You are on page 1of 11

1.

Bincangkan keunikan penggunaan Internet dalam pendidikan.


Secara asasnya Internet menawarkan dua kemudahan utama iaitu komunikasi dan
maklumat (Warren et al.1998) manakala bagi pendapat Starr dan Milheim (1996) Internet
memberikan dua penggunaan utama dalam pendidikan, iaitu untuk tujuan komunikasi
dan mencari jumlah pangkalan data yang luas.
Internet adalah merupakan alat yang sangat sinonim atau berkait rapat dengan
keperluan pelajar kini yang lebih menjurus kepada mencorak dan menjana minda selaras
dengan perkembangan dunia masa kini.
Peranan dan penggunaan internet telah dikenalpasti dapat membantu pengurusan
dalam sistem pendidikan negara khususnya dalam pelaksanaan proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam dan luar bilik darjah yang secara langsung melibatkan para
pendidik, pelajar dan ibubapa serta ahli masyarakat yang prihatin.
Keunikan Internet ialah ia menyediakan beberapa kemudahan iaitu e-mail (Mel
Eletronik), laman web (www), Internet Relay Chat (IRC), Telnet, kumpulan diskusi dan
berita,dan File Transfer Protocal (FTP).
Kajian oleh Christie (1996) terhadap penggunaan mel eletronik (e-mail) dan
penerokaan maklumat di kalangan para pelajar sekolah rendah mendapati bahawa, selain
daripada semangat belajar secara kumpulan (cooperative learning), para pelajar juga
semakin mesra dengan alat teknologi ini dan sentiasa berusaha untuk meneroka 'alam
yang baru ditemui' (virtual reality). Mereka sentiasa menemui maklumat baru dan bahanbahan yang amat menarik perhatian. Nolan dan Martin (1994) menyatakan bahawa
pembelajaran dalam suasana baru seperti menggunakan internet di sekolah telah
membawa banyak perubahan kepada pelajar. Pelajar didapati lebih mahir membuat kajian
dan lebih berfikiran secara kritikal.
Kemudahan Internet ini boleh dimanfaatkan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran dengan menggunakan pelbagai pendekatan pembelajaran. Semua aplikasi
tersebut boleh digunakan sama ada sebagai sumber maklumat atau pun sebagai bahan
bantu yang diintegrasikan terus dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Para guru
harus bijak memilih aplikasi yang sesuai digunakan. Oleh itu, perancangan aktiviti yang

kemas dan teratur amatlah penting, supaya pelajar dapat menggunakan internet secara
maksimum dan optimum.
2.

Apakah yang anda faham tentang teori konstruktivisme? Huraikan ciri-ciri utama
konstruktivisme.
Teori Konstruktivisme ditakrifkan sebagai pembelajaran yang bersifat generatif,
iaitu tindakan mencipta sesuatu maksud daripada apa yang mereka pelajari.
Konstruktivisime merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana
pengetahuan disusun dalam minda manusia.Konstruktivisme sebenarnya bukan
merupakan idea yang baru, apa yang dilalui dalam kehidupan kita selama ini merupakan
himpunan dan pembinaan pengalaman demi pengalaman . Ini menyebabkan seseorang itu
mempunyai pengetahuan dan menjadi lebih dinamik.
Menurut Ken Appleton dan Hilary Asoko (1996), guru-guru yang mengamalkan
pembelajaran secara konstruktivisme mempunyai bilik darjah yang mempunyai kriteriakriteria seperti berikut :

Guru tersebut mempunyai kesedaran bahawa murid-murid yang datang ke situasi


pembelajaran membawa bersama idea terdahulu yang mereka miliki dan mereka
mencuba untuk mengeluarkan idea tersebut.

Semasa mengajar guru-guru mempunyai matlamat konseptual yang jelas untuk


pelajar-pelajar dan mempunyai kefahaman bagaimana pelajar-pelajar mesti
bergerak ke arah mencapainya.

