You are on page 1of 4

3.

0 PENUTUP
Kesimpulannya, para pendidik hendaklah mempelajari kepelbagaian
budaya dalam masyarakat di negara kita. Guru telah disarankan bagaimana untuk membentuk
interaksi sosial yang baik dalam kalangan murid. Disamping itu guru berperanan memperkembangkan
bakat murid tanpa sikap prejudis terhadap mana-mana kaum. Ini membolehkan murid dapat dibentuk
akan mencintai ilmu melalui budaya belajar kea rah pencapaian prestasi budaya cemerlang.
Guru juga diingatkan bahawa kejayaan bukan sekadar dilihat kepada pencapaian akademik sematamata, sebaliknya guru harus mengambil kira aspek kurikulum yang tersirat. Nilai-nilai murni harus
diterapkan kepada murid-murid supaya mereka mereka dapat berkembang secara seimbang dari segi
intelek dan rohani.
Oleh itu, profesion keguruan tidak boleh dianggap sebagai satu kerjaya yang boleh diceburi
oleh sesiapa sahaja. Hanya mereka yang mempunyai kualiti,
ketrampilan, kewibawaan, kelayakan, minat, iltizam dan berjiwa pendidikan layak dan patut menjadi
guru .
Pedagogi Relevan Budaya dan Kepelbagaian
Pedagogi yang relevan menggunakan pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran supaya
pembelajaran menjadi lebih bermakna kepada murid. Penekanan diberikan kepada pengintegrasian
pengetahuan, kemahiran asas serta nilai murni bagi perkembangan menyeluruh dari kepelbagaian
kebolehan dan budaya murid.
Konsep kebudayaan dalam sosiologi, dikatakan cara hidup yang dipelajari, diubahsuaikan dan
diturunkan dari generasi ke generasi.Dari sudut perspektif ahli fungsionalisme, sekolah dilihat
berfungsi sebagai proses sosialisasi mendidik kanak-kanak mengikut kehendak masyarakat mereka
dan guru bertanggungjawab memenuhi keperluan murid tanpa prejudis.
Konsep modal budaya merujuk kepada inidividu yang mewarisi dan memperolehi keupayaan bahasa
dan budaya dari keluarga dan masyarakatnya.
Pierre Bourdieu (1930) dalam kajiannya menyatakan pencapaian persekolahan seseorang individu
adalah berkaitan rapat dengan latar belakang kebudayaan ibu bapanya dan tahap pendidikan ibu
bapa mempengaruhi pencapaian persekolahan anak-anak mereka daripada kedudukan kerjaya
mereka dalam masyarakat.

Pembelajaran secara direktif bermaksud, murid-murid belajar melalui penerangan tentang konsep /
kemahiran oleh guru dan diikuti oleh ujian kefahaman dan latihan yang dibuat dengan bimbingan
guru.Contoh strategi-strategi pengajaran yang boleh digunakan oleh guru ialah kuliah dan latih-tubi.
Bagi elemen pembelajaran secara mediatif pula, murid-murid diajar oleh guru untuk mengaplikasikan
pengetahuan untuk menyelesaikan masalah, membuat keputusan, mengenalpasti andaian dan menilai
kebenaran andaian, keputusan dan hipotesis. Contoh-contoh aktiviti pengajaran yang boleh digunakan
oleh guru dalam pendekatan mediatif ialah seperti penakulan dialektual, pemerolehan konsep,
pembentukan konsep, latihan inkuiri dan perbincangan terbuka.
Dalam strategi generatif, guru akan menggalakkan murid menjanakan idea-idea kritis dan kreatif.
Strategi ini membantu murid-murid menyelesaikan masalah secara kritis dan kreatif dengan
menggunakan idea-idea yang asli dan unik. Contoh-contoh aktiviti sumbangsaran yang boleh
digunakan oleh guru ialah seperti pemetaan minda, pemikiran lateral dan kreatif. Dalam pendekatan
pemerhatian, murid-murid diajar mengikuti perbuatan guru atau memodelkan perlakuan sesuatu
kemahiran. Contoh aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunakan oleh guru dalam
kaedah pemerhatian ialah tunjuk cara. Untuk strategi yang seterusnya, guru boleh menggunakan
kaedah kontekstual yang mengaitkan bahan pengajaran dan pembelajaran kepada situasi dunia yang
sebenarnya. Kaedah ini memotivasikan murid-murid untuk membuat kaitan antara ilmu pengetahuan
dengan pengaplikasiannya kepada kehidupan mereka sebagai ahli keluarga dan rakyat.

