You are on page 1of 2

Implikasi falsafah pendidikan Barat, Timur dan Islam terhadap perkembangan pendidikan di

Malaysia.

Jika dibandingkan dengan falsafah-falsafah pendidikan sama ada di negara Barat, Timur ataupun
faIsafah pendidikan Islam, falsafah pendidikan di Malaysia merupakan sesuatu falsafah
pendidikan yang mempunyai ciri tersendiri. Bagaimanapun, ia juga mengandungi sebahagian
unsur yang terdapat dalam falsafah pendidikan Barat, Timur dan juga falsafah pendidikan
Islam.Konsep falsafah pendidikan adalah suatu konsep penjelasan pemikiran dan prinsip-prinsip
yang memberi panduan serta masalah penjelasan halangan terhadapnya. Falsafah pendidikan
menggabungkan matlamat-matlamat pendidikan, dasar-dasar dan amalan-amalan supaya menjadi
sesuatu yang logis, tekal dan jelas. 

Pendidikan di Malaysia adalah Suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi


potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan
seimbang dari intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan  kemakmuran  masyarakat dan
negara.”

Pendidikan di Malaysia merupakan suatu usaha yang berterusan di mana pernyataan


diambil ini daripada pendapat  tokoh Barat iaitu John Jacques Rousseau (1712-1778) yang
menyatakan bahawa pendidikan merupakan satu proses berterusan yang bermula semasa kecil. 
Pendidikan di Malaysia yang mengutamakan aspek JERI merupakan implikasi daripada
pendidikan barat.  Unsur perenialisme yang dibawa oleh British semasa tanah melayu dijajah
dahulu, telah diperkenalkan dan ia dapat dilihat melalui mata pelajaran kesusasteraan Melayu di
mana pelajar mengkaji karya-karya yang dihasilkan oleh sasterawan negara.

Jika ditinjau secara keseluruhan, falsafah pendidikan kebangsaan adalah lebih mirip
dengan falsafah pendidikan rekonstrruktivisme. Kedua-dua  menekankan matlamat pendidikan
sebagai pencapaian kesejahteraan diri dan membentuk masyarakat keharmonian dan
kemakmuran. pendidikan rekonstruktivisme adalah berasaskan falsafah progresivisme, maka
falsafah pendidikan di Malaysia pula mengandungi ciri-ciri progresivisme dan pragmatisme.
Ciri-ciri ini boleh dihayati daripada kurikulum bersepadu sekolah rendah dan menengah. Salah
satu Fungsi pendidikan di Malaysia ialah mengembangkan potensi pelajar secara menyeluruh
dan bersepadu. Demi membentuk insan yang harmonis dan seimbang.  Fungsi ini pula boleh
dihayati daripada falsafah pendidikan rekonstruktisme, konfusianisme, nasionalisme dan
internasionalisme.
Mengikut falsafah pendidikan Islam, perkembangan individu dari segi intelek, rohani,
emosi adalah berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Di dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan pula dapat dihayati daripada falsafah pendidikan Islam ini. Tambahan
pula Pendidikan Agama dan Pendidikan Moral dalam KSSR dan KBSM mencerminkan ciri
pembelajaran afektif untuk perkembangan individu, khasnya dari segi rohani, emosi dan agama.
Selain itu, konsep pendidikan Islam juga turut diterapkan ke dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.  Islam mengatakan bahawa pendidikan merupakan satu proses secara berterusan
bagi memupuk seluruh potensi semulajadi manusia dari segi intelek, akhlak, rohani dan jasmani
secara bersepadu dan seimbang ke arah pembentukan insan soleh yang membawa kepada
kebaikan di dunia dan akhirat.  Ini dapat dilihat di mana Falsafah Pendidikan Kebangsaan turut
menyelitkan unsur intelek, akhlak, rohani, jasmani dan emosi. Penerapan ini menjadikan falsafah
pendidikan Islam sebagai satu panduan asas kepada pendidikan di Malaysia.  Ini dapat dilihat
sebahagian besar falsafah pendidikan kebangsaan menggunakan isi utama dalam falsafah
pendidikan Islam. 

Falsafah pendidikan Timur bertujuan untuk mencapai kebijaksanaan, mengekalkan


struktur kekeluargaan, menggubal undang-undang dan memenuhi kehendak sosial dan ekonomi. 
Mata pelajaran yang memfokuskan pendidikan  moral, politik, ekonomi, kebudayaan, muzik,
kesusasteraan dan sejarah ada terdapat di dalam pendidikan di Malaysia di mana mata pelajaran
seperti ini merupakan kurikulum pendidikan di China. Kerajaan telah mewujudkan Falsafah
Pendidikan Guru untuk menghasilkan guru yang berkualiti dan berupaya mencapai
kecemerlangan pendidikan. Pendidikan di India juga menekankan peranan guru sebagai
fasilitator dan pemangkin bagi menggerakkan perbincangan murid serta menjadi penjana idea
yang kreatif dan bernas dalam kalangan pelajar. Oleh sebab itu, pendidikan sekarang bukan
sekadar berpusatkan guru sebaliknya boleh berpusatkan pelajar. Guru bertindak sebagai rujukan
pelajar sekiranya mempunyai masalah. Proses pengajaran dan pembelajaran merupakan proses
komunikasi dua hala dan berkesan.

You might also like