You are on page 1of 13

1.

0 PENGENALAN TENTANG SEKOLAH


Dibuka secara rasmi pada 1 januari 2000, SK Taman Molek terletak di kawasan Bandar dalam
bandaraya Johor Bahru berhampiran dengan Pasir Gudang. Pada ketika itu, sekolah ini berada
di bawah pentadbiran Pajabat Pendidikan Johor Bahru. Dengan keluasan 5.3 ekar, ianya
ditadbir oleh guru besar pertamanya, Allahyarham Tn Hj Zainal Abidin b. Hassan (A.M.N) sejak
1 Disember 1999 hingga 23 Mac 2003 bersama kekuatan anggota 27 orang guru dan 713
orang murid.

Guru Besar kedua SK Taman Molek ialah Tn Hj Isa b. Abu yang berkhidmat selama 8 tahun
sehingga tahun 2011. Bermula tahun 2004, akibat perkembangan prasarana dan pertambahan
penduduk setempat, bilangan murid di SK Taman Molek semakin meningkat hingga ke 1821
orang. Bilangan tenaga pengajar juga turut ditambah kepada 75 orang sementara pusat
pembelajaran dibuka kepada dua sesi iaitu sesi pagi bagi murid tahap 2 dan sesi petang bagi
murid tahap 1.

Pada bulan Mei 2007, SK Taman Molek mula ditadbir oleh Pejabat Pendidikan Pasir Gudang
yang mula beroperasi pada 2 April 2007. Di bawah pentadbiran Guru Besar Tuan Haji Isa bin
Abu, SK Taman Molek terus mencipta nama dalam pelbagai kejayaan akademik mahupun
kokurikulum.

Kini, SK Taman Molek ditadbir urus oleh En. Che Kamarudin b. Che Mohd Zin, sebagai guru
besar ke-5 selepas En. Nordin b. Mohd Rukani yang bertukar jawatan sebagai Penyelia Unit
Kaunseling di Jabatan Pendidikan Negeri Johor. Setelah hampir 20 tahun dibuka, SK Taman
Molek mengalami pelbagai perubahan dari segi penambahbaikan infrastrukturnya sejajar
dengan perubahan masa. Selain itu, bilangan tenaga pengajar seramai 108 orang yang telah
banyak membantu meningkatkan pencapaian murid dalam prestasi akademik di samping
mencungkil bakat-bakat cemerlang dalam bidang kokurikulu. Pelbagai kejayaan cemerlang
dalam bidang kokurikulum terutamanya sukan bola tampar dan kompang telah direkodkan
hingga ke peringkat kebangsaan.

Kini Sekolah Kebangsaan Keladi mempunyai 40 orang guru dan 400 orang murid
dibawah pimpinan Yang Berusaha Tuan Haji Azizan Bin Md Saad Selaku Guru Besar
dan Dibantu Oleh Pn Suzanna Bt Md Saad, Penolong Kanan 1, Puan Kalidah Bt
Kaparawi , Penolong Kanan HEM dan En. Kamaruddin B Hussin Penolong Kanan
Kokurikulum.

1
1.1 LENCANA SEKOLAH

1.1.1 PENGERTIAN LAMBANG LENCANA SEKOLAH

1.1.1.1 Lambang papan litar di puncak membawa maksud kemajuan sekolah didukung seiring

zaman ICT.

1.1.1.2 Tiga Lapisan bulatan menandakan kesepakatan antara warga sekolah.

1.1.1.3 Lambang murid sedang menelaah membawa maksud tekun dan rajin dalam menuntut
ilmu.

2
1.1.1.4 Simbol merah di kiri kanan seperti muka buku terbuka sebagai lambang ilmu nadi
kekuatan sekolah.

