You are on page 1of 21

BAB 2 PENCEMARAN

HASIL PEMBELAJARAN KURSUS


Pada akhir bab ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan maksud pencemaran.
2. Menyenaraikan jenis-jenis pencemaran.
3. Menerangkan punca dan kesan pencemaran.

2.0 Definisi Pencemaran

Definisi pencemaran adalah perihal mencemari atau mencemarkan; pengotoran: Masalah ~


udara sering dihadapi oleh negara-negara yg sedang membangun (Kamus Pelajar Edisi
Kedua).

Ia juga ditakrifkan sebagai kemasukan bahan pencemar seperti bahan kimia, hingar, haba,
cahaya dan tenaga di alam sekitar yang mengakibatkan kesan memusnahkan sehingga
membahayakan kesihatan manusia, mengancam sumber alam dan ekosistem, serta
mengganggu ameniti dan kepenggunaan alam sekitar.

Menurut Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974, pencemaran ertinya, apa-apa perubahan
langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizika, haba, kimia, atau biologi mana-mana
bahagian alam sekeliling dengan melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan benda
berbahaya kepada alam sekeliling, pencemar atau buangan-buangan hingga menjejaskan apa-
apa kegunaan berfaedah, menyebabkan suatu keadaaan yang merbahaya atau mungkin
merbahaya kepada kesihatan, keselamatan atau kebajikan awam, atau kepada binatang,
burung, hidup-hidupan liar, ikan atau hidupan-hidupan dalam air, atau kepada tumbuhan-
tumbuhan atau menyebabkan suatu perlanggaran terhadapa apa-apa syarat, had atau sekatan
yang dikenakan ke atas sesuatu lesen yang dikeluarkan di bawah Akta ini.

15| ms
PENCEMARAN ALAM jika dibiarkan akan mengganggu
keharmonian dan keselesaan kehidupan kita. Sebenarnya,
terdapat beberapa jenis pencemaran alam yang berlaku di
sekeliling kita. Antaranya pencemaran air, pecemaran udara,
pencemaran tanah, pencemaran bau.

Di Malaysia, saban hari alam sekitar kita mengalami pencemaran dalam pelbagai bentuk dan
dimensi, sama ada daripada pencemaran udara, air, bunyi bising sehinggalah pencemaran
sampah sarap yang seolah-olah tiada penghujungnya. Walaupun sudah banyak kempen
pendidikan dan kesedaran alam sekitar dalam pelbagai bentuk penerangan, bahan bacaan,
media cetak dan sosial telah diusahakan.

Namun, usaha murni yang dijalankan seperti mencurahkan air ke daun keladi, walaupun jutaan
ringgit dilaburkan untuk kempen berkenaan. Namun tahap kesedaran masyarakat mengenai
kepentingan menjaga alam sekitar masih pada tahap begitu rendah dan hampir
mengecewakan.

Rajah 2.0: Pencemaran alam sekitar

16| ms
2.1 Jenis-Jenis Pencemaran

UDARA

JENIS
TANAH PENCEMARAN AIR

BUNYI

Rajah 2.1a: Jenis-Jenis Pencemaran

a. Pencemaran Udara

Pencemaran udara boleh dikatakan antara pencemaran yang memberi impak yang paling besar
kepada alam sekitar. Pencemaran ini menyebabkan terjadinya fenomena pemanasan global
yang mengakibatkan berlakunya bencana alam yang mengancam bumi. Pencemaran udara
boleh diklasifikasi kepada dua bahagian iaitu pencemaran primer dan pencemaran sekunder.

17| ms
Dihasilkan daripada sulfur monoksida dan karbon monoksida
hasil pembakaran tidak lengkap yang menyebabkan zarah-zarah
halus terampai di udara.
Pencemaran
Kebanyakan dilepaskan melalui ekzos kenderaan, industri yang
primer
melepaskan asap atau bahan pencemar dan pembakaran arang
batu yang tidak terkawal.

Tindak balas sulfur dioksida yang bergabung dan membentuk


dengan gas-gas yang tidak diperlukan oleh benda hidup seperti
gabungan sulfur dioksida, sulfur monoksida dan wap air akan
menghasilkan asid sulfurik.
Pencemaran
Sekunder

Rajah 2.1b: Jenis Pencemaran Udara

Punca Pencemaran Udara

Punca kepada pencemaran udara termasuk perlepasan asap dari ekzos kenderaan, asap dari
industri kilang, penggunaan arang batu yang tidak terkawal dan pembakaran di tapak
pelupusan. Selain dari punca-punca tersebut fenomena semulajadi juga menyumbang kepada
kebakaran hutan akibat kepanasan dari matahari dan juga kejadian letupan gunung berapi yang
mengeluarkan partikel, asap dan debu dengan kadar yang banyak hingga menjejaskan
penglihatan di sekitar tempat kejadian.

