You are on page 1of 25

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM


JALAN DATIN HALIMAH, 80350 JOHOR BAHRU
Laman Web : http.//ipgkti.moe.edu.my

NAMA PELAJAR : MUHAMAD FIRDAUS BIN RASMI

TAHUN : 3

PROGRAM : PISMP

AMBILAN : JUN 2020

PENGKHUSUSAN : PENDIDIKAN ISLAM / BAHASA ARAB


SEKOLAH : SK TELOK BEREMBANG,LUBOK
CHINA,78100, LUBOK CHINA , MELAKA
3.0 PERNYATAAN PROFESIONAL
3.1 SEBELUM PBS
Saya, iaitu pelajar 3PISMP Pendidikan Islam 1, telah ditugaskan untuk menjalani
Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) selama seminggu yang bermula pada 2
Ogos 2021 sehingga 6 Ogos 2021.Selain itu, ini merupakan Pengalaman Berasaskan
Sekolah (PBS) yang kedua untuk diri saya sebagai guru pelatih PISMP ambilan Jun
2020. Seterusnya, bagi Pengalaman Berasaskan Sekolah ini, saya telah memilih
Sekolah Kebangsaan Telok Berembang, Lubok China Melaka. Saya memilih sekolah
ini kerana perjalanan ke sekolah ini hanya mengambil masa lebih kurang 10 minit
sahaja dari rumah saya dan sekolah ini juga merupakan sekolah luar Bandar.

Sebelum menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS), saya telah diberi


taklimat berkaitan dengan PBS daripada Puan Norliza binti Samin selaku Ketua Unit
Praktikum IPG Kampus Temenggong Ibrahim dan juga Puan Khadijah sebagai
pembantu unit praktikum.. Taklimat ini diadakan secara maya sahaja iaitu melalui
platform “Zoom” oleh semua guru pelatih ambilan Jun 2020.Tetapi terdapat kekangan
yang dialami oleh sesetengah guru pelatih iaitu masalah internet untuk mengakses
masuk ke dalam taklimat secara maya tersebut. PBS ini juga bertujuan untuk memberi
kefahaman kepada guru pelatih tentang alam persekolahan dan juga memahami
perspektif seorang guru untuk melihat suasana pembelajaran di atas talian..

Menerusi PBS, saya dapat melihat melalui pemerhatian,penelitian dokumen


refleksi tingkah laku murid, pengurusan sekolah. Selain itu, guru pelatih akan dapat
memahami sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan yang unggul dan peranan
guru didalam bilik darjah untuk melaksanakan secara teori dan amalan dalam konteks
pengajaran dan pembelajaran selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Secara ringkasnya, dengan menjalani PBS,guru pelatih akan dapat
memahami bagaimana guru mengajar murid murid secara dalam talian dan
bagaimana pengurusan sekolah mentadbir sekolah dalam keadaan pandemik covid
19 ini.

Antara fokus utama tugasan PBS adalah memberi kefahaman kepada guru pelatih
tentang budaya sekolah, melatih siswa guru untuk menyesuaikan diri di sekolah dan
suasana pengajaran dan pembelajaran di atas talian. Selain itu PBS ini juga bertujuan
untuk memberi pendedahan awal tentang pembelajaran murid dan membantu guru
pelatih untuk memahami pengurusan strategi pengajaran dan pembelajaran.Secara
tidak langsung, pengalaman kemahiran berinteraksi dengan murid, guru dan
kakitangan sekolah juga merupakan salah satu objektif Pengalaman Berasaskan
Sekolah.
Melalui dapatan Pengalaman Berasaskan Sekolah, guru pelatih dapat membina
kemahiran mengumpul maklumat tentang peranan dan tanggungjawab panitia
Pendidikan Islam dan juga pentadbiran sekolah yang berkaitan dengan bilik darjah. Di
samping itu, PBS membina kemahiran inkuiri penemuan dan kemahiran berfikir
secara kritis dan analitik selain membolehkan guru pelatih membina sikap positif
terhadap profesion keguruan.Di akhir tuasan PBS ini, saya di arahkan untuk membuat
refleksi mengenai tugasan dan tanggungjawab guru dan mendokumentasikan
pengalaman yang dilalui untuk perbincangan semasa sesi refleksi nanti.