Pembelajaran kontekstual penting kerana ia mengaitkan pembelajaran kepada realiti kehidupan. Jenis
pembelajaran lain yang boleh dikaitkan kepada pembelajaran kontekstual ialah pembelajaran
eksperential, pengalaman hidup sebenar, pembelajaran aktiviti dan pembelajaran berpusatkan murid.
Pembelajaran ini mementingkan penyelesaian masalah. Ia memberikan pengakuan bahawa situasi
pengajaran dan pembelajaran boleh berlaku juga di dalam rumah dan masyarakat. Ia mengajar murid
untuk memantau dan mengarah pembelajaran sendiri supaya mereka lebih berdikari.
Prinsip-prinsip penting dalam pembelajaran kontekstual ialah seperti guru menggalakkan murid untuk
belajar daripada satu sama lain, guru menggunakan penilaian sebenar, pembelajaran kontekstual
bergantung kepada ingatan spatial guru dapat menyepadukan mata pelajaran-mata pelajaran yang
berlainan dan penilaian autentik melalui pengalaman praktikal.
Dalam strategi metakognitif, murid-murid memikirkan tentang proses pembelajaran, rancangan
pembelajaran, pemantauan dan penilaian kendiri. Contoh-contoh soalan yang boleh diberikan oleh
guru kepada murid-muridnya dalam strategi metakognitif ialah Apakah yang saya telah belajar?
Bagaimana saya boleh mempertingkatkan prestasi saya? Apakah bantuan yang saya perlu? Muridmurid dapat mempraktikkan strategi metakognitif semasa mereka menjalani latihan praktikum atau
membuat journal refleksi. Pemikiran metakognitif ialah pemikiran aras tinggi yang boleh dipraktikkan
oleh murid-murid
Kaedah konteks luar ialah aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru di luar
bilik darjah atau di makmal sains. Dalam kaedah ini, peranan guru sebagai seorang fasilitator di mana
dia akan cuba menyelesaikan semua masalah yang dihadapi oleh murid. Guru akan memberikan satu
aktiviti penyelesaian masalah dan murid mesti berada di luar bilik darjah untuk menyelesaikan
masalah ini. Selepas menyelesaikan aktiviti yang diberikan oleh guru, murid akan menyediakan
laporan secara individu atau mengikut kumpulan.
Dalam kaedah kajian masa depan, guru membolehkan murid-murid mengambil bahagian dalam
penciptaan masa depan. Dalam konteks persekolahan, kajian masa depan adalah amat penting untuk
golongan remaja dan murid. Kaedah ini dapat membantu murid untuk melihat manusia berfikiran jauh
dan untuk menyelesaikan masalah-masalah yang mungkin dihadapi pada masa akan datang. Dua
prinsip dalam kajian masa depan ialah masa depan sahajalah merupakan ruang di mana kita
mempunyai kuasa atau pilihan untuk bertindak atau melakukan sesuatu, terdapat bukan hanya satu
masa depan tetapi beberapa dan pelbagai masa depan. Oleh itu, pemilihan soalan kajian masa depan
perlu dilakukan dengan beretika dan bertanggungjawab oleh guru. Contoh-contoh soalan yang boleh
dikemukakan oleh guru dalam kaedah ini ialah seperti bagaimana keadaan lalu lintas pada satu hari

nanti di Malaysia? Apakah kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku pada masa depan? Apakah
kesan-kesan daripada penebangan hutan? Guru boleh menanya soalan sama ada murid pernah
melihat hutan? Apakah yang akan berlaku pada haiwan-haiwan bila hutan ditebang dan apakah
akibat-akibatnya apabila tiada lagitumbuh an hijau di dunia?
Pendekatan koperatif berasaskan konsep di mana murid-murid belajar secara kumpulan dan
berbincang secara koperatif. Dalam kaedah ini, murid-murid dapat berinteraksi dan saling membantu
dalam aktiviti pembelajaran. Langkah-langkah dalam pembelajaran koperatif ialah seperti guru
sampaikan pelajaran baru, murid-murid membentuk kumpulan untuk membincangkan secara
koperatif, ujian dijalankan untuk mengesan kemajuan dan pencapaian murid dalam setiap kumpulan.
Peneguhan sosial diberikan kepada kumpulan yang berprestasi cemerlang. Murid membentuk
kumpulan untuk membincangkan secara koperatif. Ciri-ciri pembelajaran koperatif adalah seperti,
murid-murid melibatkan diri secara aktif, murid dilatih dengan akauntabiliti diri dan bertanggungjawab
sesama ahli kumpulan, kemahiran dan interaksi sosial dapat dipupuk dan murid-murid sedar tentang
kebaikan pembelajaran ini. Prosedur pengajaran dan pembelajaran dalam kaedah koperatif ialah
seperti guru mengajar satu unit kaedah pembelajaran, murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan
untuk menjalankan aktiviti-aktiviti untuk mencapai objektif pembelajaran, guru membimbing dengan
kaedah-kaedah dan teknik-teknik yang sesuai, murid mengikuti bimbingan guru, murid-murid berusaha
bersama-sama dalam kumpulan mencapai objektif pembelajaran yang ditetapkan.
Mengikut Kamus Dewan (1998), kolaboratif bermaksud kerjasama erat di antara dua pihak atau lebih.
Pendekatan kolaboratif melibatkan sekumpulan murid yang berusaha bersama ke arah mencapai
prestasi yang cemerlang sama ada bidang akademik & ko-kurikulum. Melalui pembelajaran ini,
keberkesanan pembelajaran dapat ditingkatkan nilai sosial & kerjasama dapat dipupuk dengan baik
serta masalah disiplin dapat dikurangkan ke tahap yang minima. Pembelajaran koperatif & kolaboratif
mempunyai ciri-ciri yang hampir sama di mana kedua-dua kaedah ini menekankan semangat
kerjasama antara ahli kumpulan.

You might also like