Kesan Pencemaran Udara

Pencemaran udara menjejaskan sistem pernafasan manusia. Ini kerana dalam keadaan udara
yang tercemar terdapat udara telah diracuni oleh bahan tercemar dan gas-gas yang tidak
diperlukan. Gas ini seperti karbon monoksida yang akan meracuni sistem pengangkutan
oksigen dalam darah dan melambatkan tindak balas manusia. Kesan dari itu menyebabkan
mengantuk, penyakit lelah dan fungsi paru-paru terjejas. Menurut kajian Pertubuhan Kesihatan
Sedunia (WHO), sebanyak 3 juta manusia mati setiap tahun disebabkan oleh pencemaran

18| ms
udara dan tiga kali ganda lebih tinggi daripada jumlah kematian yang disebabkan kemalangan
(Sinar Harian, 10 Februari 2020). Manakala kesan pada tumbuhan pula menyebabkan
tumbuhan mengalami kerosakan seperti nekrosis (keguguran daun) dan pertumbuhan
terbantut. Begitu juga haiwan akan terancam akibat udara yang yang tercemar disedut dan
mengambil makanan dari tumbuhan yang tercemar.

Langkah-Langkah Mengatasi Pencemaran Udara

▪ Menghijaukan kawasan
Penanaman pokok seperti pokok buah-buahan di persekitaran taman perumahan dapat
mengurangkan masalah peningkatan suhu. Selain itu, kandungan karbon dioksida dalam udara
dapat dikurangkan dan meningkatkan kandungan gas oksigen melalui proses fotosintesisnya.

▪ Penggunaan petrol tanpa plumbum


Penggunaan petrol tanpa plumbum dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam
pelepasan asap kenderaan. Langkah ini dapat mengurangkan masalah jerebu yang sering
berlaku di waktu pagi dan juga dapat mengelakkan masalah kesihatan seperti batuk dan
selsema daripada berlarutan.

▪ Program kitar semula


Udara yang tercemar akibat pembakaran terbuka yang dilakukan penduduk di sekitar taman
perumahan boleh diatasi dengan menggalakkan mereka menjual barang-barang yang boleh
dikitar semula kepada peniaga barang terpakai. Antara barang yang boleh dikitar semula ialah
surat khabar, majalah lama, kertas terpakai dan kotak kertas. Barang-barang ini boleh diproses
semula untuk menghasilkan kertas baru.

▪ Meninggikan serombong asap dan memasang alat penapis asap


Pihak berkuasa mesti mewajibkan pihak kilang meninggikan serombong asap 30 meter ke
udara. Disamping itu, serombong asap itu hendaklah dipasang alat penapis asap agar asap
yang dilepaskan adalah asap bersih yang telah dirawat dan tidak mencemarkan udara.

19| ms
▪ Penguatkuasaan undang-undang
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diberi kuasa untuk mengawasi mana-mana kilang di negeri
masing-masing. Oleh itu, jika ada kilang yang tidak mematuhi Akta Kualiti Alam Sekitar 1974,
penduduk di sekitarnya boleh membuat aduan kepada PBT untuk diambil tindakan selanjutnya.

▪ Kempen
Kempen mencintai alam sekitar yang disiarkan dalam TV dan radio hendaklah dihayati supaya
alam sekitar kita terpelihara. Rasa tanggungjawab perlu disemai dalam diri setiap individu agar
alam sekitar bersih dan selamat untuk generasi akan datang

b. Pencemaran Air

Air merupakan salah satu keperluan asas manusia. Namun begitu pada masa ini, di negara-
negara membangun atau negara sedang membangun, masalah pencemaran air masih berlaku.
Masalah ini amat membimbangkan. Pencemaran air bermaksud perubahan yang berlaku dari
segi kandungan, keadaan dan warna sehingga tidak sesuai dan akan memberi kesan terhadap
manusia apabila digunakan. Pencemaran ini berlaku sama ada dari segi biologi, kimia dan fizik.
Bahan pencemaran boleh didapati dalam pelbagai bentuk iaitu gas, cecair dan pepejal.
Pencemaran air bukan sahaja berlaku di sungai sahaja tetapi juga di laut, pantai dan lain-lain
tempat berair.

20| ms
Punca Pencemaran Air

Punca berlakunya pencemaran air disebabkan kilang-kilang yang tidak bermoral. Kebanyakan
kilang yang dibina sepanjang sungai membuang bahan-bahan buangan disalirkan ke dalam
sungai-sungai berkenaan. Masalah timbul apabila cecair kimia yang disalurkan ke dalam sungai
tidak dirawat dan mengandungi bahan toksik yang mencemarkan air sungai dan laut.
Kebanyakan kilang membuang sisa cecair dan pepejal ke dalam sungai yang mengakibatkan
sungai tercemar seperti Sungai Juru yang terletak di Seberang Perai, Pulau Pinang
menunjukkan warna air di Sungai Juru berwarna hitam pekat apabila sampai di laut.

Di samping itu, industri perlombongan juga mengakibatkan pencemaran air. Cari gali petroleum
di dasar laut dan tumpahan minyak adalah antara bukti nyata. Penggerudian perigi-perigi
minyak dan letupan tangki minyak menyumbang kepada gejala ini. Apabila minyak ini
bercampur dengan air laut atau sungai, ia akan mengakibatkan air tercemar. Ini memberi kesan
negatif kepada kehidupan air seperti tumbuh-tumbuhan dan haiwan akuatik dan seterusnya
menjejaskan sumber protein manusia.