Selain itu juga, sedia maklum dunia sekarang di landa dengan wabak covid 19,
jadi kami di arahkan untuk menjalani PBS di tempat masing masing iaitu kampung
halaman. Jadi saya telah memilih untuk menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah
di kawasan berhampiran dengan rumah saya iaitu Sekolah Kebangsaan Telok
Berembang, Lubok China, Melaka. Saya akan menjalani PBS di sekolah tersebut
selama seminggu iaitu dari 2 Ogos sehingga 6 Ogos 2021.. Untuk makluman, sekolah
ini beroperasi hari isnin sehingga hari jumaat.Seterusnya,dalam situasi pandemik
covid 19 ini para pelajar tidak dibenarkan untuk hadir ke sekolah, jadi sesi pengajaran
dan pembelajaran diadakan secara dalam talian mengikut kehendak guru masing
masing seperti aplikasi google classroom, zoom, voice chat, whatsapp dan juga
telegram. Disamping itu juga bagi para pelajar yang tidak dapat mengikuti
pembelajaran di dalam aplikasi tersebut, guru guru ada menyediakan modul modul
untuk dibuat oleh pelajar supaya mereka tidak ketinggalan di dalam pelajaran. .
3.2 LAPORAN PELAKSANAAN AKTIVITI YANG DIFOKUSKAN

BIL TARIKH TINDAKAN

1. 2 Ogos 2021 • Melapor diri kepada guru besar di pondok pengawal


keselamatan
(Isnin)
• Berbual bersama guru besar dan berkenalan antara
satu sama lain .
• Mendengar penjelasan guru besar berkenaan dengan
sekolah yang saya pilih.
• Sesi penggambaran Bersama guru besar sebagai
laporan bulanan mereka di samping penjarakan sosial
yang di amalkan semasa sesi tersebut.
• Mengumpul maklumat sekolah
➢ Sejarah
➢ Carta organisasi
➢ Pengurusan sekolah
➢ Kemudahan dan bilik khas

2. 3 Ogos 2021 • Melakukan Pengalaman Berasaskan Sekolah hanya di


rumah kerana guru besar mengehadkan kakitangan dan
(Selasa)
staf sekolah yang berada di sekolah
• Menandakan kehadiran di google form yang telah dibuat
oleh unit praktikum.
• Mengikuti kelas Pendidikan islam yang diadakan oleh
ketua panitia Pendidikan islam iaitu ustazah Musalmah.

3. 4 Ogos 2021 • Menghadirkan diri ke sekolah buat kali kedua


• Meminta izin guru besar untuk melakukan rondaan di
(Rabu)
sekolah
• Menangkap gambar bilik bilik khas dan juga
kemudahan kemudahan yang terdapat di sekolah ini.

4. 5 Ogos 2021 • Melakukan temu bual bersama guru Pendidikan islam


dan juga guru Bahasa arab
(Khamis)
• Dilakukan di sekolah di sebuah bilik iaitu di makmal
sains
• Merekodkan perbualan tersebut di dalam telefon bimbit
• Disamping bertanyakan maklumat berkenaan dengan
kerja khusus pedagogi Pendidikan al quran .

5.

• Menghadirkan diri ke sekolah untuk memberikan


borang penilaian kepada guru besar.
6 Ogos 2021
• Meminta kata kata semangat daripada guru besar
(Jumaat)
• Sesi fotografi bersama guru besar
• Pulang dari sekolah
4.0 INSTRUMEN
PENGUMPULAN DATA
BERHUBUNG TUGASAN
4.1 PEMERHATIAN

