You are on page 1of 4

Kepentingan sambutan Hari Guru

Sekolah merupakan satu institusi yang nirmala untuk memupuk dan menghasilkan elit-elit yang
bakal menerajui negara Malaysia. Dengan itu, guru telah diibaratkan jurutera bagi pemimpin masa
hadapan negara kita. Hal ini jelas menyatakan bahawa jasa guru amat besar sebagaimana jasa ibu bapa
terhadap anak. Oleh itu, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah menetapkan 16 Mei sebagai Hari
Guru dan sambutan Hari Guru disambut di setiap sekolah di negara kita.

Antara kepentingan untuk menyambut Hari Guru ialah sambutan Hari Guru memberi peluang
kepada pelajar untuk membalas jasa guru yang tinggi ibarat gunung, dalam ibarat laut. Contohnya,
murid-murid dapat memberi hadiah seperti bunga, pen merah, buku nota dan sebagainya untuk
merakamkan setinggi-tinggi perhargaan kepada guru yang banyak mendidik kita menjadi modal insan
yang berguna. Tindakan ini bukan sahaja akan mendidik murid menjadi seorang yang mengenang budi,
malah juga memberi ganjaran untuk guru yang dihormati dan disayangi murid.

Selain itu, sambutan Hari Guru juga memberi satu pentas untuk mengeratkan hubungan antara
guru dengan murid. Hal ini demikian kerana murid berpeluang untuk berkomunikasi dan berinteraksi
semasa bermain permainan yang diadakan. Misalnya, permainan bola keranjang antara murid dengan
guru akan memupuk sikap kerjasama antara satu sama lain di samping dapat berkongsi teknik bermain
bersama. Secara tidak langsung, fenomena yang mesra dan meriah dapat dibentuk di kawasan sekolah.

Tambahan pula, sambutan Hari Guru bertujuan untuk memberikan tanda terima kasih kepada guru
daripada pihak sekolah selain daripada murid. Memang tidak dinafikan bahawa setiap orang guru perlu
bertanggungjawab menjaga dan mengharumkan nama sekolah selain mendidik anak murid dengan baik.
Oleh itu, pihak sekolah menggunakan peluang sambutan Hari Guru untuk menunjukkan perhargaan
mereka terhadap guru dengan mengadakan jamuan ringkas pada Hari Guru.

Sambutan Hari Guru juga mengadakan program lafaz ikrar daripada guru untuk memberikan
pengingatan kepada setiap guru agar tidak bersikap evasif dalam usaha mengajar murid. Melalui
program ini, guru dapat mempunyai kesedaran tentang ajaran murid ialah obligasi yang tidak boleh
dipermain-mainkan sahaja, malah harus dititikberatkan. Dengan itu, murid yang berpengetahuan luas
dan bersopan santun dapat dibentuk sekaligus mewujudkan pemimpin yang berwibawa bagi masa
depan negara kita.

Kesimpulannya, sambutan Hari Guru merupakan salah satu sambutan yang tidak dapat digantikan
di peringkat sekolah kerana sambutan Hari Guru memberi makna yang dalam terhadap guru dan murid.
Akhir kata, sambutlah Hari Guru bersama guru yang kita sayangi!

Sambutan Hari Guru di Sekolah


16 Mei setiap tahun merupakan tarikh yang amat bermakna bagi pendidik bangsa. Pada setiap
tahun, Hari Guru pasti akan diraikan setiap sekolah di Malaysia. Tujuan menyambut Hari Guru adalah
untuk menghargai jasa mereka yang telah banyak berkorban masa dan tenaga untuk mendidik para
pelajar agar menjadi modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Sekolah saya juga tidak
ketinggalan untuk menyambut perayaan Hari Guru yang penuh bermakna ini.

Pada 16 Mei yang lalu, sekolah saya telah menyambut Hari Guru dengan begitu meriah. Para guru
perempuan dan lelaki memakai pakaian yang sungguh menawan dan segak belaka. Kami dapat
menyaksikan wajah-wajah keceriaan yang tergambar pada setiap pendidik kami. Para pelajar juga tidak
ketinggalan untuk menyambut Hari Guru. Tanpa paksaan, sebahagian besar pelajar membawa hadiah
yang pelbagai saiz untuk dihadiahkan kepada guru-guru mereka.

Tepat pada pukul 8.30 pagi, semua guru dan pelajar diarahkan masuk ke dewan untuk
menyaksikan aktiviti-aktiviti yang akan dilakukan oleh para guru di sekolah kami. Dewan sekolah kami
juga telah dihias cantik dengan kad-kad ucapan Hari Guru kepada semua guru dan belon-belon yang
diikat cantik bergantungan pada setiap pintu dewan. Para pengawas yang menjadi jawatankuasa kerja
kelihatan berbaris di sepanjang dewan dengan memegang sekuntum bunga mawar merah untuk
dihadiahkan kepada setiap guru.

Acara di dalam dewan bermula pada pukul 9.00 pagi. Acara yang pertama diadakan ialah
memotong kek sempena hari guru secara beramai-ramai dan acara ini dibantu oleh pelajar-pelajar
Tingkatan Lima. Kami terpegun melihat kek besar berbentuk angka lima puluh sebagai tanda ulang tahun
sekolah yang berusia lima puluh tahun. Selepas acara tersebut, para guru diminta untuk menyanyikan
lagu sempena Hari Guru secara beramai-ramai tanpa menggunakan mikrofon. Para pelajar bersorak
gembira mendengar nyanyian yang dipersembahkan oleh para guru.

