You are on page 1of 6

http://ainsari.blogspot.my/2013/11/nota-ulum-hadis.

html

RINGKASAN PERBEZAAN ANTARA ILMU HADITS RIWAYAH DAN


DIRAYAH
Tinjauan Ilmu Hadits Riwayah Ilmu Hadits Dirayah
Objek pembahasan Segala perkataan, Hakikat, sifat-sifat dan
perbuatan dan kaedah-kaedah dalam
persetujuan Nabi saw. periwayatan
Pendiri Muhammad bin Syihab Abu Muhammad Al-
Az-Zuhri (w. 124 H) Hasan bin
Abdurrahman bin
Khalad Ar-
Ramahurmuzi (w. 360
H)
Tujuan Memelihara syari’ah Meneliti hadis
Islam dan kepentingan berdasarkan kaedah-
Sunnah kaedah atau
persyaratan dalam
periwayatan.
Faedah Menjauhi kesalahan Mengetahui
dalam periwayatan periwayatan yang
diterima (maqbul) dan
yang tertolak (mardud)

SEJARAH AL-HADITH

PENGUMPULAN & PENULISAN HADITH


 Sesungguhnya ilmu hadis merupakan salah satu cabang ilmu yang diwarisi
daripada ulama-ulama silam.
 Ilmu hadis yang tersedia ada sekarang sebenarnya telah melalui beberapa
peringkat sehinggalah ianya menjadi satu cabang ilmu yang unik dalam Islam.
 Jika diperhatikan dengan teliti, sejarah perkembangan ilmu Hadis merupakan
satu gambaran praktikal bagaimana Allah SWT menjaga kalam suci Nabi
Muhammad saw. sehingga sekarang dan menjaganya daripada ditokok
tambah sebagaimana DIA memelihara kesucian al-Quran.
 Penjagaan ini jelas kita perhatikan melalui para muhaddis dalam
meriwayatkan hadis dengan mementingkan kepada persoalan sanad atau
jalan hadis sehinggakan Ibn Salam pernah berkata "Sesungguhnya sanad itu
sebahagian daripada agama, kalaulah tidak kerana adanya sanad nescaya
mudahlah orang bercakap apa saja yang dia suka".
PERINGKAT PERTAMA : PERINGKAT PERTUMBUHAN
 Peringkat ini bermula daripada zaman sahabat sehinggalah ke akhir kurun
pertama hijrah atau lebih jelas lagi ianya bermula selepas daripada kewafatan
baginda Rasulullah saw.
 Pada zaman Rasulullah saw masih hidup, sudah ada usaha-usaha untuk
mengumpul dan menulis hadis sebagaimana yang dilakukan oleh Abdullah
bin Amru. Perkara ini diakui oleh Abu Hurairah sebagaimana yang
diriwayatkan oleh Imam Bukhari.
 Beliau mengakui Abdullah bin Amru lebih banyak meriwayatkan hadis
daripada Rasulullah hanya disebabkan beliau menulis hadis dan Abu
Hurairah tidak menulis. Namun begitu ada hadis yang melarang sahabat-
sahabat baginda daripada mencatit apa-apa yang berkaitan dengan
Rasulullah kerana takut ianya boleh melalaikan mereka daripada al-Quran.
 Tetapi ulama telah memberi pandangan bahawa ada hadis yang dibenarkan
untuk mereka mencatit dan menulis, secara langsung ia telah memansuhkan
hadis yang melarang.
 Selain itu Khalifah Umar pernah menyarankan proses pengumpulan hadis,
tetapi setelah beliau beristikharah selama sebulan maka natijahnya, beliau