SUASANA SEKOLAH

Gambar 1 Gambar 2 Gambar 3


Bangunan sekolah Logo sekolah
Tingkat bangunan

Gambar 4 Gambar 5 Gambar 6


Taman Pra Sekolah Tempat letak kereta Laluan surau

Gambar 7 Gambar 8 Gambar 9

Pra sekolah Sudut kaktus Sudut pekebun cilik


Gambar 10 Gambar 11 Gambar 12
Kaligrafi khat Kemudahan di surau Sudut Denggi

Gambar 13 Gambar 14 Gambar 15

Papan aktiviti Taman burung Peti Disiplin

Gambar 16 Gambar 17 Gambar 18

Perpustakaan mini Sudut recycle Aktiviti surau


Gambar 19 Gambar 20 Gambar 21
Program sekolah Surau al Hakim Pintu depan surau

Gambar 22 Gambar 23 Gambar 24


Bilik KDM Pemulihan Khas Laluan sejarah

Gambar 25 Gambar 26 Gambar 27

Bilik Mesyuarat Bilik J qaf Program sekolah


Gambar 28 Gambar 29
Perpustakaan Pameran ict

Gambar 30 Gambar 31

PDPR Bilik Komputer


4.2 SENARAI SEMAK

SENARAI SEMAK BAGI PENGUMPULAN DATA DI SKTB MELAKA

SENARAI SEMAK KEMUDAHAN KELAS

BIL PERKARA ADA TIADA CATATAN

1. Papan notis

• Visi dan misi sekolah /

• Peraturan kelas /

• Jadual waktu /

2. Keceriaan kelas /

3. Kelengkapan kemudahan /

• Kerusi dan meja /

• Tong sampah /

• Lampu dan kipas /

• Jam dinding /

• Papan hitam /

• Sudut pembacaan /

SENARAI SEMAK PERWATAKAN GURU GURU DI SEKOLAH

BIL PERKARA YA TIDAK CATATAN

1. Peramah /

2. Keterampilan yang kemas /

3. Prihatin /

4. Berkomunikasi dengan berkesan /

5. Mengamalkan budaya ilmu /


SENARAI SEMAK BILIK BILIK KHAS

BIL PERKARA ADA TIADA CATATAN

1. pejabat /

2. Bilik guru besar /

3. Bilik bilik gpk /

4. Bilik guru /

5. Bilik komputer /

6. perpustakaan /

7. Bilik spbt /

8. Stor sukan /

9. Makmal sains /

10. surau /

11. Bilik jqaf /

12. Bilik rehat guru /

13. Bilik bbm /

14. Bilik dokumentasi /

15. Bilik seni /

16. Bilik mesyuarat /

17. Bilik Kelab Doktor Muda /

18. Sudut Pekebun Cilik /

19. Bilik Pendidikan Khas /

20. Bilik Pemulihan /

21. Bilik Media /

22. Bilik Kaunseling /


4.3 TEMU BUAL

Kaedah temu bual juga telah saya gunakan dalam menjalani tugasan ini.Saya telah
menemu bual beberapa orang guru seperti guru besar, ketua panitia Pendidikan Islam
dan juga guru Bahasa Arab.Semasa menjalankan temu bual ini, saya telah
mengemukakan beberapa soalan kepada mereka. Kerjasama yang diberikan oleh
mereka sangat baik dan saya mendapat jawapan yang saya inginkan. Akhirnya
tugasan untuk kerja khusus mata pelajaran Pedagogi Pendidikan al quran dan juga
Bahasa arab juga dijalankan untuk memudahkan saya menyiapkan kerja khusus yang
diberikan.

Guru yang saya temu bual mengatakan respon yang ditunjukkan oleh murid semasa
kelas di dalam talian, apabila soalan diajukan kepada mereka adalah amat
bersemangat dan mnemberangsangkan. Murid murid berlumba lumba untuk
membuka mikrofon di aplikasi masing masing bagi menjawqab soalan yang di ajukan.
Namun begitu, ada juga pelajar yang pendiam dan tidak menjawab soalan dan hanya
menjawab apabila Namanya disebut oleh guru tersebut.

