You are on page 1of 5

Modul 6.

2_Aktiviti 3: Perancangan PdP-PBL

Aktiviti 3: Templat Perancangan PdP-PBL

Arahan: Pindahkan maklumat-maklumat berkaitan daripada templat KmR ke templat ini.


Rujuk huraian yang disertakan bagi mengetahui cara bagaimana melengkapkan templat ini.

Nama Nurul Akmal binti Zukelfali

Sekolah Sekolah Tinggi Muar

Earth
Tajuk 1️⃣
Students are divided into six groups. Each group needs to design a model of Earth
Ringkasan 2️⃣ layers using different materials based on their own creativity.
(Project Overview)

Mata Pelajaran
3️⃣ Bahasa Melayu Matematik

Bahasa Inggeris / Sains

________________________ _______________________

________________________ _______________________

Tahun
2022

Masa
27.07.2022 – 28.08.2022

Standard Kandungan:
Standard 4️⃣ System and structure of the Earth.

Standard Pembelajaran:
Explain differences in earth layers based on its composition and physical
characteristic.

Standard Prestasi:
Design a model with creative and innovative use of science knowledge and skills of
the Earth structure.

Hasil Pembelajaran/ By the end of the lesson, pupils will be successful if they can:
Kriteria Kejayaan 1. design a model of Earth in three weeks

1
2. explain four differences in Earth layers based on its composition and physical
characteristic in 3 to 5 minutes.

The Big Idea OUR EARTH IS OUR FUTURE

Soalan Pencetus 1. Design a model of earth containing four layers. Then, explain about the
composition and physical characteristics of the Earth’s layers
Idea 5️⃣

Rancangan Pentaksiran : 6️⃣

Tugasan Jenis/ Alat Pentaksiran

1. Design a model of Earth layers Observation / Rubric

2. Presentation Oral / Spoken

3.

Langkah Pengajaran 1. Teacher explains about the structure of Earth by using You tube videos.
2. Students design a model of Earth layers in group.
3. Students present their group projects.
4. Teacher evaluate their products.

Sumber You tube, DSKP, Science text book

Huraian Templat PdP-PBL

2
Perkara Huraian

1. Tajuk atau Tema Perancangan unit PdP boleh disediakan berdasarkan tajuk atau
tema. Jika bersifat tematik, murid meneroka isi kandungan
pelajaran secara lebih menyeluruh dan memberi peluang kepada
murid meneroka maklumat berkaitan dengan tema berkenaan.
Murid perlu mengakses maklumat, mengumpul maklumat,
memproses maklumat dan menilai maklumat yang terkini daripada
pelbagai sumber serta tidak menjadikan guru sebagai sumber
maklumat utama.

2. Ringkasan Ringkasan pakej aktiviti pengajaran dan pembelajaran merupakan


Rancangan gambaran keseluruhan aktiviti PdP yang hendak dilaksanakan di
Unit PdP dalam sesuatu Perancangan Unit.

Secara umum, seseorang guru boleh merancang satu pakej aktiviti


bagi penggunaan selama satu bulan (empat minggu) pengajaran-
pembelajaran.

Berdasarkan gambaran keseluruhan kandungan ilmu pengetahuan


dan produk/ projek yang akan dihasilkan oleh murid yang terdapat
di dalam ringkasan pakej ini, guru boleh merancang keperluan
bahan sumber yang diperlukan lebih awal bagi memudahcarakan
murid melaksanakan aktiviti pembelajaran kendiri. Pakej aktiviti
pengajaran-pembelajaran ini juga boleh dijadikan salah satu bahan
utama dalam kontrak pembelajaran murid dengan pihak ketiga (ibu
bapa/penjaga).

3. Bidang Subjek Selain daripada itu, murid juga boleh membuat hubung kait dengan
pengetahuan yang diperoleh daripada mata pelajaran lain seperti
mata pelajaran Sains sewaktu mempelajari Bahasa Melayu.
Pendidikan yang dapat menjana kemahiran murid untuk membuat
hubung kait ilmu pengetahuan dan maklumat yang pelajari sebegini
boleh merangsang minat belajar dalam kalangan murid. Murid juga
boleh mengaplikasikan ilmu pengetahuan sebagai ilmu gunaan
dalam kehidupan seharian.

