You are on page 1of 2

PUSAT LATIHAN MENGAJAR DAN INDUSTRI (PuLaMI)

Universiti Pendidikan Sultan Idris, Aras Bawah Blok 9,


Kampus Sultan Azlan Shah, 35900 Tanjung Malim, Perak Darul Ridzuan.
Tel: 015-4879 7210/7217 Faks: 015-4879 7290
Web: praktikum.upsi.edu.my Emel: plmi@upsi.edu.my

Rujukan kami: UPSI/PLMI/PPG/633.4(02)


Tarikh:

KEPADA YANG BERKENAAN

Tuan/Puan,

PROGRAM PERANTIS GURU (PPG) : PELAJAR UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS


SEMESTER SESI

Sukacita dimaklumkan bahawa pelajar seperti butiran di bawah akan menjalankan Program Perantis Guru
(PPG). Berikut adalah butiran pelajar yang akan menjalani Program Perantis Guru (PPG) di institusi Yang
Berbahagia Tuan/Puan:
Nama Pelajar :
No. Matrik :
No. Kad Pengenalan :
Program pengajian :
Fakulti :
Sesi PPG : PPG1 (2 minggu) / PPG2 (4 minggu)

2. Sehubungan itu, adalah disahkan bahawa penama di atas merupakan pelajar UPSI yang memohon
untuk melakukan Program Perantis Guru (PPG) di institusi Tuan/Puan.

3. UPSI percaya bahawa Program Perantis Guru ini merupakan salah satu kaedah yang berkesan untuk
mendedahkan pelajar kepada suasana institusi supaya mereka lebih bersedia menghadapi masa hadapan.
Sehubungan dengan itu UPSI amat berharap pihak tuan/puan dapat menerima pelajar ini untuk menjalani
program ini di institusi Tuan/Puan.

4. Tuan/Puan diharap dapat mengisi Borang Kesediaan Menerima Pelajar PPG UPSI sebagai tanda
persetujuan awal penerimaan pelajar. Surat penempatan pelajar secara rasmi bersama surat kebenaran
JPN/Institusi berkaitan akan diserahkan kepada pihak sekolah/institusi semasa pelajar melapor diri.

Kerjasama dan pertimbangan Tuan/Puan dalam perkara ini amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

Yang benar,

(PROF. MADYA DR. NOR’ASHIQIN BINTI MOHD IDRUS)


Pengarah
Pusat Latihan Mengajar dan Industri
Lampiran

PROGRAM PERANTIS GURU (PPG)

Bermula Julai 2017, pelajar program Pendidikan di UPSI diperlukan untuk mengikuti Program Perantis Guru (PPG)
sebanyak dua sesi: PPG1 (2 minggu) dan PPG2 (4 minggu), sebelum mengikuti program Latihan Mengajar selama 16
minggu.

Objektif PPG adalah untuk memberi guru pelatih peluang;

PERKARA OBJEKTIF TUGASAN


Program Menganalisis 1. Para pelajar dikehendaki mengumpul maklumat tentang sekolah dalam aspek
Perantis Guru persekitaran berikut :
(PPG) 1 dan budaya i. Nama dan alamat sekolah ii. Bilangan guru dan kakitangan
sekolah sokongan
(2 minggu)
iii. Lokasi sekolah iv. Sejarah sekolah
v. Pelan sekolah vi. Takwim sekolah
vii. Gred sekolah viii. Pengurusan dan kurikulum
ix. Jenis sekolah x. Aktiviti dan ko-kurikulum
xi. Logo, visi dan misi xii. Prasarana
xiii. Bilangan pelajar
2. Berdasarkan maklumat yang diperolehi, pelajar dikehendaki membuat rumusan
secara keseluruhan tentang persekitaran dan budaya sekolah serta menganalisa
secara kritikal perkaitannya dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Program Membina 1. Pengetahuan dalam sukatan/dokumen kandungan matapelajaran;
Perantis Guru kemahiran Membuat laporan mengenai sukatan /dokumen kandungan matapelajaran
(PPG) 2 dalam amalan pengkhususan masing-masing.
2. Kemahiran dalam amalan PdP Guru Pembimbing;
(4 minggu) PdP,
2.1 Melaksanakan pemerhatian ke atas sekurang-kurangnya satu sesi PdP guru
pengurusan
pembimbing dan menyediakan laporan merangkumi elemen berikut :
ko-kurikulum i. Tajuk ii. Kaedah penilaian
dan iii. Objektif pengajaran iv. Penutup
pengurusan v. Kaedah mengajar vi. Menyenaraikan kemahiran yang
sekolah. dipelajari oleh murid
vii. Penggunaan alat bantu mengajar viii. Hasilan pembelajaran
ix. Pengurusan bilik darjah x. Mengenalpasti pelajar-pelajar
yang berkeperluan khas(sekiranya
ada)
xi. Pengurusan masa pengajaran

2.2 Membuat refleksi terhadap proses PdP guru pembimbing.


3. Kemahiran dalam amalan PdP Guru Pelatih;
3.1 Menghasilkan satu RPH dan melaksanakan pengajaran serta merekodkan
pengajaran tersebut.
3.2 Membuat refleksi tentang pengajaran PdP yang dilakukan.
4 Kemahiran dalam aktiviti pengurusan sekolah;
Membuat laporan mengenai penglibatan bersama guru dalam melaksanakan
aktiviti pengurusan sekolah. Contoh seperti Guru Panitia/ Guru Kelas/ Guru
Bimbingan dan Kaunseling/ Guru Disiplin dan lain-lain.
5 Kemahiran dalam aktiviti pengurusan ko-kurikulum;
Membuat laporan mengenai penglibatan bersama guru dalam melaksanakan
aktiviti pengurusan ko-kurikulum sekolah.

You might also like