Professional Documents
Culture Documents
Pertama sekali, saya bersyukur kepada Tuhan kerana dengan limpah kurnia-
Nya, saya telah diberi kesempatan untuk menyiapkan amanah dan tanggungjawab ini
dalam janggka masa yang ditetapkan.
Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada ibu bapa saya yang selalu memberi
dorongan kepada saya sepanjang menyiapkan tugasan ini.
Tidak lupa juga saya rakamkan ribuan terima kasih kepada pensyarah yang saya
hormati dan sanjungi iaitu Pn.Siti Anidah Binti Kamsir atas segala tunjuk ajar dan
didikan yang telah beliau berikan sepanjang pelaksanaan tugasan ini.
Tidak lupa juga kepada rakan-rakan saya yang telah memberikan bantuan,
sokongan dan kerjasama yang amat baik tanpa berkira dan ikhlas membantu untuk
kebaikan bersama.
Saya berdoa agar tugasan ini menepati kehendak soalan tugasan dan berjaya
disemak oleh pensyarah.
Sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran guru mestilah terlebih dahulu
membuat perancangan bagi menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti
dan mencapai objektif yang digariskan. Pendidik perlu memikirkan pelbagai elemen dan aspek
yang boleh mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran kerana elemen-elemen ini boleh
memberi kesan kepada kejayaan proses pengajaran dan pembelajaran dalam mencapai
objektif yang dikehendaki. Perlu kita ketahui bahawa elemen yang mempengaruhi pengajaran
dan pembelajaran tidak hanya wujud di dalam kelas sahaja malahan terdapat juga di luar bilik
darjah. Memandangkan elemen yang perlu difikirkan terlalu banyak dan meluas, pendidik perlu
memikirkan satu reka bentuk pengajaran yang terbaik untuk membina dan merancang
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan bersesuaian.
Reka bentuk pengajaran merupakan mekanisma yang digunakan oleh guru atau pentadbir bagi
membina dan merancang dalam segala aspek dan sudut pengajaran dan pembelajaran.
Menurut Hunter (1987), kandungan dan corak pembelajaran mestilah dengan kualiti
pengajaran dan pembelajaran yang baik. Sebelum memasuki bilik darjah untuk proses
pembelajaran dan pengajaran menjadi kewajipan pendidikan untuk merancang pengajaran dan
pembelajaran dengan sebaik mugkin. Justeru itu, Setiap guru mestilah dapat menguasai reka
bentuk pengajaran bagi menghasilkan kualiti pembelajaran dan pengajaran yang berkualiti dan
mampu mencapai objektif yang digariskan.
2.0 MATLAMAT
Penggunaan perisian laman wen wix.com bagi tajuk menyahut seruan azan bagi mata pelajaran
pendidikan islam tahun 4 amat-amat membantu dalam memahami tajuk ini. Matlamat utama
penghasilan laman web ini adalah bagi menarik minat pelajar dalam memahami pelajaran
secara kendiri tanpa bantuan guru secara maksimum. Guru hanya dirujuk jika ada maklumat
yang kurang difahami. Perisian ini digunakan sebagai bahan bantu mengajar seterusnya dapat
mempelbagaikan lagi metod pembelajaran.
Dengan adanya laman web ini, Ia juga dapat memudahkan guru dalam merancang proses
pengajaran dan pembelajaran supaya hasil yang diperolehi diakhir pembelajaran mencapai
hasil yang positif dan cemerlang. Selain itu, beberapa matlamat khusus telah di tetapkan dalam
penghasilan perisian ini bagi tajuk menyahut seruan azan iaitu:
1- Dapat memberi pengukuhan lebih mantap dalam memahami tajuk menyahut seruan
azan.
2- Memberi pendedahan penggunaan teknologi dalam pembelajaran kendiri kepada para
pelajar.
3- Menarik minat pelajar untuk lebih mendalami tajuk yang dipelajari.
Sebelum pembelajaran dihasilkan analisis merupakan proses pertama yang perlu dilaksanakan
bagi mereka bentuk modul pengajaran dan pembelajaran. Fasa ini merupakan asas untuk fasa-
fasa seterusnya dalam reka bentuk sesuatu pengajaran. Pada peringkat ini, fokus utama adalah
menjalankan beberapa analisis dan proses mengenal pasti masalah dan cara menyelesaikan
masalah merupakan antara perkara yang terpenting pada fasa ini. Dengan perlaksanaan
proses ini dapat memastikan reka bentuk pengajaran yang akan dihasilkan menepati dan
memenuhi keperluan pelajar yang sebenar. Masalah yang berkaitan boleh dikenal pasti melalui
pelbagai kaedah. Beberapa bentuk soalan boleh dijadikan panduan oleh guru untuk proses
menganalisa. Antaranya adalah seperti berikut:
Fasa kedua merupakan fasa reka bentuk. Pada fasa ini guru akan memilih sistem penyampaian
dan menyusun atur pengajaran serta penghasilan objektif dan item ujian. Hasil yang diperolehi
dari fasa ini akan menjadi pengetahuan permulaan kepada fasa berikutnya iaitu fasa
pembangunan. Bagi mata pelajaran pendidikan islam kemahiran membaca, menulis,
mendengar serta bertutur merupakan kemahiran asas yang perlu dikuasai pelajar. Fasa ini
perlu diberi penekanan kerana ia merupakan fasa yang amat penting kerana kelancaran
pengajaran seorang guru ditentukan pada fasa ini.
Gambar
video
Gambar
Gambar
Pengertian azan
Home Azan Iqamat Adab Azan Dan video kuiz
Iqamat
Lafaz Dan
Jawab Azan
Gambar
Gambar
Pengertian iqamat.
Home Azan Iqamat Adab Azan Dan video kuiz
Iqamat
Lafaz Dan
Jawab Azan
Pengertian iqamat
Home Azan Iqamat Adab Azan Dan video kuiz
Iqamat
Muazzin
Muazzin Gambar
ADAB SEBELUM AZAN DAN ADAB SEMASA AZAN DAN ADAB SEMASA AZAN DAN
IQAMAT IQAMAT IQAMAT
next
next
next
ADAB SELEPAS
ADAB SEMASA
MENJAWAB
AZAN DAN
AZAN DAN
IQAMAT
IQAMAT
Gambar Tekan Tekan Gambar
saya> saya>
Video azan
GAMBAR
https://sitijannahdini.wixsite.com/my-site
6.0 RUMUSAN
1.https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/fs4a-html/pengajaran-siri-fs4a/pengajaran-
html/pengajaran-2-1-pengenalan-kepada-css/2-3-papan-cerita-wireframe
Malaysia.
2. Muhamad Nasir bin Arshad, Muhamad Tauffid bin Khasim, Nor Suhanna binti Abdullah.
(2018). Pendidikan Islam Tahun 4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.