Guru-guru juga menggunakan strategi-strategi pengajaran yang mencabar


pengetahuan sedia ada murid-murid atau memperkembangkan idea awal mereka
dan menyediakan cara supaya idea baru senang diterima oleh mereka.

Menyediakan peluang kepada murid-murid untuk menggunakan dengan sebaikbaiknya idea baru yang mereka perolehi. Murid perlu bina sesuatu pengetahuan
itu mengikut pengalaman masing-masing. Pembelajaran adalah hasil daripada
usaha murid itu sendiri dan guru tidak boleh belajar untuk murid.

Guru-guru juga menyediakan suasana bilik darjah yang menggalakkan muridmurid mengeluarkan pendapat dan membincangkan idea mereka.

3.

Bagaimana teori konstruktivisme amat sesuai dengan PBW?


Sebagai contoh jika seseorang guru ingin pelajar-pelajarnya memperolehi
maklumat tentang haiwan iaitu harimau dalam pelajaran sains umpamanya, guru boleh
menggunakan kaedah kontruktivisme di mana pelajar diminta meneroka sendiri
maklumat tentang harimau sebelum membuat apa-apa andaian.
Melalui kaedah ini, pelajar akan menggunakan pengalaman sedia ada untuk
mempelajari pengetahuan dan kemahiran yang baru. Guru boleh membahagikan
pelajarnya mengikut kumpulan di mana setiap kumpulan mempunyai tugasan untuk
mendapat maklumat tentang haiwan tersebut melalui media yang berbeza mengikut
giliran masing-masing seperti mencari maklumat melalui ensiklopedia online, portal
pendidikan, melalui CD-ROM atau melayari internet.
Ini bermakna pelajar telah didedahkan dengan pelbagai cara untuk mengakses
maklumat untuk dijadikan bahan penyelidikan serta perbicangan dalam bilik darjah. Guru
atau pelajar boleh menggunakan bahan perisian komputer untuk membuat persembahan.
Elemen-elemen multimedia yang terdapat pada laman web tersebut akan membantu
pelajar memahami sesuatu konsep dengan mudah dan berkesan. Jadi di sini jelas teori
konstruktivisme merupakan teori yang paling sesuai untuk diaplikasikan dalam
pembelajaran berasaskan web (PBW).

4.

Bagaimana model PBW oleh Reeves (1997) memperkukuhkan PBW?


Salah satu daripada pendekatan pembelajaran menggunakan ICT ialah
pembelajaran berasaskan web (PBW). Persekitaran pembelajaran melalui web adalah
berasaskan pendekatan hipermedia, di mana pelbagai maklumat dalam bentuk teks, grafik
dan animasi, audio dan video boleh dirangkaikan dalam pelbagai bentuk (Muhamad
Kasim, 2002).