Bahan-bahan buangan radioaktif dan ujian-ujian bom dan nuklear di laut-laut juga menyumbang
kepada pencemaran air. Bahan-bahan buangan radioaktif yang terhasil dari makmal-makmal
yang mengandungi sisa-sisa toksik larut dalam air telah mencemarkan air sungai dan laut.
Stesen-stesen nuklear juga menyalirkan bahan buangan ke dalam sungai yang mengakibatkan
sungai tercemar.

Kesan Pencemaran Air

Pencemaran air ini menimbulkan banyak masalah terhadap hidupan-hidupan di dunia pada
masa kini termasuklah manusia sendiri. Bahan-bahan yang dibuang dalam sungai akan
mengurangkan kandungan oksigen dalam air. Hidupan laut akan mati apabila memakan bahan
beracun dari sumber air yang telah tercemar ini. Manusia akan mendapat penyakit kronik jika
mengambil sumber protein beracun dan meminum atau menggunakan air yang tercemar.
Selain itu, sampah-sarap dan najis yang dibuang ke dalam air juga menggalakkan bakteria
untuk terus membiak dan menjadi masalah kepada kehidupan di dalam air mahupun kepada
manusia sendiri.

21| ms
Kesan lain ialah sistem air bawah tanah tercemar. Sesetengah kilang akan memperuntukkan
kawasan untuk pembuangan sisa-sisa kilang. Apabila berlaku hujan lebat atau loji pecah, sisa-
sisa ini akan terkeluar dan menyebabkan dua masalah. Masalah pertama ialah jika sisa ini
mengalir di permukaan, maka ianya akan mengalir di dalam sistem saliran terutamanya parit
dan sungai. Masalah kedua pula ialah sekiranya sisa ini mengalir ke dalam sistem bawah
tanah, sisa-sisa ini akan menyebabkan sistem air bawah tanah tercemar. Kedua-dua masalah
tersebut akan merosakkan dan mencemarkan hidupan dan keadaan air itu sendiri.

c. Pencemaran Tanah

Tanah adalah bahagian permukaan bumi yang dihuni oleh banyak makhluk hidup terutama
manusia, tumbuh-tumbuhan, haiwan dan mikroorganisme Tanah dan makhluk hidup yang hidup
di atasnya mempunyai hubungan yang sangat erat. Tanah memberikan sumber daya yang
berguna bagi kelangsungan makhluk hidup di atasnya. Tanah memiliki fungsi produksi, iaitu
antara lain sebagai penghasil biomassa, seperti bahan makanan, serat, kayu dan bahan ubat-
ubatan. Selain itu, tanah juga berperan dalam menjaga kelestarian sumber daya air dan
kelestarian lingkungan hidup secara umum. Tanah juga merupakan habitat alamiah bagi
manusia dan makhluk hidup yang lain. Dapat dikatakan bahawa hidup manusia tergantung
kepada tanah.

Pencemaran tanah bermaksud perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga
terjadinya pertukaran warna, kesuburan dan hakisan. Pencemaran ini disebabkan oleh bahan
buangan sama ada berbentuk air atau pepejal. Bahan pencemar pula terdiri daripada pencemar
organik, kimia atau fizik.

22| ms
Punca Pencemaran Tanah

Antara punca berlakunya pencemaran ini ialah pembuangan bahan-bahan buangan daripada
kilang seperti minyak, sisa toksik dan sisa-sisa kilang. Pembuangan sampah merata-rata dan
penggunaan racun serangga secara berlebih-lebihan juga merupakan penyumbang ke arah
pencemaran ini. Di samping itu, sikap manusia yang jarang menghargai alam juga menjadi
salah satu punca pencemaran tanah. Selain daripada mengurangkan jumlah hutan asal dan
biodiversiti hutan dan hidupan liar, penebangan hutan juga turut menyumbang kepada hakisan
tanah, pemendapan, kerosakan cerun dan tanah runtuh di Malaysia. Pembangunan yang tidak
dirancang dengan berkesan seperti pembalakan yang giat dan pembukaan tanah secara
berleluasa akan memberikan kesan buruk terhadap alam sekitar contohnya berlakulah hakisan
tanah, berlaku perubahan iklim, kesan kepada rumah hijau dan banjir.

Kesan Pencemaran Tanah

Terdapat banyak kesan pencemaran yang memudaratkan tanah. Salah satu adalah
merosakkan tanah dan kualitinya. Sisa-sisa industri dan hasil tumpahan daripada kenderaan
pengangkut menjadikan tanah rosakdan kurang berkualiti. Tanah yang kurang berkualiti
menyebabkan tumbuh-tumbuhan atau sayur-sayuran yang ditanam tidak hidup dengan
sempurna dan tidak subur. Hujan asid yang meresap ke dalam tanah, perlombongan yang
berlebihan, penebangan hutan atau pembalakan menyebabkan tanah terhakis dan rosak.
Selain itu penggunaan racun serangga atau rumpai turut berperanan mengurangkan kualiti

23| ms
tanah. Kemajuan dari segi pengangkutan juga menyebabkan banyak kawasan tanah telah
digunakan untuk tujuan pembinaan jalanraya, landasan keretapi dan lapangan terbang.

