You are on page 1of 5

Cara-cara Menghormati Guru

Tugas guru ialah mengajar di sekolah. Guru


mendidik pelajar supaya menjadi orang yang berguna
kepada bangsa dan negara. Guru juga merupakan ibu bapa
kedua kepada anak-anak di sekolah kerana pelajar banyak
menghabiskan masa di sekolah. Gurulah yang mendidik kita
sehingga kita pandai membaca, menulis dan mengira. Mereka
telah mendidik kita tanpa mengenal erti penat dan lelah agar
kita menjadi insan yang berguna

Guru perlu dihormati kerana guru menyampaikan


ilmu kepada kita. Guru juga mendidik kita supaya menjadi
orang yang berguna. Terdapat beberapa cara untuk
menghormati guru.Contohnya, pelajar boleh mengucapkan
selamat sejahtera dan bersalaman apabila berjumpa
dengan guru terutamanya apabila bertemu guru luar dari
sekolah. Pelajar juga tidak boleh sombong terhadap guru.
Setiap kali guru masuk ke kelas untuk mengajar, kita perlu
berdiri dan memberi salam kepadanya sebelum
memulakan pembelajaran.
Pelajar juga boleh menghargai guru dengan cara
menyiapkan kerja sekolah mereka dan mematuhi segala
arahan serta nasihat yang diberi oleh guru. Mereka
mesti menghantar kerja sekolah mengikut masa yang
ditetapkan. Jika terdapat kesalahan dalam latihan,guru
akan membetulkannya. Jadi,guru wajar dihargai kerana
selalu membantu murid mencapai kecemerlangan dalam
pelajaran.
Mereka juga boleh menghargai guru dengan cara
berdisiplin semasa di sekolah. Disiplin sangat penting
kerana boleh menjadikan mereka berjaya dalam pelajaran.
Mereka perlu mematuhi peraturan sekolah. Sebagai
contoh, mereka perlu datang awal ke sekolah dan tidak
terlibat dalam gengsterisme, vandalisme, ponteng sekolah,
melepak dan lain-lain. Oleh itu, jadilah pelajar yang
berdisiplin.
guru.

Pelajar boleh menunjukkan kasih sayang kepada


Pelajar
boleh
membantu
guru
dengan

membawakan buku-buku guru ke bilik guru. Menghargai


guru juga bermaksud mengenang jasa guru. Hal ini
disebabkan guru telah banyak berjasa. Sebagai contoh,
ketika guru sakit, kita hendaklah menziarahinya. Dengan
ini guru akan berasa gembira dan bangga terhadap
pelajarnya.
Sesungguhnya, guru ibarat lilin yang sanggup
menerangi orang lain. Oleh itu, setiap pelajar perlu
menghargai guru. . Guru akan berasa dihargai apabila
pelajar menghormati guru.Hal ini kerana guru telah berjaya
melahirkan generasi yang cemerlang,gemilang dan
terbilang.

Menghormati guru merupakan amalan mulia kerana mereka orang


yang berjasa kepada kita semua. Gurulah yang mendidik kita sehingga
kita pandai membaca, menulis dan mengira. Mereka telah mendidik kita
tanpa mengenal erti penat dan lelah agar kita menjadi insan yang
berguna. Mereka juga banyak memberi dorongan kepada kita agar terus
berusaha mencapai kejayaan dalam pelajaran dan sebagainya.
Guru merupakan orang yang kedua perlu kita hormati selepas ibu
bapa. Ini kerana hampir separuh masa seharian kita bersama mereka.
Merekalah yang menjaga, memberi nasihat, tempat kita mengadu dan
sebagainya sepanjang kita berada di sekolah.
Guru juga banyak berkorban demi kejayaan kita. Antaranya
mereka sanggup mengajar lebih masa atau hadir ke kelas tambahan
untuk mengajar secara suka rela demi memastikan kita berjaya dalam
pelajaran.
Kita wajar menghomati guru bukan sekadar dengan ucapan
sahaja malah haruslah dibuktikan antaranya dengan belajar
bersungguh-sungguh. Apabila kita berjaya, guru pasti akan
gembira. Doakanlah moga guru-guru kita dilimpahi segala kebaikan
seperti dimurahkan rezeki dan sebagainya.
Sesungguhnya jasa mereka amat besar dan tidak terbalas. Oleh
itu, kita harus mengingati jasa-jasa mereka dengan menghormati
mereka seumur hidup agar kita terus mendapat keberkatan daripada
Allah.
Setakat ini sajalah syarahan saya pada pagi ini. Akhir kata, saya
menyeru kepada rakan-rakan supaya menghormati guru-guru dengan

seikhlas hati kerana kejayaan seseorang itu pastinya hasil daripada


didikan para guru.

Guru ialah insan mulia yang mengajar dan mendidik kita tanpa mengira masa,
tenaga serta wang ringgit. Mereka ibarat lilin yang sanggup membakar
diri demi memberikan didikan terbaik kepada pelajar. Tanpa usaha dan
pengorbanan guru tidak mungkin pelajar mencapai kejayaan yang cemerlang.
Lantaran itu, sewajarnya kita menghargai guru jasa dan pengorbanan para guru.
Terdapat beberapa cara untuk menghormati guru.

