You are on page 1of 2

Bismillahirahmanirrahim..

Assalamualaikum wrt. Dan selamat sejahtera.


Terima kasih kepada saudara pengacara majlis,

Yang berusaha
PN ZALINA BT DOHAT

YANG DIHORMATI..

Alhamdulillah , bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya


dapat kita bersama-sama dalam majlis yang begitu bermakna dan bermanfaat pada
petang ini. Dan bersyukur juga kita kepadaNya kerana pada hari ini kita semua
diberikan kesihatan dan kelapangan waktu bagi sama-sama menjayakan Program
Minggu Interaksi Pelajar-Pelajar Tingkatan 1 Sekolah Menengah Kebangsaan tunku
putra

Hadirin yang dihormati,

Seluruh warga kerja sekolah ini dan juga saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi
ucapan tahniah dan syabas kepada murid-murid baru tingkatan 1 seramai 343 orang
yang telah diterima masuk ke SMKtp Diharapkan anak-anak pelajar yang diterima
masuk ke sini akan meneruskan kecemerlangan mereka di peringkat menengah
rendah dan menengah tinggi di sini.

Untuk tahun 2024 sesi persekolahan dan pembelajaran rasmi bermula pada jam
1.10 petang hingga 6.50 petang manakala waktu rasmi aktiviti kokurikulum ialah
pada setiap hari RABU bermula jam 12 tengafhari. Jadi murid murid dipohon untuk
mengaturkan kemudahan pengangkutan pergi dan balik anak-anak sebaik-baiknya.
Semua peraturan sekolah boleh dirujuk dalam Buku Peraturan Sekolah yang akan
dibekalkan kepada anak-anak tuan/puan dan setiap pelajar dan ibu bapa akan
diminta menandatangani boring akujanji disiplin mematuhi semua peraturan sekolah
seperti yang terkandung dalam buku berkenaan.

Untuk makluman tuan/puan semua, bagi tingkatan 1 ini terdapat beberapa perkara
yang perlu murid murid maklumi iaitu:
1. Pakej mata pelajaran.

Terdapat beberapa subjek yang ditawarkan buat pelajar-pelajar Menengah Rendah


iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Pendidikan Islam, Matematik, Sains,
RBT, Geografi, Pendidikan Seni Visual, ASK, Bahasa JEPUN DAN BAHASA
MANDARIN

2. KELAS KSN , 13 KELAS

2. Aktiviti kokurikulum

Bagi memastikan pelajar-pelajar di sekolah ini menjadi pelajar yang cemerlang


bukan sahaja dalam akademik tetapi juga dalam pembentukan peribadi, semua
pelajar akan terlibat dalam aktiviti ko-kurikulum dengan memasuki TING(1) unit
beruniform, satu(1) persatuan kelab dan satu(1) sukan permainan. Hari Rabu pula
adalah hari yang digazetkan untuk pemakaian uniform unit beruniform - KRS,PBSM,
Pengakap, Pandu Puteri dan sebagainya.

3. PAKAIAN UNIFORM SEKOLAH, PAKAIAN SUKAN, UNIFORM

4. SOLAT DI SEKOLAH ZOHOR DAN ASAR

5. KEHADIRAN- SURAT AMARAN

You might also like