Selain itu, pembuangan sampah merata-rata juga merupakan penyumbang kepada


pencemaran tanah. Pasti tempat yang berlonggokan sampah itu akan menarik perhatian
serangga dan haiwan pembawa penyakit seperti lalat dan tikus. Haiwan perosak yang tertumpu
di kawasan ini dan menyebarkan kuman-kuman penyakit ke tempat-tempat lain. Jika makanan
yang dihinggapi lalat atau dimakan lipas, manusia mudah keracunan makanan dan seterusnya
diserang penyakit yang serius.

Seterusnya, pengujian senjata nuklear di negara-negara barat juga turut mengancam kualiti
tanah dunia. Tanah bukan sahaja tidak subur malahan menyimpan bahan radioaktif yang
mampu membunuh manusia secara perlahan. Contoh yang paling ketara adalah letupan loji
nuklear di Chernobyl, Russia. Kesannya dapat dirasai hingga ke Sweden, kerana 23 orang
telah dilaporkan mati akibat daripada kesan radioaktif nuklear tersebut. Semua penduduk di
sekitarnya dipindahkan dan di sesetengah tempat, penjualan daging terpaksa dihentikan kerana
kadar pencemaran terlalu tinggi dan membahayakan kesihatan.

Di samping itu, penukaran tanah dari hutan kepada pertanian telah mengakibatkan berlakunya
penebangan hutan secara meluas. Penebangan hutan yang berterusan dan kemusnahan hutan
di kawasan tadahan air akan menjejaskan bekalan air dan kualiti sumber air, menjejaskan
kemampuan pengambilan semula air bawah tanah dan menyebabkan lebih banyak banjir di
kawasan tanah rendah.

Satu lagi kesan pencemaran tanah ini adalah hakisan. Hakisan tanah adalah salah satu
fenomena yang sangat sering berlaku di seluruh dunia. Ianya bukan sahaja merugikan dari
sudut kewangan dan ekonomi bahkan juga mengancam keselamatan dan nyawa manusia,
misalnya tanah runtuh dan juga gempa bumi. Terdapat banyak negara-negara yang sedang
diancam hakisan tanah. Di negara-negara tertentu juga, angin menjadi salah satu agen yang
boleh menyebabkan hakisan. Antara aktiviti-aktiviti manusia yang boleh menyebabkan hakisan
adalah pembersihan dan pembajakan cerun bukit yang menyebabkan tiada tumbuhan yang
dapat menahan tanah daripada dialirkan bersama-sama dengan air apabila hujan lebat,
penebangan hutan, padang ragut yang meluas dan berlebihan, dan penanaman secara meluas
hanya satu jenis tanaman.

24| ms
d. Pencemaran Bunyi

Pencemaran bunyi sering menjadi isu tetapi ia kurang diberi perhatian. Akhir-akhir ini, aspek ini
dibincangkan secara bersungguh-sungguh apabila paras bunyi semakin meningkat dari hari ke
hari. Pembangunan negara yang pesat menuju status negara industri yang menyebabkan
bilangan kenderaan di jalan raya meningkat merupakan antara sumber bunyi utama di negara
kita. Projek-projek pembinaan yang menggunakan banyak jentera dan pembinaan lebih banyak
lapangan terbang juga merupakan antara penyumbang lain pencemaran bunyi. Dalam sektor
pekerjaan, paras bunyi yang selamat harus dipastikan bagi mengelak pekerja mengalami
masalah pendengaran. Buat masa ini, kebanyakan sektor industri di negara ini lebih
berorientasikan buruh berbanding di negara-negara maju. Sehubungan ini pengoperasian
jentera dalam bangunan mungkin mendedahkan pekerja kepada risiko kerosakan pendengaran.
Pengukuran bunyi juga amat penting bagi menilai sumber, kesan dan teknologi kawalan yang
sesuai.

Rajah 2.1c: Alat Pengukuran Tahap Bunyi

Pencemaran bunyi didefiniskan sebagai bunyi bising yang keterlaluan sehingga menyakitkan
telinga. Pencemaran bunyi biasanya melebihi 80 dB(A)[desibel] dan pencemaran ini mengikut
situasi dan keinginan masing-masing. Pencemaran ini boleh dibahagikan kepada empat
bahagian, iaitu kebisingan selenjar, kebisingan fluktuasi dan hentakan impuls, dan kebisingan
selang-seli.

Kebisingan selenjar adalah kebisingan yang selar dan kurang daripada 3 desibel (dB). Ini
berlaku apabila seseorang sedang berbisik kerana gelombang bunyi bergetar dengan lebih
perlahan.

25| ms
Kebisingan fluktasi pula merupakan kebisingan yang terlatak antara puncak gelombang yang
tinggi dan rendah. Pada tahap ini getaran gelombang bunyi akan bergetar dengan lebih cepat
daripada kebisingan selenjar. Getaran gelombang adalah sekitar 3 dB sahaja. Contohnya
kebisingan fluktasi berlaku apabila seseorang sedang berbual-bual, dan bunyi enjin yang tidak
dimatikan.