Mengikut Reeves (1987), penyelidikan terhadap PBW meliputi semua


pemerhatian dan kaedah kemerosotan (regression). Kajian pemerhatian ini perlu untuk
mengenalpasti pembolehubah yang ketara dalam pembelajaran melalui PBW.
Reeves (1987) mencadangkan bahawa masalah tiada perbezaaan penting dalam
penyelidikan terhadap inovasi keberkesanan dalam pendidikan. Beliau mencadangkan
tentang kepentingan model hubungan sebab dan akibat (causal model) yang
mempengaruhi dimensi kritikal terhadap PBW dan memperkenalkan model kajian baru
seperti kajian pemerhatian penerangan.
Penyelidikan memainkan peranan yang kritikal dalam pembangunan program
multimedia. Integrasi antara penemuan baru dan rekabentuk akan mengarah kepada
gabungan yang sempurna antara media dan pelajar. Ramai pendapat menjelaskan tentang
potensi teknologi PBW dan kemampuannya untuk menggantikan kaedah yang sedia ada.
Ianya dilihat sebagai mudah untuk menilai bahan pengajaran daripada menilai proses
pembelajaran itu sendiri. Reeves (1993) berpendapat bahawa banyak pembangunan PBW
lebih berpandu kepada tabiat, intuitif, prejudis dan proses pembelajaran yang bertaraf
rendah. Beliau mencadangkan elemen psikologi kognitif perlu diterapkan sebagai asas
rekabentuk PBW.
Bagi memastikan pelajar menguasai kemahiran dalam bidang teknnologi, satu
bahan pengajaran berasaskan web untuk menggalakkan pembelajaran aktif diperlukan.
Antara perkara yang perlu diambil kira adalah bagaimana pelajar dapat menguasai
pembelajaran tersebut. Bagi memastikan pelajar aktif berfikir dan menguasai
pembelajaran, faktor suasana pembelajaran perlu autentik dan menunjukkan situasi
sebenar. Ini disaran oleh Reeves & Reeves (1997) yang menyatakan konteks situasi
autentik yang memberi refleksi kepada pengetahuan yang boleh digunakan dalam dunia
sebenar adalah penting. Dengan adanya konteks situasi yang autentik, pelajar dapat
mengaitkan pengalaman pembelajaran dalam dunia sebenar. Pembelajaran berasaskan
situasi merupakan salah satu pendekatan yang memenuhi ciri-ciri pembelajaran tersebut
Apabila pelajar dapat menguasai pembelajaran yang menyerupai dunia sebenar, mereka
akan cuba menyerapkan apa yang dipelajari apabila mereka menghadapi perkara yang
sama dalam situasi sebenar dan terutamanya apabila mereka bekerja.

5.

Terangkan teori keanjalan kognitif oleh Spiro et.al (1989) dalam teori
konstruktivisme.
Teori Keanjalan Kognitif ialah proses memindahkan maklumat yang dipelajari
kepada situasi yang unik. Teori keanjalan kognitif telah dibangunkan untuk mengatasi
kesalahfahaman antara pelajar bagi mempromosikan pemerolehan pengetahuan yang
tinggi (Feltovich, Coulso and Spiro 1989). Pereka bentuk mendapati sukar untuk
menyampaikan tahap kompleksiti yang sesuai kepada novis yang kurang berstruktur
pengetahuan lampau. Konsep perlu diringkaskan supaya ia mudah difahami. Teori
keanjalan kognitif menangani peranan konteks kerana maklumat yang diperolehi oleh
dalam koteks dunia sebenar adalah mudah diekaklkan. Pembelajaran teori keanjalan
kognitif adalah merangkumi teori konstruktivisme kerana pembelajaran adalah bersifat
generatif, tahap tinggi dan lebih luas dan tepat. Teori keanjalan kognitif juga menekankan
pengajaran berasaskan kes yang pelbagai dan secara meluas. Teori ini mestilah dilihat
dalam konteks sebenar dan dalam keadaan sebenar.

6.

Huraikan aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan dalam mengaplikasikan Internet


dalam pendidikan
Seorang guru atau pensyarah boleh menerima dan memeriksa hasil tugasan
pelajarnya melalui kemudahan e-mail. Antara aktiviti yang boleh dilakukan oleh guru
dengan mengunakan e-mail ialah (Zulkifli, 1998):

Berkomunikasi secara dalaman dan luaran sesama guru, ibu-bapa, pelajar, dan
pihak jabatan serta kementerian.

Mendapatkan khidmat nasihat pakar dan bantuan teknikal.

Berkongsi dan bertukar pendapat berhubung dengan proses pengajaran dan


pembelajaran ; teknik pengajaran terbaik, idea kreatif dan inovatif, latihan dan
penilaian, bahan bantu mengajar dan sebagainya.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan oleh pelajar melalui e-mail ialah:

Berkongsi menjalankan sesuatu projek dengan pelajar di sekolah-sekolah lain.

Berbincang dengan rakan dari kalangan berbagai budaya dan latar belakang
negara mengenai berbagai isu semasa.

Mengalakkan perkembangan bahasa terutama bahasa Inggeris melalui


komunikasi dengan rakan pena di luar negara.

Memperolehi bahan dan teknik di dalam menyelesaikan sesuatu masalah


pelajaran secara "on-line".

