You are on page 1of 2

This is Google's cache of http://www.sabah.org.my/bm/kenali_sabah/as_pencemaran_udara.asp.

It is
a snapshot of the page as it appeared on 29 Aug 2010 18:17:37 GMT. The current page could have
changed in the meantime. Learn more

Text-only version
These search terms are highlighted: jenis jenis pencemaran alam sekitar  

PENCEMARAN UDARA

Pencemaran udara boleh didefinasikan sebagai   terdapatnya gas, cecair atau zarah yang
terkandung di udara sehingga berlakunya perubahan dan menjejaskan kehidupan atau bahan-bahan
lain. Bahan-bahan tersebut terampai di udara dan memberi kesan negatif kepada manusia, tumbuh-
tumbuhan dan haiwan. Ini sebabkan bahan-bahan ini akan masuk ke tubuh manusia melalui
pernafasan dan berupaya menyekat pengaliran oksigen ke dalam salur-salur darah.  Ini boleh
menimbulkan pelbagai penyakit seperti penyakit kekejangangan, barah, asma, kekejangan dan
anemia.

Habuk, asap, kabus, wap atau bahan-bahan lain yang boleh menghalang penglihatan mata
merupakan pelbagai bentuk pencemaran udara.

Klasifikasi Pencemaran Udara

Pencemaran udara dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu:

 Pencemaran Udara Primer

Penghasilan sulfur monoksida dan karbon monoksida akibat daripada proses pembakaran
yang tidak lengkap adalah punca pencemaran udara primer. Proses ini menyebabkan zarah-
zarah yang halus terampai-ampai di udara dan memberi kesan sampingan kepada kesihatan
kita.

Kebanyakan pencemaran udara primer ini dilepaskan melalui ekzos kenderaan, kawasan
industri dan penggunaan dapur arang atau kayu.

 Pencemaran Udara Sekunder

Pencemaran udara sekunder pula adalah tindak balas sulfur dioksida yang bergabung dan
membentuk dengan gas-gas yang tidak diperlukan oleh benda hidup.

Sulfur dioksida memerlukan gas seperti karbon monoksida dan sufur monoksida (pencemar
primer) untuk membentuk gas-gas lain. Sebagai contoh, gabungan sulfur dioksida, sulfur
monoksida dan wap air akan menghasilkan asid sulfurik. Tindakbalas antara pencemar
primer dengan gas-gas terampai di atmosfera akan menghasilkan peroksid asetil nitrat
(PAN).

Jenis-jenis Bahan Pencemar

Antara jenis-jenis bahan pencemar adalah seperti berikut :

 Sulfur dioksida
 Karbon monoksida
 Nitrogen dioksida dan ozon
 Alergen
 Plumbum dan logam-logam lain
Punca Pencemaran

Pencemaran udara boleh berpunca daripada :

 Pelepasan asap kenderaan


 Proses industri - penghasilan bahan pencemaran oleh kilang-kilang  asbestos/ simen/ bateri
kereata
 Pembakaran di tempat pelupusan - pembakaran terbuka di bandar
 Pembakaran hutan
 Pelepasan habuk - pembakaran sisa kayu/ sekam padi
 Bahan-bahan sisa bandaran - sampah-sarap , sisa-sisa makanan
 Aktiviti Masyarakat - membakar sampah, memasak menggunakan arang/ kayu, merokok

Kesan Pencemaran

Kesan-kesan pencemaran udara :

 Kesihatan terjejas
 Pertanian yang tidak produktif
 Kemalangan mudah berlaku - akibat penglihatan yang kabur
 Mengotorkan persekitaran - habuk

Sumber :

 Pencemaran Alam Sekitar, Siri Pencemaran Alam

You might also like