You are on page 1of 2

LATIHAN TUTORIAL MINGGU 11

1. Malaran tidak bergeser (approximant) juga dikenal sebagai bunyi separuh vokal atau
geluncuran.
a. Nyatakan dua bunyi separuh vokal dan cara penghasilannya beserta contoh.

Cara penghasilan setiap bunyi vokal adalah berbeza. Separuh vokal dihasilkan
dengan bunyi malaran, kedudukan artikulator adalah seperti menghasilkan bunyi
geseran tetapi bunyi geseran yang dihasilkan terlalu lemah. Antara contoh bunyi
malaran dalam bahasa Melayu ialah [w] dan [j]. [j] mewakili huruf y. Misalnya, wau,
yang,dan bawa.

b. Nyatakan perbezaan bunyi huruf vokal belakang (e) dan vokal tengah ( ) beserta
contoh.

Vokal belakang merupakan sejenis bunyi vokal yang mana lidah ditempatkan di
belakang sekali dalam mulut tanpa menghasilkan penjerutan yang akan
menghasilkan konsonan manakala, vokal tengah pula bunyi vokal yang mana lidah
terletak di separuh jarak dari vokal luas dan vokal sempit. Contoh huruf vokal
belakang ialah, emel, ekor dan sate. Bagi menyebut huruf vokal tengah (Ə) puncak
tengah lidah terletak di antara kedudukan untuk mengeluarkan vokal separuh luas
dan vokal sparuh sempit. Lelangit lembut terangkat rapat ke belakang tekak
menutup rongga hidung serta pita suara bergetar. Contohnya bagi perkataan, emak
(Əmak), enam (Ənam) dan cekal (cƏkal). Semasa menghasilkan bunyi belakang /e/
keadaan bibi tehampar, manakala bagi vokal tengah /Ə/ keaadan bibir dalam
keadaan biasa.

1. Sebutan fonemik atau sebutan berdasarkan ejaan adalah dasar sebutan baku bahasa
Melayu.

a. Cerakinkan perkataan-perkataan di bawah berdasarkan penyukuan sebutan bahasa


Melayu.
i. Ais krim : [ais.krim]
ii. Memorabilla : [me.mo.ra.bil.la]
iii. Mesyuarat : [mes.yua.rat]
iv. Sentiasa : [sen.tia.sa]
v. Momentum : [mo.men.tum]

You might also like