menolak cadangan mengumpul hadis dalam bentuk penulisan ekoran
daripada sikap ambil beratnya terhadap Sunnah, yakni takut ianya bercampur
aduk dengan kalam Allah.
 Percubaan Saidina Umar ini menunjukkan kepada kita bahawa pengumpulan
hadis dari sudut hukum adalah harus dan beliau tidak berbuat demikian
adalah kerana dikhuatiri sahabat pada waktu itu lebih tertumpu kepada
Sunnah dan tidak kepada kitab Allah.
 Sikap ambil berat sahabat terhadap sunnah juga dapat kita perhatikan melalui
usaha mengumpul dan memastikan kesahihan hadis sehinggakan mereka
sanggup bermusafir beribu batu dengan hanya menaiki unta semata-mata
untuk mencari hadis sahih.
 Contohnya sebagaimana yang berlaku ke atas Jabir bin Abdullah yang
bermusafir selama sebulan ke negeri Syam, mencari dengan Abdullah bin
Unais al-Ansari bagi mendapatkan hadis daripada Rasulullah saw.
 Begitu juga sebelum berakhirnya zaman sahabat telah terdapat Sunnah dalam
bentuk pengumpulan dan pembukuan antaranya " as-Sahiifah as-Saadiqah"
oleh Abdullah bin Amru, " as-Sahiifah" oleh Jabir bin Abdullah al-Ansaari, "
as-Sahiifah as-Sahiihah" oleh Hamam bin Munabbih dan " sahiifah Ali" oleh
Saidina Ali.
 Begitulah perjalanan Sunnah pada kurun pertama.
PERINGKAT KEDUA : PERINGKAT PENGUMPULAN
 Peringkat ini bermula dari awal kurun ke dua hingga ke awal kurun ketiga
hijrah. Pada peringkat ini boleh dikatakan ilmu hadis telah sempurna dikumpul
dan dibukukan.
 Hal demikian memandangkan kepada beberapa faktor yang mendorong ulama
supaya membukukan sunnah.
 Antara faktor-faktor tersebut, kurangnya daya ingatan manusia pada zaman
itu tidak sebagaimana yang zaman sahabat dan taabi’iin. Ianya telah
diakui oleh Imam az-Zahabi dalam kitabnya "Tazkiratul Huffaz".
 Begitu juga telah lahirnya ajaran sesat serta kumpulan yang telah
terpesong daripada ajaran Islam yang sebenar seperti Mu’tazilah,
Khawarij dan lain-lain. Faktor tersebut telah mendorong Kalifah Umar bin
Abdul Aziz selaku pelopor kepada pembukuan Sunnah ini, mengarahkan
ulama untuk mengumpul segala hadis dengan tujuan untuk menyelamatkan
Sunnah daripada penyelewengan dan hadis-hadis Maudhu (hadis yang direka
dan dinisbahkan kepada Rasul).
 Begitu juga pada waktu itu telah timbulnya cabang ilmu hadis iaitu ilmu " al-
Jarh wa at-Ta’diil" bagi mengkritik periwayat hadis.
 Hal ini penting untuk menyelamatkan Sunnah daripada tujuan buruk mereka
mencipta hadis semata-mata untuk kepentingan kumpulan-kumpulan tertentu.
 Ulama telah mula berhati-hati dalam mengambil hadis daripada periwayat
hadis dan tidak meriwayatkan hadis daripada periwayat hadis yang tidak
dikenali peribadinya. Ulama hadis telah memberikan perhatian khusus pada
isi hadis dan sanadnya.
 Begitulah berakhirnya peringkat kedua

