You are on page 1of 6

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS, KUALA LUMPUR

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

PORTFOLIO PRAKTIKUM FASA II


(15 JULAI 2013 21SEPTEMBER 2013)

NAMA
NO K/P ANGKA GILIRAN OPSYEN KUMPULAN SEMESTER SEKOLAH

:
: : : : : :

NOR HIDAYAH BINTI ISHAK


901129-04-5188 2011171340084 PENDIDIKAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN G 6.2 SEMESTER 56(SESI JAN-MEI 2013) SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN MELAWATI (2)

PERNYATAAN PROFESIONAL. HARAPAN UNTUK PRAKTIKUM FASA I MINGGU SEBELUM PRAKTIKUM (22 MAC 2013-31 MAC 2013) Minggu ini merupakan minggu terakhir saya bagi mempersiapkan diri saya untuk menempuh praktikum fasa I iaitu praktikum pertama saya sepanjang saya bergelar sebagai guru pelatih di Institut Perguruan Ilmu Khas, Cheras. Minggu ini juga merupakan minggu cuti penggal pertama. Ini merupakan satu peluang pada saya untuk mempersiapkan dokumen-dokumen, fail-fail dan bahan bantu mengajar yang akan digunakan sewaktu praktikum nanti. Kuliah amali dan teori yang saya perolehi sepanjang di kelas akan saya gunakan dalam menyiapkan diri untuk menjalani praktikum ini. Memandangkan ini merupakan pengalaman pertama saya untuk menjalani praktikum maka kegentaran dan pelbagai soalan dan pemikiran negatif yang menerjah minda. Namun saya cuba untuk berfikiran positif dan menerima segala cabaran yang mendatang. Saya dan rakan saya, Mohd Afdhal Hafiz akan menjalani praktikum di Sekolah Kebangsaan Yaacob Latif, Cheras Kuala Lumpur. Saya berasa seronok kerana kami sudah sering bekerjasama dalam membuat tugasan dan pelbagai aktiviti sebelum ini. Oleh yang demikian, persefahaman yang telah wujud antara kami bisa melicinkan lagi perjalanan praktikum pada kali ini. Saya berharap dapat berkongsi idea, maklumat serta pendapat dengan beliau. Semoga kerjasama kami ini akan berterusan menghasilkan sesuatu yang baik. Harapan saya untuk praktikum fasa I ini ialah semoga saya dapat mengumpul pengalaman dan input-input berguna untuk menjadi seorang guru kelak dan juga menambahbaik lagi prestasi dan kekurangan yang ada. Penyediaan rancangan mengajar, perancangan aktiviti yang menarik, kawalan kelas, sikap profesionalisme dan lain-lain lagi akan saya pelajari dengan bersungguh-sungguh sepanjang menjalani praktikum ini.

Saya berharap saya dapat menggunakan ilmu yang telah diperolehi sebelum ini untuk mengajar. Saya sedar banyak kelemahan yang akan timbul, namun sedari sekarang saya akan mengganggap ia sebagai pembakar semangat kepada saya untuk lebih berusaha mempertigkatkan kebolehan diri dan mengatasi kelemahan yang ada. Saya juga berazam untuk lebih mendekati lagi murid-murid Pendidikan Khas di sekolah saya agar tidak wujud sebarang jurang pemisah antara murid dengan guru. Lebih-lebih lagi murid-murid seperti mereka memerlukan lebih bimbingan dan perhatian. Harapan saya juga agar semua warga sekolah dapat memberikan kerjasama dan wujudnya hubungan baik antara saya dan warga sekolah. Saya akan cuba menjalankan tanggungjawab dengan baik dan mewujudkan persekitaran yang selesa dengan semua pihak. Semoga segala harapan saya ini dapat saya realisasikan dengan baik kelak. InsyaAllah.

Disemak oleh Guru Pembimbing:

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan : Nama Tarikh : :

Tandatangan : Nama Tarikh : :

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS, KUALA LUMPUR Bilangan Jurnal Minggu Praktikum Tarikh Tajuk Jurnal : Ke - 1 : Pertama : 1-5 April 2013 : Minggu Pertama di SK Yaacob Latif (1)

Pada hari pertama saya menghadirkan diri untuk praktikum, saya melaporkan diri di pejabat SK Yaacob Latif (1) seawal jam 7.05 pagi. Saya berjumpa dengan Datin Hajah Jamalia Binti Masri selaku Guru Penolong Kanan 1 untuk melaporkan diri. Pada hari pertama guru besar tidak hadir atas urusan tertentu. Selepas itu saya dan rakan saya melaporkan diri kepada Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas Encik Irwan Bin Mokhtar. Selepas itu kami diperkenalkan dengan semua kakitangan sekolah dan kakitangan bahagian-bahagian pendidikan khas. Selepas itu kami diberikan mata pelajaran dan jadual waktu. Saya mendapat 10 masa bersamaan dengan 5 jam seminggu dan mengajar bagi subjek Bahasa Inggeris dan Seni. Kami juga diberikan kelab, permainan, dan unit beruniform. Saya mendapat kelab kebudayaan, permainan badminton dan unit beruniform pengakap. Selepas itu kami diperkenalkan dengan guru pembimbing kami Puan Norhuda Binti Mohd Galim. Setelah diperkenalkan dengan guru pembimbing kami, kami berhubung dengan beliau untuk persediaan bagi megajar kami nanti. Selepas itu kami diberitahu oleh Encik Irwan bahawa kami dikehendaki membuat projek bagi mengubahsuai taman rekreasi pendidikan khas. Kami dibawa ke lokasi projek untuk diberikan mengenai tugas yang perlu kami lakukan untuk pengubahsuai lokasi projek tersebut.

Pada keesokan harinya seperti biasa kami melaporkan diri di pejabat dan kami dipanggil oleh guru besar untuk sesi taaruf atau sesi perkenalan. Guru besar mengambil masa selama 2 jam setengah bagi proses perkenalan. Kami menerima pelbagai nasihat dan tip-tip yang berguna dari beliau. Selesai perjumpaan bersama guru besar, kami seperti biasa mengumpul segala maklmat berkaitan rancangan pengajaran tahunan bagi subjek yang telah kami terima. Pada hari seterusnya, kami memulakan projek kami dengan mencabut semula batu bata yang dijadikan hiasan di tepi-tepi pokok bagi proses mewarnakan batu tersebut. Sebelum kami cat batu tersebut, kami mengikis batu bata itu untuk membuang segala tanah, lumut dan bendasing yang terlekat di sekitar permukaan batu tersebut. Kami juga dibantu oleh pelajar-pelajar pendidikan khas. Mereka kelihatan seronok ketika membantu kami di kawasan projek. Setelah selesai mengkis, kami meneruskan kerja dengan mengecat batu-batu tersebut. Proses tersebut, mengambil masa sehingga jam 2.30 petang. Pada hari tersebut kami diberi pengecualian daripada menghadiri aktiviti kokurikulum. Oleh itu kami tidak menyertai aktiviti kokurikulum pada hari tersebut. Pada seterusnya kami meneruskan kerja kami di taman tersebut.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan : Nama Tarikh : :

Tandatangan : Nama Tarikh : :

You might also like