You are on page 1of 2

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA)

AVE MARIA CONVENT


Kod Sek : ABC2103
JALAN CHUNG THYE PHIN, 30250 IPOH, PERAK.
Telefon : 05-2543973
Fax : 05-2427549

ARAHAN TETAP BERTUGAS PENGAWAL KESELAMATAN


1. Pengawal keselamatan perlu menjaga keselamatan kawasan dalam pejabat, sekitar
bangunan termasuk tempat letak kereta di bangunan.
2. Membuat rondaan di kawasan sekolah, sekitar bangunan termasuk tempat letak kereta
di bangunan dan di luar bangunan dan membuat catatan laporan rondaan dalam buku
laporan dengan lengkap dan kemas dan kemukakan kepada Pejabat Pentadbiran setiap
pagi setiap hari kerja.
3. Melaporkan kepada Pejabat Pentadbiran dalam bentuk laporan bertulis apa-apa
kejadian kerosakan, kehilangan, sabotaj, pencerobohan, kecurian, kebakaran atau apa-
apa kejadian yang tidak diingini dan cubaan pencerobohan atau kecurian.
4. Melaporkan kepada Polis Diraja Malaysia apa-apa kejadian kehilangan, pencerobohan,
kecurian, sabotaj atau apa-apa kejadian yang tidak diingini dan cubaan pencerobohan
atau kecurian.
5. Melaporkan kepada Bomba dan Penyelamat apa-apa kejadian kebakaran.
6. Mengawal pintu masuk ke Premis serta pergerakan pelawat dan kenderaan yang
memasuki Premis.
7. Memeriksa mana-mana pegawal/kakitangan, pegawal atau pelawat yang disyaki
membawa atau menyorokkan sesuatu yang boleh membahayakan keselamatan dan
menahan mana-mana orang yang tidak ada kebenaran masuk ke Premis.
8. Memastikan setiap pelawat yang berada di Premis memakai pas keselamatan.
9. Menentukan setiap pelawat melaporkan diri di kaunter pengawal dan memberikan
maklumat-maklumat yang tepat kepada pelawat.
10. Memastikan kawasan premis selamat dari sebarang bentuk pencerobohan dengan
memastikan semua pintu pagar dan pintu masuk tertutup dan berkunci. Bagi kawasan
bangunan pastikan pintu dan tingkap terkunci dan dalam keadaan baik.
11. Memastikan lampu, paip air, kipas angina, pendingin udara atau sebarang alat elektrik di
Premis ditutup apabila penggunaannya tidak diperlukan lagi.
12. Menjalankan kunci jam 2 jam sekali bermula 8 pagi – 6 petang dan 1 jam sekali bermula
8 malam – 7 pagi.
13. Mengawal lalu ;lintas di pintu luar Jabatan semasa waktu keluar pejabat dan mengawasi
trafik dalam premis.
14. Melaporkan semua perkara mengenai keselamatan kepada Pegawai Pengawal
Keselamatan.
15. Membuat laporan lengkap kepada penyelia pengawal bagi semua keadaan dan kejadian
luar biasa atau mencurigakan.
16. Memastikan pengawal mahir dalam penggunaan semua alat pencegahan kebakaran.
17. Pengawal tidak dibenarkan membawa apa-apa senjata yang merbahayakan dalam masa
bertugas.
18. Semua kenderaan pelawat tidak dibenarkan masuk ke Premis kecuali ada kebenaran
daripada Pihak Sekolah.
19. Memastikan setiap pelawat yang berada di Premis memakai pakaian yang bersesuaian.
20. Mematuhi apa-apa arahan dari Jabatan dari masa ke semasa.

You might also like