You are on page 1of 27

FARIDAH Mat Saman dari Kelantan adalah qariah paling

banyak muncul johan iaitu lapan kali. Faridah menang pada 1964, 1965, 1972,
1976, 1977, 1989, 1990 dan 1991.
Hajjah Faridah Bte. Mat Saman
Pengenalan Diri
Anak kelahiran Temerloh Pahang ini dilahirkan pada 29.10.1948.Bapa beliau
bernama Mat Saman merupakan seorang imam di kampung.Manakala ibunya
bernama Hajah Che Yam Bte. Che Had ,berasal dari Kampung Kubang Terap Pasir
Mas Kelantan merupakan seorang qariah istana serta pernah menjadi johan tilawah
al Quran peringkat negeri Kelantan.Ibunya telah meninggal dunia pada 2003 ketika
berusia 95 tahun.Datuknya bernama Abd Rahman B. Che Man dan neneknya Zainab
Bt Osman yang terkenal sebagai guru al Quran di kampungnya semenjak dari muda
hingga ke akhir hayat.
Pendidikan
Sejarah awal pendidikan beliau ialah di Sekolah Rendah Kebangsaan Pasir Mas yang
kini dikenali sebagai SK Sultan Ibrahim 1.Beliau mendapat pendidikan al Quran
bermula dari kecil lagi dan telah khatam al Quran pada seawal usia lima tahun lagi
mennerusi bimbingan kedua ibubapanya.Semasa usia 12 tahun beliau telah
menyambung pengajiannya di sebuah pondok di Thailand selama tiga tahun
berguru kepada Ustaz Ghazali Mandaling yang berasal dari Indonisia berketurunan
Mekah.Selepas itu beliau berguru dengan Hj Ahmad Masum Pergau yang pernah
menjadi johan qari sekitar tahun 1960.Gurunya yang terakhir ialah Hj Nik Jaafar B.
Nik Ismail dan Hj Hassan Musa dari Pasir Mas.
Jasa dan sumbangan
Sumbangan beliau sepanjang menceburi bidang al Quran, beliau pernah menerima
jemputan memperdengarkan bacaan al Quran dari Mufti Palestin tahun 1965 dan
telah mengharumkan nama negara pada peringkat antarabangsa.Beliau
menyumbangkan tenaga dengan mengajar anak murid yang berusia 30 hingga 50
tahun yang mahu membetulkan bacaan al quran terutamanya sebutan dan
tajwid.Disamping itu beliau menubuhkan kumpulan nasyid yang bernama Usratul
Faridah yang terkenal di Malaysia , Thailand dan Singapura.Beliau telah mencatat
sejarah sebagai qariah yang paling banyak menjuarai tilawah peringkat
antarabangsa sebanyak lapan kali iaitu pada tahun
1964,1965,1972,1976,1977,1989,1990 dan1991.

Pengalaman pertama menyertai tilawah Al Quran

BERTEMANKAN kedua-dua ibu bapa, datuk dan neneknya, bekas qariah negara,
Faridah Mat Saman, 62, menaiki kereta api ke Kuala Lumpur untuk menyertai kali
pertama tilawah al-Quran peringkat kebangsaan pada 1963.
Sepanjang perjalanan, Faridah yang ketika itu baru berusia 15 tahun dipeluk manja
oleh ibunya, Che Yam Che Had yang juga guru pertama yang memberi tunjuk ajar
kepada beliau membaca al-Quran pada peringkat awal.
"Saya berdebar-debar menanti saat nama dipanggil mempersembahkan bacaan alQuran," cerita Faridah sambil tersenyum menceritakan pengalaman pertamanya
menyertai tilawah al-Quran peringkat kebangsaan ketika ditemui di rumahnya di
Jalan Marican, Telipot, Kota Bharu, Kelantan.
Ibunya juga pernah memenangi johan tilawah peringkat negeri manakala datuk dan
neneknya pula terkenal sebagai guru al-Quran.
Bagaimanapun, berbekalkan semangat kental dan diiringi ahli keluarganya, beliau
tetap menggagahkan diri menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur.
Ibunya itu tidak menyangka gadis sunti yang dipeluknya sepanjang perjalanan
untuk kali pertama menyertai tilawah al-Quran muncul sebagai wanita pertama di
negara ini johan dalam tilawah al-Quran peringkat kebangsaan dan antarabangsa
sebanyak iaitu lapan kali.
Amalan penjagaan suara
Penjagaan suara amat penting dalam bertarannum. Puan hajjjah faridah terpaksa
menjaga suaranya supaya lebih mantap dan bernafas lebih panjang dengan
mengamalkan beberapa petua termasuk tidak makan makanan pedas, buahbuahan bergetah seperti rambutan, nangka, mempelam serta tidak minum
minuman berais.

sumberhttp://qariqariah.blogspot.com/2010/09/hajjah-faridah-bte-mat-saman.html

ohan tilawah al-Quran lapan kali, Faridah Mat Saman kini aktif bernasyid

Oleh RAHANA MOHD. DAHARI


utusankb@utusan.com

Advertisement
Faridah Mat Saman menunjukkan gambar ahli kumpulan nasyid Usratul Faridah
yang dianggotainya di Kota Bharu, baru-baru ini.

