You are on page 1of 3

3.

0 TOKOH-TOKOH TARANNUM DI MALAYSIA

Allah s.w.t telah mengurniakan kelebihan dan anugerah kepada para qari dan
qariah untuk menguasai ilmu tarannum. Kehadiran para qari-qariah, secara tidak
langsung telah mengembangkan ilmu tarannum kesegenap lapisan masyarakat dan
tidak dapat dinafikan bahawa kehebatan dan kewibawaan tokoh-tokoh tarannum ini
telah memberi impak besar kepada perkembangan ilmu tarannum di Malaysia serta
sumbangan mereka dapat dirasai
menonjolkan

beberapa

orang

sehingga hari ini. Penulisan ini hanya

tokoh

yang

bergiat

aktif

menyebarkan

dan

mengembangkan ilmu tarannum Al-Quran di Malaysia.


Antaranya ialah Tan Sri Dato Hj. Hassan bin Hj. Azhari yang merupakan anak
kepada pasangan Azhari Abdul Khaliq danFatmah Abdul Hakim (Utusan Online,
2008). Beliau dilahirkan pada tanggal 18 Ogos 1928 di Mekah Al-Mukarramah.
Beliau merupakan seorang tokoh dan ulama yang terkenal dalam bidang tarannum
Al-Quran di Malaysia dan pernah dinobatkan sebagai Tokoh MelayuTerbilang 2014.
Anugerah tersebut diberikan bagi menghargai sumbangan dan jasa Tan Sri Hassan
Azhari memartabatkan Islam di Malaysia khususnya bidang pendidikan Al-Quran.
Peranan beliau tidak hanya tertumpu di Malaysia sahaja, malah beliau turut
berperanan sebagai juri Majlis Tilawah Al-Quran peringkat antarabangsa, yang mana
beliau telah menjadi juri setiap tahun sejak acara Tilawah Al-Quran diperkenalkan 56
tahun yang lalu. Menyorot latar belakang tokoh agamawan terkenal ini, beliau adalah
bilal yang bertanggungjawab mengalunkan azan di Stadium Merdeka pada 31 Ogos
1957. Nama Tan Sri Dato Hj. Hassan Azhari turut menjadi sebutan ramai apabila
mengendalikan rancangan Al-Quran bertajuk Muqaddam yang disiarkan di saluran
RTM pada awal 1970-an. Meskipun sedang meniti usia senja, beliau giat menabur
sumbangan dalam bidang ini dan berjaya mencipta sejarah di Malaysia dengan
mengeluarkan naskah Al-Quran Wakaf & Ibtida yang menjadi naskah Al-Quran
terlaris di Malaysia (Utusan Online, 2008).
Selain itu, tokoh tarannum yang banyak menabur sumbangan ialah Haji
Ahmad bin Matsom. Beliau dilahirkan pada sekitar tahun 1915 di Kampung Jaber,
Mukim Lubuk Bongor, Jeli, Kelantan. Beliau lebih dikenali sebagai Haji Ahmad Mat
Som Pergau dan juga Tok Pergau.

Perkataan Pergau diambil sempena nama


11

sebatang sungai yang terletak di daerah Jeli. Beliau merupakan salah seorang anak
Melayu yang sempat bertalaqqi dengan tokoh tarannum terkemuka Mesir iaitu
Sheikh Taha Al-Sashanidan Sheikh Mustafa Ismail (JAKIM, 2015).
Beliau banyak berjasa kepada masyarakat terutama di Kelantan dan
Terengganu. Menurut Wan Hilmi (2014) dalam Ahmad Shafiqet. al (2014), gaya
pendekatan yang dibawa oleh Matsom Pergau ialah pendekatan tarannum ala Misri.
Selepas meraih johan qari Pertandingan Membaca Al-Quran peringkat kebangsaan
kali ke-2 pada tahun 1280/1961 Masihi, beliau telah terpilih menyertai Pertandingan
Membaca Al-Quran peringkat antarabangsa pada tahun yang sama yang julungjulung kali diadakan atas ilham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana
Menteri Malaysia pada ketika itu. Kejayaan yang dirangkul oleh beliau membuka
ruang dan peluang yang lebih luas untuk beliau melibatkan diri dalam bidang
pengajian Al-Quran dengan memberi sumbangan besar kepada masyarakat Islam
dan negara. Beliau telah menginfakkan dirinya menjadi guru Al-Quran sepenuh masa
di seluruh daerah Kelantan dan Terengganu.
Di samping itu, para qariah juga turut berperanan dalam arena seni lagu AlQuran. Antaranya ialah Dato Hajjah Rogayah Sulong. Nama beliau tidak asing lagi
bagi orang yang berkecimpung dalam arena ilmu tarannum. Beliau telah berjaya
menyandang Johan Musabaqah Al-Quran Peringkat Kebangsaan sebanyak 7 kali
malah merangkul Johan Musabaqah Al-Quran Peringkat Antarabangsa. Sehingga
hari ini, rekod beliau sebagai qariah yang paling banyak menyandang johan masih
lagi disandang oleh beliau. Minat mempelajari Al-Quran yang mendalam dan subur
dalam jiwa memotivasikan beliau untuk meneroka mukjizat teragung tersebut dan
melebarkan manfaat kepada masyarakat dan negara (Ahmad Shafiq et. al, 2014).
Dato Hajjah Rogayah Sulong merupakan seorang tokoh yang telah banyak
berjasa demi memartabatkan pengajian Al-Quran secara umum dan tarannum AlQuran secara khusus. Atas usaha murni beliau mendekatkan ayat-ayat suci Al-Quran
kepada masyarakat dan berkongsi ilmu membaca Al-Quran dengan tajwid yang betul
serta berlagu membolehkan beliau dinobatkan sebagai Tokoh Wanita Terengganu
2010.Selain itu, tokoh-tokoh lain juga turut menyumbang dengan mengadakan kelas,
kursus, seminar dan pembentangan kertas kerja untuk berkongsi cara dan kaedah
yang tepat berkaitan ilmu tarannum.
12

HUTQMSAmFuKGryW(eNJ)PYIfnlwjsboihk.ptdgaRz
Berikut merupakan senarai qari dan qariah yang terkenal di Malaysia :

Rajah 1.0 :Qari dan Qariah Terkenal di Malaysia

13

You might also like