You are on page 1of 8

PENDEKATAN DALAM PENDIDIKAN MORAL

DEFINISI PENDEKATAN
Pendekatan merupakan satu penyusunan prosedur yang membezakan
pengajaran seseorang guru dengan seorang yang lain. Mengikut Kamus Dewan
(1998), pendekatan merupakan cara atau langkah-langkah yang diambil bagi
memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas. Di dalam konteks pendidikan, konsep
pendekatan bermakna cara mendekati sesuatu, misalnya objektif pelajaran yang
ditentukan untuk pengajaran dan pembelajaran. Dengan kata lain, pendekatan
kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajar untuk mencapai objektifnya.
Terdapatnya

beberapa

pendekatan

pendidikan

moral

yang

telah

diperkenalkan melalui pelbagai program pendidikan moral atau nilai sejak 1960an.
Pendekatan-pendekatan ini telah digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran
pendidikan moral sama ada di negara barat atau timur, termasuklah negara kita.
Namun begitu, seperti yang mungkin disedari bahawa kesemua pendekatan ini
boleh dikatakan sesuai jika diubahsuaikan mengikut konteks budaya negara kita.
Oleh itu, telah menjadi satu kebiasaan di mana seseorang guru mengabung
beberapa pendekatan dan menggunakan pendekatan pendidikan moral secara
ekeltik.
Antara pendekatan yang telah diusahakan melalui pelbagai program
pendidikan moral yang mungkin boleh digunakan dalam konteks Pendidikan Moral di
negara kita ialah:
1. Pemupukan Nilai
2. Perkembangan Moral Kognitif
3. Analisis Nilai
4. Penjelasan Nilai
5. Pendekatan Penyayang (Caring)
6. Pendekatan Pembelajaran Kooperatif
Pendekatan

tersebut

memberi

beberapa

alternatif

dalam

pengajaran

dan

pembelajaran pendidikan moral yang seharusnya merangkumi ketiga-tiga dimensi :


Penaakulan / pemikiran moral,
Perasaan / emosi moral, dan
Perlakuan / tindakan moral.
1.

Pendekatan Pemupukan Nilai

Fokus utama dalam pemupukan nilai ialah menanamkan set nilai budaya
masyarakat ke dalam diri individu supaya menjamin kesinambungan budaya
masyarakat tersebut. Set nilai inti dianggap sebagai standard tingkah laku
mural yang patut diamalkan dalam kehidupan harian, sama ada secara
peribadi atau dalam hubungannya dengan orang lain.
2.

Pendekatan Perkembangan Moral Kognitif


Pendekatan

perkembangan

moral

kognitif

berdasarkan

kepada

teori

perkembangan moral kognitif yang telah dikaji oleh Piaget (1932) dan
Kohlberg (1975). Pendekatan ini bertujuan untuk membimbing seseorang
mengembang pertimbangan moral secara peringkat iaitu bermula daripada
peringkat mematuhi peraturan moral kerana takut hukuman oleh pihak yang
berautoriti sehingga peringkat berautonomi di mana keputusan moral ialah
berasaskan kepada prinsip moral yang sejagat.
3.

Pendekatan Analisis Nilai


Fokus utama pendekatan analisis nilai ialah memberi kemahiran pemikiran
yang logik dan sistematik dalam penyelesaian sesuatu isu nilai seperti isu
berkaitan dengan polisi awam (seperti keselamatan negara, dadah), hak
individu dan alam sekitar. Pendekatan ini memerlukan seseorang mengumpul
dan

menimbangkan

fakta

yang

releven

sebelum

membuat sesuatu

keputusan.
4.

Pendekatan Penjelasan Nilai


Pendekatan penjelasan nilai membimbing pelajar menyedari dan kenal pasti
tentang perasaan dan nilai peribadi dan orang lain sertai berkomunikasi
secara terbuka nilainya kepada orang lain. Pendekatan ini melibatkan
penggunaan pemikiran rasional dan kesedaran emosi diri dan orang lain
dalam pembentukan sesuatu set nilai peribadinya.

5.

Pendekatan Penyayang (Caring)


Pendekatan penyayang atau caring dalam pendidikan moral berasaskan
kepada kritikan pendekatan yang memberi tumpuan kepada konsep saling
pergantungan dan prihatin dalam sesuatu perhubungan dan pertalian dengan

orang lain. Pendekatan penyayang ini bertujuan untuk mengekal dan


mengekuhkan amalan penyayang di dalam diri sendiri dan sesiapa sahaja. Ini
bermaksud bahawa perkembangan penyayang seorang individu adalah
sesuatu dalaman.
6.

