You are on page 1of 12

ISU KESEPADUAN ILMU

DALAM BIDANG PENDIDIKAN


ISLAM KE ARAH MEMACU
PENDIDIKAN BERTARAF
DUNIA.

1
NURUL FATIHAH BINTI ABDUL RAZAK P J
KONSEP KESEPADUAN ILMU DALAM BIDANG
PENDIDIKAN ISLAM
Pendidikan bersepadu bermaksud pendidikan yang
menyepadukan antara ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah.
konsep pendidikan bersepadu adalah merangkumi
keseluruhan ilmu pengetahuan melibatkan ilmu agama dan
ilmu dunia.
Pendidikan ini bermaksud pendidikan yang berasaskan
tauhid serta melibatkan seluruh potensi manusia iaitu roh,
akal dan jasad secara sepadu.
KONSEP KESEPADUAN ILMU DALAM BIDANG
PENDIDIKAN ISLAM

Kesepaduan Kesepaduan
Dalaman Luaran
ISU KESEPADUAN ILMU: ISU GLOBALISASI
Ancaman liberalisasi yang paling
memudaratkan umat Islam ialah serangan
pemikiran dan budaya.
Liberalisasi membawa fahaman hak
kebebasan manusia seperti hak berucap, hak
menerbit atau menulis, hak memilih agama
dan lain-lain.
Kekuatan FPK yang berpaksikan kepada
kepercayaan tuhan dapat menghakis
pengaruh negatif daripada kesan globalisasi
ini.
LANGKAH MENGATASI ISU GLOBALISASI
Golongan remaja mestilah menguasai ilmu
agama selain daripada hanya fokus
kepada ilmu akademik
Jika golongan remaja berperibadi mulia,
maka ia dapat mencapai matlamat FPK
untuk melahirkan generasi yang berilmu
dan berakhlak sekaligus mampu
mendorong kearah sistem pendidikan
bertaraf dunia yang tida tertumpu kepada
aspek pembelajaran sahaja bahkan
pembentukan personaliti individu.
Tujuan sekularisme ini adalah untuk
ISU menutup sebarang hubungan alam ini
dengan Allah SWT.
SEKULARISME Ia menghalang kesepaduan ilmu dalam
DAN DUALISME bidang pendidikan Islam apabila
sekularisme tidak menjadikan Al-Quran
dengan As-Sunnah sebagai panduan serta
Fahaman sekularisme dan dualisme menggantikannya dengan falsafah dan
mestilah diatasi dengan segara bagi teori akal manusia.
membolehkan keseimbangan antara
ilmu agama dan ilmu akademik
berlaku.
Hal ini penting bagi merealisasikan
matlamat pendidikan negara bagi
melahirkan generasi yang intelek.
ISU KURIKULUM PENDIDIKAN
Isu yang masih belum diselesaikan hingga kini
adalah penilaian kurikulum pendidikan yang
masih mengutamakan peperiksaan akademik
yang cemerlang.
Hal ini menyebabkan sistem pendidikan hanya
tertumpu kepada ketinggian intelek sahaja bagi
mengukur kecemerlangan seseorang.
Dengan itu, matlamat pembangunan insan
seperti yang dinyatakan dalam FPK akan
terbantut kerana kejayaan pelajar diukur dari
satu perspektif sahaja.
ISU KURIKULUM PENDIDIKAN
guru juga tidak berkesempatan untuk
menerapkan nilai murni dalam setiap
pelajarannya kerana terlampau mengejar
matlamat peperiksaan.
Hasilnya, guru hanya mampu menghabiskan isi
kandungan mata pelajaran akan tetapi pelajar
tidak mampu mengaplikasikan segala yang
dipelajari dalam kehidupan kerana memegang
prinsip ilmu hanya untuk peperiksaan.
Malah, pelajar yang kurang mahir dalam
pelajaran juga akan terpinggir meskipun
bersahsiah tinggi
LANGKAH MENGATASI ISU
KURIKULUM PENDIDIKAN
Sistem pendidikan Malaysia perlulah
mengukur kejayaan seseorang individu
berdasarkan potensi lain selain daripada
peperiksaan akademik yang cemerlang.
Kesannya, ia dapat melahirkan generasi
yang bukan sahaja cemerlang dalam
peperiksaan bahkan turut cemerlang
dari segi sahsiah, ko-kurikulum,
kemahiran dan sebagainya seperti yang
dilaksanakan di negara Finland
ISU TAHAP PROFESIONALISME GURU
Guru atau pendidik merupakan agen penting dalam
menyampaikan ilmu pengetahuan.
Keberkesanan pendidikan bergantung kepada
kesedaran para guru terhadap tanggungjawabnya
sebagai pendidik.
Sebahagian daripada guru masa kini tidak menepati
kehendak FPK dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG) atas
faktor desakan ekonomi dalam hidup dan pengaruh
sekularisme.
Hal ini menyebabkan kebanyakan individu memohon
untuk menjadi guru demi memenuhi tuntutan peluang
pekerjaan yang mendesak dalam bidang perguruan.
LANGKAH MENGATASI ISU TAHAP PROFESIONALISME GURU
Guru pendidikan Islam hendaklah berpakaian
sopan, berdisiplin dan berkelakuan baik agar
para pelajar dapat mencontohi sikap tersebut.
Guru pendidikan Islam juga perlu menguasai
pelbagai kemahiran ilmu agar dapat
menggabungkan elemen ilmu agama dengan
ilmu akademik yang lain
Natijahnya, generasi yang sempurna dari segi
akal dan peribadi dapat dilahirkan bertepatan
dengan matlamat FPK serta mendorong sistem
pendidikan negara kearah sistem pendidikan
bertaraf dunia
RUMUSAN
Kesimpulannya, kesepaduan ilmu dalam bidang pendidikan Islam
amat penting bagi mewujudkan sistem pendidikan negara yang
berkembang pesat setaraf dengan negara maju yang lain. Konsep
kesepaduan ilmu ini mampu membina jati diri yang unggul dalam
generasi muda pada masa kini bahkan membolehkan mereka
menghadapi segala cabaran di masa hadapan. Oleh itu, segala isu
kesepaduan ilmu dalam bidang pendidikan Islam seperti
globalisasi, sekularisme dan dualisme, kurikulum pendidikan dan
tahap profesionalisme guru mestilah diatasi dengan segera oleh
pihak yang bertanggungjawab agar segala permasalahan dalam
mencapai matlamat sistem pendidikan bertaraf dunia mampu
diselesaikan dengan sebaik mungkin.

You might also like