Selain itu, guru boleh menggalakkan pelajarnya berbincang melalui penggunaan


web blog atau blogger. Penggunaan web blog membolehkan pelajar berbincang secara
maya dengan menghantar buah fikiran mereka dengan cepat, dan mudah.
Guru juga boleh menggalakkan pelajar menggunakan ensiklopedia secara online
untuk mendapatkan maklumat dengan mudah dan cepat. Selain itu penggunaan kumpulan
berita yang menggunakan sistem paparan buletin membolehkan guru dan pelajar
menghantar maklumat dan membaca mesej orang lain. Contohya pelajar boleh
meletakkan mesej dalam buletin untuk pendidikan seni dan meminta padangan daripada
gurunya.
Penggunaan portal pendidikan yang berbentuk interaktif menggalakkan
pembelajaran secara kolaboratif. Contohnya melalui penggunaan Portal Pendidikan
Utusan , pelajar boleh mendapatkan maklumat dan kemahiran baru dari pelajar atau guru
yang lain dari seluruh negeri. Melalui penggunaan portal, pelajar bebas menentukan
subjek yang ingin dipelajari dengan hanya menekan butang hiperteks. Elemen seperti
papan buletin, mesyuarat kumpulan, kumpulan perbincangan, kalendar, jadual dan
organisasi kerja ini boleh didapati dalam sesebuah portal. Portal mampu meningkatkan
inovasi dan produktiviti sesebuah organisasi termasuk organisasi pendidikan di mana ia
membantu komunikasi dan kolaborasi, penciptaan dan perkongsian pengetahuan,
mewujudkan social-capital di kalangan ahli komuniti serta capaian ke atas repositori
pengetahuan. Penggunaan portal dalam dunia pendidikan memberi implikasi positif dari
pelbagai aspek. Walau bagaimanapun, implikasi ini hanya boleh dicapai sekiranya ia
digunakan secara optimum dan efisien.
7.

Kenapa aktiviti e-mel sangat berguna sebagai satu alat pengajaran dan
pembelajaran?

Cisco System Inc. iaitu sebuah syarikat teknologi maklumat yang menceburi
bidang pendidikan menyebut bahawa melalui e-mel, para guru dan pelajar juga boleh
berkomunikasi dengan sekolah-sekolah di seluruh negara bahkan di serata dunia hanya
melalui makmal komputer atau bilik-bilik darjah. (Jamaludin Badusah et al. 2000).
Aplikasi ini membolehkan mereka bertukar-tukar mesej semasa, berkongsi idea dan
bahan-bahan pendidikan di antara satu sama lain memandangkan e-mel bukan sahaja
cepat malahan juga murah berbanding dengan mel biasa atau menggunakan faksimili.
Menurut Zoraini,1996 aktiviti e-mel banyak memberi faedah dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Antaranya ialah pelajar berpeluang menjalankan aktiviti
kumpulan, bertanyakan soalan, membincangkan masalah dan berkongsi pengalaman di
antara guru dan pelajar atau sesama pelajar dari seluruh pelosok dunia. Selain itu pelajar
dapat

meningkatkan

kemahiran

berfikir,

kemahiran

bahasa

atau

kemahiran

berkomunikasi dengan mudah dan cepat.


8.

Apakah yang dimaksudkan dengan pendidikan jarak jauh?


Pendidikan jarak jauh ialah proses pengasingan guru dengan pelajar dan di antara
pelajar dengan pelajar yang lain dari segi jarak dan masa daripada aktiviti pembelajaran
dan pengajaran yang utama. Dari segi sejarah, pendidikan jarak jauh telah melalui
beberapa peringkat evolusi atau generasi yang lalu. Generasi pertama ialah belajar
melalui koresponden. Media komunikasi terdiri daripada bahan-bahan bercetak yang
pada umumnya mengandungi panduan membaca, esei bertulis dan tugasan lain yang
dihantar secara pos. Kemunculan generasi kedua melalui pembukaan Open University
pada tahun 1970an menggunakan teknik penyampaian bahan kursus secara rakaman
media oleh radio, pita rakaman dan televisyen dengan interaksi melalui telefon, satelit,
dan kabel atau talian ISDN (Integrated Service Digital Network). Pada tahun 1990an,
kemunculan generasi baru pendidika jarak jauh berdasarkan kepada rangkaian sidang
komputer dan stesen kerja multimedia Moore dan Kearsley(1996)

9.