PADA sekitar tahun 1970-an hingga awal 90-an, Faridah Mat Saman mengharumkan
nama negara apabila menang Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa yang
dianjurkan sempena bulan Ramadan.

Kehebatan beliau ketika memperdengarkan bacaan al-Quran memikat hati juri


sehingga menjadi satu-satunya qariah negara yang pernah muncul johan tilawah
sebanyak lapan kali.

Kali pertama adalah pada 1964 ketika beliau berusia 16 tahun diikuti setahun
kemudiannya. Beliau terus melakar sejarah dengan muncul johan beberapa tahun
kemudian antaranya pada 1972, 1977, 1989, 1990 dan terakhir 1991.

Bakat dan kecenderungan anak kelahiran Temerloh, Pahang itu menguasai bacaan
al-Quran diwarisi daripada ayahnya, Mat Saman Abdul Rahman, seorang imam di
Kampung Lubuk Kawah, Temerloh sementara ibunya, Che Yam Che Had dari Kubang
Terap, Pasir Mas, Kelantan merupakan qariah Istana Kelantan dan pernah muncul
johan tilawah al-Quran peringkat negeri.

Beliau turut mendapat bimbingan membaca al-Quran dengan tajwid yang betul
daripada datuk sebelah ayahnya, Abd. Rahman Che Man, seorang guru al-Quran
dan pondok serta nenek sebelah ibunya Zainab Osman.

Pada usia 12 tahun, Faridah dihantar menyambung pengajian di sebuah pondok di


Thailand selama tiga tahun dan dibimbing oleh seorang ustaz, Ghazali Mandaling
berasal dari Indonesia.

Beliau juga pernah berguru dengan beberapa guru agama antaranya, Ahmad
Ma'sum Pergau, Nik Jaafar Nik Ismail dan Hassan Muda dari Pasir Mas untuk
menguasai teknik taranum (bacaan berlagu).

Dalam pertemuan dengan Faridah yang kini berusia 63 tahun di kediamannya di


Lorong Merican, Jalan Telipot, Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini, beliau mengakui
mempunyai lebih 1,000 anak murid yang kini bertebaran di seluruh negara
termasuk Sabah dan Sarawak.

Rumahnya yang terletak di pinggir bandar sering dikunjungi tetamu, tetapi jangan
terkejut kerana ia bukan dari kalangan anak-anak muridnya.

Ini kerana, Faridah bersama anak keempatnya, Norlida Hizam, 38, telah menceburi
perniagaan mengendalikan urusan haji dan umrah melalui syarikat Tola Travel &
Tours Sdn. Bhd. sejak 10 tahun lalu.

"Syarikat ini beroperasi dari rumah dan mempunyai sebuah lagi cawangan di Kuala
Lumpur dan diselia Norlida, sementara saya dan beberapa anak lain
menguruskannya di sini.

"Dalam setahun, dua hingga tiga kali syarikat ini akan membawa orang ramai
menunaikan umrah terutama sepanjang bulan Ramadan hingga Syawal," katanya di
sini, baru-baru ini.

Selain pelanggan tempatan dan negeri-negeri sebelah Pantai Timur, beliau juga
menerima tempahan dari Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan dan kebanyakannya
pelanggan sama yang ingin membawa saudara-mara serta rakan-rakan yang lain ke
Tanah Suci.

Walaupun menguruskan perniagaan, Faridah tetap mengutamakan tugasnya


sebagai guru al-Quran yang telah menjadi rutin hidupnya sejak 23 tahun lalu.

"Buat masa ini, saya kendalikan kelas tajwid dan taranum khusus kepada guru-guru
al-Quran yang telah menguasai teknik bacaan pada hari Rabu. Pada Ahad pula
untuk anak-anak murid baru yang mahu membetulkan bacaan," ujarnya.

Bagaimanapun, kelas akan dihentikan buat sementara waktu sepanjang bulan


Ramadan kerana Faridah akan menunaikan umrah.

Di zaman gemilangnya, Faridah turut mengharumkan nama negara apabila


dijemput oleh Mufti Palestin untuk memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci alQuran di negara berkenaan.

Sebagai ibu, Faridah berhasrat untuk mewariskan bakat yang ada kepada anakanaknya.

"Anak-anak mempunyai suara yang sedap dan boleh menguasai teknik bacaan jika
diasah, namun mereka sering mengadu malu. Saya dan suami, Hizam Suriadi, 74,
(bekas pegawai tentera berpangkat Mejar) tidak memaksa," akuinya.

Dalam pertemuan tersebut, Faridah turut menunjukkan minatnya terhadap ciptaan


lagu-lagu nasyid dan bermain alat muzik tanpa tali seperti kompang, marakas dan
tamborin.

Malah, beliau juga amat berbakat dalam mendendangkan nasyid, berzanji dan
marhaban menerusi sebuah kumpulan diberi nama 'Usratul Faridah' dianggotai 10
orang ahli dari kalangan wanita berusia 40 tahun ke atas.