1.1.1.5 Lima Gelung merah membawa maksud pembangunan jasmani, fizikal dan emosi turut
ditekankan selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

1.1.1.6 Motto sekolah ditulis dalam tulisan Jawi menandakan warisan tradisi terus dipelihara.

 Logo SK Taman Molek telah dicipta oleh En. Zakaria bin Hashim pada tahun 2000.

1.2 VISI DAN MISI SEKOLAH


Misi Sekolah
Visi Sekolah Sekolah Kebangsaan Keladi akan menjadi sekolah terbilang dalam Daerah
Kulim Bandar Baharu Pada 2015.”
Visi Sekolah
Menyediakan pendidikan berkualiti jasmani sihat dan akhlak mulia kepada murid untuk
melahirkan pemimpin bertakwa dan berketerampilan selaras dengan falsafah
pendidikan Negara.”

3
2.0 TUGASAN : PERSEKITARAN DAN IKLIM BILIK DARJAH

PELAN BILIK DARJAH 1 dan 2

SUDUT INFORMASI PAPAN HITAM SUDUT UMUM

P
I
N
T
U
MEJA GURU

1 2 3 4 5 6 7 8

9 10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23 24

25 26 27 28 29 30 31 32

33 34 35 36 37 38 39 40

P
I
N
T
U

SUDUT MATAPELAJARAN

4
PELAN BILIK DARJAH 3,4,5,6

SUDUT UMUM PAPAN HITAM SUDUT INFORMASI

P
I
MEJA GURU N
T
U

1 2 3 4 5 6 7 8

9 10 11 12 13 14 15 16

17 18 19 20 21 22 23 24

25 26 27 28 29 30 31 32

33 34 35 36 37 38 39 40

41 42 43 44 45 46 47 48

P
P
II
N
N
TT
U
U
5
SUDUT MATAPELAJARAN

Bahan ataupun sumber pengajaran pembelajaran cukuplah penting semasa


melakukan proses pengajaran dan pembelajaran bahasa arab di dalam bilik darjah.
Bahan atau sumber ini perlulah ada bersama guru dan pelajar semasa di dalam kelas,
tidak kira sama ada bahan tersebut dibawa oleh guru ataupun telah tersedia ada di
dalam kelas. Antara bahan atau sumber pengajaran pembelajaran adalah seperti sudut
matapelajaran, kosa kata, carta-carta matapelajaran dan sebagainya.

Antara bahan dan sumber pengajaran pembelajaran

6
Kesemua bahan dan sumber yang ditunjukkan diatas dipamerkan di dalam kelas
dan menjadi rujukan murid-murid pada setiap aktiviti pembelajaran. Secara tidak
langsung, bahan atau sumber ini akan memberikan kesan yang mendalam kepada
murid-murid kerana ianya menjadi rujukan sepanjang masa di samping penerangan
daripada guru matapelajaran bahasa arab. Bahan-bahan ini disusun dan dipamer
secara teratur contohnya pembahagian ruang mengikut matapelajaran dan aras
kesukaran. Bagi pelajar di tahap dua, bahan dan sumber pembelajaran lebih kepada
matapelajaran, manakala di tahap satu pula, bahan dan sumbernya lebih kepada
pengkelasan dan proses mengenal objek dan nama dalam bahasa arab.

Secara keseluruhan, persekitaran dan suasana bilik darjah mempunyai bahan


dan sumber pengajaran pembelajaran bahasa arab yang mudah digunakan oleh murid-
murid. Antara bahan yang mudah digunakan oleh murid-murid termasuklah sudut
matapelajaran yang terdapat dibelakang kelas, sudut informasi, dan beberapa bahan
bantu belajar yang terdapat pada ruang dan dinding kelas, buku-buku yang banyak di
perpustakaan serta persekitaran sekolah yang kaya dengan sudut ilmiah. Semua bahan
dan sumber ini dapat dilihat dengan jelas berdasarkan kepada jadual dibawah;