Bagaimana penggunaan Internet mempengaruhi pendidikan jarak jauh?


Penggunaan Internet dalam Pedidikan Jarak Jauh (PJJ) bukanlah satu perkara
baru. Menurut Dixon (1996), hampir 75 peratus daripada Institusi Pengajian Tinggi (IPT)
di Amerika Syarikat menawarkan sekurang-kurangnya satu program PJJ dalam talian.
Melalui penggunaan Internet dalam sistem PJJ, pelajar bebas menentukan masa,
tempat dan kaedah pembelajaran yang sesuai dengan gaya hidup dan kehendak mereka.
Ini berbeza dengan sistem pembelajaran tradisional yang memerlukan pelajar mengikuti
sesuatu jadual dan memerlukan masa yang agak lama untuk mendapatkan bahan
pembelajaran kerana menggunakan sistem pembelajaran secara pos. Sistem PJJ yang
dijalankan secara dalam talian juga menyediakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan
dengan menggabungkan pelbagai kaedah pembelajaran termasuk nota kursus, bahan
rujukan tambahan, sokongan pensyarah dan tutor, interaksi di antara pelajar serta
perbincangan secara umum, berkumpulan atau peribadi melalui komputer dan telesidang.
Di samping itu, pengimplementasian PJJ dalam talian ini juga meningkatkan
tahap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran melalui penggunaan teknologi
pendidikan yang bersesuaian. Kelebihan yang ditawarkan oleh PJJ dalam talian ini
dikatakan dapat menggalakkan penjanaan dan perkongsian ilmu di kalangan masyarakat
global.
Di antara kemudahan yang disediakan oleh PJJ dalam talian ialah bahan-bahan
pembelajaran yang boleh dicapai melalui paparan Internet pada bila-bila masa dan dari
mana-mana tempat yang mempunyai akses Internet. Bahan-bahan pembelajaran ini
merangkumi tugasan, latihan, risalah, panduan pembelajaran, glosari dan rujukan ke
laman Web yang berkaitan. Bantuan pembelajaran juga disediakan melalui telefon dan
faks. Pelajar juga berinteraksi dengan pensyarah, tutor dan pelajar lain secara dalam
talian. Justeru itu, segala maklumbalas mengenai tugasan, penerimaan dan penghantaran
tugasan, persidangan dan perbincangan dilakukan secara dalam talian di antara pensyarah
dan pelajar. Situasi ini memudahkan interaksi di antara guru dan pelajar dan
mempercepatkan proses pengajaran dan pembelajaran.

10.

Huraikan ciri-ciri yang terdapat dalam pendidikan jarak jauh yang menjadi
keistimewaan terhadap PBW.
Pendidikan jarak jauh menggunakan medium telesidang dan sidang video desktop
untuk berinteraksi sesama pelajar atau dengan tenaga pengajar. Situasi ini selaras dengan
ciri-ciri pendidikan jarak jauh yang berkomunikasi secara sinkroni dan asinkroni.
Komunikasi sebenar antara pengguna yang jauh secara dua hala melalui rangkaian audio
dan video dapat dilakukan secara live di hadapan skrin komputer. Ini bermakna proses
pembelajaran secara web berlaku melalui penggunaan telesidang dalam pross
pembelajaran. Kelebihan sistem ini dapat mengurangkan kos perjalanan dan menjimatkan
masa, menambahkan produktiviti dan meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran,
perhubungan pensyarah dan pelajar menjadi lebih akrab dan boleh menambahbaikan
kepuasan dalam pengajaran atau di tempat kerja.
Selain itu, pendidikan jarak jauh mempunyai ciri-ciri istimewa seperti pendidikan
bebas, interaksi dalam talian, kelas maya, belajar secara berkumpulan, penilaian dan
peperiksaan. Penggunaan sistem audio dan grafik melalui pengajaran dan pembelajaran
berasaskan web juga diaplikasikan dalam sistem pendidikan jarak jauh. Hasilnya,
keberkesanan pembelajaran ternyata terbukti terutama dalam pembelajaran kursus yang
agak sukar seperti matematik. Perkembangan ini telah membuka lebih banyak peluang
pendidikan dan seterusnya akan melahirkan masyarakat madani yang mahir dalam
teknologi maklumat.