Kumpulan itu turut menghasilkan album berjudul Salam Usratul Faridah terbitan
RebanaMas Entertaiment yang sudah berada di pasaran.

"Saya rasa apabila kita mampu menguasai teknik alunan bacaan al-Quran, apabila
mendendangkan nasyid, marhaban atau berzanji lenggoknya lebih menjadi.

"Minat yang ada bercambah apabila mendapat sokongan daripada rakan-rakan


yang ada, di antara mereka anak murid saya sendiri dan kami sering mengadakan
persembahan atas jemputan.

"Kami sudah mengadakan persembahan ke merata tempat antaranya, Negeri


Sembilan, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang di mana sambutan terhadap lagu-lagu
daripada album ini amat menggalakkan," katanya.

Bagaimanapun, kesibukan tugas sebagai guru al-Quran, perniagaan dan aktiviti


kesenian tetap tidak menghalang Faridah melayan anak-anak dan cucunya
berjumlah 14 orang yang berkunjung pada setiap hujung minggu.

"Syukurlah dalam usia begini masih diberi peluang untuk menyumbang kepada
generasi muda. Saya gembira dan bahagia melakukan kerja-kerja ini selain melihat
sendiri anak-anak dan cucu membesar di depan mata," katanya sambil tersenyum.

Kongsi Konten di :

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?


y=2011&dt=0531&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_30.htm#ixzz3EPJ5JfIH
Utusan Melayu (M) Bhd
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2011&dt=0531&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_30.htm

Sejarah tilawah Al-Quran di Malaysia


2013/10/03 - 03:05:58 AM Johan Jaafar Cetak Emel Kawan

Tidak banyak orang yang mengetahui sejarah tilawah Al-Quran di negara ini yang
sudah mencecah 53 tahun. Tidak seperti tahun-tahun awalnya, tilawah Al-Quran
tidak lagi menarik perhatian generasi baharu penonton TV. Pada peringkat awalnya
tilawah Al-Quran merupakan suatu peristiwa TV yang penting yang ditunggu-tunggu
setiap tahun. Malah pada peringkat awalnya radio menjadi wahana penting untuk
menyiarkan tilawah Al-Quran.

Maka itu penerbitan buku 50 Tahun Tilawah Al-Quran oleh Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (JAKIM) sangat berguna. Buku ini diilhamkan oleh Datuk Seri Dr Ahmad
Zahid Hamidi, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Ia diterbitkan sempena 50
tahun tilawah Al-Quran di negara ini.

Buku setebal 229 halaman ini bukan sahaja bermuat sejarah tilawah tetapi juga
banyak gambar penting yang sebahagian besarnya tidak tersiar di mana-mana. Ia
bermuat pelbagai aspek sejarah tilawah itu termasuk nama-nama peserta, para
hakim, pemenang juga sejarah astaka yang menjadi pentas tilawah itu diadakan.
Pada peringkat awalnya tilawah Al-Quran merupakan suatu peristiwa TV yang
penting yang ditunggu-tunggu setiap tahun

Sayogia diingat perkataan tilawah sebenarnya baharu diperkenalkan. Sebelum ini


perkataan pertandingan dan musabaqah digunakan. Negeri Johor hari ini
menggunakan majlis perujian membaca Al-Quran.

Adalah dipercayai bahawa tilawah Al-Quran yang pertama secara rasmi diadakan
oleh Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR, nama asal UMNO) pada 4

September 1947 di Masjid Jamek, Johor Bahru. Pertandingan ini dibuka hanya untuk
kaum lelaki.

Peringkat kebangsaan mula 1960

Almarhum Tunku Abdul Rahman memulakan peraduan membaca Al-Quran pada


peringkat kebangsaan pada tahun 1960. Pada tahun berikutnya Malaya
mengadakan tilawah Al-Quran pada peringkat antarabangsa. Adalah dipercayai ini
merupakan tilawah Al-Quran yang pertama di dunia. Sewaktu berucap merasmikan
tilawah peringkat kebangsaan yang pertama pada tahun 1960, Tunku berharap akan
menjadikan Malaya negara yang hebat dengan mengambil semangat dan
pemahaman kitab suci itu.
Pada tahun 1961 apabila tilawah peringkat antarabangsa diadakan buat pertama
kalinya, Masjid Negara sedang dibina. Selama 22 kali, Stadium Merdeka menjadi
tempat pertandingan kebangsaan dan 23 pertandingan antarabangsa. (Stadium
bersejarah itu juga merealisasikan cadangan Tunku untuk menaikkan nama negara
dalam bidang sukan dengan mengadakan Pesta Bola Merdeka setiap tahun).
Sebuah astaka indah akan dibina dan setiap tahun akan diadakan peraduan bagi
memilih seni bina astaka yang terbaik.

Pada tahun 1982, tilawah Al-Quran yang terakhir diadakan di Stadium Merdeka.
Mulai 1981, tilawah antarabangsa diasingkan daripada peringkat kebangsaan.