Hentakan impuls merupakan bunyi yang lebih intensiti dalam tempoh yang lebih singkat.
Contohnya tembakan, ketukan atau lagaan daripada benda yang keras. Pada kebiasaannya,
tahap ini getaran gelombang akan memuncak dan menurun dengan cepat. Pada tahap ini
intensiti bunyi adalah melebihi 80 dB kemudian gelombang bunyi akan menurun dengan cepat.
Akan tetapi intensiti masih menunjukkan tahap yang tinggi kerana bunyi yang kuat akan
memberi kesan yang lama terhadap getaran. Kebisingan selang seli berlaku secara berselang-
seli. Ianya dihasilkan apabila bunyi bising menjadi perlahan dan kuat dalam jangka masa yang
pendek. Contoh: Ketika seseorang sedang menggergaji kayu, getaran akan berlaku ketika
gergaji itu bergerak dan getaran tidak akan berlaku apabila gergaji kayu dihentikan. Semasa
gergaji sedang ditarik intensitinya akan meninggi pada kadar tertentu dan menurun apabila
gergaji tidak disorongkan.

Rajah 2.1d: Pencemaran bunyi dari penggunaan mesin

Punca Pencemaran Bunyi

Punca-punca berlakunya pencemaran bunyi adalah seperti pembangunan dalam kawasan


industri dimana bunyi yang bising akan dikeluarkan melalui pemprosesan bahan, jentera dan
kenderaan. Aktiviti pembuatan ini secara tidak langsung akan menjejaskan ketenteraman orang
ramai dan memberi kesan gelisah, kurang rehat, gangguan pemikiran dan lain-lain atas
pencemaran bunyi yang dikeluarkan.

26| ms
Di kawasan petempatan pula, punca berlakunya pencemaran bunyi adalah proses pembinaan
yang menanamkan cerucuk-cerucuk besi di dalam tanah demi membinakan bangunan-
bangunan yang tinggi. Selain itu kenderaan-kenderaan awam yang mengeluarkan bunyi bising
yang memekakkan telinga di kawasan penempatan dan sekitar sekolah juga punca utama yang
menyumbangkan kepada pencemaran bunyi. Contohnya pemandu kereta yang suka hon
sesuka hati semasa kesesakan di jalan raya dan tidak mematikan enjin sementara menunggu
anak di sekitar sekolah.

Rajah 2.1e: Pencemaran bunyi dari penggunaan kenderaan

Aktiviti masyarakat seperti mendengar radio dan menonton program televisyen dengan suara
yang kuat juga merupakan punca berlakunya pencemaran bunyi. Pada sesetengah masa
aktiviti masyarakat seperti mengadakan konsert semasa musim perayaan dan tidak
merendahkan bunyi pembesar suara walaupun selepas pukul 12 malam juga merupakan
pencemaran bunyi yang sering berlaku.

Pencemaran bunyi dalam kehidupan moden ini sememangnya banyak membawa kesan yang
negatif ke atas kesihatan manusia. Pencemaran bunyi yang negatif selalu menstimulasikan
mekanisme pertahanan badan manusia yang mengakibatkan rembesan adrenalina(hormon)
dan respons-respons fisiologi lain walhal ketiadaan keadaan yang membahayakan.

Kesan Pencemaran Bunyi

Kesan pencemaran bunyi ke atas manusia dapat dibahagikan kepada kesan fisiologi dan kesan
psikologi. kesan fisiologi melibatkan kehilangan pendengaran dan respon kepada keadaan
cemas manakala kesan psikologi berlaku akibat pencemaran bunyi yang mengganggu

27| ms
komunikasi antara manusia., mengganggu tidur dan seterusnya menjejaskan kestabilan mental
dan mengganggu proses mental, iaitu pemikiran dan pemusatan perhatian susah dilakukan.

Kesan kesan negatif yang tersebut diatas biasanya berlaku kepada orang-orang yang selalu
terdedah kepada bunyi bising yang kuat di tempat kerja atau sekitar tempat perumahan mereka.
Contohnya pekerja-pekerja kilang dan penduduk-penduduk di sekitar lapangan terbang yang
mungkin menghadapi risiko kehilangan pendengaran mereka dimana kehilangan pendengaran
biasanya berlaku secara beransur-ansur dan tanpa disedari oleh mereka. Di bawah Akta Kualiti
Alam Sekeliling, had maksimum yang dibenarkan bagi kawasan Bandar yang mempunyai
jumlah kepadatan penduduk yang tinggi adalah 65 desibel (dBA) untuk waktu siang dan 60 dBA
untuk waktu malam. Sesiapa yang tidak mematuhi undang undang dibawah Akta Kualiti Alam
Sekeliling boleh dikenakan tindakan undang-undang sekiranya tidak mematuhi syarat-syarat
yang ditetapkan.

