuk-habuk.Pada tahun 2004, 14 juta
kenderaan telah berdaftar digunakan di Malaysia. Angka ini adalah 2 kali ganda berbanding
dengan sedekad lalu. Manakala penggunaan kenderaan di jalan raya dijangka akan meningkat
kepada 1 bilion pada tahun 2020, namum dijangka juga akan mencapai angka itu lebih awal.

Pembakaran terbuka


Pembakaran terbuka sering berlaku di kawasan tapak pelupusan sampah, sisa pepejal di
kawasan industri dan tapak pembinaan, sisa perladangan, sisa kebun serta pembakaran di
hutan simpan. Akibatnya partikel jelaga yang boleh diterbangkan ke jarak jauh oleh angin telah
dihasilkan. Akhirnya, keadaan jerebu berlaku di sekeliling tempat.

Keadaan tersebut akan menjadi lebih serius pada musim panas panjang kerana ia turut
menyumbang kepada masalah jerebu yang mampu menjejaskan kesihatan awam dan
mengurangkan jarak penglihatan.

Contohnya, masalah jerebu yang melanda Malaysia pada tahun 1997 menyebabkan hampir
seluruh negara seolah-olah diselubungi 'asap'.

Aktiviti harian manusia

Isi rumah menyumbang kepada pencemaran udara melalui penggunaan tenaga untuk mesin
dan perkakas elektrik seperti peti sejuk dan penyaman udara. Apabila cecair penyejuk
digunakan, gas Klorofluorokarbon (CFC) akan dilepaskan ke udara dan ia mampu menipiskan
lapisan ozon. Selain itu, penggunaan peralatan rumah seperti penyembur aerosol yang
mengandungi CFC juga menyebabkan pencemaran udara. http://rossacalla.blogspot.com
Antara kesan pencemaran udara adalah menjejaskan kesihatan manusia, haiwan, tumbuh-
tumbuhan, penyebab kejadian hujan asid, jerebu, kesan rumah hijau dan penipisan lapisan ozon.
Kesan pencemaran udara terhadap Kesihatan Manusia adalah menjejaskan sistem pernafasan.
Karbon monoksida gas yang terhasil daripada pembakaran asap ekzoz kereta boleh
mendatangkan bahaya kepada paru-paru. Bahan tercemar seperti nitrogen oksida boleh
menyebabkan edema dan pendarahan pulmonari. Bahan tercemar seperti gas ozon boleh
menyebabkan inflamasi pada paru-paru dan ketidakupayaan untuk bergerak. Habuk,asap, kabus,
wap atau bahan-bahan lain juga menghalang penglihatan mata dan juga menjejaskan mata
manusia.
Tumbuh-tumbuhan mengalami kerosakan dengan tiga cara iaitu Nekrosis(Keguguran daun),
Klorosis (Pertukaran warna), dan perubahan pertumbuhan. Contohnya, tomato, kekacang,
bayam dan kentang juga mengalami kerosakan dengan adanya gas ozon di udara. Keadaan ini
menyebabkan bumi kekurangan sumber makanan dan ekonomi sebahagian daripada
pendudukdibumi juga terganggu.
Bahan cemar seperti sulfur dioksida juga menyebabkan haiwan terancam dan terbunuh.
Kematian haiwan itu disebabkan oleh penghadaman makanan haiwan yang tercemar setelah
terdedah kepada bahanbahan toksid yang terdapat di dalam udara. Contoh lain adalah
keracunan yang disebabkan oleh plumbum (Pb) yang telah membawa maut kepada haiwan.
Kesan pencemaran udara boleh menyebabkan penipisan Lapisan Ozon. Pembebasan gas
klorofluorocarbon atau CFC yang digunakan dalam alat-alat penyembur, alat penyaman udara
dan peti sejuk merupakan faktor utama penipisan lapisan ozon. Seperti sedia maklum, lapisan
ozon berfungsi untuk melindungi manusia daripada sinaran terus pancaran
matahari. Pendedahan secara terus kepada cahaya matahari boleh menyebabkan kanser kulit
kepada manusia.
Selain itu, pencemaran udara juga boleh menyebabkan kesan rumah hijau dan pemanasan
global. Kenaikan suhu bumi disebabkan oleh pembebasan gas-gaskarbon dioksida dan
terkumpul di dalam udara. Gas karbon dioksida yang terlalu banyak menyebabkan haba di bumi
terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat dan persekitaranya menjadi panas.
Fenomena jerebu pula kebiasaannya berlaku ketika cuaca panas dan kering. Jerebuadalah kesan
daripada pencemaran udara hasil daripada pembakaran terbuka yang berleluasa. Udara yang
tercemar dengan jerebu hanya mengandungi debu yang berbahaya terhadap sistem pernafasan
manusia. Disamping itu, jerebu juga boleh menjejaskan tahap jarak penglihatan manusia.




Antara langkah-langkah yang boleh dilaksanakan untuk mengurangkan pencemaran udara
ialah :

~ Menghijaukan kawasan
Penanaman pokok seperti pokok buah-buahan di persekitaran taman perumahan dapat
mengurangkan masalah peningkatan suhu! Selain itu, kandungan karbon dioksida dalam udara
dapat dikurangkan dan meningkatkan kandungan gas oksigen melalui proses fotosintesisnya.