Pelajar yang menjaga tutur kata dan adab ketika berhadapan dengan
gurumerupakan antara cara kita menghormati guru. Para pelajar perlulah
sentiasa bermuka manis sambil mengucapkan selamat sejahtera atau memberi
salam ketika berhadapan atau berselisih dengan guru tanpa mengira keadaan.
Semasa di dalam kelas, pelajar yang menghormati guru tidak sesekali membuat
bising sehingga mengganggu guru menjalankan tugasnya. Mereka sewajarnya
memberi tumpuan dan perhatian sepenuhnya semasa pengajaran guru dan
sentiasa mengambil peluang bertanya dan berbincang tentang pelajaran.
Bukankah guru merupakan lubuk akal lautan ilmu? Tegasnya, berbudi bahasa
serta beradab sopan merupakan amalan terpuji bagi menghargai guru yang
mengajar serta mendidik kita.
Selain itu, berdisiplin dan mematuhi peraturan sekolah juga cara
menghormati guru. Antara ciri pelajar berdisiplin ialah mereka sentiasa datang
awal ke sekolah, sentiasa menepati masa, tidak terlibat dalam gangsterisme,
vandalisme mahupun ponteng sekolah. Selain itu, pelajar berpakaian seragam
dengan kemas dengan rambut bersisir rapi. Amalan seumpama ini, memupuk
disiplin pelajar untuk bersedia belajar seterusnya mematuhi peraturan yang
ditetapkan oleh pihak sekolah. Jika disiplin terkawal sudah tentu memudahkan
tugas guru untuk mengajar seterusnya mendidik pelajar agar berjaya dengan
cemerlang. Peribahasa bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana
muafakat membuktikan bahawa kerjasama erat antara guru dan pelajar dalam
mematuhi

peraturan

yang

ditetapkan

pasti menjadi

pemangkin

kecemerlangan akademik serta sahsiah pelajar. Jelaslah bahawa mematuhi


disiplin mencerminkan penghormatan pelajar kepada guru.

Di samping itu, pelajar perlu prihatin dan menunjukkan kasih sayang


terhadap guru. Amalan mengingati dan menghargai jasa guru adalah amalan
yang mulia. Para guru akan merasakan bahawa mereka dihormati. Kita boleh
menunjukkan rasa hormat kepada guru dengan meraikan sambutan Hari Guru
pada setiap tanggal 16 Mei. Pada hari ini juga, kita boleh memberikan hadiah
kepada guru yang mengajar kita sebagai tanda penghargaan atas segala usaha
dan

titik

peluh

yang

dicurahkan.

Hadiah

yang

diberikan

tidak

semestinyaberpaksi kepada wang ringgit semata-mata tetapi mestilah


disertakandengan hati yang tulus lagi ikhlas. Barang yang murah akan
menjadi tanda mata yang sangat berharga jika pemberian tersebut dengan hati
penuh ikhlas. Jika tidak mampu memberi hadiah, ucapan selamat hari guru
sudah cukup bermakna buat para guru. Pendek kata, keprihatian pelajar dapat
menunjukkan rasa hormat dan menyayangi guru kita.
Menziarahi guru ketika mereka mengalami kesusahan dan sakit juga cara
kita menghargai jasa para guru. Sebagai manusia tentunya para guru
menghadapi pelbagai masalah dalam kehidupan. Misalnya guru mungkin
ditimpa kemalangan, bencana, menghidapi penyakit dan sebagainya. Sebagai
murid, kita perlu menziarahi mereka jika mereka menghadapi situasi tersebut
sebagai tanda melahirkan rasa simpati ibarat cubit paha kanan paha kiri terasa
sakitnya. Ketika menziarahi mereka sakit, kita perlulah membawabuah
tangan sebagai tanda kita bersimpati terhadap mereka. Jika mereka mengalami
kemalangan atau bencana alam, kita perlu mengutip derma bagi meringankan
beban yang mereka tanggung. Izharlah bahawa frasa guru, jasamu dikenang,
budimu disanjung bukanlah sekadar omongan kosong kerana pengorbanan
guru sentiasa dikenang oleh para pelajar.
Selain itu, kita juga boleh menghargai jasa guru dengan mendoakan
kesejahteraan guru yang telah mengajar dan mendidik kita. Mendoakan
kesejahteraan guru sama ada semasa hayatnya atau sesudah mereka kembali ke
rahmatullah membuktikan kita sentiasa mengenang jasa mereka. Kita perlulah
mendoakan mereka agar sentiasa sihat sejahtera dan dielakkan daripada segala
bahaya. Hal ini kerana jika guru sihat sudah tentu mereka akan dapat
menjalankan tugas mendidik kita dengan sempurna. Bagi mereka yang telah
meninggal dunia, kita perlulah mendoakan agar dosa-dosa mereka diampunkan
supaya mereka sejahtera di alam barzakh. Sesungguhnyaharimau mati

meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama dan sudah tentu jasa
serta pengorbanan guru akan terus dikenang sepanjang masa.
Sudah terang lagi bersuluh, jasa dan pengorbanan seseorang guru itu
sukar untuk dibalas walau dengan segunung intan. Tanpa guru siapalah kita
kerana gurulah yang mengajar kita mengenali erti kehidupan. Oleh itu , marilah
kita bersama-sama menghargai jasa guru agar ilmu yang kita peroleh
daripadanya mendapat keberkatan daripada Tuhan. Renungilah bait puisi di
bawah.
Guru,
kau ibarat dian yang membakar diri
melahirkan insan yang lestari
tanpa mengira waktu dan hari
segala ilmu dicurah dan diberi
kerana kau sedar tanggungjawab yang diberi
tanpamu negara tak mungkin teguh berdiri.

You might also like