2.2 Kesan Pencemaran Alam Sekitar

Pencemaran alam sekitar telah memberi kesan yang buruk terhadap hidupan di dunia pada
masa kini. Di antara kesan utama yang menimpa manusia akibat daripada pencemaran alam
sekitar ialah terhadap udara, suhu persekitaran dan lain-lain. Pencemaran pada hari ini semakin
berterusan dari semasa ke semasa. Sememangnya pencemaran alam sekitar memberi kesan
buruk.

Pencemaran udara memberi kesan yang sangat buruk terhadap tumbuh-tumbuhan di dunia ini.
Tumbuh-tumbuhan mengalami kerosakan dengan tiga cara iaitu Nekrosis (Keguguran daun),
Klorosis (Pertukaran warna), dan perubahan pertumbuhan. Barli, kapas, gandum dan epal
adalah antara tumbuhan yang mudah mengalami kerosakan dengan bahan cemar sulfur
dioksida. Selain itu, tomato, kekacang, bayam dan kentang juga mengalami kerosakan dengan
adanya gas ozon di udara. Keadaan ini menyebabkan bumi kekurangan sumber makanan dan
ekonomi sebahagian daripada penduduk di bumi juga terganggu.

Seterusnya, bahan cemar juga menyebabkan haiwan-haiwan terancam dan terbunuh. Haiwan-
haiwan akan kehilangan habitat kerana bahan tercemar telah memusnahkan tempat tinggal
mereka. Maka, haiwan-haiwan terbunuh dan spesis-spesis yang istimewa juga akan
menghadapi kepupusan. Bahan-bahan tercemar seperti sulfur dioksida yang terlepas ke udara

28| ms
oleh kenderaan akan menyebabkan penghadaman makanan haiwan terjejas. Hal ini
menyebabkan haiwan-haiwan kehilangan nyawa kerana bahan – bahan toksid di udara ini telah
diserap ke dalam tubuh badan haiwan tersebut. Sebagai contohnya, gajah, harimau, kuda-
kuda, singa dan sebagainya.

Pencemaran udara juga menyebabkan penyusutan lapisan ozon bumi yang melindungi hidupan
di bumi ini daripada sinaran terus matahari. Pembebasan gas klorofluorocarbon atau CFC yang
digunakan dalam alat-alat penyembur, alat penyaman udara dan peti sejuk menipiskan lapisan
ozon ini. Ini menyebabkan lebih banyak sinaran matahari yang sampai ke bumi. Pendedahan
secara terus kepada cahaya matahari boleh menyebabkan kanser kulit yang amat berbahaya
kepada manusia dan juga hidupan lain. Pancaran matahari yang terik juga menyebabkan
berlakunya pencairaan kepada ais-ais di bahagian kutub-kutub bumi dan menyebabkan
berlakunya ketidakseimbangan ekosistem di dunia pada masa kini.

Rajah 2.2a: Peratan Penyumbang Pembebasan Gas Klorofluorocarbon (CFC)

Seterusnya, pencemaran udara juga menyebabkan terbentuknya Hujan asid yang disebabkan
oleh penggabungan gas-gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida dengan air hujan. Hal ini
berlaku apabila gas-gas sulfur oksida (SO2) dan oksida-oksida nitrogen (NOx) dilepaskan ke
udara dan bertindakbalas dengan wap air yang terdapat di atmosfera dan seterusnya menjadi
asid sulfurik dan asid nitrik. Asid ini terkumpul di dalam awan dan awan pula bergerak ke
tempat- tempat lain dan membawa asid-asid tersebut. Asid itu akan turun bersama-sama
dengan hujan dan menimpa hidupan yang terdapat di dunia. Hal ini membunuh tumbuh-
tumbuhan dan juga hidupan air. Hal ini juga boleh menghakis pakaian, kertas dan bahan binaan
bangunan. Selain itu, asid tersebut juga meresap ke dalam tanah dan menyebabkan kualiti
tanah berkurang dan menjadikannya tidak subur.

29| ms
Selain itu, kesan yang paling ketara dan sedang hangat diperkatakan oleh seluruh warga dunia
pada masa kini adalah kesan pemanasan global yang disebabkan oleh kesan rumah hijau.
Kenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon menjadi punca kepada pemanasan global ini
yang dapat dirasakan oleh seluruh penduduk bumi. Kenaikan suhu bumi disebabkan oleh
pembebasan gas-gas karbon dioksida yang terkumpul di dalam udara. Gas karbon dioksida
yang terlalu banyak menyebabkan haba di bumi terperangkap dan akhirnya suhu bumi
meningkat, persekitaranya menjadi panas. Penyusutan lapisan ozon juga adalah faktor utama
kejadian pemanasan global ini. Pemanasan global menyebabkan keadaan bumi menjadi panas,
ekosistem terganggu, banjir berlaku secara kerap dan juga berlakunya kejadian alam yang tidak
normal. Sebagai contohnya, kegiatan tsunami yang berlaku di Indonesia telah banyak
mengorbankan nyawa manusia dan harta benda. Kebakaran hutan yang berlaku juga sedikit
sebanyak memberi kesan kepada suhu di bumi ini dan juga menjejaskan kualiti udara.

