You are on page 1of 4

Menurut Esah Sulaiman (2004), pedagogi berasal daripada perkataan Latin yang bererti kaedah

mengajar kanak-kanak. Kemudian ia telah berkembang dan digunakan dalam konteks pengajaran
untuk semua peringkat pusat pembelajaran seperti sekolah dan peringkat pengajian tinggi. Shafritz
(1997 dalam Esah Sulaiman, 2004) pula mengatakan bahawa pedagogi ialah prinsip dan kaedah
pengajaran. Ia meliputi pelbagai aspek yang berkait dengan penyampaian ilmu kepada murid. Ia turut
dapat ditakrifkan sebagai kemahiran mengajar yang digunakan oleh guru untuk menyampaikan
pengetahuan yang khusus dalam sesuatu bidang. Guru yang memiliki kemahiran pedagogi yang tinggi
dapat

menggunakan

pelbagai

kemahiran

dan

kebolehan

untuk

mewujudkan

persekitaran

pembelajaran yang kondusif.


Pedagogi yang relevan menggunakan pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran untuk
menjadikan pembelajaran menjadi lebih bermakna (Syed Ismail Syed Mustapa,2013). Cruickshank
(1995 dalam Esah Sulaiman, 2004) menjelaskan bahawa pedagogi ialah seni dan sains pengajaran
yang meliputi prinsip, strategi, kaedah, teknik, dan pelbagai pertimbangan untuk menjayakan sesuatu
pengajaran. Pengajaran dikatakan sebagai suatu seni adalah kerana setiap murid mempunyai
perbezaan individu dan guru harus memilih kaedah yang bersesuaian dengan murid bagi memenuhi
keperluan murid yang terdiri daripada pelbagai kelompok etnik dan ras. Manakala pengajaran
dikatakan sebagai sains pengajaran adalah kerana setiap pengajaran yang berlaku perlu dilaksanakan
dengan sistematik dengan maklum balas tentang pengajaran digunakan untuk mempertingkatkan
mutu pengajaran pada masa hadapan (Highet 1950 dalam Esah Sulaiman, 2004).
Dalam pedagogi seseorang guru, penekanan terhadap pengintegrasian pengetahuan,
kemahiran asas serta memupuk nilai murni adalah perlu bagi memastikan perkembangan yang
menyeluruh bersesuaian dengan kebolehan murid yang relevan dengan budaya yang diamalkan. Guru
perlu mempunyai rasa tanggungjawab untuk memenuhi keperluan murid tanpa ada sikap prejudis
terhadap murid yang mempunyai pelbagai budaya. Ini adalah kerana sekolah dilihat sebagai institusi
yang melahirkan kanak-kanak yang mengikut kehendak masyarakat. Gay (2000 dalam Dr. Noriati bt A.
Rashid, 2008) mengatakan bahawa para guru perlu memberikan perhatian kepada murid-murid yang
berlatar belakangkan pelbagai budaya agar sesi pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan
dengan berkesan.
Antara tujuan pedagogi relevan budaya ialah supaya pengelolaan, pengurusan, dan
pengajaran guru mengambil kira akan sensitiviti budaya. Ini adalah penting kerana tanpa keprihatinan
sosial budaya, pedagogi guru tidak berjalan dengan lancar. Selain itu, guru harus berinteraksi dengan
positif untuk memupuk sifat bangga akan budaya masing-masing. Dengan itu tidak wujudlah masalah
generasi muda yang tidak mengenal budaya yang terdapat dalam Malaysia. Persefahaman dan
permuafakan dapat dipupuk dalam kalangan murid-murid dan guru melalui pedagogi relevan budaya
dan ia dapat menghasilkan kesepaduan perolehan ilmu, kemahiran, dan sikap yang holistik. Guru juga
bertindak sebagai pengantara persekitaran rumah dan sekolah bagi murid yang mempunyai budaya
yang berbeza antara murid yang lain.
Menurut Guittierez dan Ladson Billings (1994 dalam Dr. Noriati bt A. Rashid, 2008) ciri-ciri
pedagogi relevan budaya ialah murid mempunyai pengetahuan, konsep, kemahiran, dan strategi yang
dipelajari daripada situasi pelbagai budaya ke dalam kesepaduan ilmu dan nilai tanpa ada sikap
prejudis. Murid juga memahami latar belakang sendiri dan rakan yang berlainan budaya. Walaupun
belajar dalam keadaan yang pelbagai budaya, ia tetap dapat menyatupadukan pengetahuan
merentasi budaya. Pedagogi ini turut memotivasikan murid belajar secara kontekstual iaitu dengan
mengambilkira pengalaman murid yang berbeza.

