You are on page 1of 7

LAPORAN AKTIVITI

PROGRAM BINA INSAN GURU (FASA II)


TAHUN 2014

AMBILAN

: JANUARI 2014

SEMESTER

: 1 PISMP

OPSYEN

: BAHASA TAMIL, BAHASA MELAYU, PENDIDIKAN KHAS,


BIMBINGAN DAN KAUNSELING & TESL

BILANGAN PELAJAR : 96 ORANG


TARIKH

: 16/7/2014

FASA

:2

TEMPAT

: DEWAN DATO KHAIRUDDIN ASHARI (DDKA)

LAPORAN REFLEKTIF :
TAJUK : CERAMAH / BENGKEL
(A) LAPORAN AKTIVITI / PERISTIWA

Pengacara Majlis Program


Bengkel Pembinaan Insan
Guru Yang Seimbang

Pada 16 Julai 2014,


sebanyak

96

orang

guru

pelatih yang terdiri daripada opsyen Bahasa Tamil, Bahasa Melayu, Pendidikan
Khas, Bimbingan dan Kaunseling dan TESL telah mengikuti program ceramah
Bina Insan Guru (BIG) yang bertemakan Pembinaan Guru Insan yang Seimbang.
Kami telah berkumpul di Dewan Dato Khairuddin Ashari (DDKA) pada pukul 2.00
petang untuk pendaftaran. Setelah semua guru pelatih berkumpul, program telah
bermula tepat pada pukul 2.30 petang.
Kami telah menjemput Puan Suria Bt Abd Jamil, Ketua Unit Kaunseling
Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim sebagai penceramah
bengkel. Beliau telah menyampaikan pelbagai maklumat atau ilmu pengetahuan
yang berguna kepada kami. Sebelum memulakan slot pada hari berkenaan,
beliau telah mengadakan senaman minda supaya guru pelatih bersedia dan aktif
untuk mengikuti bengkel tersebut. Seterusnya, Puan Suria telah membincangkan
tentang kecerdasan emosi, kawalan emosi dan juga inventori personaliti warna.
Kami berharap maklumat-maklumat yang diperolehi terutamanya mengenai
kawalan emosi akan membantu kami di sekolah kelak.

Puan Suria Bt Abd Jamil, Ketua Unit


Kaunseling Institut Pendidikan Guru
Kampus Temenggong Ibrahim Pensyarah dan juga semua guru
sebagai penceramah bengkel. pelatih membuat senaman minda
sebelum Puan Suria memulakan slot.

Borang Inventori Personaliti Warna


yang telah digunakan untuk
mengenali ciri-ciri personaliti diri guru
pelatih.
Selain itu, Puan Suria telah memberitahu
bahawa profesion keguruan ini
merupakan kerjaya yang dihormati, mulia dan seorang guru harus memiliki
akauntibiliti yang tinggi dalam tanggungjawabnya. Beliau memberi penekanan
kepada sifat-sifat seperti emosi stabil, sabar, jujur dan juga suka senyum yang
dapat membentuk seorang guru yang berkarisma dan juga mewujudkan alam
belajar yang kondusif. Kerjaya guru merupakan kerjaya yang penting dan
mencabar. Oleh itu, beliau telah memberitahu supaya sentiasa bersyukur kepada
Tuhan dengan apa yang kita memperolehi.
Akhir

sekali,

Pengerusi

Program

Bengkel

ini

telah

memberikan

cenderamata kepada Puan Suria Bt And Jamil sebagai penghargaan. Pengerusi


juga telah memberikan cenderamata kepada setiap Ketua Opsyen. Program
tersebut telah diakhiri dengan makanan petang yang enak sekali.

Pengerusi Program Bengkel


memberikan cenderamata kepada
Puan Suria Bt And Jamil

ISU/ MASALAH
Puan Suria telah membincangkan tentang isu-isu penjawat awam dan
juga antara masalah yang ada pada seseorang guru. Mengikut kajian, antara
masalah yang ada pada seseorang guru adalah seperti berikut:
Krisis kendiri

Prestasi rendah

Sakit mental

Dadah

Sakit kronik

Keberhutangan

Perkhidmatan

(B) Analisis SWOT

I.

KEKUATAN
1. Memahami untuk mengawal dan menguruskan emosi dengan baik
dalam setiap situasi yang kita hadapi.
2. Mengetahui untuk membina suasana alam belajar yang kondusif
dengan menggunakan pelbagai cara yang kreatif.
3. Mengetahui dan memahami tentang ciri-ciri personliti diri sendiri
mengikut warna dan juga dengan melukis seekor gajah.
4. Mengetahui tentang kepentingan mengamalkan sifat-sifat yang disukai
oleh murid dalam pengajaran dan pembelajaran.
5. Meningkatkan

kreativiti

diri

sebagai

seorang

guru

mencerdaskan minda murid.

II.

KELEMAHAN
1. Suasana dewan agak sejuk.
2. Letih kerana bengkel diadakan pada sebelah petang.
3. Masalah teknikal iaitu tidak dapat menonton beberapa video.

III.

PELUANG
1. Berpeluang untuk mengenali personaliti diri sendiri.

IV.

ANCAMAN

supaya

-Tiada-

1) REFLEKSI KENDIRI
i.

MANFAAT PROGRAM
1. Berpeluang untuk menilai kesesuaian ciri personaliti kendiri dan dapat
membina pemikiran positif terhadap kerjaya keguruan.
2. Berpeluang

untuk

mengenali

kaedah-kaedah

dan

kepentingan

mengawal dan mengurus emosi.


3.

Meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi dan juga kreativiti dalam


membuat sebarang keputusan dan juga dalam pengajaran dan
pembelajaran.

4. Menjadi seorang guru yang berfikiran terbuka dan bersedia dalam


menghadapi cabaran dalam bidang pendidikan.

ii.

PENAMBAHBAIKAN
1. Tempoh masa bengkel perlu dipanjangkan supaya lebih banyak
ilmu pengetahuan disampaikan kepada guru pelatih.
2. Latihan dalam kumpulan boleh dijalankan untuk menyeronokkan
peserta dan juga untuk mewujudkan semangat kerjasama antara
satu sama lain.

Tandatangan Pelapor :

_________________________
(CHRMINI A/P RAVEENDHRAN)
Setiausaha,
2 PISMP Bahasa Tamil Pendidikan Rendah (SK)

You might also like