Guru yang ditemubual mengatakan bahawa murid yang pendiam itu bukan malas
tetapi murid berasa takut di samping mempunyai masalah internet untuk menjawab
soalan yang dikemukakan oleh guru tersebut. Seterusnya mereka tidak berani
menjawab soalan jika jawapan yang diberikan adalah salah maka dikhuatiri akan
dimarahi oleh guru. Oleh sebab itu, murid tersebut hanya mendiamkan diri dan melihat
sahaja apa yang berlaku di depannya. Oleh itu, kita sebagai guru perlulah
bersabardan sentiasa membimbing pelajar jika mereka melakukan kesalahan. Kita
juga jangan cepat menghukum kerana kanak kanak berada dalam proses belajar.
Oleh itu wajarlah ada kesalahan yang berlaku kerana kesalahan merupakan guru
terbaik bagi mencapai kejayaan.
5.0 KOLABORATIF
BERSAMA PIHAK
SEKOLAH
LAMPIRAN 1-3

REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN


(Pengurus sekolah /guru/pensyarah/kakitangan sekolah/murid yang ditemubual)
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

Tarikh:2 ogos 2021 Masa:10:00 pagi


Tajuk/perkara: Masalah yang berlaku dalam kalangan pelajar semasa pdpr
Isi perbincangan Cadangan tindakan
1. Beliau telah berkhidmat 2 tahun di Langkah untuk menyelesaikan masalah:
sekolah ini dan memegang jawatan
sebagai guru besar di sekolah ini.
• Bantu mereka dari segi bertanya
2. Sepanjang tempoh beliau memegang masalah yang di hadapi melalui
jawatan ini, tiada masalah yang serius aplikasi whatsapp kepada
berlaku. Masalah yang sering berlaku ibubapa mereka.
adalahpelajar tidak hadir ke dalam kelas • Bagi masalah tidak memasuki
dalam talian dan tidak mengambil modul kelas dalam talian guru subjek
di sekolah. tersebut telah menghantar
rakaman kelas tersebut kjepada
3. Beliau telah berusaha untuk mengenal murid yang tidak menghadiri
pasti punca tersebut di dapati bahawa kelas tersebut.
mereka tidak mempunyai gajet untuk • Selain itu,bagi masalah ibubapa
memasuki kelas di dalam talian di yang tidak mengambil modul di
samping terpaksa berkongsi gajet sekolah, guru guru akan
bersama adik mereka yang lain. menyenaraikan nama mereka
supaya mereka bertindak untuk
mengambil modul anak mereka

Tandatangan: KHAHAR
Nama: ENCIK KHAHAR BIN HJ JAAFAR
Jawatan; GURU BESAR SK TELOK BEREMBANG
LAMPIRAN 1-3

REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN


(Pengurus sekolah /guru/pensyarah/kakitangan sekolah/murid yang ditemubual)
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

Tarikh:3 Ogos 2021 Masa:10:00 pagi


Tajuk/perkara: Pembelajaran murid dalam subjek Pendidikan Islam
Isi Perbincangan Cadangan Tindakan
1. Beliau telah berkhidmat 18 tahun di Tindakan menghadapi cabaran
sekolah ini dan memegang jawatan • Pihak sekolah membekalkan
sebagai Ketua Panitia Pendidikan Islam alatan ICT seperti netbook tetapi
di hujung persekolahan perlu
2. Cara membantu murid murid memulangkannya balik
meningkatkan minat murid dalam subjek
• Meminta pandangan guru guru
Pendidikan Islam.
yang berpengalaman mengajar IT
• Pendekatan ICT kepada guru supaya tiada
• Memberi murid murid pendekatan halangan untuk mengajar
modul • Menyampaikan pelajaran
• Variasikan cara pengajaran Pendidikan Islam dengan
pendekatan deduktif iaitu
3. Cabaran untuk menyampaikan mata daripada umum kepada khusus
pelajaran Pendidikann Islam dalam
talian
• Pelajar kekurangan gajet untuk
menghadiri kelas
• Guru tiada pengalaman belajar
menggunakan aplikasi google
classroom

Tandatangan: MUSALMAH
Nama: USTAZAH MUSALMAH BINTI HASSIM
Jawatan: KETUA PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
LAMPIRAN 1-3

REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN


(Pengurus sekolah /guru/pensyarah/kakitangan sekolah/murid yang ditemubual)
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

