You are on page 1of 4

IPG KAMPUS TEMENGGONG

IBRAHIM

SCE 3093
TENAGA DALAM KIMIA

NAMA PELAJAR

MYTHILI A/P MANIMARAN

KASTHURI A/P KRISHNAN

ANGKA GILIRAN

2014122340035

2014122340033

950826-07-5420

950328-07-5030

NO KAD
PENGENALAN
OPSYEN

4 PISMP SAINS (SJKC/ SJKT)

TAJUK TUGASAN

PPIK 1 MENYIASAT PERUBAHAN TENAGA

PPIK 1: Menyiasat Perubahan Tenaga

Pada akhir aktiviti ini, jawab soalan-soalan aktiviti ini?


1. Apakah yang telah anda pelajari daripada aktiviti ini?
Melalui aktiviti yang telah dijalankan, saya telah mengetahui bahawa tenaga merupakan
suatu kuantiti skalar yang menerangkan jumlah kerja yang dapat dilakukan oleh
sesebuah daya. Saya memahami yang jenis-jenis tenaga termasuklah tenaga kinetik,
keupayaan, haba, kimia, bunyi, cahaya, nuklear dan mekanikal. Tenaga boleh dicipta
atau dimusnahkan, tetapi boleh boleh diubah daripada satu bentuk ke bentuk yang lain.
Saya dapat pelajari bahawa murid dapat meningkatkan kemahiran dalam tenaga
semasa menjalankan aktiviti ini mereka telah menggunakan pelbagai variasi
rangsangan. Apabila kita melakukan sebarang aktiviti tenaga tidak akan hilang tetapi
bentuknya tidak dapat dimusnahkan maka akan berubah bentuk. Malahan, pertukaran
tenaga berlaku akan melibatkan kehilangan tenaga. Kehilangan tenaga itu akan menjadi
tenaga haba. Contohnya apabila mengandalikan aktiviti ini, iaitu semasa dua bateri
dimasukkan ke dalam kereta permainan dan dihidupkan berlaku perubahan tenaga.
Tenaga elektrik akan bertukar kepada tenaga kinetik tetapi sebelum tidak memasukkan
bateri kereta permainan itu berada dalam keadaan statik sahaja. Jadi, terdapat juga
tenaga bertukar kepada lebih daripada satu bentuk sebelum terhasil bentuk tenaga
paling akhir. Maka, perubahan tenaga ini dikenali sebagai Hukum Termodinamik.
2. Bahagian manakah dalam kurikulum sains sekolah rendah yang berkaitan dengan
topik berkenaan?
Bagi Kurikulum Sains Sekolah Rendah, bahagian yang sesuai untuk mengajar topik
seperti ini ialah mengikut sukatan Tahun 5 iaitu bahagian menyiasat alam fizikal. Dalam
bahagian ini terdapat bidang pembelajaran Tenaga yang mempunyai pelbagai hasil
pembelajaran. Jadi guru harus memilih topik yang sesuai sebelum mengajarnya.

3. Bincangkan bagaimana anda boleh menggunakan aktiviti-aktiviti ini dalam


pengajaran dan pembelajaran.
Aktiviti ini dapat dijalankan semasa guru mengajar tajuk Tenaga. Di dalam topik Tahun
5 yang berkaitan, murid menjalankan setiap situasi yang diberikan. Murid mengenal
pasti perubahan tenaga yang berlaku setelah melakukan aktiviti tersebut. Sebelum
aktiviti tersebut dijalankan oleh murid, guru perlu mendemonstrasikan dengan
menggunakan alat-alat yang berlainan di hadapan murid-murid. Kemudian menjalankan
aktiviti seperti di atas dan bertanyakan soalan apakah yang berlaku pada bahan-bahan
tersebut. Guru juga boleh mengeluarkan bateri daripada kereta dan bertanyakan pada
murid jika kereta tersebut boleh bergerak atau tidak.
Guru boleh memberi penerangan tentang konsep tajuk tenaga dan berbincang dengan
murid dan guru boleh menanyakan soalan kepada mereka untuk mengetahui
pengalaman dan pengetahuan mereka.
Dengan menjalankan aktiviti seperti ini, ia menarik minat pelajar untuk meneroka sifatsifat bahan. Walaupun aktiviti ini dijalankan bersama murid tahun 5, ia boleh dilakukan
dengan bimbingan guru. Dengan mendapat pengetahuan secara hands-on ini, ia boleh
memberi ingatan jangka panjang kepada murid dimasa akan datang.
4. Apakah peranan guru dalam aktiviti-aktiviti ini?
Tidak dapat dinafikan bahawa, peranan seorang guru amat memberangsangkan dalam
menjalankan sebarang aktiviti, amali atau eksperimen. Sebagai guru, perlu merancang
lebih

awal

dan

bersedia

sebelum

memulakan

aktiviti

tersebut.

Guru

harus

menyampaikan maklumat lebih jelas. Guru harus memberi arahan yang lebih tepat dan
memastikan bahawa semua murid faham atau tidak.
Sebelum menjalankan aktiviti, guru mesti menerangkan tentang konsep tenaga dan
perubahan tenaga supaya memberi satu pendedahan awal kepada murid supaya
mereka tidak akan keliru atau miskonsepsi semasa mengendalikan aktiviti tersebut.
Guru boleh mengaplikasikan konstruktivisme semasa menjalankan aktiviti ini. Jadi guru
harus membahagikan murid kepada kumpulan supaya mereka mereka dapat
berbincang dan bertukar pendapat. Dalam keadaan ini guru boleh menjadi sebagai
fasilitator yang akan membimbing anak murid apabila mereka memerlukan bantuan
guru. Oleh itu guru boleh mengedarkan peta pemikiran atau lembaran kerja supaya

murid berupaya untuk mengenalpasti dan memahami bentuk-bentuk tenaga melalui


aktiviti tersebut.
Selain itu guru harus menjadi pembimbing untuk memberi penerangan yang jelas
supaya murid dapat meningkatkan lagi pengetahuan tentang topik tenaga. Guru akan
membantu dalam menyelesaikan masalah atau miskonsepsi yang dihadapi oleh murid.

You might also like