You are on page 1of 1

Penutup

Ketaksamarataan peluang pendidikan yang wujud di sekolah bandar dan luar bandar ini
bukanlah isu baru di Negara kita kerana ia bermula sejak zaman penjajahan British lagi.
Tumpuan penjajah kepada sekolah sekolah bandar telah mengakibatkan senario ini
berlaku dan mengakibatkan sekola-sekolah di luar bandar ketinggalan berbanding
sekolah bandar. Dengan itu, kerajaan sepatutnya mengambil tindakan yang sewajarnya
untuk mengatasi permasalahan ketaksamaan peluang pendidikan diantara murid luar
bandar dan bandar. Hal ini kerana setiap anak adalah berpotensi untuk berjaya, cuma
kejayaan proses itu bergantung kepada pendidikan yang diterima olehnya. Setiap anak
adalah permata kepada negara. Mungkin dengan penyelesaian masalah ketaksamaan
peluang pendidikan ini dapat menyelesaikan permasalahan kekurangan tenaga pakar di
bidang perubatan, perundagan dan pembinaan dan masalah negara yang perlu
meluangkan sebahagaian besar pendapatan negara dalam membayar tenaga pakar
yang diimport dari luar akan menemui penyelesaiannya. Oleh yang demikian, kepekaan
pihak-pihak berwajib yang bertanggungjawab terhadap faktor-faktor, kesan-kesan dan
langkah-langkah mengatasi ketaksamaan peluang pendidikan ini perlu teliti dan
proaktif .Usaha-usaha sedemikian dan berterusan akan melahirkan sistem pendidikan
yang adil kepada semua murid di Negara ini.

You might also like