You are on page 1of 2

CATATAN REFLEKSI

1. Isu/ Perkara yang difokus


Projek Penghasilan sudut sains adalah projek kumpulan yang kami pilih. Kami
diminta untuk menghasilkan sudut tersebut pada papan yang digantungkan di
hadapan makmal Sains.

2. Analisis isu/ perkara yang difokus:

2.1 Kekuatan
Sepanjang melakukan projek peranan mentor dan GPK amat dititikbertakan kerana
mereka membantu saya untuk memberi idea dan meminjam peralatan sekiranya
diperlukan. Sudut sains ini dipanggil sudut penerokaan tempat di mana murid-
murid meneroka, membuat penemuan, menilai dan membuat keputusan tentang
bahan yang digunakan. Murid-murid dapat meningkatkan sifat inkuiri mereka
semasa melihat sudut ini. Tempat yang dipilih untuk membuat sudut ini amat
sesuai kerana makmal sering digunakan oleh murid. Jadi mereka dapat melalui
berhampiran sudut Sains serta menambahkan ilmu pengetahuan mereka. Saya
bangga kerana dapat menyediakan suasana yang ceria sehingga menarik minat
murid untuk menggunakan sudut sains ini dengan sepenuhnya oleh mereka.
Diharapkan ilmu ini dapat saya melalui projek ini saya akan gunakan pada masa
akan datang.

2.2 Kelemahan

Sebarang kelemahan yang saya dapati di dalam projek ini adalah dari kelemahan
saya sendiri. Semasa menjalankan tugas, kita seharusnya meneliti setiap perkara
dengan sedalam yang boleh supaya tiada sebarang perkara yang boleh
menunjukkan kelemahan. Hal ini kerana, selepas menghasilkan sudut bacaan,
saya tidak memberi aktiviti atau tugasan kepada murid. Jadi, saya tidak
mengetahui keberkesanan penghasilan sudut sains ini iaitu sejauh manakah
murid-murid meluangkan masa mereka untuk sudut sains.

3. Cadangan penambahbaikkan
Oleh itu, saya harus menyediakan beberapak tugasan kepada murid dan meminta
mereka untuk menyelesaikan. Saya boleh membina satu jadual untuk
menggalakkan murid-murid mengunjungi sudut sains ini pada masa yang
ditetapkan. Oleh itu, saya dapat menilai pengetahuan murid melalui tugasan yang
diselesaikan oleh mereka. Saya berharap projek penghasilan sudut sains ini dapat
memberi pengalaman kepada saya sebagai guru pelatih yang bakal ke sekolah
nanti serta bermanfaat kepada murid.

You might also like