Tarikh:4 Ogos 2021 Masa:10:00 pagi


Tajuk/perkara: Pembelajaran murid dalam subjek Bahasa Arab
Isi Perbincangan Cadangan Tindakan
1. Beliau telah berkhidmat 14 tahun di Tindakan menghadapi cabaran
sekolah ini dan memegang jawatan • Guru membimbing pelajar yang
sebagai guru Bahasa arab lemah sehingga dapat menguasai
sesuatu subjek
2. Kandungan buku teks Bahasa Arab
relevan atau tidak pada masa kini
• Bagi mereka yang tidak
• Relevan, kandungan telah di menghadiri kelas dalam talian,
ringkaskan guru tersebut akan bertanya
• Skop pengajaran lebih kecil sebab kepada mereka melalui
• Menggunakan pendekatan whatsapp ibubapa mereka.
google classroom, modul dan
juga buku teks.
• Bagi murid yang tidak memahami
3. Cabaran untuk menyampaikan mata maksud Bahasa arab, guru akan
pelajaran Bahasa arab dalam talian sertakan gambar semasa
• Pelajar kurang faham makna perkataan itu di ajarkan
makna Bahasa arab
• Pelajar tidak hadir ke kelas

Tandatangan: JULIANA
Nama: USTAZAH JULIANA BINTI ABU KASIM
Jawatan: GURU BAHASA ARAB
6.0 ILMU PENGETAHUAN BARU

6.1 PEMERHATIAN

Dalam proses pemerhatian yang telah saya jalankan, terdapat beberapa


pengalaman baru yang saya perolehi iaitu tentang pengurusan dan budaya
sekolah.Melalui aspek fizikal, saya dapat perhatikan tentang susun atur serta
keceriaan yang terdapat di sekolah tersebut yang amat menarik bagi murid murid yang
bersekolah di situ.Sekolah di situ menghias di dinding dengan pelbagai kata kata
semangat, keagamaan, patriotik dan pengetahuan am.Warna yang digunakan juga
amat menarik dan menarik minat murid murid untuk tetap hadir ke sekolah. Sekolah
itu juga mempunyai taman herba yang mempunyai tumbuh tumbuhan hijau untuk
membekalkan oksigen kepada warga sekolah dan untuk melepaskan tekanan dan
melegakan perasaan mereka.Selain itu terdapat mini perpustakaan, sudut pekebun
cilik dan juga taman burung nuri.Tambahan pula,kemudahan dan alatan untuk
pendidikan jasmani seperti kayu hoki, bola, gelung rotan dan sebagainya . Selain itu,
dari sudut disiplin pula, secara keseluruhannya, saya amat berpuas hati dengan
disiplin yang telah ditunjukkan oleh murid murid semasa kelas dalam talian. Murid
murid di sekolah tersebut menunjukkan kerjasama dan sikap menghormati para guru
yang tinggi dalam diri murid kerana ia amat ditekankan oleh pihak sekolah sejak di
tahun 1 lagi.

