You are on page 1of 9

FALSAFAH PENDIDIKAN

NEGARA
EDUP3013
SOALAN TUTORIAL 6 :

HURAIKAN SECARA JELAS, PERUBAHAN DAN


PERKEMBANGAN YANG BERLAKU KEPADA BIDANG
PENDIDIKAN DI NEGARA KITA PADA MASA INI.
PERUBAHAN YANG BERLAKU KEPADA BIDANG
PENDIDIKAN DI NEGARA KITA PADA MASA INI.
Pendidikan merupakan salah satu sistem yang paling penting dalam sesebuah negara untuk melahirkan warga negara yang
berilmu pengetahuan. Pendidikan bertaraf dunia menunjukkan perkembangan dan kemajuan pesat serta dinamis pendidikan
negara, khususnya dari segi kualiti, kuantiti, standard, kecemerlangan yang diterima di dunia.

Sejak 18 Mac 2020 yang lalu, telah berlaku perubahan dalam sistem pendidikan yang tidak pernah berlaku dalam sejarah
Malaysia. Kebanyakan sekolah dan institusi-institusi pengajian tinggi terpaksa ditutup akibat sejenis virus yang dikenali
Koronavirus (COVID-19). Akibatnya, satu sistem pendidikan baharu telah dikenalpasti bagi mengatasi kekangan dalam
pelajaran. Secara idealnya, pembelajaran maya perlu diteruskan menggunakan pelbagai pendekatan, sama ada pembelajaran
dalam talian secara bersemuka atau secara tidak bersemuka. Antara inisiatif yang diimplimentasikan oleh kerajaan adalah
“learning tools” yang disesuaikan mengikut pembelajaran bagi mereka yang mempunyai akses internet dan boleh mengikuti
kelas melalui aplikasi Microsoft Teams, Google Classroom, Google Meet, Whatsapp, Telegram dan sebagainya. Amalan ini
telah membawa perubahan baharu kepada bidang pendidikan, dan murid dengan guru hanya bertemu melalui aplikasi-
aplikasi ini untuk membelajar.
Selain itu, perubahan yang berlaku kepada bidang pendidikan di negara kita pada masa ini ialah memansuhkan peperiksaan bagi murid Tahap
1 dan diganti dengan Pentaksiran Alternatif. Pentaksiran Alternatif bagi menggantikan sistem peperiksaan yang mula dilaksanakan ter ­hadap
murid tahap satu sekolah rendah bermula 2019 adalah lebih objektif dan menerapkan asas pemben­tukan sahsiah. Sistem baharu itu yang
membabitkan murid tahun satu, dua dan tiga turut tertumpu kepada perkembangan murid de­­ngan berorientasikan pembelajaran suasana bilik
darjah lebih menyeronokkan. Ia merupakan pentaksiran baharu bagi menggantikan sistem peperiksaan dalam mewujudkan budaya
pembelajaran le­bih bermakna sekali gus memboleh­kan guru memberikan perhatian kepada pembangunan sahsiah murid seperti nilai kasih
sayang dan hormat-menghormati. Menerusi kaedah ini, peranan ibu bapa juga amat penting dalam mewujudkan persekitaran pembelajaran
yang kurang tekanan kepada murid di peringkat awal persekolahan. Pada masa sama, kaedah baharu ini adalah sebahagian daripada proses
pembelajaran seiring pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang memfokuskan kepada perkembangan murid secara holistik.
Di samping itu, perubahan seterusnya ialah kanak-kanak tanpa dokumen boleh mengikuti persekolahan. Hal ini kerana bermula Januari 2019,
anak tanpa warganegara boleh masuk sekolah kerajaan dengan hanya memberi sijil kelahiran. Pelbagai jenis dokumen yang diperlukan sebelum
ini telah menyebabkan anak-anak tanpa status warganegara mengalami kesulitan untuk diterima masuk ke dalam sistem pendidikan negara.
Pihak kementerian kini dalam usaha untuk memudahkan proses pendaftaran anak-anak ini supaya mereka juga berpeluang untuk belajar di
sekolah kerajaan dan menerima pendidikan yang selayaknya. Selepas ini, jika salah seorang ibu bapa mereka warga Malaysia boleh mendaftar
sekolah dengan mengemukakan sijil kelahiran atau perintah mahkamah atau sijil pengangkatan bagi anak angkat. Dengan menyediakan salah
satu daripada tiga dokumen iaitu sijil kelahiran, perintah mahkamah atau sijil mengambil anak angkat, ia sudah mencukupi untuk membolehkan
anak tanpa kewarganegaraan dimasukkan ke sekolah kebangsaan.
Seterusnya, Pemansuhan tugas perkeranian dalam kalangan guru menerusi pelaksanaan lima inisiatif, berkuat
kuasa sebagai langkah pertama.Insiatif utama ialah memudahkan pengurusan fail dan dokumentasi, membabitkan tiga
intervensi demi merungkai kemelut pengurusan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT), fail panitia dan pelaporan
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).Seterusnya ialah pengurusan data dan sistem dalam talian, merangkumi pelaksanaan
dua intervensi yang menyaksikan semua pengumpulan data diambil daripada sumber maklumat sedia ada dalam
sistem Kementerian Pendidikan.Insiatif ketiga ialah sistem kehadiran murid dalam talian akan digunakan sepenuhnya
sebagai sumber rekod, justeru guru tidak lagi perlu mengisi buku jadual kedatangan murid. inisiatif keempat pula
merangkumi penyeragaman borang dan proses pemantauan menerusi dua intervensi bagi memastikan guru tidak lagi
dibebani tugas perkeranian.Inisiatif terakhir ialah penyelarasan penubuhan jawatankuasa di peringkat sekolah,
menerusi dua intervensi untuk memastikan pelbagai jawatankuasa yang tidak berkaitan dengan tugas mendidik akan
dimansuhkan.