Pencemaran bunyi terhadap dunia pada masa kini termasuklah menggangu persekitaran
dengan keadaan bunyi yang bising sehingga tahap yang melampau. Pencemaran bunyi akan
menyebabkan keadaan persekitaran sangat bising dan menjadikan kehidupan manusia serta
kehidupan lain terganggu. Haiwan juga berasa takut dan ingin berhijrah ke habitat baru yang
lebih senyap dan nyaman. Hal ini akan menyebabkan ketidakseimbangan ekosistem.

Pencemaran bunyi menyebabkan kerosakan pada telinga manusia secara serta-merta dan juga
secara kronik. Sekiranya telinga menerima bunyi yang kuat iaitu lebih daripada 120 dB, selaput
tympanum di dalam telinga akan pecah serta kerosakan tulang kecil pada telinga dan ini
menyebabkan kehilangan pendengaran kekal. Pendedahan berpanjangan kepada bunyi kuat
iaitu lebih 85 dB dalam masa 8 jam sehari, ia akan merosakkan koklia dan menyebabkan
pendengran menjadi tidak berkualiti dan kemungkinan juga akan menjadi pekak secara
perlahan-lahan

Kesimpulannya, pencemaran alam sekitar memang memberi kesan buruk kepada seluruh alam
sekitar di bumi ini. Saya berharap pihak berwajib dapat memantau supaya pencemaran ini
dapat dikurangkan supaya kehidupan di bumi ini lebih selesa.

30| ms
2.3 Kepentingan Penjagaan Alam Sekitar

Alam sekitar merupakan segala benda hidup dan bukan hidup yang wujud secara semula jadi di
permukaan bumi, atau sebahagian daripadanya. Alam sekitar memainkan peranan yang
penting dalam kehidupan harian kita. Alam sekitar yang tidak tercemar memberikan kita satu
suasana yang selesa dan mennyamankan. Di samping memberi keselesaan kepada manusia,
ia juga sedikit sebanyak akan menjejaskan aktiviti-aktiviti pembangunan negara sekiranya alam
sekitar di negara kita tidak dijaga dengan baik. Amalan menjaga kerbersihan merupakan
tuntutan semua agama. Persekitaran yang bersih penting untuk mewujudkan kehidupan yang
sihat dan sejahtera.

Rajah 2.3a Kehidupan yang sihat dan sejahtera

Kepentingan menjaga alam sekitar adalah penting untuk manusia, terutamanya terhadap sistem
pernafasan kita. Persekitaran yang bersih membolehkan kita menyedut udara yang segar.
Udara yang bersih dan segar sememangkan amat penting untuk kesihatan. Kawasan yang
segar dan bersih lazimnya dipenuhi dengan tumbuhan menghijau. Tumbuh-tumbuhan
membebaskan oksigen ke udara dan membolehkan badan kita mendapat bekalan oksigen
secukupnya. Selain itu, alam sekitar yang bersih membolehkan kita menikmati keselesaan.
Cuaca panas dan kering yang disebabkan oleh kenaikan suhu dapat dielekkan dan
membolehkan kita menjalani kehidupan dalam keadaan cuaca yang baik. Melalui persekitaran
yang segar dan nyaman juga, orang ramai boleh melakukan aktiviti luar dan beriadah tanpa
gangguan yang boleh menimbulkan perasaan rimas, marah dan tidak selesa. Aktiviti riadah
yang dijalankan dalam keadaan bersih akan menguatkan kesihatan kita. Dengan ini, kesihatan
manusia akan terjamin.

31| ms
Menjaga alam sekitar adalah penting untuk flora fauna. Kebersihan alam sekitar akan menjamin
keseimbangan ekosistem. Ekosistem yang terpelihara daripada kerakusan manusia akan
membantu menjamin sumber air. Tanpa pemusnahan hutan, ia dapat berfungsi sebagai
kawasan tadahan hujan. Kehadiran hutan-hutan tadahan hujan akan menakung air hujan
secara semula jadi dalam kuantiti yang besar. Hutan yang lengkap dengan flora dan faunanya
menyebabkan air hujan yang turun dapat disalurkan dengan baik ke sungai. Air hujan yang
turun itu tidak akan tersejat malah akan disalurkan ke sungai untuk meneruskan peredaran air.
Ini dapat menjamin bekalan air yang mencukupi bagi kegunaan domestik mahupun industri.
Selain itu, hutan akan membantu manusia menakung air dalam empangan-empangan yang
dilengkapi teknologi canggih. Keadaan ini membolehkan kita menghasilkan kuasa elektrik hidro
sebagai suatu tenaga yang bersifat mesra alam dan akan kita mampu mengurangkan
pergantungan kepada tenaga fosil seperti petrol dan arang batu yang memusnahkan alam.
Secara umumnya, kebersihan alam sekitar adalah tuntutan semula jadi untuk manusia
menjamin kehidupan yang selesa. Ini bukan sahaja memastikan manusia mengelak scenario
perubahan alam yang mengancam malah membantu manusia memiliki kualiti hidup yang baik.