Tilawah Al-Quran juga menampakkan bakat luar biasa orang Melayu dalam tradisi
membaca kitab suci itu. Pada peringkat kebangsaan qari dari Kedah, Ismail Hashim
menang sembilan kali dari tahun 1962 hingga 1975 sementara Faridah Mat Saman
dari Kelantan menang lapan kali dan Rogayah Sulong dari Terengganu menang
tujuh kali. Pada peringkat antarabangsa Ismail menang lapan kali, termasuk
menjadi johan bersama dengan peserta dari Thailand, Manaf Saseelos pada tahun
1963.

Faridah merupakan pemenang tilawah antarabangsa wanita yang pertama pada


tahun 1964. Beliau menang tujuh kali pada peringkat antarabangsa. Tiga kali yang
terakhir (daripada tahun 1989 hingga 1991) dimenanginya setelah meninggalkan
gelanggang selama 11 tahun. Rogayah pula menang empat kali pada peringkat

antarabangsa, pertama kali pada tahun 1966 dan seterusnya pada tahun 1973,
1974 dan 1978.

Dominasi wakil Malaysia

Qari pertama menang tilawah antarabangsa adalah Ahmad Mat Som pada tahun
1961. Faridah pula menang pada tahun 1964 apabila tilawah peringkat
antarabangsa dibuka kepada wanita. Malah apabila tilawah dibuka pada pesertapeserta negara Arab mulai tahun 1976, qari dan qariah Melayu masih menang
banyak kali. Pada tahun itu peserta dari Indonesia, M. Ali Yusni menang ketegori
lelaki dan Faridah menang ketegori wanita. Walaupun ada qari dari Libya, Mesir dan
Kuwait pernah menang tetapi jumlah mereka sedikit. Bagi qariah pula selain
pemenang dari Indonesia, Brunei dan Thailand yang memecahkan kelangsungan
kemenangan, selebihnya merupakan qariah Malaysia.

Ada satu aspek menarik mengenai etika berpakaian para peserta, khususnya kaum
wanita. Pada zaman Faridah, Rogayah dan lain-lain qariah hanya memakai
selendang sewaktu membaca. Hanya pada tahun 1978, qariah pertama bertudung
datangnya dari Perak. Hal ini ada kaitannya dengan kebangkitan baru Islam pada
tahun-tahun 1970-an.

Buku ini penuh maklumat dan memberikan perspektif yang jelas makna tilawah AlQuran bagi umat Islam di negara ini. Ia perlu dibaca bagi memahami matlamat
sebenar tilawah itu seperti yang dibayangkan oleh Almarhum Tunku menjadikan
negara ini progresif melalui pemahaman kitab suci Al-Quran yang sepatutnya
menjadi teras kekuatan ummah.

Twitter: @Johan_Jaaffar

Imbuhan Kepada Johan Qari Dan Qariah Suatu Penghargaan, Kata Bekas Juara
Diterbitkan: Sabtu, 6 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)


KOTA BAHARU: Langkah kerajaan memberi imbuhan bulanan RM2,000 seumur
hidup kepada johan qari dan qariah Tilawah Peringkat Antarabangsa disifatkan
sebagai suatu pengiktirafan yang paling berharga bagi penyandang gelaran itu di
seluruh negara.

Bekas johan qariah peringkat kebangsaan dan antarabangsa dari Kelantan, Faridah
Mat Saman, 60, berkata beliau bersyukur kerana sumbangannya itu mendapat
penghargaan yang dianggap setimpal daripada kerajaan.

"Ini suatu pengiktirafan kerajaan yang amat tinggi dan berharga buat kami warga
pendidik al-Quran," katanya ketika dihubungi di kediamannya di Seremban hari ini.

Faridah yang berasal dari Jalan Merican di sini adalah qariah paling kerap
menggondol gelaran johan qariah iaitu sejak 1964 hingga akhir 1970-an, termasuk
johan qariah peringkat antarabangsa tiga tahun berturut-turut iaitu dari 1994
hingga 1996," katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengumumkan bayaran
insentif tetap seumur hidup RM2,000 setiap bulan kepada qari dan qariah Malaysia
yang pernah menjadi johan tilawah al-Quran peringkat antarabangsa, berkuatkuasa
Oktober lepas.

Insentif itu membabitkan 23 individu iaitu sembilan qari dan 14 qariah yang menjadi
johan pertandingan itu sejak 1961 hingga kini.

Najib berkata bayaran imbuhan itu selaras dengan konsep pencapaian diutamakan
selain menunjukkan komitmen kerajaan dalam mengiktiraf dan menggalakkan
masyarakat Islam membudayakan al-Quran dengan berusaha membaca,
menghayati dan mengaplikasinya dalam kehidupan.

Seorang lagi qari yang pernah menjadi johan qari peringkat antarabangsa, Husin
Yunus, 47, berkata beliau amat berterima kasih kepada Perdana Menteri yang
terbuka pintu hati untuk mengumumkan perkara yang disifatkan sebagai anugerah
amat berharga.

Beliau yang kini bertugas sebagai guru kaunselor di Sekolah Kebangsaan Ibrahim I,
Pasir Mas muncul johan qari peringkat antarabangsa pada 1997.