Pendiidikan pada masa kini juga menekankan pendidikan yang berteraskan nilai-nilai murni. Antaranya, mata
pelajaran Pendidikan Sivik akan diwujudkan semula dengan penambahbaikan kandungan kurikulumnya. Golongan
pendidik disaran agar menerapkan nilai kemanusiaan dalam proses pengajaran sebagai usaha membina generasi masa
depan yang berakhlak mulia. Menurutnya, proses pengajaran sebelum ini hanya menerapkan konsep 3M (menulis,
membaca dan mengira) namun kini perlu ditambah kepada 4M iaitu manusiawi. Sifat manusiawi ini perlu diterapkan
oleh guru kepada setiap diri murid bermula dari pra-sekolah sehingga ke menengah supaya dapat membentuk sahsiah
yang baik seperti bersikap rajin dan pembersih. KPM juga akan memperkenalkan semula subjek “pengajian sivik” di
semua peringkat sekolah dan dalam usaha menghidupkan semula TV pendidikan secara percuma. Di peringkat
Universiti pula, KPM bercadang memperkenalkan dua subjek iaitu Falsafah dan ethics.
PERKEMBANGAN YANG BERLAKU KEPADA BIDANG
PENDIDIKAN DI NEGARA KITA PADA MASA INI.
Pada masa ini sistem pendidikan mengalami banyak perubahan dan perkembangan apabila berbanding dengan zaman
sebelum dan selepas merdeka. Sebelum merdeka, pendidikan hanya diberi kepada segolongan rakyat bagi
membolehkan sebahagian mereka memenuhi keperluan tenaga dan ekonomi. Sekolah Vernakular pula telah ditubuhkan
supaya kaum Cina, India dan Melayu tidak bergaul antara satu sama lain. Contoh perkembangan yang berlaku kepada
bidang pendidikan pada masa kini adalah, semua golongan rakyat dibenarkan untuk belajar dan kerajaan menyediakan
peluang-peluang pendidikan yang saksama. Selain itu, juga mengadakan satu sistem pendidikan untuk mengintegrasi
perpaduan kaum serta pelajar-pelajar dari berlainan agama dibenarkan untuk bergaul.