Pendekatan Pembelajaran Secara koperatif


Pendekatan pembelajaran secara koperatif akan mewujudkan suasana
pembelajaran yang saling pengantungan positif di mana pelajar akan bekerja
dan belajar bersama-sama untuk mencapai sesuatu matlamat yang tertentu.

DEFINISI STRATEGI
Strategi merupakan rancangan yang teratur untuk mencapai maklamat atau
kejayaan. Strategi merupakan satu perancangan yang melibatkan satu operasi dan
aktiviti pengurusan kaedah yang digunakan untuk mencapai matlamat tertentu.
Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, strategi merujuk kepada satu set aksi
pengajaran yang bertujuan untuk mencapai objektif yang diharapkan. Strategi
merujuk kepada cara-cara bagaimana guru mengendalikan sesuatu aktiviti
pembelajaran dengan sistematik dan bukan dengan caracuba jaya. Strategi
merupakan tindakan-tindakan spesifik yang dilakukan dengan sengaja oleh guru
untuk mencapai matlamat-matlamat khusus dalam proses pembelajaran.
Guru memerlukan kemahiran untuk merancang dan menguruskan kaedah
dan teknik pengajaran supaya dapat disampaikan kepada murid-murid untuk
memperoleh hasil pembelajaran maksimum. Aspek yang perlu diambil kira oleh guru
semasa menentukan strategi pengajaran yang sesuai ialah objetif pengajaran,
proses pengajaran, isi kandungan, persediaan dan kebolehan mengajar, gaya
pengajaran dan persekitaran di dalam bilik darjah.
Dalam bidang pendidikan, konsep strategi merujuk kepada kebijaksanaan
memilih pendekatan serta kecekapan merancang kaedah dan teknik dalam
pengajaran dan pembelajaran berdasarkan objektif pelajaran yang telah ditentukan.
Dengan perkataan lain, strategi pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada
teknik perancangan kaedah serta teknik mengajar berdasarkan sesuatu pendekatan
untuk tujuan mencapai objektif pelajaran dengan berkesan.

Dalam sesuatu waktu pelajaran, strategi pengajaran dan pembelajaran


merangkumi

pertimbangan-pertimbangan

seperti

penentuan

pendekatan

berdasarkan objektif pelajaran, pemilihan kaedah dan teknik mengajar berdasarkan


pendekatan yang ditentukan penyusunan kaedah dan teknik mengajar secara
sistematik

dengan

mengikut

prinsip

dan

teori

pembelajaran.

Selain

itu,

pertimbangan-pertimbangan lain seperti pengagihan masa untuk setiap langkah


mengajar dirancang secara optimum, penggunaan bahan pelajaran mengikut
keperluan untuk setiap kaedah dan teknik mengajar dan pengurusan kelas mengikut
pendekatan dan strategi yang sesuai dipilih.
Strategi pengajaran dan pembelajaran menegaskan kepandaian memilih,
menyusan dan mengurus sesuatu rancangan dengan tujuan menghasilkan
pencapaian

yang

optimum.

Strategi

pengajaran

dan

pembelajaran

boleh

diperhatikan daripada beberapa contoh seperti strategi penggabungjalin kemahiran


bahasa, misalnya pertuturan, membaca dan menulis. Selain itu, strategi pengajaran
dan pembelajaran juga boleh dilihat seperti strategi penyerapan nilai-nilai murni
dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran, strategi integrasi fakta-fakta dalam
berbagai-bagai mata pelajaran, strategi penggabungjalinan kaedah keseluruhan
kelas dengan kaedah kumpulan dan strategi penggabungjalinan kemahirankemahiran pelajaran dalam kelas bercantum.
Ringkas kata, pemilihan strategi haruslah berdasarkan pertimbangan teori
pembelajaran,

pendekatan,

kaedah

dan

teknik

mengajar.

Penentuan

dan

pelaksanaan strategi yang sesuai akan menghasilkan pencapaian objektif yang


berkesan.

DEFINISI KAEDAH
Kaedah merupakan satu siri tindakan guru yang sistematik yang bertujuan
untuk mencapai objektif pengajaran yang telah ditetapkan. Ia adalah lebih bercorak
jangka pendek dan merupakan usaha keseluruhan yang

terdiri

daripada

prosedur tersusun serta berdasarkan sesuatu pendekatan yang dipilih.Kaedah juga


digunakan bagi mendokong pendekatan dipilih.

