You are on page 1of 13

KONSEP ASAS PEDAGOGI

INKLUSIF
• Pedagogi inklusif ialah pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh
seseorang guru untuk mengajar semua murid termasuklah MBK.

Guru yang mengamalkan pedagogi inklusif perlu bersedia untuk :


• Menerima MBK sebagai sebahagian daripada ahli komuniti kelas
• Bertanggungjawab terhadap semua murid di dalam kelasnya
• Berikhtiar untuk mencari jalan bagi melibatkan semua murid dalam proses
pengajaran dan pembelajarannya.
KONSEP ASAS PEDAGOGI
INKLUSIF

Guru perlu melihat bahawa:


• Kepelbagaian yg wujud dalam kalangan murid merupakan satu kekuatan
bukannya permasalahan.
• Berusaha dan berkerjasama dgn pihak lain adalah penting untuk memberi
sokongan penuh kepada pembelajaran semua murid .
• Pedagogi inklusif adalah bersifat luwes ( pelbagai pendekatan dalam satu
kelas).
KONSEP ASAS PEDAGOGI
INKLUSIF
• Pedagogi Inklusif melibatkan perancangan mengenai susun atur kelas,
penentuan sumber sokongan seperti guru tambahan dan sumber lain yang
dapat menyumbang.

• Pedagogi inklusif berbeza dengan pedagogi bersifat gabungan yg biasanya


diamalkan dalam kelas inklusif sekarang. Dalam pedagogi bersifat
gabungan, sumber sokongan/tambahan untuk MBK dibawa masuk ke kelas
inklusif dan dikhaskan untuk MBK sahaja walhal dalam amalan pedagogi
inklusif , sumber sokongan tambahan ini secara autentiknya diterapkan
untuk menyokong pemeblajaran semua murid di dalam kelas.
Adaptasi Kurikulum dan Bahan
Pengajaran
• Guru perlu berkemahiran untuk mengadaptasi kurikulum dan bahan
pengajaran supaya objektif pengajaran dapat dicapai oleh semua murid .
• Terdapat dua kerangka pengadaptasian kurikulum
a) Kerangka pertama dikenali sebagai kerangka Reka Bentuk
Pembelajaran Sejagat (Universal Design for Learning). Kerangka ini
mempunyai satu set prinsip untuk membimbing guru mereka bentuk
pelajaran yang berupaya memenuhi keperluan semua murid
b) Kerangka kedua ialah kerangka Pembezaan Pengajaran (Differentiated
Instruction). Kerangka ini untuk membentuk dan menyampaikan
pelajaran supaya dapat dicapai oleh semua murid di dalam kelas.
Kerangka pertama : Reka Bentuk
Pembelajaran Sejagat

• RBPS merupakan satu panduan untuk membimbing guru dari segi :

a) Fleksibiliti dalam mempersembahkan maklumat, cara murid memberikan


respons atau mendemonstrasikan pengetahuan dan kemahiran mereka,
dan cara murid terlibat dalam pembelajaran.
b) Mengurangkan halangan dalam pengajaran, menyediakan akomodasi
(penyesuaian) dan sokongan yang berpatutan dan mencabar serta
mengekalkan jangkaan pencapaian yang tinggi untuk semua murid
termasuklah MBK.
Reka Bentuk Pembelajaran Sejagat

• Panduan di dalam Reka Bentuk Pembelajaran Sejagat ialah berdasarkan


tiga prinsip utama berasaskan sokongan daripada penyelidikan
neurosains. Tiga prinsip tersebut ialah :

Prinsip 1: Menyediakan Pelbagai Cara untuk


Mempersembahkan Maklumat

Prinsip 2: Menyediakan Pelbagai Cara untuk Murid


Memberikan Respons

Prinsip 3: Menyediakan Pelbagai Cara Penglihatan


Prinsip 1: Menyediakan Pelbagai Cara untuk
Mempersembahkan Maklumat

• Setiap murid berbeza dari segi cara mereka mengamati dan memahami
maklumat yang disampaikan kepadanya.
• Sebagai contoh, maklumat yang disampaikan melalui saluran visual lebih
senang diamati oleh murid kurang upaya pendengaran
• Murid masalah pembelajaran pula mungkin memerlukan maklumat-
maklumat dipersembahkan dalam pelbagai saluran (multisensori).
• Sebagai contoh, murid disleksia lebih senang menerima maklumat yang
dipersembahkan secara visual, auditori dan taktil-kenestatik.
• Oleh sebab tiada satu cara yang optimum untuk semua orang, maka
penting untuk menyediakan pelbagai cara untuk dipersembahkan
maklumat di dalam kelas.
Prinsip 2: Menyediakan Pelbagai Cara untuk
Murid Memberikan Respons

