You are on page 1of 11

Kecelaruan Jantina

Definisi
 Kecelaruan jantina ataupun disforia gender
didefinisikan sebagai keadaan di mana
penghayatan individu itu bercelaru antara perasaan
gender sendiri dengan anggota kelaminnya.
 Kecelaruan jantina ini boleh dibahagikan kepada
dua kategori iaitu :
- Pondan (lelaki menyerupai wanita)
- Pengkid (perempuan menyerupai lelaki)
 Golongan seperti ini akan mengubah gaya dan cara
kehidupan mereka seperti gaya pemakaian,
perwatakan, dan sebagainya.
Isu
 Di Malaysia, dianggarkan terdapat 100,000 orang lelaki
trangender yang mana 70 hingga 80 peratus adalah
Melayu, selebihnya Cina,India dan golongan minoriti lain
(Teh Yok Koon, 2000).
 Peningkatan peratusan transgender dalam kalangan
bangsa Melayu dan beragama Islam amat
membimbangkan.
 Terdapat peruntukan undang-undang syariah untuk
melarang perbuatan tersebut berbanding transgender
yang bukan Islam yang hanya merujuk Akta Kesalahan-
kesalahan Kecil 1995 di mana ia boleh membawa
hukuman denda tidak melebihi RM25.00 sahaja jika
disabitkan kesalahan.
 Pada tahun 1983, Majlis Raja-Raja telah
melarang pertukaran jantina untuk orang Islam,
namun tidak dapat dipastikan sama ada ianya
digazetkan atau tidak.
 Yang pasti, tiada peruntukan secara jelas dan
bertulis berkenaan hal ini sehinggakan kita
merasakan pertukaran jantina boleh dilakukan
tanpa sekatan tanpa mengira agama.
 Implikasi pertukaran jantina ini juga boleh dirujuk
kepada kes seorang rakyat Malaysia yang
bernama Mohd Fazdil bin Min Bahari dengan
nama perempuannya Fatine, yang telah
berkahwin secara sivil dengan seorang lelaki
British, Ian Young (29/11/2009).
 Sudah jelas Fatine melanggar undang-undang
syariah dan telah pun murtad. Di sini jelas
menunjukkan lemahnya penguatkuasaan
undang-undang sedia ada.
 Pegawai Bahagian Penguatkuasaan Jabatan
Agama Islam Melaka memberitahu terdapat 27
kes berkaitan pondan atau mak nyah di negeri
Melaka untuk sepanjang tahun 2011.
 Semua kes berkenaan adalah disebabkan
penguatkuasaan Seksyen 72 Enakmen
Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991.

“Seseorang lelaki yang memakai pakaian seperti


perempuan dan berlagak seperti perempuan di mana-
mana tempat awam tanpa alasan yang munasabah
adalah merupakan satu kesalahan, boleh dikenakan
hukuman denda tidak melebihi RM 1,000.00 atau
penjara selama 6 bulan atau kedua-duanya sekali.”
 Walaupun kesalahan menyerupai mak nyah
termaktub di bawah enakmen tersebut, ia adalah
kesalahan tak boleh tangkap iaitu tangkapan
tidak dibenarkan tanpa waran.
 Oleh yang sedemikian, jika terdapat mana-mana
lelaki yang berpakaian seperti wanita, pihak
berkuasa hanya boleh meminta supaya ia hadir
ke pejabat untuk disoal siasat dan seterusnya
meminta ia supaya hadir ke mahkamah untuk
dijatuhkan hukuman mengikut peruntukan
undang-undang.
Cabaran Terhadap Guru
 Pendekatan untuk menasihati individu
 Kesukaran untuk mengenalpasti
kecelaruan ini kerana hanya dikesan
setelah akil baligh (IKIM)
 Suasana sekolah yang dipengaruhi dengan
persekitaran negatif
 Pergaulan bebas semakin berleluasa
 Sukar untuk mewujudkan hubungan yang
baik antara guru dan murid
Langkah Mengatasi Isu Kecelaruan
Jantina
 Ibu bapa perlulah mendidik dan menanam jati diri
anak-anak sesuai dengan fitrah mereka sebagai
seorang lelaki atau seorang perempuan sedari kecil
lagi serta memantau pergaulan mereka dengan
siapa mereka berkawan atau bercampur.
 Masyarakat awam seharusnya bersama-sama
membantu golongan transgender ini dalam
memberikan sokongan moral dan dorongan kepada
mereka dan tidak memandang hina akan segala
usaha untuk membawa golongan ini kembali
kepada fitrah asal mereka
 Sukatan dan silibus mata pelajaran Pendidikan
Islam di sekolah-sekolah perlu diberi penekanan
terhadap isu semasa dan realiti permasalahan
ummah yang semakin serius serta kesannya dari
sudut agama, sosial dan undang-undang.
 Memperbanyak lagi program-program keinsafan
untuk membawa golongan transgender ini
kembali ke pangkal jalan seperti Program
Mukhayyam dan seumpamanya di peringkat
Pejabat Agama setiap daerah terutamanya di
bandar-bandar besar yang menjadi hot spot bagi
golongan ini bertapak.
 Badan-badan bukan kerajaan (NGO) di bawah
Persatuan-persatuan Islam dan Badan Dakwah
perlulah memperluas dan mempergiat lagi misi
dan skop dakwah untuk turun padang dan
bertemu sendiri dengan golongan ini bagi
menasihati dan mendidik mereka tentang nilai-
nilai yang terdapat dalam ajaran Islam.

You might also like