You are on page 1of 2

Jawatankuasa Penaja Sukan Permainan Catur

Sekolah Kebangsaan Taman Molek,


Persiaran Molek Utama, 81100, Johor Bahru,
JOHOR.
_________________________________________________________________________________________

Rujukan Tuan : JBA1088.600-3/(01)


Rujukan Kami : JBA1088.600-3/(01)
Tarikh : 01/01/2021

Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Taman Molek,
Persiaran Molek Utama,
81100, Johor Bahru,
JOHOR.

Melalui:
Guru Penasihat / Pemimpin Jawatankuasa Penaja Sukan Permainan Catur

Tuan,
PERMOHONAN MENUBUHKAN SUKAN PERMAINAN CATUR SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN MOLEK.

Saya dengan segala hormat dan takzimnya merujuk perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa sebuah Jawatankuasa Penaja Sukan Permainan Catur Sekolah
Kebangsaan Taman Molek telah diwujudkan pada 01/01/2021 Yang lalu dengan tujuan untuk menyemarakkan
lagi aktiviti ko-kurikulum dikalangan warga Sekolah Kebangsaan Taman Molek ini.

3. Sehubungan itu, saya bagi pihak Jawatankuasa Penaja dengan penuh harapan memohon sudilah apa
kiranya tuan membenarkan penubuhan Sukan Permainan Catur Sekolah Kebangsaan Taman Molek berasaskan
peraturan (4) dalam Peraturan-peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 seperti dalam Warta Kerajaan
Malaysia Jilid 42, No.11, Tambahan No.21, Perundangan (A):P.U (A)196, bertarikh 21 Mei 1998.

4. Bersama-sama ini disertakan draf perlembagaan dan peraturan-peraturan, senarai ahli jawatankuasa
penaja dan senarai aktiviti utama sebagai dokumen sokongan kepada permohonan ini.

5. Jasa baik dan keikhlasan tuan meluluskan permohonan ini amatlah dihargai dan disanjung tinggi.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

……………………………………………………….
(SITI NOR JANNAH DINI BT SHAMSUDDIN)
Guru Penasihat,
b.p Jawatankuasa Penaja Sukan Permainan Catur,
Sekolah Kebangsaan Taman Molek.

s.k 1. Guru Penolong Kanan Kokurikukum SK Taman Molek.


2. Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum, SK Taman Molek.
3. Fail Unit Sukan Permainan Catur
---------------------------------------------------UNTUK KEGUNAAN PEJABAT-------------------------------------------------------

Diluluskan
Permohonan
Tidak Diluluskan

Disokong oleh ; Diluluskan oleh,

………………………………………… …………………………………………
(PN RABIAH BT IBRAHIM) ( EN CHE KAMARUDIN BIN CHE MOHD ZIN)
GPK Ko-Kurikulum, Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Taman Molek Sekolah Kebangsaan Taman Molek

You might also like