You are on page 1of 11

EDUP 3033:

MURID DAN
PEMBELAJARAN
KUMPULAN 1:
IVY JENUN
JESSIE JELENIE
NOOR FATEHAH SHAHIRA
Soalan
1. Nyatakan konsep dan jenis-jenis gaya kognitif (cognitive style) dan gaya
pembelajaran (learning style).
2. Kepentingan bagi guru untuk mengenal pasti gaya kognitif dan gaya
pembelajaran murid-murid
1. Nyatakan konsep dan jenis-jenis gaya kognitif
(cognitive style) dan gaya pembelajaran (learning style).

◦ Konsep gaya kognitif ini muncul daripada usaha-usaha di dalam bidang psikologi perbezaan
tingkah laku kognitif manusia. Apabila sesuatu perbezaan tingkah laku kognitif tertentu
berlaku dalam keadaan yang hampir stabil dalam diri seseorang individu, maka label gaya
kognitif diberikan kepada tajuk tingkah laku itu. Orang yang reflektif akan mengambil masa
yang lama untuk membuat perbandingan di antara gambar-gambar tersebut dan keputusannya
akan lebih tepat berbanding dengan orang yang impulsif yang akan memilih dengan cepat
tanpa membuat sebarang penelitian. Biasanya kanak-kanak tergolong di dalam golongan
impulsif.
◦ Terdapat beberapa jenis gaya kognitif yang telah diklasifikasikan oleh para ahli psikologi, antaranya
adalah seperti yang telah disenaraikan oleh Messick. Beliau dan rakan-rakannya telah menerangkan di
dalam buku mereka yang bertajuk “Individuality and learning” terdapat 19 gaya gaya kognitif. Antaranya
adalah seperti berikut :

i. Field-independent lawan Field-dependent


ii. Gaya Pengkonsepan
iii. Keluasan Kategori
iv. Perbezaan Konsep
v. Meratakan lawan Menajamkan (Leveling vs Sharpening) vi. Scanning
vii. Refleks lawan Impulsif
viii. Mengambil Risiko lawan Berhati-hati
ix. Toleransi untuk Pengalaman Aneh
x. Pemikira Konvergen lawan Pemikiran Divergen
KEPENTINGAN BAGI GURU
UNTUK MENGENAL PASTI
GAYA KOGNITIF DAN GAYA
PEMBELAJARAN MURID-
MURID
Penggunaan kaedah pengajaran yang sesuai

◦ Kepentingan bagi guru untuk mengenal pasti gaya kognitif dan gaya pembelajaran murid-murid ialah
guru tersebut akan lebih mudah dalam memilih kaedah pengajaran yang bersesuaian dengan tahap
penerimaan murid-muridnya. Misalnya, guru telah sedia maklum bahawa kemampuan murid
tersebut sejauh mana, jadi dengan adanya mengenal pasti gaya kognitif dan gaya pembelajaran maka
akan memudahkan guru tersebut merancang pengajaran harian dengan baik dan mudah. Mungkin
seseorang guru boleh mengunakan kaedah hanya berpusatkan pada guru sahaja,atau perpusatkan kepada
pelajar sahaja, ianya terpulang kepada seseorang guru tersebut memilih kaedah pengajaran yang sesuai
dengan tahap penerimaan setiap murid
Guru lebih bersedia
◦ Seterusnya, menjadikan guru lebih bersedia dalam meyediakan bahan-bahan bantuan mengajar
yang lebih menarik dan bermakna. Seseorang guru boleh mengajar mengikut kaedah guru
bermakna dan menarik. Sekaligus membantu guru menyediakan baha-bahan bantuan
mengajar yang lebih menarik serta bermakna
Menggalakkan penglibatan aktif murid
◦ Bukan itu sahaja, guru akan sentiasa melibatkan muridnya secara lebih aktif dalam pelajaran. Hal ini
demikian kerana, guru yang telah mengenal pasti muridnya mampu menlibatkan murid-murid di dalam
kelas tersebut menjadi aktif dalam pelajaran. Contoh, gaya seorang guru tersebut mengajar, ini
yang akan menyebabkan murid-murid tertarik dengan gaya guru tersebut mengajar sekaligus ,
menjadikan murid tersebut minat untuk belajar. tersendiri, Seorang guru digalakkan untuk
mempelbagaikan gaya mengajar agar sesi pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik.
Pengajaran menarik
◦ Sebagai seorang guru yang kreatif, guru akan berupaya untuk menggunakan set induksi yang menarik
supaya dapat memulakan pelajaran yang berjaya menarik minat murid-murid. Sebagai contoh,
tidak semestinya guru tersebut terus memulakan sesi pengajaran tanpa memberi bayangan kepada
murid-murid tentang apa yang dipelajari pada hari tersebut tetapi seorang guru yang mempunyai
kemahiran mengajar yang baik tersebut mampu menjadikan set induksi tersebut menjadi menarik,
contoh aktiviti yang boleh dibuat semasa set induksi, iaitu guru menyuruh murid-murid meneka apa
yang guru tersebut lakukan, Hal ini bukan sahaja menyuruh murid-murid untuk meneka, malah
membantu murid tersebut meneka apa yang akan dipelajari pada hari tersebut
◦  
Memperkembangkan potensi murid
◦ Di samping itu, ,guru akan dapat memperkembangkan lagi potensi pada muridnya, maknanya adalah
dengan mempunyai kemahiran mengajar yang baik, Guru mampu meningkatkan lagi
perkembangan pembelajaran murid tersebut, terutama dalam sesebuah mata pelajaran, Jika guru
tersebut mempunyai idea yang kreatif dalam mengajar, secara tidak langsung murid tersebut
mempuyai potensi untuk berkembang dalam pengajaran hariannya.Sebagai contoh, mengajar murid
tersebut lompat tinggi, pada permulaannya,menyuruh murid tersebut hanya melompat pada paras yang
rendah, dan setiap hari guru akan menaikan paras tersebut sehingga murid tersebut
bolehmembuat lompatan yang tinggi. Hal ini kerana, sebagai seorang guru, tidak digalakkan untuk
terus memberi lompatan yang tinggi, kerana muri perlu belajar langkah demi Langkah

You might also like