You are on page 1of 2

Bilangan Jurnal : Ke-1

Minggu Praktikum : Pertama


Tarikh Peristiwa / Kejadian : 21-23 Jan 2013
Tajuk Jurnal : Minggu Pertama Di SJK (T) Ladang Sungai
Tukang

Pada hari pertama bersamaan 21 Jan 2013, saya bersama pasangan praktikum
saya telah melapor diri kepada Pn. K. Baleamah, Guru Penolong Kanan 1, SJK (T)
Ladang Sungai Tukang, Sungai Petani, Kedah pada pukul 7.15 pagi. Kami
memperkenalkan diri dan menyerahkan surat pengenalan diri kepada beliau.
Setelah menyerahkan surat, kami telah ditempatkan di pusat sumber sekolah.
Selepas itu, saya diarahkan untuk menghadiri kelas ganti bagi tahun 1, 4 dan 5.
Selepas habis menghadiri kelas ganti, saya dan rakan praktikum saya telah
berjumpa dengan Guru Besar. Beliau memberikan taklimat berkaitan dengan
sekolah, termasuklah :
- sejarah, peraturan, disiplin dan budaya sekolah;
- struktur organisasi, peranan dan tanggungjawab pengurus sekolah, guru
penolong kanan, guru disiplin, guru panitia, guru ko-kurikulum, guru darjah,
guru mata pelajaran dan tugas staf sokongan;
- latar belakang murid dan masyarakat setempat;
- tugas dan tanggungjawab murid di sekolah;
- pengelolaan aktiviti kokurikulum dan maklumat-maklumat lain yang berkaitan;
dan
- jadual waktu kelas.

Pada hari kedua saya telah tiba di sekolah pada pukul 7.15 pagi. Pada hari ini
saya menyediakan bahan-bahan yang diperlukan bagi menghiasi buku rekod dan fail
praktikum saya. Saya telah berjumpa dengan Guru Penolong Kanan Kokurikulum
untuk mendapatkan aktiviti kokurikulum dan jadual kokurikulum. Selepas itu, saya
dan pasangan praktikum saya dipanggil untuk berbincang mengenai jadual waktu.
Saya diberi kelas Tahun 2 bagi mata pelajaran Sains dan Tahun 5 bagi mata
pelajaran Bahasa Tamil. Selepas itu, saya telah diarahkan untuk menjaga Tahun 1.
Pada hari ketiga saya telah tiba di sekolah pada pukul 7.25 pagi. Satu program
pemberian bantuan RM 100 oleh kerajaan kepada ibu bapa telah diadakan di
sekolah. Timbalan Presiden Malaysian Indian Congress (MIC) Negeri Kedah dan
ketua Dun Bukit Selambau telah dijemput khas oleh pihak sekolah bagi merasmikan
dan menyerahkan wang tunai tersebut kepada ibu bapa. Program ini berlangsung
dari jam 12.30 tengah hari hingga 1.15 tengah hari. Pada sebelah petang, guru-guru
bersama dengan murid-murid tahun 2 hingga 5 telah mengadakan Pesta Ponggal
pada peringkat sekolah. Pesta ponggal ini diraikan dengan meriah sekali. Empat
kumpulan dibahagikan dan setiap kumpulan diberikan bahan-bahan yang diperlukan
untuk memasak ponggal. Murid-murid mengambil bahagian dengan bersungguh-
sungguh. Setelah habis masak, ponggal tersebut dihidang kepada murid-murid dan
guru-guru. Pesta ponggal tamat pada pukul 4 petang.

Hari Khamis merupakan cuti umum sempena Hari keputeraan Nabi Muhammad
S.A.W.

Disemak oleh Guru Pembimbing Disemak oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan : Tandatangan :
Nama : Nama :
Tarikh : Tarikh :

You might also like