"Saya bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada Datuk Seri Najib yang
bermurah hati kepada golongan penggiat al-Quran yang melakar sejarah negara di
persada tilawah di peringkat awal lagi," katanya.

Sementara itu beliau yang menganggotai jawatankuasa Persatuan Qari Al-Quran


Kelantan berharap kerajaan negeri menimbang semula langkah menyekat
penyertaan wanita sebagai qariah dalam tilawah al-Quran peringkat negeri.

"Ini penting bagi mewujudkan golongan pelapis wanita dalam bacaan dan
penghayatan al-Quran," katanya. BERNAMA
http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2010/02/06/imbuhan-kepada-johanqari-dan-qariah-suatu-penghargaan-kata-bekas-juara/

.kenangan.semalam, hari ini untuk esok

Bersama yang terhebat


Gembira sangat-sangat saya hari ini.
Apa tidaknya?
Lihatlah dengan siapa saya bergambar?

Sebelah kanan Hjh Faridah binti Mat Saman, qariah lagenda. Hebat Hajah Faridah....1st female
champion reciter dalam tilawah al Quran peringkat antarabangsa pada tahun 1964. Champion sebanyak
8 kali, (1966 - 1991). Hebat kan?
Di kiri pula Hjh Rahmas binti Abdullah, juga tak kurang hebatnya. Hajah ialah johan tilawah antarabangsa
sebanyak 6 kali. Dan sewaktu ia muda remaja, guru mengajinya ialah Hjh Faridah!
Sebenarnya sekarang ni saya di Kuantan, sudah 4 hari. Dan pagi tadi sempat saya hadir program ini.
Maafllah, tulisannya nampak tapi tak jelas. Majlisnya ialah....
Program Tahsin al Quran & Haflah Perdana Bersama Johan Qari & Qariah Kebangsaan dan
Antarabangsa anjuran Persatuan Tarannum Pahang.

Yang disenarai tu ialah nama-nama Qari-Qariah Kebangsaan dan Antarabangsa yang dijemput khas.
Selain daripada kedua-dua hajah di atas, antara Qari Kebangsaan dan Antarabangsa yang membuat
persembahan haflah termasuklah Hj Ahmad Tarmizi bin Hj Ali Al-Hafiz, juara Akademi Al Quran (AQ)
musim ke 4.

Masing-masing telah melagukan bacaan al Quran dengan hebat sekali, tiap-tiap sorang lain stailnya, dan
keunikan sendiri.. Dengan menghadiri majlis seperti ini, jelaslah saya cara-cara bertarannum "ilmu atau
kaedah suara yang dibunyikan menerusi rentak, nada dan irama yang tertentu untuk menambahkan
kelunakan seni bunyi sesuatu bacaan khususnya al Quran' Tapi saya tertanya-tanya juga, mengapa ada
hadirin (the men) 'got excited' setiap kali bacaannya Qari/ Qariah agak 'hebat' misalnya tarikan suara
tinggi, berlagu ayat panjang dengan satu nafas . Beri semangat ke?
Saya bertarannum? Hi hi....
Oh, ini tak boleh tinggal. tetamu khas

Sempat juga beliau bergurau "Tak payahlah berdiri, saya bukan Guru Besar" bila nampak mantan HM ini.
Yang ni pula never waste time

Sahabat handai yang hadir...lihat gembiranya mereka. Mereka merupakan antara peserta bengkel
program tahsin yang diadakan pada hari Sabtu semalam di masjid negeri bawah bimbingan Pn Hjh
Faridan Mat Saman.

Itulah dia, satu pagi dalam majlis ilmu bersama yang terhebat!

Mengenali Tokoh (Puan Hajjah Faridah Mat Saman)


Pengerusi Tola Travel Sdn Bhd : Puan Hajjah Faridah Mat Saman
oleh Haliza

KEJAYAAN diraih selepas melalui pelbagai kesukaran bukan saja memberi makna mendalam, malah
akan terus menjadi aspirasi untuk seseorang itu terus maju dalam bidang yang diceburi. Begitulah
semangat yang dirasakan bekas johan qariah Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa, Faridah
Mat Saman, 60, yang berjaya mengharumkan nama negara sebanyak lapan kali.Katanya, pengalaman
qari serta qariah terdahulu berusaha mencari guru dan meningkatkan mutu bacaan ketika menyertai
tilawah peringkat kebangsaan dan antarabangsa menjadikan setiap kejayaan detik manis untuk
dikenang.Selain minat mendalam, penat lelah serta susah payah merantau mencari tok guru sematamata untuk belajar taranum, selain memantapkan ilmu tajwid, terbayar apabila nama diumumkan sebagai
johan majlis tilawah.Dulu semua kena buat atas daya usaha sendiri.
Jika nak pandai lagi, kena berlatih setiap hari dan perlu rajin belajar dengan guru. Selepas menang,
usaha tetap diteruskan kerana ilmu belajar al-Quran tidak berhenti selepas menjadi johan.Selain
semangat diri, dorongan keluarga membantu kami pada waktu itu. Saya rasa semangat itu tidak ada hari
ini kerana kejayaan peserta tidak berulang seperti kami dulu, katanya.Faridah berkata, sepatutnya
sokongan serta bantuan daripada Kerajaan Pusat atau negeri menjadikan peserta tilawah lebih
bersemangat mencapai kejayaan dan usaha itu tidak sepatutnya terhenti selepas berjaya menjadi
johan.Qariah berasal dari Kelantan itu berkata, majlis tilawah al-Quran bukan pentas untuk menunjukkan
siapa hebat antara mereka, tetapi lebih kepada menilai kemampuan diri selain menimba pengalaman
daripada setiap peserta yang bertanding.Misi menyertai tilawah al-Quran ketika itu juga bukan untuk
mengejar kejuaraan, sebaliknya didorong minat mendalam mempelajari ilmu pembacaan al-Quran dan
berkongsi ilmu itu dengan pendengar.