Rajah 2.2b Pusat Pemulihanan Alam Sekitar

Pemuliharaan terhadap alam sekitar adalah amat penting untuk mengelakkan kepupusan. Alam
sekitar merupakan tempat tinggal bagi flora dan fauna. Kedua-duanya memainkan peranan
dalam mengekalkan alam semula jadi dan setiap satunya mempunyai rantaian yang mengikat

32| ms
antara satu sama lain, Flora fauna merupakan biodiversiti yang tidak boleh dipisahkan. Flora
merupakan tempat perlindungan pelbagai fauna daripada angkara manusia atau sesama
haiwan sendiri. Kepupusan salah satu daripadanya akna menjejaskan kitaran alam semula jadi.
Penerbangan hutan yang tidak terancang akan menyebabkan cuaca menjadi panas dan kering.
Ini akan menjejaskan pertumbuhan flora dan fauna pula akan kehilangan habitatnya.
Pemulihara terhadap alam sekitar adalah penting untuk mengelakkan kepupusan. Dengan itu,
habitat hidupan darat dan air terpelihara.

Penghutanan semula yang dilakukan secara terancang dan sistematik yang dijalankan oleh
Jabatan Perhutanan serta badan-badan bukan kerajaan dapat meningkatkan oksigen di
atmosfera kerana tumbuhan hijau berperanan sebagai perangkap dan pengguna utama karbon
dioksida dalam proses fotosintesis. Penghutanan semula dilakukan di kawasan pokok balak
yang telah ditebang tujuan penghutanan semula ini dapat memastikan spesies pokok tidak
pupus. Di samping itu, penghutanan semula dapat mengekalkan kualiti alam sekitar yang baik,
memulihara tanah yang subur dan sumber air yang cukup. Habitat fauna dan flora serta warisan
hutan juga dapat dikekalkan melalui penghutanan semula. Secara tidak langsung, ia dapat
mengurangkan pemanasan global yang serius di negara kita.

Persekitaran yang bersih juga dapat mengelakkan pembiakan seranggan. Persekitaran yang
kotor akan meyebabkan pembiakan seranggan yang dapat mengancam nyawa manusia.
Nyamuk aedes sebagai contoh, boleh menyebabkan deman denggi yang berbahaya manakala
nyamuk tiruk boleh menyebabkan penyakit malaria. Selain itu, persekitaran yang kotor akan
mendatangkan banyak lalat. Lalat yang makanan kita akan menyebabkan kesihatan manusia
terjejas. Oleh itu, penjagaan kebersihan terhadap alam sekitar adalah penting. Kita boleh bebas
daripada gangguan

Keindahan alam sekitar itu juga boleh memberi peluang kepada pelancong untuk mengunjungi
negara kita dan kita perlu untuk menarik perhatian mereka. Persekitaran yang cantik dan bersih
dapat menarik ramai pelancongan dari luar negara atau orang tempatan untuk melancong ke
negara kita. Dalam aktiviti pelancongan, kita dapat mendapatkan hasil dari pendapatan luar
negara untuk menambah sumber kewangan negara. Ini dapat meningkatkan pertukaran wang

33| ms
asing. Dalam jangka panjang, pertumbuahan ekonomi juga akan meningkat. Melalui aktiviti itu.
peluang perkerjaan untuk orang tempatan juga akan meningkat dan secara tidak langsung ia
dapat mengurangkan pengangguran di negara kita. Dalam usaha memajukan negara dan
meningkatkan taraf hidup penduduk, penjagaan terhadap alam sekitar merupakan
tanggungjawab masyarakat.

Kita mesti sedar akan kepentingan memelihara alam semula jadi yang masih ada pada hari ini.
Usaha-usaha memupuk kesedaran masyarakat terhadap kepentingan alam sekitar terus
dilakukan oleh pelbagai pihak di negara ini seperti kempen kebersihan, perkhemahan alam
sekitar bagi belia, seminar, bengkel, pameran, promo media dan penerbitan bahan-bahan
cetak. Semuanya adalah bagi meningkatkan pengetahuan, kesedaran dan penyertaan orang
ramai bagi memelihara alam sekitar. Pemuliharaan alam sekitar adalah tanggungjawab
bersama. setiap generasi supaya pembangunan lestari dikekalkan serta penggunaan sumber
alam dapat diguna pakai sehingga generasi akan datang secara kualitatif dan kuantitatif.

LATIHAN
PENGUKUHAN

Terdapat gas-gas yang dilepaskan semasa proses penguraian sisa pepejal di tapak
perlupusan sampah seperti SO2, NOX, Dioxin, Sulfur, CO, Ammonia dan lain-lain.

Apakah kesan gas-gas tersebut kepada manusia.

34| ms
AKTIVITI

Penghasilan video isu alam sekitar

Anda merupakan seorang wartawan di sebuah stesen televisyen berbayar. Selaku


seorang wartawan di stesen tersebut anda telah diberi tugasan oleh Unit Berita untuk
membuat liputan di lokasi mengenai isu pencemaran alam sekitar yang berlaku di sekitar
Negeri Sembilan. Lakonkan watak anda sebagai seorang wartawan yang sedang
membuat laporan berita tersebut. Durasi video anggaran 5 minit.

35| ms

You might also like