Kaedah merupakan langkah-langkah atau peringkat-peringkat pengajaran


yang tersusun rapi dan kesinambungan yang harus dituruti dengan saksama bagi
mencapai sesuatu objektif pengajaran (Mangantar Simanjuntak, 1982:72).
Lantaran itu, kaedah-kaedah pengajaran ini terbahagi kepada beberapa jenis.
Ianya merangkumi:
Kaedah terus
Kaedah semulajadi
Kaedah askar atau tentera
Kaedah ajuk-hafaz
Kaedah linguistik
Kaedah oral-aural
Kaedah terjemahan
Kaedah psikologi
Kaedah kod-kognitif

DEFINISI TEKNIK
Menurut Kamus Dewan (edisi ketiga), teknik adalah kaedah mencipta sesuatu
hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya.
Menurut Edward M. Anthony mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau
strategi atau taktik yang digunakan oleh guru yang mencapai hasl segera yang
maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu.
Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya
Pengajian Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai
pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di
mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif.
Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi
menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-pelajarnya.
Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama
dengan pendekatan yang dianuti.
Jika seseorang guru tidak dapat menguasai teknik-teknik yang terdapat dalam
sesuatu kaedah, kemungkinan matlamat kaedah itu tidak akan berhasil. Terdapat
pelbagai teknik yang boleh diamalkan oleh seoarang guru dalam sesi P&P.
antaranya ialah:

Teknik main peranan


Teknik permainan bahasa
Teknik latih tubi
Teknik bercerita
Teknik inkuiri
Teknik perbahasan
Teknik kuiz
Teknik sumbangsaran
Teknik soal jawab
Teknik simulasi
Teknik drama
Teknik perbincangan
Teknik Simulasi

Simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai

keadaan sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan


peranan masing-masing bagi membuat keputusan menyelesaikan masalah, isu atau
tugasan semula.

Melalui teknik ini murid-murid dapat menggunakan kemahiran belajar seperti

mengumpulkan maklumat, menjalankan temuramah dengan individu tertentu dan


mencatat isi-isi penting.

Dalam proses ini murid digalakkan untuk memberi pendapat, cadangan,

membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang


dipertanggungjawabkan.

Memberi peluang kepada murid mengalami sendiri situasi dan masalah.

Melalui

teknik

ini

pelbagai

kemahiran

dapat

digabungjalinkan

dan

dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran lisan membaca dan menulis.

Dapat mewujudkan pelbagai aktiviti menarik yang menjadi sumber motivasi

kepada murid untuk meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran.


Teknik Sumbangsaran

Teknik ini dikenali juga sebagai percambahan fikiran (brainstorming) yang

merupakan satu sesi perbincangan yang membolehkan setiap ahli kumpulan


menyumbangkan pendapat dan idea.

Boleh diaplikasikan sebagai aktiviti permainan bahasa pada peringkat sekolah

rendah dan berkembang menjadi aktiviti perbincangan yang lebh serius dan
kompleks pada peringkat sekolah menengah, universiti dan latihan profesional.

Menekankan pengeluaran idea daripada pembelajaran yang kretif dan bukan

pembelajaran secara analitis.


Teknik Bercerita

Merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina

kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat
dan perhatian pelajar.

Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat

disampaikan.

Dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca

dan menulis di kalangan pelajar.

Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat

permulaan, kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi kepada teknik
persembahan, suara, gerak laku dan kawalan mata.

Suara memainkan peranan yang penting di mana ia harus di kawal supaya

jangan mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan.

Dalam pendidikan moral juga boleh menggunakan teknik bercerita. Guru

boleh menceritakan nilai-nilai moral yang terdapat dalam cerita itu seperti cerita
pengembala kambing yang berdusta. Akibat daripada perbuatan dustanya, semua
orang tidak mempercayai bahawa harimau telah menyerang kambing-kambingnya.
Kaedah lakonan

Terdapat beberapa cara lakonan dapat dijalankan dalam P&P. Terdapat 2

cara iaitu lakonan tanpa skrip dan berskrip.

Lakonan tanpa skrip memerlukan penglibatan murid secara sukarela untuk

membawa sesuatu watak. Murid harus memahami jalan cerita, watak dan nilai-nilai
yang ada dalam cerita itu. Kemudian kaitkan nilai-nilai yang ada dalam kehidupan
seharian.

Manakala lakonan berskrip pula, memerlukan murid membaca dan

memahami skrip serta watak dan ajalan cerita. Murid boleh dipilih berdasarkaan
watak. Perbincangan tentang nilai-nilai moral dalam lakonan tadi harus diadakan
dan ringkasan perlu dihasilkan.

Dalam pendidikan moral pula aktiviti yang dapat dijalankan adalah:


-

Melakonkan suatu situasi menggunakan bahasa yang sopan dan


bertatasusila dalam interaksi.

Melakonkan cerita Si Tenggang untuk memberi keinsafan kepada anak


derhaka.

You might also like