Mengikut James S.Coleman (dalam Mohd Salleh Lebar, 1998) terdapat empat ciri konsep
persamaan pendidikan iaitu pendidikan percuma pada satu peringkat, mempunyai kurikulum yang
sama untuk semua murid, dan semua murid pelbagai latar belakang berpeluang untuk bersekolah
yang sama. Oleh itu, para pendidik tidak boleh terlalu bias kepada kelompok majoriti dan perlu lebih
bersikap adil kepada semua murid. Usaha kerajaan untuk menerapkan pendidikan kebangsaan yang
terdiri berbilang budaya telah dimulakan bermula dari wujudnya Penyata Razak 1957.
Guru perlu memilih strategi, kaedah, dan teknik yang bersesuaian mengikut keadaan kelas
dan kerelevan budaya dalam pedagogi pendidikan. Menurut Ng Kim Choy dari Jabatan Ilmu
Pendidikan, Institut Perguruan Sandakan, Sabah kaedah pengajaran adalah terdiri daripada beberapa
langkah atau kegiatan yang mempunyai urutan yang tertentu. Pengajaran yang dimaksudkan pula
ialah segala aktiviti seseorang untuk menghasilkan perubahan tingkah laku yang agak kekal. Setiap
kaedah pengajaran mempunyai teknik-teknik yang tertentu. Mengikut Edward M. Anthony (1963 dalam
Mok Soon Sang, 2002) kaedah ialah satu ikhtiar keseluruhan dikehendaki dalam satu set prosedur
yang tersusun berlandaskan kepada sesuatu pendekatan yang dipilih.
Menurut Ng Kim Choy juga pendekatan pengajaran merupakan haluan atau aspek yang
digunakan untuk memulakan proses pengajaran sesuatu isi pelajaran atau sesuatu kemahiran.
Pendekatan pengajaran yang sering digunakan oleh guru ialah pendekatan induktif, deduktif, dan
eklektik. Mengikut kamus dewan (1998 dalam Mok Soon Sang, 2002) pendekatan merupakan cara
atau langkah-langkah yang diambil bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas seperti
mengatasi masalah. Pendekatan yang berasaskan pengelolaan murid ialah pendekatan individu,
pasangan, berkumpulan, kelas bercantum dan sebagainya. Guru perlu menyampaikan pengajaran
mengikut tema-tema tertentu dan hendaklah tidak menyentuh sensitiviti budaya murid.
Srategi pula ialah suatu susunan pendekatan-pendekatan dan kaedah-kaedah untuk
mencapai sesuatu maklumat dengan menggunakan masa, tenaga, dan kemudahan. Biasanya guru
akan menggabungkan beberapa pendekatan dengan kaedah mengajar tertentu. Menurut Mok Soon
Sang (2002), strategi itu merupakan rancangan sesuatu tindakan atau operasi yang berkesan. Strategi
yang dipih haruslah berdasarkan pertimbangan terhadap teori pembelajaran, pendekatan kaedah dan
teknik mengajar. Ia juga harus bersesuaian dengan kepelbagaian budaya murid-murid.
Teknik mengajar ialah kemahiran guru untuk mengelola dan melaksanakan kaedah mengajar
dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran (Mok Soon Sang, 2002). Antara teknik mengajar yang
biasa digunakan oleh para guru ialah teknik bercerita, perbincangan, latih tubi, demonstrasi,
penyoalan, main peranan, simulasi, sumbang saran, dan sebagainya. Menurut Mok Soon Sang (2002)
juga, tujuan teknik mengajar ini ialah untuk menarik minat murid, mengekalkan perhatian dan
membangkitkan perasaan ingin tahu murid supaya pengajaran guru berjaya mencapai objektif yang
disasarkan. Teknik mengajar yang dipilih guru hendaklah bersesuaian dengan murid mengikut usia,
minat, kebolehan, kecerdasan, perbezaan individu dan budaya.