BAHAN SUMBER
Buku teks bahasa arab Sudut matapelajaran / informasi
Buku rujukan di perpustakaan Kosa kata bahasa arab
Sistem ICT Guru matapelajaran bahasa arab
Sudut ilmiah bahasa arab

7
Bahan dan sumber ini mampu menjana proses perkembangan fizikal dan kognitif
murid-murid disamping dapat meningkatkan daya serta kemahiran pelajar dalam
mengaplikasikan proses pembelajaran bahasa arab. Bahan dan sumber ini juga
disediakan bertujuan untuk memberi pendedahan serta tunjuk cara kepada para pelajar
dalam menghasilkan satu proses pembelajaran yang berkesan dan mencapai
objektifnya. Para pelajar juga dapat menggunakannya pada bila-bila masa semasa
dalam proses pembelajaran kerana sumber ini mudah digunakan dan tidak
membebankan, contohnya buku teks, sumber pendidikan di sudut matapelajaran serta
sudut maklumat yang terdapat di sekolah.

Di samping itu, murid-murid juga tidak terlepas dari menggunakan sistem


pembelajaran yang berasaskan komputer (ICT). Sistem perisian berasaskan komputer
ini telah dipasang khas iaitu di makmal komputer. Guru-guru bahasa arab yang
mengajar pada kelas-kelas yang berkenaan berpeluang menggunakannya serta
memberi pendedahan yang lebih dekat kepada murid-murid mengenai sesuatu tajuk
dalam topik bahasa arab. Guru dan murid-murid boleh menggunakannya mengikut
jadual yang telah disediakan.

Selain itu, makmal komputer juga beroperasi pada setiap hari yang mana sistem
penggunaannya juga berpandukan kepada jadual yang telah ditetapkan. Di makmal ini,
murid-murid akan diberi pendedahan yang lebih oleh guru tentang penggunaannya,
contohnya perisian bahasa arab, pencarian maklumat dan sebagainya. Sistem
pembelajaran sebegini akan membuatkan murid-murid tidak jemu kerana guru

8
memberikan ruang masa dan peluang kepada mereka untuk mendekati dan
menggunakan komputer.

Persekitaran dan iklim bilik darjah juga menggalakkan murid-murid melibatkan


diri secara aktif dalam setiap aktiviti pembelajaran. Antara program yang telah
disediakan oleh pihak sekolah kepada para pelajar adalah seperti program ihtifal
bahasa arab . Program ini berjalan pada bulan oktober setiap tahun. murid-murid akan
dilibatkan dalam beberapa program terutamanya nasyid bahasa arab,kalam jama’ie dan
kuiz bahasa arab.

Selain itu juga, pihak sekolah turut menekankan pelajarnya agar membiasakan
diri dengan penggunaan bahasa arab terutamanya semasa di dalam kelas. Mereka
akan diberi pendedahan awal oleh guru matapelajaran dan seterusnya murid-murid
tersebut akan meneruskan program ini, contohnya hiwar atau perbualan antara mereka.

9
Di dalam kelas pula, murid-murid sentiasa bersedia dengan setiap aktiviti
pengajaran guru. Apabila guru mengajar, murid-murid akan memberikan tumpuan yang
sepenuhnya terhadap pengajaran guru. Ini kerana, selepas daripada mengajar, guru-
guru akan memberikan latihan sebagai pengukuhan kepada sasuatu topik penagajaran
bahasa arab. Apabila latihan diberikan, murid-murid akan menyiapkannya sama ada
secara berkumpulan ataupun secara individu. Aktiviti-aktiviti seperti ini akan
membuatkan seseorang pelajar melibatkan diri mereka secara aktif. Mungkin juga
terdapat guru-guru yang memberikan hadiah kepada pelajar yang siap awal. Ini akan
membuatkan pelajar tersebut bertungkus-lumus untuk menyiapkannya. Secara tidak
langsung, objektif seorang guru untuk melihat pelajarnya terlibat secara aktif di dalam
proses pembelajaran akan tercapai.