Setelah selesai aktiviti menyanyikan lagu Guru Malaysia, para guru dibahagikan mengikut
kumpulan yang telah ditetapkan untuk menjalankan aktiviti teka silang kata yang disediakan oleh pelajar
Tingkatan Lima. Aktiviti ini berlangsung selama empat puluh minit dan markah diambil untuk
memenangi hadiah yang disediakan. Kemudian, setiap guru diberikan sebiji buah epal dan sebilah pisau
sebelum aktiviti membuang kulit epal berlangsung.

Aktiviti Hari Guru berkenaan diteruskan dengan eksplorasi yang dimainkan oleh para guru secara
berkumpulan berdasarkan petunjuk yang diberikan. Aktiviti tersebut dilakukan di dalam kawasan sekolah
yang jaraknya tidak jauh dari bangunan dewan supaya tidak memenatkan para guru untuk mencari
barang dikehendaki. Ramai pelajar membantu para guru untuk cepat-cepat sampai ke dalam dewan dan
kira sebagai pemenang aktiviti tersebut. Aktiviti ini hampir menelan masa satu jam untuk semua guru
melepasi cabaran yang diberikan.

Setelah 1 jam 30 minit aktiviti di luar dewan dijalankan, para guru dan murid dibenarkan untuk
rehat. Tepat pada pukul 12.30 tengah hari, semua pelajar dan guru dikehendaki masuk ke dalam dewan
semula untuk melaksanakan aktiviti yang seterusnya. Para pelajar juga telah membawa hadiah yang
hendak diberikan kepada guru-guru mereka. Setelah para pelajar dan guru duduk di kerusi masing-
masing, pengerusi majlis menyuruh pelajar yang terlibat dalam aktiviti persembahan lakonan dan sajak
tampil ke atas pentas untuk melakukan persembahan mereka.

Sekitar jam 12.30 tengah hari, lakonan yang disampaikan oleh wakil pelajar tingkatan empat telah
berjaya mencuit hati guru dan para pelajar. Selepas babak lakonan dipersembahkan, aktiviti membalas
pantun yang diwakili pelajar Tingkatan Tiga juga mendapat sorakan yang begitu gemuruh. Kemudian,
pengerusi majlis membenarkan pelajar untuk menyerahkan hadiah yang ingin dihadiahkan kepada guru
masing-masing. Setelah pelajar memberikan hadiah kepada guru, pengerusi majlis mengumumkan
peserta yang memperoleh kemenangan.

Menjelang jam 2.00 petang, puan Pengetua mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada
semua pelajar dan guru yang berjaya melaksanakan Hari Guru pada kali ini. Kemudian, semua pelajar
dibenarkan pulang. Kami semua pulang ke rumah dengan perasaan yang gembira.

Kepentingan sambutan Hari Guru

Sekolah merupakan satu institusi yang nirmala untuk memupuk dan menghasilkan elit-elit yang
bakal menerajui negara Malaysia. Dengan itu, guru telah diibaratkan jurutera bagi pemimpin masa
hadapan negara kita. Hal ini jelas menyatakan bahawa jasa guru amat besar sebagaimana jasa ibu bapa
terhadap anak. Oleh itu, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah menetapkan 16 Mei sebagai Hari
Guru dan sambutan Hari Guru disambut di setiap sekolah di negara kita.

Antara kepentingan untuk menyambut Hari Guru ialah sambutan Hari Guru memberi peluang
kepada pelajar untuk membalas jasa guru yang tinggi ibarat gunung, dalam ibarat laut. Contohnya,
murid-murid dapat memberi hadiah seperti bunga, pen merah, buku nota dan sebagainya untuk
merakamkan setinggi-tinggi perhargaan kepada guru yang banyak mendidik kita menjadi modal insan
yang berguna. Tindakan ini bukan sahaja akan mendidik murid menjadi seorang yang mengenang budi,
malah juga memberi ganjaran untuk guru yang dihormati dan disayangi murid.

Selain itu, sambutan Hari Guru juga memberi satu pentas untuk mengeratkan hubungan antara
guru dengan murid. Hal ini demikian kerana murid berpeluang untuk berkomunikasi dan berinteraksi
semasa bermain permainan yang diadakan. Misalnya, permainan bola keranjang antara murid dengan
guru akan memupuk sikap kerjasama antara satu sama lain di samping dapat berkongsi teknik bermain
bersama. Secara tidak langsung, fenomena yang mesra dan meriah dapat dibentuk di kawasan sekolah.

Tambahan pula, sambutan Hari Guru bertujuan untuk memberikan tanda terima kasih kepada guru
daripada pihak sekolah selain daripada murid. Memang tidak dinafikan bahawa setiap orang guru perlu
bertanggungjawab menjaga dan mengharumkan nama sekolah selain mendidik anak murid dengan baik.
Oleh itu, pihak sekolah menggunakan peluang sambutan Hari Guru untuk menunjukkan perhargaan
mereka terhadap guru dengan mengadakan jamuan ringkas pada Hari Guru.

Sambutan Hari Guru juga mengadakan program lafaz ikrar daripada guru untuk memberikan
pengingatan kepada setiap guru agar tidak bersikap evasif dalam usaha mengajar murid. Melalui
program ini, guru dapat mempunyai kesedaran tentang ajaran murid ialah obligasi yang tidak boleh
dipermain-mainkan sahaja, malah harus dititikberatkan. Dengan itu, murid yang berpengetahuan luas
dan bersopan santun dapat dibentuk sekaligus mewujudkan pemimpin yang berwibawa bagi masa
depan negara kita.

Kesimpulannya, sambutan Hari Guru merupakan salah satu sambutan yang tidak dapat digantikan
di peringkat sekolah kerana sambutan Hari Guru memberi makna yang dalam terhadap guru dan murid.
Akhir kata, sambutlah Hari Guru bersama guru yang kita sayangi!

You might also like