You are on page 1of 10

SKRIP MANUAL PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI

RUMAH

1
1. Manual Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah dibangunkan
bagi membantu guru melaksana PdP di rumah.
2. Ia juga untuk pentadbir sekolah, pegawai pejabat pendidikan daerah (PPD),
jabatan pendidikan negeri (JPN) dan bahagian di Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM).
3. PdP di rumah bermaksud PdP yang dilaksanakan di rumah, pusat komuniti
atau mana-mana lokasi yang bersesuaian sama ada dalam talian atau luar
talian.

4. Objektif manual pelaksanaan PdP di rumah adalah supaya:


4.1 guru melaksana PdP di rumah secara berkesan; dan
4.2 murid dapat mengikuti PdP secara optimum.

5. Sasaran manual ini adalah guru, pentadbir sekolah, pegawai ppd,jpn dan
bahagian di KPM.

2
6. Perancangan PdP di rumah perlu distrukturkan mengikut keupayaan murid
dan kesediaan sumber yang ada bagi memastikan murid memperoleh faedah
daripadanya.
7. Terdapat empat kaedah PdP di rumah yang boleh digunakan oleh guru
seperti dalam talian, modul, off-site learning dan projek. 

8. Kaedah PdP dalam talian dilaksanakan apabila terdapat capaian Internet dan
penggunaan peranti yang membolehkan murid belajar seperti berikut:
8.1 Pembelajaran menggunakan pelantar seperti Digital Educational
Learning Initiative Malaysia (DELIMa), Cikgootube dan aplikasi
media sosial;
8.2 Pembelajaran boleh dilaksanakan secara lintas langsung (live
streaming) menggunakan aplikasi seperti Google Meet atau
Microsoft Teams; dan
8.3 Pembelajaran menggunakan ePermainan (gamification), video, klip
audio, eBuku, rakaman atau tugasan dalam talian.

3
9. Modul Pembelajaran perlu dirancang secara berstruktur untuk memenuhi
semua kandungan mata pelajaran dan bukan kompilasi lembaran kerja
semata-mata. Pelaksanaan modul adalah seperti berikut:
9.1 Modul pembelajaran boleh disediakan secara berfasa dan diedarkan
kepada murid berdasarkan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang
ditetapkan;
9.2 Murid perlu menyerahkan hasil tugasan untuk disemak/ditaksir
sebelum diberi modul pembelajaran seterusnya;
9.3 Perkara yang perlu ada di dalam modul

i. Sasaran (Tahun 1/2/3/4/5/6 atau T1/2/3/4/5)

ii. Tajuk atau tema modul

iii. Ringkasan kandungan sesi pembelajaran


(Lampiran 1)

iv. Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Standard


Prestasi

v. Objektif pembelajaran

vi. Tempoh pelaksanaan aktiviti

vii. Nota berkaitan tajuk modul

viii. Aktiviti yang relevan dengan topik PdP atau aktiviti yang
menggalakkan murid belajar berdasarkan pengalaman sendiri;
dan

ix. Instrumen pentaksiran untuk mengukur penguasaan murid.

4
10. Off-site Learning adalah kaedah pembelajaran yang berlaku di lokasi luar
daripada premis sekolah. Contoh lokasi PdP adalah seperti pusat komuniti,
beranda rumah panjang dan rumah guru sebagai kelas sementara atau
mana-mana premis yang diisytiharkan sebagai pusat pemindahan sementara
akibat bencana. Pelaksanaan off-site learning ini adalah seperti berikut:
10.1 Kaedah Bimbingan Academic Support Team (AST) yang berlaku di
pusat pemindahan sementara apabila berlaku bencana. Pelaksanaan
kaedah ini adalah merujuk kepada Garis Panduan Pengurusan
Pengajaran dan Pembelajaran Akibat Bencana.
10.2 PdP oleh AST adalah menggunakan KIT PdP Bencana dan dilakukan
secara didik hibur.
10.3 PdP yang dilaksanakan oleh guru sukarelawan di pusat komuniti,
rumah panjang atau rumah guru di lokasi setempat yang menggunakan
modul umum yang berbentuk didik hibur dan berfokus kepada aktiviti
pengayaan