Pembahagian murid secara berkumpulan di dalam kelas juga termasuk dalam


iklim bilik darjah. Namun, cara penyusunan murid-murid secara berkumpulan adalah
mengikut aras perkembangan kognitif dan fizikal mereka. Sebagai contoh, murid-murid
tahun 1 dan 2 akan duduk di dalam satu kumpulan yang ramai, antara 3 ke 4 orang.
Tujuannya adalah bagi membolehkan murid-murid tersebut menyesuaikan diri dengan
keadaan pembelajaran bersama rakan-rakan. Cara ini tidak akan membuatkan murid-
murid berasa jemu kerana mereka boleh berinteraksi secara luas dengan rakan yang
lain di dalam kumpulan.

10
Manakala bagi murid-murid tahun 3,4,5, dan 6, mereka akan duduk di dalam
kumpulan secara berdua dan bertiga. Ini kerana, tahap perkembangan kognitif mereka
lebih daripada pelajar tahun 1 dan 2. Pelajar pada tahun ini juga akan berinteraksi
sesama secara sempit kerana mereka sudah biasa dengan persekitaran termasuklah
dengan guru, keadaan kelas dan sebagainya. Jadi, guru-guru akan menyusun atur
meja mereka secara berdua dan kadang-kadang sahaja mereka diletakkan secara
berkumpulan besar. Ini bertujuan supaya murid-murid mendapat apa yang hendak
disampaikan oleh guru. Ia juga bagi mengelakkan murid membuat bising semasa
proses pembelajaran.

Selain itu, guru-guru juga akan membahagikan kumpulan murid-murid


berdasarkan kepada tahap pencapaian dan penguasaan terhadap hasil pembelajaran
bahasa arab. Jika terdapat murid yang lemah dalam matapelajaran bahasa arab, guru

11
akan meletakkan murid tersebut bersama pelajar yang pandai. Ini bertujuan untuk
menyamakan tahap pencapaian murid-murid serta membantu pelajar tersebut untuk
menguasai sesuatu topik sama dengan rakan yang lain. Guru-guru juga akan
meletakkan pelajar yang kurang pandai ini di bahagian hadapan kelas. Ini bagi
membolehkan guru memantau secara khusus tahap pencapaian murid-murid tersebut
dan membimbingnya secara berkesan. Langkah ini penting agar murid-murid yang
kurang pandai tidak ketinggalan daripada menguasai sesuatu topik pembelajaran
bahasa arab di samping guru dapat mengenalpasti pengajarannya mencapai objektif.

12
3.0 PENUTUP

Setelah saya menjalankan program PBS ini, saya telah dapat mengenalpasti beberapa
perkara yang dapat membantu saya menyelesaikan tugasan yang telah diberikan.
Sepanjang tempoh ini, saya telah mengambil pebagai kesempatan yang ada untuk
mencari dan mengumpul beberapa maklumat yang berkaitan tugasan seperti maklumat
pendidikan islam, maklumat umum tentang sekolah dan beberapa lagi yang berkaitan.
Sepanjang tempoh ini juga, saya telah bersama rakan-rakan untuk berkolaborasi
bersama guru-guru pendidikan islam dalam mencari maklumat. Semasa kolaborasi ini
juga, saya telah mengenalpasti beberapa masalah yang timbul dalam pendidikan islam
serta cadangan mengatasi masalah tersebut. Saya juga sempat mengambil beberapa
gambar yang difikirkan sesuai untuk dimasukkan dalam tugasan ini. Alhamdulillah,
sepanjang seminggu saya menjalankan PBS ini, saya telah mendapat berbagai
maklumat yang cukup bermakna terutamanya mengenai pendidikan islam dan
maklumat umum sekolah. Maklumat-maklumat yang diperolehi ini telah saya
pergunakan untuk menyelesaikan tugasan yang telah diberikan kepada saya.

13

You might also like