Di samping itu, terdapat perkembangan dari segi meninggikan mutu pelajaran dalam usaha membentuk masyarakat
yang progresif berorientasikan sains dan teknologi. Melalui aplikasi talian, seseorang dapat melayari internet untuk
mengetahui maklumat yang lebih lanjut. Perkembangan era teknologi ini, mengubah pembangunan pendidikan dengan
lebih maju lagi. Perkembangan pendidikan harus dititikberatkan agar ia dapat menerapkan unsur-unsur pembaharuan
dan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran.
Tambahan pula, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) memainkan peranan penting dalam membawa
perkembangan kepada sistem pendidikan negara. Misi kementerian ialah membangunkan sistem pendidikan
yang berkualiti dan bertaraf dunia, di samping memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan
memenuhi aspirasi negara.Pada tahun 2007, Tun Abdullah Ahmad Badawi telah melancarkan Pelan Induk
Pembangunan Negara(PIPP) 2006-2010 yang bertujuan untuk melonjakkan tahap kecemerlangan sekolah,
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berkemampuan
dan dapat mengangkat semula imej pendidikan negara di mata dunia.Jika diteliti, ternyata hasrat kerajaan
dalam PIPP membawa kepada perubahan kepada sistem persekolahan yang berperanan sebagai alat
perpaduan.
Selain itu, Sekolah Wawasan ditubuhkan untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan murid-murid yang
berbagai bangsa dan latar belakang, memupuk integrasi antara pelajar dari pelbagai aliran, melahirkan
generasi yang yang mempunyai sifat toleransi dan persefahaman yang tinggi dan menggalakkan interaksi
maksimum antara semua warga sekolah melalui perkongsian kemudahan sekolah dan pelasanaan aktiviti-
aktiviti lain di sekolah. Melalui cara ini ternyata ia dapat membawa kesedaran yang tinggi kepada masyarakat
tentang pentingnya perpaduan dan perlu dipupuk sejak dari kecil lagi.
Perkembangan yang berlaku dalam pendidikan pada masa kini ialah mewujudkan sekolah
Bestari.Sekolah Bestari menumpukan kepada proses pengembangan dan pemupukan pembelajaran
dengan menggunakan komputer dan penggunaan multimedia.Sekolah bestari ini diwujudkan untuk
mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, membangunkan tenaga kerja untuk Zaman
Maklumat, menghasilkan tenaga kerja yang berfikir dan celik teknologi, membangunkan intelek, rohani,
emosi dan jasmani pelajar, mewujudkan peluang bagi meningkatkan kekuatan dan kebolehan individu,
meningkatkan penglibatan pihak berkepentingan dan mendemokrasikan pendidikan.

Seterusnya,KPM juga menjalankan projek sekolah Net. Penggunaan komputer peribadi dan
persekitaran Local Area Network (LAN). Guru berfungsi sebagai penerima maklumat sesuatu bahan
kurikulum dan pembelajaran daripada luar dan kemudian menyalurkannya kepada pelajar. Ini memberi
peluang kepada pelajar mendapat kemahiran dan maklumat sesuai dengan keupayaan mereka dan
aplikasi pelbagai stail pembelajaran. Hasrat pihak kerjaan ini direalasikan dengan penubuhan schoolnet
yang berperanan untuk Menyediakan infrastruktur komunikasi bagi melaksanakan program sekolah
bestari di semua sekolah-sekolah di Malaysia, merapatkan jurang digital di antara pelajar-pelajar sekolah
di bandar dan luar bandar, memoden dan mempertingkat keberkesanan sistem pendidikan negara dan
mewujudkan suasana pendidikan interaktif.
SEKIAN TERIMA KASIH

You might also like