You are on page 1of 1

Cara-cara Menghormati Guru

Tugas guru ialah mengajar di sekolah. Guru mendidik pelajar supaya menjadi
orang yang berguna kepada bangsa dan negara.Guru juga merupakan ibu bapa
kedua kepada anak-anak di sekolah kerana pelajar banyak menghabiskan masa
di sekolah. Terdapat beberapa cara untuk menghargai jasa guru.
Guru akan berasa dihargai apabila pelajar menghormati guru. Guru perlu
dihormati kerana guru menyampaikan ilmu kepada kita. Guru juga mendidik
kita supaya menjadi orang yang berguna. Contohnya, pelajar boleh
mengucapkan selamat sejahtera apabila berjumpa dengan guru. Pelajar juga
tidak boleh sombong terhadap guru.
Pelajar juga boleh menghargai guru dengan cara menyiapkan kerja sekolah
mereka. Mereka mesti menghantar kerja sekolah mengikut masa yang
ditetapkan. Jika terdapat kesalahan dalam latihan,guru akan membetulkannya.
Jadi,guru wajar dihargai kerana selalu membantu murid mencapai
kecemerlangan dalam pelajaran.
Mereka juga boleh menghargai guru dengan cara berdisiplin semasa di sekolah.
Disiplin sangat penting kerana boleh menjadikan mereka berjaya dalam
pelajaran. Mereka perlu mematuhi peraturan sekolah. Sebagai contoh, mereka
perlu datang awal ke sekolah dan tidak terlibat dalam gengsterisme, vandalisme,
ponteng sekolah, melepak dan lain-lain. Oleh itu, jadilah pelajar yang
berdisiplin.
Pelajar boleh menunjukkan kasih sayang kepada guru. Pelajar boleh membantu
guru dengan membawakan buku-buku guru ke bilik guru. Menghargai guru juga
bermaksud mengenang jasa guru. Hal ini disebabkan guru telah banyak berjasa.
Sebagai contoh, ketika guru sakit, kita hendaklah menziarahinya. Dengan ini
guru akan berasa gembira dan bangga terhadap pelajarnya.
Sesungguhnya, guru ibarat lilin yang sanggup menerangi orang lain. Oleh itu,
setiap pelajar perlu menghargai guru. Hal ini kerana guru telah berjaya
melahirkan generasi yang cemerlang,gemilang dan terbilang.

You might also like