Sejak penganjuran majlis tilawah peringkat antarabangsa dicetuskan bekas Perdana Menteri Malaysia
yang pertama, Tunku Abdul Rahman Putra pada 1961, pelbagai perubahan serta elemen baru disuntik
seiring dengan kemajuan dicapai negara.Ia termasuk dari segi konsep majlis tilawah, hadiah yang
ditawarkan, jumlah negara yang menyertainya serta pelbagai kemudahan lain disediakan penganjur demi
keselesaan peserta.Khusus bagi peserta negara, mereka kini mendapat sokongan serta bantuan
daripada kerajaan negeri yang menyediakan peruntukan dan guru terlatih sebagai persediaan awal ketika
menyertai tilawah peringkat kebangsaan.Sokongan yang sama turut disediakan penganjur untuk qari dan
qariah yang layak mewakili negara di peringkat antarabangsa.Faridah berkata, perkembangan positif itu
adalah bukti komitmen Malaysia memartabatkan majlis tilawah dan antara langkah berterusan penganjur
menarik minat masyarakat dunia bersama mengembangkan syiar Islam.Beliau yang terbabit sebagai
fasilitator kursus tahsin anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tahun ini berkata, peserta
yang bertanding menunjukkan peningkatan membanggakan.Katanya, jika dulu kebanyakan peserta luar
negara lemah dari segi bacaan berlagu, tetapi dengan usaha penganjur, kebanyakan mereka kini mampu
memberi persembahan yang baik.Saya gembira kerana dapat menyumbangkan ilmu membimbing
peserta tilawah kali ini. Semangat mereka untuk belajar menunjukkan kesungguhan mendalami ilmu
bacaan al-Quran.Menjadi harapan saya, majlis tilawah al-Quran peringkat antarabangsa akan terus
menjadi tradisi yang mengharumkan nama Malaysia.

Ini adalah cara kita menarik minat masyarakat untuk mendekati al-Quran, katanya.Kejayaan Faridah
memenangi tilawah peringkat antarabangsa sebanyak lapan kali menjadikan namanya terus terpahat di
hati mereka yang setia mengikuti perkembangan acara yang diadakan setiap tahun menjelang
kedatangan Ramadan.Penyertaan kali pertama mewakili Malaysia pada 1964 menjadikan beliau johan
qariah pertama melakar nama pada Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa. Beliau juga menjadi
johan qariah peringkat antarabangsa pada 1965, 1972, 1976, 1977 dan berjaya mempertahankan
kejuaraan tiga kali berturut-turut pada 1989, 1990 dan 1991. Hingga kini, rekod johan qariah lapan kali
yang disandang Faridah masih belum berjaya digugat qariah lain walaupun ada yang berjaya mencapai
kejayaan berulang. Antaranya qariah dari Johor juga berasal dari Kelantan, Rahmas Abdullah, pernah
mengharumkan nama negara sebanyak lima kali, sementara qariah dari Terengganu, Datuk Rogayah
Sulong muncul johan peringkat antarabangsa sebanyak empat kali.

FAKTA Johan Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan

QARI Kedah, Ismail Hashim, paling banyak menjuarai tilawah membaca al-Quran peringkat kebangsaan
sejak diadakan pada 1960. Allahyarham muncul johan sembilan kali iaitu pada 1962, 1963, 1965,
1966/67, 1969, 1970, 1971, 1974 dan 1975.

FARIDAH Mat Saman dari Kelantan adalah qariah palingbanyak muncul johan iaitu lapan kali. Faridah
menang pada 1964, 1965, 1972, 1976, 1977, 1989, 1990 dan 1991.

QARIAH Terengganu, Datuk Rogayah Sulong menjadi johan sebanyak tujuh kali iaitu pada 1961, 1963,
1966, 1973, 1974, 1978 dan 1979.

QARIAH Johor, Rahmas Abdullah muncul juara sebanyak lima kali iaitu pada 1984, 1985, 1992, 1994
dan 1995.

QARI Kedah, Abdul Ghani Abdullah juga menang lima kali iaitu pada 1972, 1977, 1978, 1980 dan 1982.