PERINGKAT KETIGA: PEMBUKUAN SECARA SPESIFIK


 Peringkat ini bermula dari kurun ketiga sehingga pertengahan kurun keempat
Hijrah. Kurun ketiga merupakan kurun keemasan bagi Sunnah Nabawiyyah
kerana jika dilihat daripada sudut perkembangan ilmu Hadis, kita nampak
pada kurun ini Sunnah telah dibukukan secara keseluruhan.
 Ulama Hadis telah mempelbagaikan pembukuaan Sunnah dan ini
menunjukkan kepada kita bahawa seninya Ulamak Hadis dalam
membukukan Ilmu Hadis.
 Sebagai contoh: ada Ulama membukukan hadis dalam bentuk Masaanid yang
membawa maksud, kumpulan hadis-hadis Nabi yang diriwayatkan oleh para
sahabat, seperti " Musnad Imam Ahmad".
 Manakala Imam Bukhari dan Muslim pula mengumpul hadis dalam bentuk " al-
Jaami’ as-Sahiih" yang bermaksud, kumpulan hadis-hadis yang meliputi
sebahagian besar perkara-perkara penting dalam agama termasuklah feqah,
Hari Kiamat, Adab, Sirah dan lain-lain.
PERINGKAT KEEMPAT: ZAMAN PENULISAN SENI-SENI ILMU HADIS
 Bermula dari pertengahan kurun ke empat hingga permulaan kurun ke tujuh,
ulama pada waktu ini dengan bantuan daripada apa yang telah ditinggalkan
oleh ulama-ulama sebelum ini telah mengembangkan lagi ilmu hadis kepada
keadaan yang lebih baik. Maka kita dapat lihat hasil yang dicurahkan oleh
generasi ini alam buku-buku seperti:
1. al-Muhdis al-Faasil bayna ar-Raawi wal al-waâyii - al-Qadhi Abu
Muhammad al-Waamahramzi
2. al-Kifaayah fii iâ lmi il-Riwaayah -al-Khatiib al-Baghdaadi
3. al-Ilmaaâ fii Usuul il-Riwaayah wa as-Samaaâ -al-Qaadhi Iâ yaadh
 Buku-buku yang dihasilkan pada zaman ini boleh dianggap sebagai sumber
utama ( al-Masaadir al-Asliyyah) dalam ilmu ini. Antara ulamak yang
memainkan peranan utama pada zaman ini ialah al-Khatiib al-Baghdaadi dan
al-Haakim an-Niisaabuuri.
PERINGKAT KELIMA: PERINGKAT KEMATANGAN
 Bermula dari kurun ketujuh hingga kurun kesepuluh. Pada waktu ini setiap
cabang ilmu hadis telah siap dibukukan.
 Antara ulama yang mengepalai perkembangan pada masa ini ialah Ibnu
Solaah yang telah mengarang kitabnya yang masyhur "uluum ul-Hadiis" Buku
ini adalah yang terbaik kerana mempunyai ciri-ciri :
I. Mempunyai Istinbat yang mendalam tentang pendapat ulama dan kaedah-
kaedah mereka
ii. menyusun takrif-takrif dan istilah ilmu hadis berdasarkan kepada
pandangan ulama terdahulu.
iii. Menyelidiki sendiri pandangan ulama terdahulu.
Kitab Ibnu Solaah ini menjadi panduan kepada mereka yang datang
selepasnya dan ada yang meringkas semula kitab tersebut dan ada juga yang
mensyarah semula dalam bentuk yang lebih terperinci.
 Antara kitab yang dihasilkan pada masa itu selain daripada kitab " uluum ul-
Hadiis" ialah :
1. al-Irsyaad oleh Imam Nawawi
2. al-Tabjirah wa at-Tazkirah oleh Haafiz ul-Iraaqi
PERINGKAT KEENAM: PERINGKAT TERBANTUTNYA ILMU HADIS
 Bermula dari kurun ke sepuluh hingga ke awal kurun ke dua puluh. Pada
waktu ini telah terhentinya zaman perkembangan ilmu hadis di mana ilmu
hadis telah sempurna sebagaimana diperingkat yang sebelumnya.
 Begitu juga kita lihat, pada waktu ini telah terhenti ijtihad dalam aspek
keilmuan memandangkan kepada kurangnya ulama yang berwibawa serta
tersebarnya fitnah akhir zaman.
 Manusia pada waktu itu hanya mengikut apa yang telah dihasilkan oleh ulama
terdahulu. Pada waktu ini ulama hadis hanya meringkaskan dalam bentuk
baru kitab-kitab lama supaya ianya mudah difahami samaada dalam bentuk
Syair ataupun al-Manzuumah (prosa) " al-Manzuumah al-Baiquuniyyah".

PERINGKAT KETUJUH: PERINGKAT KEMBALI


 Bermula dari awal kurun ke dua puluh hingga sekarang. Pada masa ini, ulama
mula menyedari bahaya yang dihadapi oleh Sunnah yang mana terdedah
kepada ancaman orientalis yang cuba sedaya upaya untuk mengelirukan
mata masyarakat tentang Sunnah Nabawiyyah.
 Oleh itu ulama telah bangkit dengan penulisan serta buku-buku untuk
menangkis semula pemikiran-pemikiran yang merbahaya tentang
Sunnah. Antara kitab-kitab yang dihasilkan ialah:

I. Qawaai’du ut-Tahdiith oleh Syeikh Jamaluddin al-Qaasimi


II. al-Hadiith wa al-Muhaddithuun oleh Syikh al-Duktuur Muhammad Abu
Zahrah.
III. Lain-lain
 Begitulah turutan perkembangan ilmu hadis dari zaman Rasulullah
sehinggalah ke zaman kita sekarang.
 Kita bersyukur kepada Allah kerana hadith-hadith Rasul telah dijaga oleh
ulama dengan penjagaan yang begitu rapi sehingga hadith-hadith dapat
sampai kepada kita pada hari ini.
 Semoga usaha-usaha yang dijalankan oleh mereka mendapat tempat di sisi
Allah swt. Kita sebagai generasi yang telah jauh daripada suasana ilmu yang
di tunjukkan oleh salafus us-Sooleh seharusnya berusaha untuk
mendekatkan diri dengan Sunnah dan beramal dengannya.

You might also like