• Setiap murid berbeza dari segi mereka memberi respons kepada


persekitaran semasa proses belajar atau cara mendemonstrasikan
pengetahuan dan kemahiran yang dikuasainya.
• Sebagai contoh, murid kurang upaya fizikal dengan pergerakan terhad
seperti murid cerebral palsy mungkin lebih selesa memberikan respons
dengan cara menaip di komputer berbanding dengan cara menulis atau
secara lisan.
• Murid kurang upaya intelek pula mungkin lebih senang
mendemonstrasikan kemahiran mereka dengan cara visual tetapi tidak
secara menulis.
• Oleh itu , guru perlu menyediakan pelbagai cara atau pilihan untuk
membolehkan murid memberikan respons di dalam kelasnya.
Prinsip 3: Menyediakan Pelbagai Cara
Penglihatan

• Tujuan – Berbanding dengan kurikulum arus perdana, kurikulum


berasaskan Reka Bentuk Pembelajaran Sejagat menyediakan lebih banyak
opsyen dan alternatif, seperti jalan penyelesaian.
• Kaedah – Kurikulum berasaskan Reka Bentuk Pembelajaran Sejagat juga
menggalakkan pembezaan pengajaran berdasarkan suasana kelas,
kepelbagaian dalam tugasan dan tahap pengetahuan sedia ada murid.
• Sumber – Pelbagai jenis sumber, multimedia, sokongan dan bimbingan turut
disediakan untuk membantu pembelajaran murid. Sokongan tambahan ini
dapat menolong murid mengakses, menganalisis, mengorganisasi,
mensintesis dan mendemonstrasi kemahiran serta pengetahuan mereka.
• Penilaian – Panduan Reka Bentuk Pembelajaran Sejagat dapat menolong
guru mengurangkan halangan semasa penilaian dan meningkatkan kejituan
hasil penilaian yang dibuat.
Kerangka Kedua : Pembezaan Pengajaran
• Pembezaan pengajaran merujuk kpd pengubahsuaian sesuatu pengajaran
supaya bersesuaian dengan tahap keupayaan murid , keperluan dan minat
murid.

• Guru boleh membezakan pengajaran melalui empat cara:


- isi kandungan
- proses
- produk
- persekitaran pembelajaran.
Kerangka Kedua : Pembezaan Pengajaran
• Isi kandungan

i. Memadankan perbendaharaan kata di dalam cerita


ii. Membaca cerita dan menjawab soalan
iii. Mencadangkan pengakhiran alternatif untuk sesebuah cerita
iv. Mengenal pasti idea-idea utama bagi sesebuah cerita dan mencari bukti
untuk jawapan
v. Menghasilkan persembahan PowerPoint untuk merumuskan cerita
• Proses
i. Jenis saluran penyampaian iaitu penyampaian melalui saluran visual,
auditori, taktil, atau kinestetik.
ii. Cara penyampaian iaitu penyampaian secara pengurusan grafik.
Misalnya, peta minda atau penyampaian secara cetakan teks sahaja.
iii. Kumpulan bekerja iaitu sama ada secara berlebihan, secara berpasangan
atau secara kumpulan kolaborasi.
iv. Jenis sokongan dan bimbingan yang diperlukan oleh murid semasa
pembelajaran iaitu menyediakan sumber visual, sumber auditori atau
sumber cetakan teks untuk murid atau menyediakan tugasan dalam talian
untuk murid yang lebih berdikari.
v. Jenis sokongan dan bimbingan termasuklah sokongan daripada rakan
sebaya (buddy support) dan sokongan daripada guru pendamping, guru
resos atau pegawai pembantu murid.
• Produk
Hasil pembelajaran murid yang menunjukkan tahap penguasaan murid
terhadap isi kandungan yang dipelajarinya.
• Produk boleh dalam bentuk ujian, projek, laporan, folio, atau aktiviti.
• Produk boleh dibezakan berdasarkan tahap keupayaan dan gaya
pembelajaran murid.
• Persekitaran pembelajaran
Merujuk kepada keadaan termasuklah aspek fizikal dan psikologikal untuk
belajar secara optimum.
• Aspek fizikal – susun atur kelas yang menyokong kerja individu atau kerja
berkumpulan
• Aspek psikologikal – strategi dan teknik sokongan tingkah laku positif,
pengurusan tingkah laku dan pengurusan kelas.

You might also like