You are on page 1of 8

Maksud Proses Penyusunan Semula

• Menurut Nik Safiah Karim et al. (2015:562), dalam proses penyusunan


semula, bentuk perkataan dalam ayat asal diubah susunannya dan
diterbitkan semula dalam satu struktur ayat gramatis baharu dan
biasanya mengakibatkan perubaha atau pengguguran kata tertentu,
dan penggantian atau penambahan kata-kata lain pada ayat yang
diterbitkan serta tidak membawa perubahan makna ayat
Terdapat 3 jenis proses penyusunan
semula iaitu:
• Penyusunan semula frasa nama sebagai subjek
• Dalam proses ini, struktur ayat aktif berubah menjadi pasif. Sementara itu objek pula
menjadi judul ayat. (Abdullah Hassan, Seri Lanang, Razali Ayob & Zulkifli Osman, 2006:117)

• Penyusunan semula frasa nama sebagai objek


• Dalam proses ini, frasa nama sebagai objek boleh dipindahkan berdasarkan fungsinya, iaitu
daripada berfungsi sebagai objek sipi kepada objek tepat. (Abdullah Hassan et al., 2006:117)

• Penyusunan semula melalui ayat songsang


• Proses ini melibatkan penjudulan predikat atau adverb (frasa keterangan). (Abdullah Hassan
et al., 2006:117)
Ayat 1: Petugas itu membersihkan kawasan perumahan.

• Proses penyusunan semula frasa nama sebagai subjek.

• Petugas itu membersihkan kawasan perumahan.


• Kawasan perumahan dibersihkan oleh petugas itu,

• Ayat 1 (a) merupakan ayat aktif kerana subjek frasa nama ialah Petugas itu dan
objek ialah kawasan perumahan. Sebaliknya, ayat 1 (b) pula ialah ayat yang telah
dipasifkan yang menyebabkan frasa nama kawasan perumahan yang berfungsi
sebagai objek dalam ayat aktif itu dikedepankan untuk menjadi subjek baharu
kepada ayat pasif, sementara objek asal iaitu Petugas itu berpindah pada
kedudukan sesudah kata kerja. Imbuhan apitan kata kerja juga berubah, iaitu
mem-…-kan digantikan dengan di-…-kan dan kata sendi nama oleh mendahului
frasa nama Petugas itu. Proses transformasi ini dapat dilihat pada rajah pohon
berikut.
Ayat 2: Amir memberi anak yatim sumbangan.
• Proses penyusunan semula frasa nama sebagai subjek

• Amir memberi anak yatim sumbangan wang.


• Amir memberi sumbangan wang kepada anak yatim
• 
• Dalam Ayat 2 (a), frasa nama yang berkedudukan secara langsung selepas kata
kerja dianggap sebagai objek tepat, manakala frasa nama yang mengikuti objek
tepat tersebut ialah objek sipi. Namun, Ayat 2 (a) ini boleh disusun semula
dengan menukar ganti kedudukan kedua-dua jenis objek tersebut melalui suatu
proses transformasi. Proses ini memindahkan kedudukan objek tepat dalam ayat
asal ke bahagian akhir dengan didahului kata sendi nama kepada, dan meletakkan
frasa nama objek sipi pada kedudukan selepas kata kerja dalam ayat yang
diterbitkan berubah juga bentuknya, iaitu imbuhan akhiran –i kepada imbuhan
akhiran –kan. Pelaksanaan transformasi ini dapat dilihat pada rajah pohon
berikut.

You might also like