Kaedah direktif ialah belajar melalui penerangan secara langsung kepada murid tentang
kepelbagaian budaya dan diikuti oleh ujian kefahaman dan latihan. Fokus diberikan kepada kemahiran
asas. Dalam pendekatan ini guru bertindak sebagai model kepada murid-muridnya. Contoh strategi
pengajaran yang boleh digunakan ialah kuliah, latih tubi, dan demonstrasi. Kaedah kuliah bermaksud
kaedah penerangan untuk menyampaikan maklumat yang agak banyak dalam tempoh tertentu. (Esah
Sulaiman, 2004). Kaedah latih tubi merujuk kepada latihan yang diberikan guru kepada murid secara
berterusan untuk melatih kemahiran dan kebolehan dalam sesuatu isi pelajaran. Manakala
demonstrasi pula ialah satu jenis teknik pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan kemahiran
guru mendemonstrasikan cara atau langkah melakukan sesuatu aktiviti di hadapan murid (Mok Soon
Sang, 2002).
Kaedah mediatif pula merujuk kepada guru yang menggunakan bahan media dalam
pembelajaran kelas. Melalui kaedah ini, murid diajar mengaplikasikan pengetahuan untuk
menyelesaikan masalah, membuat keputusan, mengenal pasti andaian, dan hipotesis berkaitan
budaya. Contoh bahan yang digunakan melalui teknik mediatif ialah penggunaan komputer, buku
elektronik, dan penggunaan video. Menurut Mohd Arif Hj. Ismail dan Rosnaini Hj. Mahmud (2001)
dalam jurnal Teknologi Pendidikan, penggunaan teknik video dapat melibatkan murid dengan aktif dan
memupuk nilai kerjasama dan saling bantu membantu.
Kaedah generatif menggalakkan murid menjana idea-idea kritis dan kreatif yang sesuai
dengan budaya yang diketengahkan. Dengan itu, murid akan dapat menyelesaikan masalah dengan
menggunakan pemikiran yang kritis dan kreatif serta membuat pertimbangan untuk meneruskan
budaya yang relevan dalam kehidupannya.
Kaedah kontekstual iaitu murid mengaitkan bahan pengajaran dan pembelajaran kepada
situasi dunia sebenar. Kaedah ini dapat meningkatkan motivasi murid untuk membuat perkaitan antara
ilmu pengetahuan dengan mengaplikasikannya kepada budaya mereka. Pembelajaran lain yang dapat
dikaitkan kepada pembelajaran kontekstual ialah pengalaman hidup sebenar, pembelajaran aktiviti,
dan pembelajaran berpusatkan murid.
Kaedah metakognitif merupakan kaedah tugasan yang diberikan oleh guru kepada murid
yang berkaitan dengan relevan budaya setempat. Dengan itu, murid berpeluang untuk memikirkan
tentang proses pembelajaran, rancangan pembelajaran, pemantauan, dan penilaian kendiri. Murid
akan menggunakan kaedah perbincangan dengan rakan-rakan mengenai tugasan yang diberikan oleh
guru. Semasa murid menjalani latihan praktikal dalam kelas, murid dapat mempraktikkan strategi
metakognitif yang telah diketahui.
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di luar bilik darjah dengan guru yang
bertindak sebagai fasilitator merupakan kaedah konteks atau kajian luar dalam pedagogi relevan
budaya. Aktiviti yang diberikan oleh guru kepada murid biasanya adalah satu aktiviti penyelesaian
masalah dan murid dikehendaki untuk berada di luar bilik darjah untuk menyelesaikannya. Kemudian,
murid akan menyediakan laporan terhadap aspek yang dibincangkan dalam sesi pembelajaran yang
telah berlangsung.
Murid-murid akan dapat mengambil bahagian dalam penciptaan masa hadapan melalui
kaedah kajian masa depan yang digunakan oleh guru. Kaedah ini menggalakkan murid untuk
meramalkan apa yang akan berlaku di masa hadapan dengan menggunakan akal fikiran logik dan
murid dapat berfikiran jauh ke hadapan. Murid yang terdiri daripada pelbagai latar belakang budaya

perlu memainkan peranan dalam sesi pembelajaran agar ia menjadi lebih bermakna dalam kehidupan
mereka. Pemilihan soalan kajian juga perlulah dilakukan dengan beretika oleh guru.
Kaedah koperatif menggalakkan murid untuk belajar secara berkumpulan dan saling
berinteraksi dalam kalangan mereka yang datangnya dari pelbagai latar belakang budaya. Menurut
Slavin (1995 dalam Mohd Arif Hj. Ismail, 2001) kriteria utama dalam pembelajaran koperatif ialah
setiap ahli kumpulan saling bantu membantu dan bekerjasama bagi mencapai kejayaan sebagai satu
kumpulan. Kaedah ini sesuai diaplikasikan dalam kelas dan dapat menarik perhatian murid untuk
melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran. Dengan itu, kemahiran sosial dalam diri murid-murid
yang terdiri daripada pelbagai budaya dapat ditingkatkan. Satu teknik video yang dicadangkan oleh
Mohd Arif Hj. Ismail (2001) dalam jurnal yang bertajuk Penggunaan Teknik Video Bagi Pembelajaran
Koperatif: Teknik Tayangan Bersilang Dengan Komentar yang dikenali sebagai tayangan bersilang
dengan komentar dapat meningkatkan pembelajaran koperatif dalam satu kelas bahasa.
Kaedah kolaboratif bermaksud kerjasama erat di antara dua pihak atau lebih (Syed Ismail
Syed Mustapa,2013). Murid akan menggunakan usaha sendiri bersama-sama dengan rakan-rakan
sekelas untuk mencapai matlamat dalam pembelajaran. Kaedah ini melibatkan sekumpulan murid
yang berusaha ke arah pencapaian prestasi yang diingini. Oleh itu, keberkesanan pembelajaran
berjaya ditingkatkan.
Kelas bercantum merupakan kelas yang mengandungi murid-murid yang terdiri daripada satu
tahun persekolahan (Mok Soon Sang, 2002). Sejarah kelas bercantum ini bermula sejak penjajahan
British dan dikenali sebagai Multiple Class Teaching. Ciri-ciri kelas bercantum ialah hanya wujud
di peringkat sekolah rendah sahaja, bilangan murid kurang daripada 10 orang, guru mengajar lebih
daripada satu tahun persekolahan kerana peruntukan guru mengikut bilangan kelas, dan strategi
pengajaran dan pembelajaran berbeza daripada kelas biasa. Selain itu, bilangan murid di sesebuah
sekolah tidak melebihi 145 orang. Bilangan guru pula adalah tidak melebihi 5 orang.

You might also like