. KELANTAN paling ramai melahirkan juara qari dan qariah iaitu seramai 12 orang. Ini diikuti Terengganu,
dengan tujuh peserta dan Johor pula enam peserta

Posted by Tola Travel at 9:27 PM

Hajjah Faridah Bte. Mat SamanAnak kelahiran Temerloh Pahang ini dilahirkan pada 29.10.1948.Bapa
beliaubernama Mat Saman merupakan seorang imam di kampung.Manakala ibunyabernama Hajah Che
Yam Bte. Che Had ,berasal dari Kampung Kubang Terap PasirMas Kelantan merupakan seorang qariah
istana serta pernah menjadi johan tilawahal Quran peringkat negeri Kelantan.Ibunya telah meninggal
dunia pada 2003 ketikaberusia 95 tahun.Datuknya bernama Abd Rahman B. Che Man dan neneknya
ZainabBt Osman yang terkenal sebagai guru al Quran di kampungnya semenjak dari mudahingga ke
akhir hayat.Sejarah awal pendidikan beliau ialah di Sekolah Rendah Kebangsaan Pasir Mas yangkini
dikenali sebagai SK Sultan Ibrahim 1.Beliau mendapat pendidikan al Quranbermula dari kecil lagi dan
telah khatam al Quran pada seawal usia lima tahun lagimennerusi bimbingan kedua ibubapanya.Semasa
usia 12 tahun beliau telahmenyambung pengajiannya di sebuah pondok di Thailand selama tiga tahun
bergurukepada Ustaz Ghazali Mandaling yang berasal dari Indonisia berketurunan
Mekah.Selepas itu beliau berguru dengan Hj Ahmad Masum Pergau yang pernah
menjadi johan qari sekitar tahun 1960.Gurunya yang terakhir ialah Hj Nik Jaafar B.Nik Ismail dan Hj
Hassan Musa dari Pasir Mas

Debaran Faridah menunggu giliran


Oleh ZAID MOHD. NOOR
zaid.mohdnoor@kosmo.com.my

FARIDAH (duduk dua kanan) bersama ahli keluarganya.

BERTEMANKAN kedua-dua ibu bapa, datuk dan neneknya, bekas qariah negara, Faridah Mat Saman,
62, menaiki kereta api ke Kuala Lumpur untuk menyertai kali pertama tilawah al-Quran peringkat
kebangsaan pada 1963.

Sepanjang perjalanan, Faridah yang ketika itu baru berusia 15 tahun dipeluk manja oleh ibunya, Che
Yam Che Had yang juga guru pertama yang memberi tunjuk ajar kepada beliau membaca al-Quran pada
peringkat awal.
"Saya berdebar-debar menanti saat nama dipanggil mempersembahkan bacaan al-Quran," cerita Faridah
sambil tersenyum menceritakan pengalaman pertamanya menyertai tilawah al-Quran peringkat
kebangsaan ketika ditemui di rumahnya di Jalan Marican, Telipot, Kota Bharu, Kelantan.
Ibunya juga pernah memenangi johan tilawah peringkat negeri manakala datuk dan neneknya pula
terkenal sebagai guru al-Quran.
Bagaimanapun, berbekalkan semangat kental dan diiringi ahli keluarganya, beliau tetap menggagahkan
diri menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur.
Ibunya itu tidak menyangka gadis sunti yang dipeluknya sepanjang perjalanan untuk kali pertama
menyertai tilawah al-Quran muncul sebagai wanita pertama di negara ini johan dalam tilawah al-Quran
peringkat kebangsaan dan antarabangsa sebanyak iaitu lapan kali.
Faridah yang mendapat tunjuk ajar daripada seorang ulama keturunan Indonesia, Ghozali Mandailing di
sebuah pondok di Selatan, Thailand merupakan peserta qariah termuda dalam tilawah al-Quran peringkat
kebangsaan pada masa itu berkata, beliau agak gementar apabila mendapati peserta-peserta lain lebih
dewasa dan berpengalaman.
Walaupun sekadar naib johan dalam penyertaan pertamanya dalam tilawah al-Quran peringkat
kebangsaan, tetapi Faridah tetap berpuas hati. Pada masa yang sama beliau berazam untuk
mempertingkatkan kemahirannya membaca al-Quran.

Beliau selepas itu mendalami bacaan al-Quran termasuk sebutan,


tajwid dan seni berlagu yang betul daripada seorang guru al-Quran,
Ahmad Mat Som yang lebih dikenali sebagai Ahmad Pergau.
"Banyak perkara yang perlu dipelajari bagi mendalami ilmu alQuran," katanya yang masih sihat dan ceria.
FARIDAH (kiri) mengajar al-Quran
kepada cucunya Nurul Hasya Adli
(kanan).

Pada masa yang sama, Faridah yang mempunyai sembilan orang


anak dan 12 cucu berkata, beliau terpaksa menjaga suaranya
supaya lebih mantap dan bernafas lebih panjang dengan
mengamalkan beberapa petua termasuk tidak makan makanan
pedas, buah-buahan bergetah seperti rambutan, nangka,
mempelam serta tidak minum minuman berais.
Diundang ke Palestin

Hasil kerja kerasnya mendalami ilmu membaca al-Quran berhasil apabila terpilih untuk kali kedua
menyertai pertandingan tilawah al-Quran peringkat kebangsaan pada 1964.
Lebih menggembirakannya, beliau diisytiharkan sebagai johan peringkat kebangsaan pada pertandingan
tilawah al-Quran peringkat kebangsaan.
Beliau yang berpegang kepada prinsip tidak mudah berpuas hati dengan kejayaan terus meningkatkan
mutu bacaannya termasuk kemahiran seni lagu daripada guru al-Quran, Nik Jaafar Nik Ismail dan
Hassan Musa dari Pasir Mas, Kelantan.
Menurut Faridah, membaca al-Quran adalah kewajipan yang perlu diteruskan memandangkan banyak
fadilat diperoleh sekiranya seseorang sentiasa membaca al-Quran.

