You are on page 1of 2

Definisi Gaya Pembelajaran

Menurut Peterson (1979) & Steward (1981), gaya pembelajaran boleh merujuk
kepada pendekatan pengajaran digemari oleh seseorang pelajar. Menurut Dunn dan Dunn
(1922), gaya pembelajaran ialah cara setiap murid mula memberikan tumpuan, memproses
atau menyimpan maklumat baharu dan maklumat yang sukar. Woolfolk (1998) menyatakan
bahawa gaya pembelajaran ialah pendekatan tersendiri seseorang individu kepada
pembelajaran dan biasanya melibatkan pemprosesan maklumat yang mendalam.

Implikasi Gaya Pembelajaran Terhadap Pengajaran & Pembelajaran

1) Pengetahuan terhadap gaya pembelajaran amat penting dan guru patut memahami
gaya pembelajaran setiap murid dalam kelas. Hal ini dapat
 membantu guru memahami perkembangan dan penguasaan murid-murid terhadap
pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan.
 membantu guru menjadi lebih sensitive terhadap perbezaan setiap murid di sekolah.
 guru dapat mencipta pengalaman dan menjadi satu panduan untuk mencipta pengajaran
yang sesuai bagi murid-murid. Hal ini demikian kerana selepas guru memahami gaya
pembelajaran murid dalam kelas, aktiviti yang dirancang juga sepadan dengan gaya
pembelajaran murid.
 dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

2) Pengetahuan tentang gaya pembelajaran dapat membantu guru untuk


 Menjalankan aktiviti p&p dengan lebih lancar dan berkesan.
 Hal ini kerana guru tahu setiap murid mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri
atau seseorang murid mungkin mempunyai lebih daripada satu gaya pembelajaran.
 Sebagai contoh:
 Gaya pembelajaran lelaki dan perempuan adalah tidak sama atau berbeza.
 murid lelaki lebih suka pada gaya pembelajaran yang lebih mencabar seperti gaya
pembelajaran gaya global yang sukakan tempat yang suram dan kedudukan yang tidak
formal manakala murid perempuan sukakan pembelajaran gaya analitikal yang sukakan
persekitaran yang terang dan kedudukan yang formal.
 Dengan itu, guru yang peka terhadap gaya pembelajaran dan keperluan-keperluan
setiap murid dapat membahagikan murid-murid dalam kumpulan yang homogen bagi
membolehkan pengajaran dan pembelajaran berfungsi secara efektif.
Rumusan

Secara kesimpulannya, saya berpendapat bahawa terdapat beberapa perkara yang perlu
dipertimbangkan oleh pihak guru dalam memastikan P&P yang dijalankan dapat
memberikan hasil pembelajaran yang diharapkan iaitu:

1) Dari segi kurikulum, guru perlu meletakkan dan menekankan intuisi, perasaan,
sensing dan imaginasi untuk mendorong murid menganalisis, memberikan alasan
dan menyelesaikan masalah secara tersusun.
2) Guru juga perlu mereka satu bentuk bimbingan untuk menghubungkan bentuk gaya
pembelajaran dengan mengambil unsur pengalaman, refleksi, conceptualization dan
uji kaji. Sebagai contoh, guru boleh mendedahkan murid dengan pelbagai unsur
pengalaman di dalam bilik darjah seperti unsur bunyi-bunyian, muzik, visual,
pergerakan, malah perbualan dan percakapan.
3) Dari segi penilaian pula, guru sepatutnya melaksanakan pelbagai bentuk teknik
penilaian yang memberikan fokus kepada perkembangan terhadap kapasiti otak
secara keseluruhan yang ada kaitan dengan gaya pembelajaran.

You might also like