You are on page 1of 2

Belajar secara berkumpulan ialah belajar secara beramai-ramai

di sesuatu tempat untuk membincangkan sesuatu pelajaran. Belajar


secara berkumpulan mendatangkan banyak kebaikan kerana mampu
membantu meningkatkan kefahaman tentang sesuatu pelajaran.

Antara faedah belajar secara berkumpulan ialah ahli kumpulan


dapat saling bertukar idea serta bantu membantu. Hal ini demikian
kerana apabila belajar secara berkumpulan, kita dapat bertukar
pendapat tentang sesuatu pelajaran antara satu sama lain. Sebagai
contoh, setiap ahli akan mengajukan pendapat masing-masing dan
pendapat tersebut akan dipertimbangkan oleh ahli kumpulan yang lain.
Setiap ahli kumpulan juga akan bantu membantu antara satu sama lain
tentang sebarang subjek yang mereka lemah dan bekerjasama bagai
aur dengan tebing.

Faedah belajar secara berkumpulan dapat menjadikan


pembelajaran aktif dan kreatif. Hal ini demikian kerana, aktiviti
belajar secara berkumpulan mampu memberi peluang kepada setiap
ahli untuk menyuarakan pendapat masing-masing. Dalam konteks ini,
setiap ahli akan bergerak aktif dengan menyuarakan idea dan
pendapat mereka.

Seterusnya, faedah belajar secara berkumpulan ialah dapat


mewujudkan persaingan yang sihat. Belajar secara berkumpulan
mampu membuka langkah kepada murid untuk memajukan diri dalam
pelajaran. Murid tersebut akan berusaha mengukuhkan kemahiran
menjawabnya dan seterusnya mencapai keputusan yang cemerlang
dalam sesuatu mata pelajaran. Perkara ini merupakan satu persaingan
yang sihat kerana setiap murid berusaha untuk meningkatkan
prestasi masing-masing dengan bersaing antara satu sama lain.

Tuntasnya, belajar secara berkumpulan boleh dikatakan sebagai


batu loncatan ke arah kejayaan kerana usaha ini boleh mendatangkan
pelbagai faedah kepada murid-murid. Belajar secara berkumpulan
merupakan langkah yang bijak bagi murid yang ingin mencapai
kecemerlangan dan seterusnya memberi sumbangan kepada bangsa
dan negara.

You might also like