You are on page 1of 12

MURID DAN PEMBELAJARAN

EDUP3033
Buat perbincangan tentang:
1.Implikasi perbezaan individu dan gaya
pembelajaran terhadap pengajaran dan
pembelajaran.
2.Peranan guru dalam menghadapi perbezaan
individu
IMPLIKASI PERBEZAAN INDIVIDU DAN GAYA PEMBELAJARAN
TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.

• Menurut Suppiah Nachiappan (2008), perbezaan individu memberikan kesan yang besar
terhadap kepelbagaian tingkah laku dalam bilik darjah.
• Bagi jangka masa pendek perbezaan yang wujud di kalangan murid tidak menampakkan kesan
pembelajaran yang ketara.
• Perbezaan yang wujud akan beransur-ansur merenggangkan hubungan antara rakan dengan
rakan sekiranya tidak dibendung dari peringkat awal.
• Perbezaan individu merupakan cabaran terbesar kepada guru dalam mewujudkan proses
pengajaran dan pembelajaran yang baik dan kondusif.
1.0 Perbezaan Gaya Berfikir

• Perbezaan gaya berfikir merujuk kepada gaya kognitif dan gaya murid belajar. Kedua-dua gaya terhasil
daripada perbezaan individu.
• Kedua-dua gaya ditunjukkan oleh murid dalam kelas seperti ada yang lebih selesa belajar
menggunakan kemudahan audio dan ada pula yang selesa dengan menggunakan alat visual.
• Murid-murid yang cepat bertindak akan cepat menyiapkan kerja-kerja rumah.
• Bagi murid-murid yang tidak berminat dengan kerja rumah akan menghantar lewat tugasannya kepada
guru.
• Setiap murid mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri atau seseorang murid mungkin
mempunyai lebih daripada satu gaya pembelajaran.
• Oleh itu, selepas mengenal pasti gaya pembelajaran masing-masing, guru perlulah membahagikan
murid-murid dalamkumpulan yang homogen bagi membolehkan pengajaran dan pembelajaran
berfungsi secara efektif.
2.0 Kadar kecerdasan mengikut jantina
• Manusia memang jelas berbeza dalam kadar dan kebolehan.
• Pada umumnya, keupayaan intelek dan penguasaan bahasa pelajar perempuan di peringkat sekolah
rendah adalah lebih baik daripada pelajar lelaki.
• Sebaliknya, tahap kecerdasan pelajar lelaki adalah sederhana dan akan meningkat mencapai
kematangan apabila sampai ke peringkat pengajian tinggi.
• Namun begitu, kita tidak boleh menafikan bahawa tahap kecerdasan pelajar perempuan akan kekal stabil
apabila sampai ke peringkat pengajian tinggi.
• Gaya pembelajaran lelaki dan perempuan adalah tidak sama atau berbeza, kerana murid lelaki lebih suka
pada gaya pembelajaran yang lebih mencabar seperti gaya pembelajaran gaya global yang sukakan
tempat yang suram dan kedudukan yang tidak formal manakala murid perempuan sukakan pembelajaran
gaya analitikal yang sukakan persekitaran yang terang dankedudukan yang formal.
• Jadi, guru hendaklah mengambil berat terhadap keperluan-keperluansetiap murid dalam kelas.
3.0 Objektif pengajaran dan pembelajaran

• Objektif pembelajaran perlu ditentukan mengikut kemampuan murid.


• Bagi murid yang pintar, objektif pembelajaran perlu lebih tinggi daripada murid yang
lemah.
• Objektif pembelajaran perlu mengikut aras yang dicadangkan oleh taksonomi
Bloom, iaitu aras pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis dan sintesis.
• Aras kesukaran pada objek atau penilaian perlu berubah mengikut prestasi murid.
• Bagi murid-murid yang pintar cerdas tentu memerlukan objektif yang lebih luas jika
dibandingkan dengan kumpulan yang lemah.
4.0 Kesedian Belajar

• Murid-murid yang pintar selalunya bersedia awal untuk belajar berbanding dengan
murid lambat yang memerlukan rangsangan yang lebih untuk menggerakkan
mereka belajar.
• Perlu diperhatikan juga tahap kecergasan dan kestabilan emosi murid sebelum
pengajaran dimulakan.
• Perbezaan dari segi umur, faktor motivasi, tekanan emosi, pemilihan mata pelajaran
yang sesuai, keyakinan diri dan sikap guru terhadap murid juga mempengaruhi
kesediaan seseorang untuk belajar.
5.0 Gangguan Pengajaran dan Pembelajaran

• Gangguan pengajaran dan pembelajaran berkaitan dengan kesediaan belajar.

• Murid-murid yang bersedia belajar selalunya akan memudahkan guru memulakan pengajaran.

• Murid yang bermasalah seperti malas belajar, meminta perhatian yang berlebihan, nakal dan

berkelakuan tidak senonoh, mereka akan menggangu pembelajaran.

• Guru harus berhati-hati menangani murid-murid salah laku yang berkecenderungan

merosakkan harta sekolah dan mencetuskan pergaduhan dengan rakan lain.


PERANAN GURU DALAM MENGHADAPI PERBEZAAN INDIVIDU

• Peranan yang boleh dimainkan oleh guru dalam menghadapi perbezaan individu adalah seperti :
I. Mempelbagaikan startegi pengajaran dan pembelajaran
- Strategi yang berkesan adalah diperlukan dalam pengajaran dan pembelajaran.
- Hal ini kerana setiap murid memiliki tahap pemikiran dan pemahaman yang berbeza.
- Semasa melaksanakan proses P&P guru harus merancang dengan betul supaya murid-murid tidak
ketinggalan.

II. Teknik motivasi


- Motivasi bermakna penggerak untuk memandu tingkah laku murid ke arah yang lebih dinamik.
- Setiap tingkah laku individu yang berbeza-beza memerlukan satu teknik motivasi yang berbeza-beza.
- Apabila murid menghadapi masalah dalam pembelajaran guru tidak harus teguh, maka perlu bersabar
untuk memberi motivasi dan mengajar dengan cara yang menyeronokkan.
III. Mempelbagaikan kaedah mengajar
- Guru perlu mendalami kecenderungan kaedah pengajaran yang disukai oleh murid.
- Walaubagaimanapun, guru tidak dapat memenuhi permintaan kehendak murid tetapi dengan
mempelbagaikan kaedah mengajar akan dapat mengurangkan kebosanan murid.
- Contohnya, kaedah kumpulan
- Kaedah kumpulan dapat membantu para pelajar untuk memahami hasil pengajaran dan
pembelajaran dengan lebih mendalam berbanding pada aktiviti-aktiviti secara individu.
IV. Kaedah Gerak Balas
- Kaedah ini akan melibatkan penglibatan aktif murid dalam sua­sana pembelajaran.
- Murid-murid tidak bersifat pasif atau menerima sahaja maklumat daripada pengajaran guru.
- Oleh yang demikian mereka digalakkan merancang projek menyelidik, merancang, menyusun
dan membuat demonstrasi, dan melaporkan hasil daripada projek yang berkenaan.

V. Kaedah Pendidikan Pemulihan


- Menerusi kaedah pendidikan pemulihan guru akan membantu kanak-kanak yang lemah dalam
pelajaran mereka agar diberi pengajaran pemulihan sama ada secara formal atau tidak formal.
- Pendidikan pemulihan bertujuan mengurangkan masalah pembelajaran yang dihadapi oleh
murid serta mengembangkan minat mereka terhadap pelajaran ke tingkat keperluan yang
memuaskan.
TERIMA
KASIH

You might also like