Perancangan topik-topik berdasarkan tema yang merentasi


kurikulum, jika dibuat secara koheren dengan mata pelajaran lain
yang dimuridi oleh murid di sekolah, dapat mendidik ke arah
menjadikan ilmu pengetahuan/maklumat yang diperoleh sebagai
ilmu gunaan dalam kehidupan seharian. Dan murid tidak
mempelajari sesuatu mata pelajaran secara terpisah.

4. Standard Standard Pembelajaran merupakan hasil pembelajaran yang perlu


Kandungan dan dicapai oleh murid dalam setiap unit pembelajaran. Standard
Standard Pembelajaran dipilih daripada Dokumen Kurikulum Standard Sekolah
Pembelajaran Rendah (KSSR) terbitan Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM.

3
Perkara Huraian

Standard Pembelajaran yang dipilih dan disepadankan dengan tema


dan pakej aktiviti yang dirancangkan dalam Perancangan Unit P&P
lazimnya lebih daripada dua Standard Pembelajaran. Ini memberi
makna iaitu pada akhir setiap prosedur aktiviti pengajaran-
pembelajaran untuk tempoh satu waktu pembelajaran murid (student
learning time) di sekolah dan di rumah, guru perlu mencatat beberapa
Standard Pembelajaran yang perlu dicapai.

Pencapaian Standard Pembelajaran oleh murid ini membantu guru


menjadi fasilitator yang berkesan kepada murid di samping dapat
menilai dan menafsirkan proses dan produk/ projek yang dihasilkan
oleh murid untuk tujuan Pentaksiran Berasaskan Sekolah yang
berterusan dan holistik.

5. Soalan Pencetus SPI berperanan untuk mencetus semangat ingin tahu dan
Idea (SPI) merangsang pembelajaran berdaya fikir dalam kalangan murid. SPI
dapat membantu hala tuju murid untuk mencari, mengakses,
mengumpul, dan memproses maklumat yang diperlukan untuk
menjawab persoalan yang ditimbulkan. SPI juga membantu murid
menyaring maklumat yang relevan dengan produk yang hendak
dihasilkan oleh murid dalam proses pembelajaran mereka semasa
melaksanakan projek.

Pembelajaran berteraskan persoalan utama dalam strategi


Pembelajaran Berasaskan Projek ini memupuk kemahiran
penyelesaian masalah di dalam kalangan murid. Kemahiran
penyelesaian masalah merupakan salah satu kemahiran Abad Ke-21
yang perlu dimiliki oleh murid kini.

Unsur membuat kajian juga boleh dibudayakan kepada murid melalui


persoalan utama yang terdapat dalam Perancangan Unit. Budaya
membuat kajian dan penyelidikan merupakan asas ke arah inovasi.
Budaya sebegini boleh berakar umbi dengan kukuh jika dimulakan
pada peringkat persekolahan dengan cara diintegrasikan dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Persoalan utama bagi sesuatu perkara boleh mencetuskan


‘keraguan demi keraguan’ dan menggalakkan pemikiran aras tinggi
dalam kalangan murid.

6. Rancangan Pentaksiran dan penilaian terhadap pencapaian murid perlu dilihat


Pentaksiran berdasarkan proses dan produk/projek yang dihasilkan secara
berterusan dan holistik. Adalah tidak wajar jika rumusan pencapaian
seseorang murid hanya dibuat pada suatu sesi tertentu yang
ditetapkan oleh pengurusan sekolah.

4
Perkara Huraian

Produk/projek yang dihasilkan murid dan dikumpulkan di dalam


portfolio pembelajaran serta persembahan yang dilakukan oleh
murid merupakan objective evidence kepada keupayaan dan
kebolehan sebenar seseorang murid. Bagi mengelakkan produk
yang dihasilkan oleh murid dibuat oleh orang lain guru menyediakan
suatu instrumen penilaian tertentu yang mencatat proses dan
pengalaman pembelajaran murid. Pemberatan tertentu kepada
proses dan produk/projek juga boleh disediakan oleh guru supaya
rumusan markah yang diberi benar-benar tepat dan adil.

Pentaksiran dan penilaian sumatif yang memfokuskan kepada fakta


sudah tidak relevan lagi pada zaman maklumat di hujung jari
sekarang.

You might also like