You are on page 1of 2

Bilangan Jurnal Minggu Praktikum Tarikh Peristiwa / Kejadian Tajuk Jurnal

: : : :

Pertama Pertama 14 Julai 2013 18 Julai 2013 Minggu Pertama di Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Perbadanan

Pada hari pertama, saya bersama pasangan praktikum saya hadir di sekolah dan melaporkan diri kepada Guru Besar SJK (T) Ladang Perbadanan. Kami memperkenalkan diri dan menyerahkan Surat Pengenalan Diri kepada beliau. Kemudiannya, kami diperkenalkan kepada, GPK 1 sekolah tersebut dan disuruh mengikut beliau ke pejabat. Di situ, beliau memberi taklimat kepada kami tentang pelbagai perkara berkaitan dengan sekolah seperti peraturan, disiplin dan budaya sekolah, struktur organisasi dan maklumat guru-guru, latar belakang murid, pencapaian akademik mereka serta pengelolaan aktiviti kokurikulum.

Selepas itu kami diberi jadual waktu untuk sesi pengajaran dan pembelajaran. Saya diberi subjek Matematik Tahun 2 Tamarai dan 5 Tamarai . Atas permintaan kami, beliau membenarkan kami menggunakan minggu pertama untuk menyediaan buku rekod dan portfolio dan menguatkuasakan jadual waktu tersebut mulai minggu berikutnya. Kemudian, kami diminta bergerak ke Perpustakaan, tempat di mana kami meletakkan barang-barang kami. guru-guru dan staf sokongan. Selepas waktu rehat kami diperkenalkan kepada

Pada hari kedua saya mula membuat port folio dan buku rekod. Saya muat turun bahan dari laman web IPG KSAH untuk portfolio saya. Saya juga mula menulis dan menampal maklumat-maklumat penting dalam buku rekod. Pada hari ini juga saya memasuk tahun 2 kali pertama bagi sesi suaikenalan. Pada hari seterusnya saya berjumpa dengan guru pembimbing saya untuk meminjam buku teks Matematik Tahun 2 dan buku teks tahun 5 serta beberapa buah buku rujukan untuk dijadikan panduan semasa menulis rancangan pengajaran harian.

Pada hari rabu

saya mendapatkan takwim dan maklumat sekolah daripada

GPK 1. Saya mula memasukan borang-borang tersebut dalam port folio saya. Hari Khamis kami mengemaskini port folio kami.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Disemak oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan : Nama Tarikh : :

Tandatangan : Nama Tarikh : :

You might also like