11.

Apakah yang dimaksudkan dengan pembelajaran kolaboratif?


Pembelajaran secara kolaboratif merupakan satu pendekatan gaya pembelajaran
yang memfokus kepada interaksi kumpulan kecil yang bekerjasama dalam menyelesaikan
sesuatu masalah, menyiapkan sesuatu projek atau mencapai sesuatu tujuan yang sama
tetapi berbeza dari segi lokasi dan masa. Interaksi biasanya melibatkan aktiviti seperti
perbualan, perbincangan, perdebatan dan perkongsian maklumat antara satu sama lain.
Hal ini membolehkan pelajar menjadi aktif dalam membina pengetahuan bersandarkan

kelompok sosial yang disertainya serta menambahkan pemahaman individu terhadap


maksud sebenar masalah yang dihadapinya.
Strategi pembelajaran kolaboratif merupakan salah satu strategi yang boleh
digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran bestari. Walaupun ada persamaan dalam
beberapa aspek tetapi pembelajaran kolaboratif berbeza daripada pembelajaran koperatif.
Pembelajaran kolaboratif mempunyai ciri-ciri utama, antaranya, seperti berikut;

Perkongsian maklumat antara guru dan murid atau murid dan murid cth
maklumat hasil carian internet dikongsi bersama.

Perkongsian kuasa antara guru dan murid empowerment kepada murid


menentukan objektif sesuatu tugasan setelah dipersetujui oleh guru,
menggunakan kreativiti mereka menyiapkan tugasan seperti menggunakan
pengurusan grafik dll.

Guru sebagai mediators bantu murid mengaitkan maklumat baru yang


diperolehi dari usaha kolaboratif dengan pengalaman dan pemindahan kepada
situasi baru.

Kewujudan personaliti dan harga diri positif hasil perkongsian maklumat


sesama rakan sebaya dan guru.

12.

Bincangkan kebaikan dan keburukan PBW.


Antara kebaikan pengajaran dan pembelajaran berasaskan web ialah sumber
maklumat boleh diperolehi dengan mudah, pantas dan menyeluruh melalui penggunaan
Internet. Dalam beberapa kajian yang telah dijalankan (Funkhouser, 1993; Henderson and
Landersman, 1992; Chazan, 1988; Mc Coy, 1991; Al Ghamdi, 1987) didapati bahawa,
pelajar yang menggunakan komputer dalam matematik mempunyai sikap yang lebih
positif terhadap dirinya sebagai ahli matematik dan berkeupayaan menyelesaikan
masalah yang lebih kompleks. Kumpulan yang belajar berbantukan komputer mempunyai
kemampuan mengekalkan maklumat dalam jangka masa yang lebih lama dan dapat
menggunakannya dalam bidang-bidang lain.
Walaubagaimanapun,

terdapat

keburukan

pengajaran

dan

pembelajaran

berasaskan web. Antara keburukannya ialah sistem ini memerlukan kos yang agak tinggi

untuk melaksanakannya. Selain itu penyebaran maklumat yang berunsur negatif boleh
berlaku kepada sesiapa sahaja melalui emel atau laman web. Penggunaan Internet juga
memerlukan masa untuk memindahkan dan memaparkan teks dan fail yang besar apabila
dihubungkan kepada komputer lain untuk pembangunan projek.

You might also like