"Amalan membaca al-Quran juga mendapat pahala dan petunjuk daripada Allah, selain memberi
ketenangan jiwa dan fikiran," ujarnya.
Kerja keras anak kelahiran Temerloh, Pahang itu mula membuahkan hasil apabila muncul sebagai johan
tilawah peringkat kebangsaan dan antarabangsa pada 1972, 1976, 1977, 1989, 1990 dan 1991.
Kenangan paling manis pada sepanjang penglibatannya dalam tilawah al-Quran ialah mendapat
undangan Mufti Palestin untuk mempersembahkan bacaan di negara tersebut pada 1965.
Selain itu, beliau juga memperdengarkan bacaan al-Quran di Jordan, Iran, Turki, India, Mesir, Sudan,
Pakistan, Afghanistan dan Arab Saudi serta negara-negara Asia seperti Singapura dan Thailand.
Bagaimanapun Faridah terpaksa melupakan hasratnya untuk menyertai tilawah apabila kerajaan negeri
melarang qariah menyertai tilawah peringkat kebangsaan dan antarabangsa sejak 1991.
Namun bakatnya dalam bacaan al-Quran tidak dipersia-siakan apabila beliau mengendalikan kelas alQuran membabitkan wanita berusia di antara 30 tahun hingga 50 tahun di rumahnya dua hari seminggu.
Peserta yang mengikuti kelas al-Quran itu akan diajar dari segi sebutan, tajwib dan seni berlagu.
Pada masa yang sama, beliau juga menubuhkan kumpulan marhaban dan mendapat jemputan
mengadakan persembahan pada majlis-majlis rasmi di Kelantan.
Faridah berharap zaman kegemilangannya diwarisi keluarga terdekat dan impiannya itu mungkin menjadi
realiti apabila salah seorang cucunya, Nurul Hasya Adli Rodzuan, enam, menunjukkan bakat dalam
bacaan al-Quran.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?


y=2010&dt=0316&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_02.htm#ixzz3EPjzQuFa
Hakcipta terpelihara

Kursus Tahsin Bacaan al-Quran Peringkat Zon Timur Tahun 1431H/2010M


Submitted by projakim on Mei 14, 2010 - 12:40pm
Kursus Tahsin Bacaan al-Quran Peringkat Zon Timur Tahun 1431H/2010M telah
diadakan di Institut Latihan Islam Malaysia Wilayah Timur, Besut, Terengganu
bermula 10 hingga 13 Mei 2010. Kursus ini telah dihadiri seramai 27 orang peserta
dari negeri Terengganu dan Kelantan yang terdiri daripada qari dan qariah yang
berbakat besar dalam pembacaan al-Quran.

<?xml:namespace prefix = o ns = "urn:schemas-microsoft-com:office:office" />

Tujuan kursus ini adalah untuk meningkatkan kemahiran bacaan al-Quran para
peserta yang merangkumi bidang tajwid, fasohah, tarannum dan seni suara. Lapan
slot latihan amali telah dikendalikan oleh fasilitator yang berpengalaman luas dalam
tilawah al-Quran iaitu Y.Bhg. Tan Sri Sheikh Haji Ismail bin Muhammad, Y.Bhg. Tuan
Haji Nik Jaafar bin Nik Ismail, Y.Bhg. Tuan Haji Abdul Rahim bin Ahmad dan Y.Bhg.
Hajah Faridah binti Mat Saman.

Para peserta yang hadir telah berpuas hati dengan kaedah yang digunakan iaitu
pendekatan secara latih tubi bagi meningkatkan kualiti bacaan peserta. Para
peserta telah dipecahkan kepada empat kumpulan kecil dengan seorang fasilitator
mengikut bidang-bidang yang dihakimi dalam Majlis Tilawah al-Quran Peringkat
Kebangsaan. Dengan cara ini para peserta dapat memperdengarkan bacaan
masing-masing secara terus dengan fasilitator yang dilantik. Para peserta juga
berharap agar kursus sebegini diteruskan pada tahun hadapan.

Sesi Bergambar.

Majlis Penyampaian Sijil.

Sesi Latihan Amali.

Sesi Ujian Tilawah.

Tan Sri Sheikh Hj. Ismail selaku fasilitator fasohah.

Hajah Faridah Selaku fasilitator seni suara.

Tn. Hj. Abdul Rahim selaku fasilitator Tajwid.

Tn. Hj. Nik Jaafar selaku fasilitator Tarannum.

kpa

2765 bacaan

You might also like