~Penggunaan petrol tanpa plumbum
Penggunaan petrol tanpa plumbum dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam
pelepasan asap kenderaan. Langkah ini dapat mengurangkan masalah jerebu yang sering
berlaku di waktu pagi dan juga dapat mengelakkan masalah kesihatan seperti batuk dan
selsema daripada berlarutan.

~Program kitar semula
Udara yang tercemar akibat pembakaran terbuka yang dilakukan penduduk di sekitar taman
perumahan boleh diatasi dengan menggalakkan mereka menjual barang-barang yang boleh
dikitar semula kepada peniaga barang terpakai. Antara barang yang boleh dikitar semula ialah
surat khabar, majalah lama, kertas terpakai dan kotak kertas. Barang-barang ini boleh diproses
semula untuk menghasilkan kertas baru.

~Meninggikan serombong asap dan memasang alat penapis asap
Pihak berkuasa mesti mewajibkan pihak kilang meninggikan serombong asap 30 meter ke
udara. Disamping itu, serombong asap itu hendaklah dipasang alat penapis asap agar asap yang
dilepaskan adalah asap bersih yang telah dirawat dan tidak mencemarkan udara.

~penguatkuasaan undang-undang
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diberi kuasa untuk mengawasi mana-mana kilang di negeri
masing-masing. Oleh itu, jika ada kilang yang tidak mematuhi akta kualiti alam sekitar,
penduduk di sekitarnya boleh membuat aduan kepada PBT untuk diambil tindakan selanjutnya.

~Kempen
Kempen mencintai alam sekitar yang disiarkan dalam TV dan radio hendaklah dihayati supaya
alam sekitar kita terpelihara. Rasa tanggungjawab perlu disemai dalam diri setiap individu agar
alam sekitar bersih dan selamat untuk generasi akan datang.

http://kelip-kelipkehidupan.blogspot.com/





FAKTOR PENCEMARAN UDARA
a-a. Pencemaran Udara Pencemaran udara ini berlaku apabila terdapat benda asing dalam kepekatan
yang mengganggu atau membahayakan manusia,tumbuh-tumbuhan,b inatang dan harta benda.Benda
asing ini adalah di dalam bentuk abuk,asap,kabus,wap dan gas(Karbon Monoksida,Nitrogen
Oksida,Hidrokarbon,Ozon,S ulfur Oksida ,bau-bauan) ataupun apa-apa campuran bahan-bahan ini.
Contohnya, gas-gas beracun, zarah-zarah yang terperangkap hasil dari asap kenderaan, jerebu dari
kesan pembakaran secara terbuka dan sebagainya . Punca-punca pencemaran alam sekitar a)
Perkilangan. Kilang-kilang juga dianggap sebagai punca pencemaran air yang utama. Kebanyakan kilang
dibina di sepanjang sungai untuk memastikan bahan-bahan buangan disalirkan ke dalam sungai-sungai
berkenaan. Masalah timbul apabila cecair kimia yang disalurkan ke dalam sungai tidak dirawat dan
mengandungi bahan toksikyang mencemarkan air sungai. Kebanyakan kilang membuang sisa cecair dan
pepejal ke dalam sungai yang mengakibatkan sungai tercemar. Irni biasanya dikaitkan dengan bahan
agrokimia. Terdapat syarikat-syarikat yang tidak bertanggungjawab dan mementingkan keuntungan
semata-mata telah membuang sisa kilang ke dalam sungai walaupun menyedari kesannya terhadap
persekitaran. Selain itu,kekurangan pengetahuan menyebabkan pemilik industri tidak mengambil berat
serta cuba mengelak piawaian keselamatan yang ditetapkan sama ada berhubung keselamatan manusia
atau kestabilan alam sekitar. Selain itu juga terdapat kilang-kilang yang melepaskan asap dari
serombong-serombong asap di kilang masing-masing tanpa memperdulikan masyarakat sekeliling. Lebih
memburukkan lagi asap kilang ini berwarna hitam dan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.
Contohnya kilang kelapa sawit, kilang getah, loji-loji pemprosesan petroleum dan lain-lain lagi.. b)
Kenderaan Kesan negatif yang disebabkan oleh sistem pengangkutan merupakan faktor terbesar yang
menyebabkan pencemaran udara. Dianggarkan setiap tahun, lebih kurang 13.6 juta tan gas-gas beracun
yang berpunca daripada penggunaan kenderaan merosakkan kawasan hutan, tasik dan kehidupan laut.
Gas beracun ini juga turut menambahkan kesan rumah hijau serta membahayakan kesihatan manusia
sejagat. Selain itu juga, bilangan kenderaan yang terlalu banyak juga menyumbang kepada pencemaran
alam sekitar. Asap kenderaan akan menghasilkan karbon monoksida dan menyebabkan udara semakin
panas. c) Pembakaran terbuka Ramai penduduk suka membakar sampah merata-rata dan secara
terbuka. Sementara ada juga sebilangan penduduk yang tidak mengambil kira perasaan orang lain
dengan membakar kawasan semak samun. Aktiviti membakar sawah-sawah padi selepas kerja menuai
juga merupakan salah satu punca pencemaran alam sekitar juga. d) Sampah sarap Terdapat juga
sebilangan masyarakat yang membuang sampah merata-rata terutama sekali penduduk yang tinggal di
kawasan perumahan rakyat, rumah pangsa, rumah-rumah setinggan. Sikap ini akan menyebabkan
pencemaran alam sekitar berlaku. Kebanyakan mereka tidak suka membuang sampah di tempat yang
disediakan oleh pihak pemaju

You might also like