You are on page 1of 2

MYTHILI A/P MANIMARAN

PRISCILLA A/P PAUL


THAMAIYANTHI A/P RATNAM (8 PISMP SN)

RUMUSAN ARTIKEL: Mantapkan integrasi Nasional Dalam Pendidikan

Berdasarkan artikel yang dikarang oleh Dr. Aminudin Mansor, beliau berpendapat
untuk memantapkan integrasi nasional dalam pendidikan bagi Malaysia mencapai matlamat
untuk muncul sebagai Negara maju menjelang wawasan 2020. Di bawah (PPPM) KPM telah
mensasarkan untuk memacu peningkatan sistem pendidikan yang bakal menyediakan murid
untuk cabaran dunia global. Integrasi nasional penting bagi ke arah pencapaian cemerlang
dalam pendidikan Negara.

Integrasi nasional pernah menjadi isu Negara yang hangat sekitar tahun 1960-an
dan 1970-an. Pada era 1990-an, isu integrasi nasional semakin dilupakan ekoran
kemakmuran yang dikecapi hasil pertumbuhan ekonomi Negara yang pesat. Namun
kebanyakan pihak berpendapat bahawa pembangunan ekonomi dan kestabilan politik
mampu melenyapkan sebarang perbezaan yang ada. Selain hubungan antara kaum,
kedudukan geografi yang terletak terlalu jauh dari pusat pentadbiran Negara juga menjadi
jurang kepada integrasi nasional. Misalnya, negeri Sabah dan Sarawak merupakan negeri
yang berpisah secara geografinya.

Selain itu, seluruh negeri dan daerah-daerah merupakan komponen penting dalam
pembentukan Negara Malaysia yang teguh. Oleh itu, sikap hormat-menghormati,
pendedahan di media mengenai cara hidup dan pengetahuan kenegaraan penting bagi
memupuk semangat perpaduan kaum, mengurangkan salah faham dan menguatkan
integrasi nasional. Tidak hairanlah kerajaan menjadikan perpaduan rakyat sebagai cabaran
utama mencapai matlamat wawasan 2020 yang berbunyi “ Mewujudkan bangsa Malaysia
yang bersatu padu yang mempunyai matlamat yang serupa dan boleh dikongsi bersama,
berintegrasi di peringkat wilayah dan antara kaum, berdasarkan persamaan hak dan
keadilan”. Cabaran ini juga berkait rapat dengan cabaran lima yang berbunyi “ Mewujudkan
masyarakat liberal dan bertolak ansur dengan rakyat pelbagai kaum bebas mengamalkan
adat, kebudayaan dan kepercayaan agama masing-masing dan masa yang sama
meletakkan kesetiaan mereka kepada Negara”.

Oleh itu, cabaran ini berkait rapat dengan cabaran ketujuh iaitu sistem sosial yang
lebih mementingkan masyarakat daripada diri sendiri dan kebajikan insan tidak berkisar
kepada individu tertentu sahaja. Namun halangan masih ada bagi mewujudkan integrasi
nasional. Pengarang juga mengatakan bahawa integrasi nasional berlaku di beberapa
sekolah iaitu di sekolah menengah dan sekolah kebangsaan yang dapat membuktikan
integrasi nasional berlaku dengan baik. Pelajar belajar dengan harmoni bersama berbilang
bangsa. Mereka memahami budaya, cara hidup dan mula mengenalinya di peringkat
sekolah. Melalui integrasi nasional akan berlaku perpaduan di sekolah dan menjadikan
pengalaman dan nilai kepada murid-murid. Jadi bidang pendidikan mampu mewujudkan
perpaduan kaum serta integrasi nasional yang mantap melalui didikan serta bimbingan dari
prasekolah hingga menengah.

Pada pendapat saya, integrasi nasional amat penting dalam sesebuah Negara. Kita
perlu ingat kembali tentang perkara yang berlaku dalam negara,kita maju setapak demi
setapak dan ini bukan mudah.Jadi,apa-apa sahaja perkara yang dapat menyebabkan
kekecohan dan merosakkan ketenteraman awam perlu dielakkan.Oleh itu,kita semua perlu
sama-sama berusaha untuk memelihara keamanan dan kedamaian yang dinikmati
sekarang.

You might also like