6.2 SENARAI SEMAK


Semasa menjalani PBS, saya telah belajar menggunakan senarai semak dengan
betul. Ketika mencari maklumat berhubung dengan tugasan ini, senarai semak
digunakan sepenuhnya agar tiada perkara yang dikehendaki tertinggal. Senarai
semak merupakan satu borang yang sangat penting dalam menjalankan tugasan atau
kajian.Perkara yang terdapat dalam senarai semak yang perlu saya penuhi adalah
pengurusan dan organisasi sekolah, prasarana, maklumat murid dan berkenaan
dengan kokurikulum sekolah.Semasa proses mencari dan mengumpul maklumat
maklumat ini, banyak pengetahuan mengenai pendidikan , pengurusan pentadbiran
telah saya pelajari dan perolehi. Sebagai contoh mengenai bilangan murid dan guru
yag terdapat di sekolah tersebut.Selain itu juga tidak semua kemudahan yang
disenaraikan di dalam senarai semak terdapat di sekolah yang saya jalani PBS
tersebut seperti bilik seni dan juga bilik ABM.
6.3 TEMU BUAL
Temu bual ini telah dijalankan semasa PBS tempoh hari untuk mengumpulkan
maklumat tentang sekolah dan apa apa yang berkaitan dengan kerja khusus. Temu
bual yang dilaksanakan telah melibatkan beberapa pihak guru sekolah iaitu terdiri
daripada gurubesar, ketua panitia Pendidikan islam, guru Pendidikan islam dan juga
guru Bahasa arab. Guru yang pertama saya temu bual ialah guru besar untuk
mengetahui masalah yang dihadapi oleh pengurusan sekolah.Menerusi temu bual ini
saya dapat mengetahui masalah yang kerap kali berlaku dalam kalangan pelajar dan
mengetahui serba sedikit latar belakang keluarga pelajar.Guru yang kedua yang saya
temu bual ialah ketua panitia Pendidikan islam yang merupakan guru yang paling lama
berkhidmat disekolah tersebut.Temu bual ini dijalankan untuk mengetahui maklumat
tentang pendekatan yang guru tersebut gunakan semasa menjalani kelas pdpr. .
Perbualan ini dilakukan untuk memenuhi kelengkapan maklumat PBS dan juga kerja
khusus pedagogi Pendidikan al quran. Daripada isu yang dibincangkan saya dapat
mengetahui cara mengajar perndidikan islam secara dalam talianAkhirnya saya
menemu bual guru Bahasa arab. Guru ini merupakan guru lama di sekolah tersebut
dan saya mendapat maklumat yang memuaskan untuk dijadikan sebagai bahan untuk
menyiapkan tugasan PBS ini. Melalui itu saya dapat pengalaman untuk tidak mudah
berputus asa dan sentiasa bersemangat walaupun mengajar murid yang tidak faham
Bahasa arab.
LAMPIRAN 1-5
AMALAN REFLEKSI
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH
(Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)

1. Isu /Perkara yang difokuskan


Pengurusan Sekolah

2. Analisis isu

2.1 Kekuatan

• Pihak sekolah dapat menguruskan sekolah dengan terurus dan licin


walaupun dalam situasi pandemik covid 19

• Guru guru dibahagikan tugas untuk hadir ke sekolah untuk menghantar


modul di pondok keselamatan untuk di siapkan oleh murid.

• Guru besar hadir ke sekolah 3 kali seminggu untuk melakukan


pemantauan di sekolah

2.2 Kelemahan

• Terdapat kekangan internet untuk pelajar pelajar menyertai


program program yang diadakan pihak sekolah

3. Cadangan penambahbaikkan:

• Membuat program tersebut di whatsapp dan juga google meeting


LAMPIRAN 1-5

AMALAN REFLEKSI
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH
(Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)

1. Isu / perkara yang difokuskan

Menghadiri kelas Pendidikan Islam secara dalam talian

2. Analisis perkara

2.1 Kekuatan

• Para pelajar dapat memahami apa yang guru ajarkan

• Para pelajar mengikuti arahan guru dan tidak membuat bising


ketika guru mengajar

• Guru dapat mengajar pelajar pelajar menggunakan google


classroom

2.2 Kelemahan

• Sesetengah pelajar tidak dapat menghadiri kelas kerana tidak


mempunyai gajet

3. Cadangan penambahbaikkan

• Memberi modul kepada pelajar pelajar yang tidak daspat mengikuti


kelas secara dalam talian
8.0 LAPORAN AKHIR
Sebelum saya memulakan laporan secara lebih terperinci , disini saya ingin
menceritakan serba sedikit mengenai latar belakang Sekolah Kebangsaan Telok
Berembang. Sekolah ini mempunyai jumlah murid yang agak ramai iaitu seramai 425
orang. Murid di sekolah ini mempunyai pelbagai bangsa dan agama yang
kebanyakkannya terdiri daripada kaum melayu, india dan lain lain. Sekolah ini
mempunyai jumlah guru sebanyak 38 orang iaitu 35 orang siswazah dan 3 orang
bukan siswazah. Hasil temubual merumuskan bahawa jumlah guru di sekolah ini
adalah cukup bagi matapelajaran tertentu seperti Pendidikan islam, Bahasa Arab
tetapi kekurangan bagi guru Bahasa melayu dan juga sains.

