You are on page 1of 2

Pendidikan

Baru

Lahirkan

Modal

Insan

Bertaraf

Dunia

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin,
dalam wawancara khas mengenai Pelan Pembangunan Pendidikan (PPP) 2013-2025,
memberikan

sepatah

pembaharuan

jawapan

yang

untuk

bakal

menyimpulkan

matlamat

diperkenalkan

itu

utama

semua
kualiti.

Tanpa menafikan sumbangan besar beberapa pembaharuan ke atas dasar pendidikan


sebelum ini dalam memacu pembangunan negara sejak merdeka, perubahan pesat
dalam pelbagai bidang di dalam dan luar negara bukan saja memerlukan pelan lebih
menyeluruh dan tahan diuji, tetapi bersandarkan kajian, pandangan dan hasrat semua
pihak berkepentingan, dari ibu bapa, murid sehinggalah kerajaan dan industri.
Sejak merdeka, bidang pendidikan menyaksikan beberapa transformasi bagi menangani
masalah dan memenuhi matlamat negara. Penyata Razak 1956 misalnya, digubal bagi
merapatkan jurang antara kaum dan memupuk perpaduan nasional melalui penggunaan
Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama di sekolah kebangsaan.
Bina

sahsiah

seimbang

Teras perpaduan nasional dalam sistem pendidikan diperkukuhkan lagi oleh Laporan
Rahman Talib 1960, Akta Pelajaran 1961 dan Laporan Jawatankuasa Kabinet 1974 dan
1979. Pelaksanaan pelbagai perakuan dalam laporan itu memberi sumbangan besar
kepada

usaha

memupuk

dan

memperkukuhkan

perpaduan

nasional.

Pada 1988 pula, Falsafah Pendidikan Kebangsaan diperkenalkan untuk memupuk nilai
murni generasi baru melalui pembinaan sahsiah yang seimbang. Melalui falsafah itu,
pendidikan dijadikan alat utama untuk memperkembangkan potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi

intelek,

rohani,

emosi

dan

jasmani.

Transformasi ketiga dalam sistem pendidikan kita tercetus apabila kerajaan berhasrat
menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang 2020. Untuk itu, penguasaan ilmu
sains dan teknologi diberi keutamaan tanpa mengetepikan pendidikan yang holistik dan

bersepadu.
Laporan awal PPP 2013-2025 yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib
Razak, adalah permulaan satu lagi fasa transformasi pendidikan untuk menganjak
kedudukan kita daripada negara membangun berpendapatan sederhana kepada negara
maju berpendapatan tinggi. Bagi mencapai hasrat itu, negara memerlukan modal insan
yang kreatif dan inovatif serta berdaya saing pada peringkat antarabangsa.
Seperti kata Muhyiddin, modal insan yang berdaya saing pada peringkat antarabangsa
hanya lahir melalui pendidikan bertaraf dunia. Justeru, beliau menyasarkan dalam 15
tahun akan datang, sistem pendidikan Malaysia bakal meraih kejayaan seperti Korea
Selatan,

Finland,

Kumpul

Jepun,

New

pandangan

Zealand

dan

Singapura.

pelbagai

pihak

Satu perkara yang menarik mengenai proses transformasi pendidikan kali ini ialah
penyertaan rakyat pelbagai lapisan dalam memberikan pandangan dan cadangan
melalui siri Dialog Nasional Pendidikan Negara yang diadakan sebaik PPP dilancarkan
pada April 2012 lalu. Pada masa sama, Kementerian Pelajaran juga mendapatkan
pandangan

rakyat

melalui

Twitter,

Facebook

dan

laman

web.

Kerajaan juga mengambil kira pandangan Pertubuhan Pendidikan, Sains dan


Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), Bank Dunia, hasil kajian
12 panel bebas, empat panel antarabangsa yang dilantik, laporan daripada enam
institusi

pengajian

tinggi

awam

dan

sembilan

makmal

pendidikan.

Dalam kata lain, kerajaan menyediakan ruang seluas-luasnya kepada semua pihak
untuk menyatakan pandangan dalam proses transformasi pendidikan kali ini.
Seharusnya tidak berlaku lagi rumah siap pahat berbunyi apabila ia dilaksanakan tahun
2013 depan.

You might also like