You are on page 1of 13

Strategi Membina Hubungan

Positif Guru dan Murid


Bertindak selaku ketua pegawai
eksekutif
Guru perlu menyampaikan mesej bahawa gurulah yang
sebenarnya mempunyai kuasa untuk mengawal bilik darjah
dan tingkahlaku murid serta layak dihormati.
Walau bagaimana pun mesej ini tidak seharusnya
disampaikan kepada murid dalam nada menyombong atau
bongkak, autoritatif atau menggunakan pendekatan yang
tidak telus.
Untuk mendapatkan keseimbangan antara boleh didekati
tanpa menjadi kawan merupakan satu cabaran.
Guru perlu memaklumkan kepada murid tentang hak dirinya
sebagai seorang guru.
Wujudkan sempadan hubungan tanpa kesediaan untuk
melanggarnya.
Guru perlu membentuk peraturan perhubungan sejak awal
sesi persekolahan setiap tahun.
Menerima keindividualan murid
Setiap seorang murid mempunyai ciri unik yang tersendiri dan
guru tidak seharusnya membuat generalisasi untuk
mengatakan bahawa semua murid adalah sama.
Guru boleh cuba memahami dan menerima murid-murid
melalui pengumpulan maklumat menggunakan borang profil
pada awal tahun.
Maklumat yang dikumpulkan meliputi hobi, keluarga, impian,
bakat, minat, perkara yang disukai dan tidak disukai.
Gunakan masa untuk membaca profil murid dan gunakan
maklumat yang diperolehi untuk mewujudkan hubungan dan
berbicara secara casual dengan murid.
Dengan cara menunjukkan minat untuk mengenali kehidupan
murid, kebiasaan mereka merupakan strategi paling berkesan
yang boleh digunakan untuk sampai dan membuka pintu
hubungan dengan murid.
Apabila guru memahami dan menerima ciri-ciri unik yang ada
pada setiap murid dapatlah merapatkan hubungan antara
guru dengan murid.
Wujudkan komuniti di dalam bilik
darjah
Membantu murid untuk mengenali rakan mereka dan juga diri
guru sendiri.
Semakin cepat guru dapat memberi kesedaran tentang
banyaknya ciri kesamaan berbanding perbezaan di antara
ahli kelas, semakin selesa pula murid dengan keadaan serta
suasana bilik darjah dan kelas mereka.
Dapat mewujudkan suasana bilik darjah dan kelas yang
harmoni
Beri peluang kepada murid untuk
mengenali diri guru.
Sesetengah guru tidak bersetuju dengan konsep ini kerana
khuatir persamaan mungkin menyebabkan murid dan
suasana jadi lebih tidak berdisiplin serta tidak dapat dikawal di
dalam bilik darjah.
Apabila murid merasa selesa dengan gurunya, mereka akan
merasa lebih selesa dan bersifat lebih terbuka dan boleh
menerima.
Beri peluang kepada murid untuk mengemukakan soalan
yang mereka ingin tanyakan tentang guru.
Pilih soalan-soalan yang boleh dikongsikan jawapannya.
Guru boleh menggunakan sedikit waktu sebelum waktu
pembelajaran tamat untuk menjawab soalan-soalan secara
rawak.
Guru haruslah meluangkan sedikit waktu untuk bersama
dalam aktiviti kokurikulum seperti perkhemahan, bermain bola
di padang, menghias sekolah dengan bunga-bungaan dan
pokok hiasan sambil berhibur, berbual atau berbincang atau
memasukkan isi kandungan pelajaran secara santai.
Bagi sesetengah murid, aktiviti bersama di sekolah menjadi
pendorong untuknya hadir dan terus belajar di sekolah.
Ingat nama kesemua murid dalam
kelas
Apabila guru boleh menegur murid, khususnya mereka yang
pemalu dan pendiam dengan menggunakan nama mereka
dan menunjukkan hubungan yang baik, murid akan merasa
diri mereka wujud dan dihormati.
Murid pula tidak akan merasakan guru sebagai seorang
superior yang sombong atau autoriti yang menakutkan
mereka.
Setelah mengenali dan menghafal nama-nama murid, guru
boleh gunakannya di mana-mana dan tidak lagi
menggunakan ganti nama ketika memulakan komunikasi
seperti Hei awak! boleh tolong cikgu angkatkan buku ini
tak?Sebaliknya penghormatan akan wujud apabila guru
mengatakan Nur Syiffa, boleh tolong cikgu bawakan buku ini
ke kelas?.
Sesetengah murid akan merasa sungguh seronok apabila
guru berupaya memanggil mereka menggunakan nama-nama
mereka setelah dua hari berjumpa.
Kesannya adalah amat besar terhadap perhubungan yang
positif dan harga diri murid-murid.
Perhatikan dan perbaiki elemen
komunikasi bukan lisan
Seorang guru yang mengajar dan memberikan penerangan
umpama sebatang tiang yang tidak menimbulkan rasa ingin
tahu, motivasi dan minat untuk memberikan perhatian kepada
murid adalah seorang guru yang gagal dalam profesionnya.
Bahasa badan, nada dan intonasi suara, kekuatan suara,
mimik wajah dapat menyampaikan mesej tentang
kesungguhan, keseronokan dan kepuasan murid.
Sesetengah gerak bahasa badan dapat memudahkan
kefahaman tentang perkara yang dibincangkan.
Bahasa badan juga boleh membantu murid lebih folus kepada
guru.
Senyuman daripada guru dapat menghilangkan rasa
ketakutan yang ada pada diri murid dan juga mengurangkan
suasana tegang bilik darjah.
Murid, khususnya mereka yang datang dari latar belakang
sosioekonomi yang rendah, bergantung tinggi kepada
komunikasi bukan lisan dan akan mendapatkan isyarat bukan
lisan di sekeliling mereka.
Layan semua murid dengan hormat
sepanjang waktu
Guru haruslah berperanan sebagai rol model kepada murid-
muridnya.
Walau bagaimana kecewa sekali seorang guru di dalam bilik
darjah, guru tidak seharusnya menjerit atau merendah-
rendahkan martabat murid dengan suara yang lantang dan
tinggi.
Apabila seorang guru menyelitkan adab dan akhlak yang baik
dalam bilik darjah dan mengekalkan sikap secara konsisten,
guru sebenarnya menunjukkan rasa hormat dan membantu
murid untuk memahami kuasa positiviti dan interaksi yang
sihat.

You might also like