5
11. Projek boleh dilaksanakan mengikut mata pelajaran ataupun gabungan
beberapa mata pelajaran. Pelaksanaannya adalah seperti berikut:
11.1 arahan pelaksanaan aktiviti adalah mengikut kesesuaian medium
komunikasi guru dan murid;
11.2 perancangan projek hendaklah teratur dan mengikut kesesuaian serta
keupayaan murid;
11.3 murid membuat perbincangan dan perancangan kerja secara
berkumpulan atau individu untuk menentukan:
i. Tajuk Projek
ii. Matlamat dan Objektif
iii. Perancangan dan Agihan Tugasan
iv. Kos/sumber
v. Dokumentasi/laporan
vi. Pembentangan
11.4 guru membimbing secara berkala;
11.5 guru mentaksir menggunakan rubrik pentaksiran yang telah
diselaraskan di bawah dimensi ‘mengumpul maklumat’, ‘merancang’,
‘mengaplikasi’ ‘membuat refleksi’, ‘berkomunikasi’ serta ‘etika dan
kerohanian’;
11.6 guru perlu merekod perkembangan penguasaan murid menggunakan
templat perekodan yang disediakan. Pelaporan dan showcase
(persembahan) secara bertulis (dokumentasi) adalah perlu disediakan.
Murid perlu membuat persembahan kerja projek yang berkaitan; dan
11.7 tempoh masa bagi murid menyiapkan laporan dan persediaan untuk
showcase (persembahan) secara terancang.

6
12. Guru perlu menyusun Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) berdasarkan
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) dan takwim
persekolahan yang berkuat kuasa.
13. Guru perlu merancang RPH berdasarkan RPT yang telah disusun dan jadual
waktu PdP di rumah supaya kandungan kurikulum dapat disampaikan secara
optimum.
14. Perancangan penyampaian kurikulum PdP di rumah dapat ditentukan
menggunakan kaedah pengiraan jam PdP seperti berikut:

NR = N - NS

N = Peruntukan masa minimum bagi mata pelajaran


NS = Peruntukan masa minimum mata pelajaran di sekolah
NR = Peruntukan masa minimum mata pelajaran di rumah

15. Guru perlu melaksanakan perkara berikut:


15.1 menentukan kaedah penyampaian yang fleksibel mengikut situasi
semasa dengan mengambil kira medium yang ada pada murid;

7
15.2 menyediakan bahan PdP yang mudah didapati, diakses serta
bersesuaian dengan kaedah PdP yang digunakan;
15.3 memastikan murid mendapat tugasan/latihan yang dirancang oleh
guru;
15.4 menetapkan masa perbincangan dengan murid selain daripada waktu
PdP;
15.5 menggunakan pelbagai kaedah pentaksiran seperti kuiz,
tugasan/latihan dan projek untuk menentukan pencapaian murid;
15.6 mengadakan perbincangan dengan ibu bapa/penjaga untuk
menyokong pembelajaran murid di rumah mengikut kesesuaian dan
persetujuan kedua-dua pihak; dan
15.7 merekod pelibatan murid dalam PdP di rumah mengikut kaedah
perekodan yang bersesuaian.

16. Peranan pentadbir adalah perlu bagi:


16.1 memastikan perancangan dan pengurusan PdP di rumah
dilaksanakan dengan teliti, cekap dan berkesan untuk mengelakkan
pertindanan masa antara mata pelajaran dan lambakan
tugasan/latihan kepada murid;
16.2 mengatur jadual pembelajaran yang fleksibel bagi menguruskan
aktiviti PdP di rumah yang berkesan; dan
16.3 memantau PdP di rumah yang dijalankan dan memberikan sokongan
yang bersesuaian kepada guru.

8
17. Peranan ibu bapa/penjaga adalah seperti berikut:
17.1 memastikan murid mendapat maklumat berkaitan sesi PdP bersama-
sama guru ataupun arahan/tugasan/kerja rumah yang diberikan guru;
17.2 mengakses TV Pendidikan, EduwebTV (koleksi video) dan
Cikgootube (perkongsian koleksi video daya usaha kreativiti guru)
bagi membantu pembelajaran anak di rumah melalui pautan
http://eduwebtv.moe.edu.my dan http://bit.ly/cikgootube ;dan
17.3 menyokong proses pembelajaran murid.

18. Tempoh layar merujuk kepada masa penggunaan peranti seperti komputer,
komputer riba, tablet atau telefon pintar semasa proses PdP. Pelaksanaan PdP di
rumah yang memerlukan murid menggunakan peranti mesti mengambil kira tempoh
waktu layar.
19. Cadangan tempoh maksimum penggunaan peranti sewaktu PdP mengikut
tahap persekolahan adalah seperti berikut:

Tahap Persekolahan Tempoh waktu layar/sehari


Sekolah Rendah 1-2 jam
Sekolah Menengah Rendah 2-3 jam
Sekolah Menengah Atas 3-4 jam

Sumber: Screen Time Guidelines by Age As Recommended by The American


Academy of Pediatrics (AAP) and World Health Organization (WHO)

20. Selain itu, penetapan tempoh layar juga adalah mengikut kesesuaian yang
dirancang pihak sekolah dan dipersetujui oleh ibu bapa/penjaga.

9
10

You might also like