Setelah beberapa hari menjalankan tugasan ini, saya dapati bahawa saya dapat
membina sikap positif dalam diri saya. Antara sikap positif yang saya dapat ialah
keyakinan diri . Ianya memupuk sifat bergaul dengan pelbagai golongan yang ada di
sekolah seperti guru guru, pekerja pembersihan, peniaga kantin dan
sebagainya.Ketika berhadapan dengan murid, saya belajar untuk memahami diri
murid murid dan memperbaiki interaksi dengan mereka. Saya juga belajar bagaimana
untuk mengawal keadaan kelas di dalam talian dan menjalankan peraturan di dalam
kelas.Bukan itu saja, saya juga diberi penerangan berkaitan dengan Bahasa arab dan
pendidikan islam . Cara cara untuk mengajar mata pelajaran pendidikan islam.

Sepanjang tempoh saya menjalani program PBS di SK Telok


Berembang,menerusi pemerhatian yang saya jalani adalah saya melihat prasarana
sekolah tersebut. Apa yang saya lihat setelajh bertanyakankepada mentor saya
adalah banyak perubahan dan penambahbaikkan insfrastruktur yang lebih selesa
serta keadaan sekolahnya yang sangat menarik. Tamsilnya, dewan, bilik ict,
Pendidikan khas yang lengkap dan sebagainya. Oleh itu, perkara ini boleh telah
menambahbaikkan proses pengajaran dan pembelajaran di aman pembelajaran aktif
digalakkan dengan adanya insfrastruktur yang menarik. Dengan ini, saya membuat
kesimpulan bahawa persekitaran yang selesa dapat meningkatkan mutu
pembelajaran murid di sekolah serta murid menjadi lebih fokus untuk belajar.
Prestasi sekolah ini sentiasa meningkat pada setiap tahun. Strategi pengajaran guru
guru yang membawa kejayaan sekolah di samping murid murid memberi kerjasama
yang memberangsangkan. Pihak sekolah juga berperanan menjalankan aktiviti aktiviti
bagi meningkatkan pencapaian para murid. Selain itu, pihak sekolah ini juga
memantapkan sahsiah dan rohani dalam kalangan murid muridnya.Pelbagai program
dijalankan seperti solat hajat bacaan yaasin dan juga bacaan surah al kahfi untuk
memberi motivasi kepada para pelajar.Berdasarkan tugasan ini dapatlah saya ketahui
bahawa saya banyak belajar mengenai suasana sekolah yang sebenar sekali gus
memahami budaya sekolah, organisasi sekolah , prasarana sekolah yang perlu ada
dalam mewujudkan pembelajaran yang dikehendaki oleh kementerian pendidikan.

Kesimpulannya, pengalaman dan pengetahuan yang saya perolehi melalui


Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan perkara yang amat bermakna
bagi saya. Hal ini demikian kerana pengalaman dan pengetahuan tersebut memberi
gambaran dan pengajaran kepada saya apabila bertugas sebagai seorang guru pada
masa akan datang. Akhirnya pengalaman dan pengetahuan tersebut merupakan satu
ilmu yang baik untuk saya aplikasikan semasa menjadi seorang guru nanti.
Sesungguhnya, impak terbesar PBS ini ialah boleh membantu guru mengenal pasti
kekuatan, kelemahan, kesilapan dan apa yang perlu dibaiki untuk mendapat hasil
yang baik. Oleh itu, murid yang bagus datangnya dari guru yang bagus.
BIODATA GURU PELATIH

NAMA PELAJAR: MUHAMAD FIRDAUS BIN RASMI

NOMBOR KAD
PENGENALAN:000-220-050473

NAMA SEKOLAH: SEKOLAH KEBANGSAAN TELOK BEREMBANG

KOD SEKOLAH:MBA 0016

ALAMAT SEKOLAH:SEKOLAH KEBANGSAAN TELOK BEREMBANG, LUBOK


CHINA,78100, LUBOK CHINA, MELAKA

NOMBOR TELEFON
SEKOLAH:6066967602

EMEL:MBA0016@moe.edu.my

AMBILAN:JUN 2020

PENGKHUSUSAN:PENDIDIKAN ISLAM 1 MINOR BAHASA ARAB

TAHUN: 2

SEMESTER: 1

TARIKH PBS: 2 OGOS – 6 OGOS 2021

JABATAN: PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL


LAMPIRAN KEHADIRAN

You might also like