You are on page 1of 27

See

discussions, stats, and author profiles for this publication at:


https://www.researchgate.net/publication/283572071

Isu Pengajaran Dalam Kalangan Guru


Matematik
Chapter January 2015
DOI: 10.13140/RG.2.1.2879.6889

CITATIONS

READS

281

2 authors, including:
Effandi Zakaria
National University of Malaysia
132 PUBLICATIONS 283 CITATIONS
SEE PROFILE

All in-text references underlined in blue are linked to publications on ResearchGate,


letting you access and read them immediately.

Available from: Effandi Zakaria


Retrieved on: 15 October 2016

ISU DAN
PENDIDIKAN ---

ISU DAN CABARAN DALAM


PENDIDIKAN MATEMATIK

EDITOR
Effandi Zakaria
Roslinda Rosli
Siti Mistima Maat

Dicetak di Malaysia oleh


wal Hijrah Enterprise
o. 12A, Jalan 3/69, Seksyen 3
3650 Bandar Baru Bangi, Selangor.
el: 0133111844, Faks: 0389258780,
E-mel: ahijrah@pd.jaring.my

ii

Hak Cipta Terpilihara


Tidak dibenarkan ulang mana-mana bahagian ar+il_.
ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa j
dan dengan cara apa pun sama ada elektronik,
mekanikal, rakaman atau lain-lain sebelum memsap
keizinan bertulis dari Fakulti Pendidikan UKM.

Cetakan Pertama: 2015


Susun Atur Huruf:
Huruf: Verdana 9, 10, 11, 12, 14, 16
Perpustakaan Negara Malaysia
Penerbitan

Data Pengkatalogan-da

Effandi Zakaria
Isu dan Cabaran dalam Pendidikan Matematik/ Effa ndi
Zakaria, Roslinda Rosli , Siti Mistima Maat.
Mengandungi rujukan bibliografi
ISBN: 978-983-2267-80-5

1. Mathematics-Study and teaching.


2. I.Effandi Zakaria II. Roslinda Rosli.III. Siti Mistima
Maat IV. Judul
510.7

Diterbitkan di Malaysia
Fakulti Pendidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bandar Baru Bangi
Selangor.
Tel: 03-89216236, Faks: 0389254372,
E-mel: effandi@ukm.edu.my

iii

KANDUNGAN

Prakata
Bab 1

Isu Pengajaran Dalam Kalangan


Guru Matematik

1-18

Effandi Zakaria
Norhidayah Addenan

Bab 2

Kemah iran Abad Ke 21: Pendekatan


Pengajaran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
Dalam Matematik

19-36

Nooriza Kassim
Noziati Borhan

Bab 3

Isu Dan Cabaran Perlaksanaan KBAT


Dalam Pendidikan Matematik

37-52

Siti Mistima Maat

Bab 4

Nilai Dalam Pembelajaran Matematik

53-73

Norziah Othman
Effandi Zakaria
Zanaton Hj Iksan

Bab 5

Pengintegrasian Teknologi Dalam Amalan


Pengajaran Dan Pembelajaran Bilik
Darjah

74-95

Noziati Borhan
Nooriza Kassim

Bab 6

Kefahaman Matematik Mela lui


Pembelajaran Berkomputer

96-113

Tuan Salwani Awang @ Salleh

Bab 7

Pemerkasaan Pengajaran dan


Pembelajaran Matematik Melal

114-126

iv

Penggunaan Bahan Manipulatif


Roslinda Ros/i

PRAKATA

Buku Isu dan Cabaran dalam Pendidikan Matematik ini


adalah merupakan kertas kerja yang dihasilkan oleh
pensyarah dan guru pendidikan matematik. Kesemua bab ini
sesuai untuk dijadikan bahan rujukan dalam bidang
pendidikan matematik, mahupun bidang pendidikan amnya.
Bab ini membincangkan isu-isu dan cabaran yang sering
dihadapi oleh pendidik matematik.
Buku ini sesuai dijadikan rujukan pendidik di peringkat
sekolah mahupun institusi pengajian tinggi, termasuk guru
pelatih di Institut Pendidikan Guru dan di Institusi Pengajian
Tinggi. Buku ini juga sesuai dengan orang awam yang
berminat dengan pendidikan matematik. Buku-buku ilmiah
seperti ini masih kurang dihasilkan atau terdapat di pasaran
khususnya
dalam
pendidikan
Matematik.
Buku
ini
mengandungi 7 bab yang merangkumi pelbagai aspek
pendidikan matematik.
Bab 1 membincangkan isu pengajaran dalam kalangan
guru matematik yang memberi penekanan kepada
pengajaran kefahaman konsep dan strategi peringkat aras
tinggi.
Bab 2 membincangkan berkaitan kemahiran abad ke
21 yang menjurus kepada pendekatan pengajaran kemahiran
berfikir aras tinggi dalam matematik.
Bab 3 membincangkan isu dan cabaran perlaksanaan
KBAT dalam pendidikan matematik
Bab 4 membincangkan tentang aspek nilai dalam
pembelajaran matematik.
Bab 5 menjelaskan tentang pengintegrasian teknologi
dalam amalan pengajaran dan pembelajaran bilik darjah

vi

Bab 6 menjelaskan tentang menangani isu kefahaman


matematik melalui pembelajaran berkomputer
Bab 7 membincangkan
tentang
pemerkasaan
pengajaran dan pembelajaran matematik melalui penggunaan
bahan manipulatif.
Akhir kata, penghasilan buku ini merupakan satu
sumbangan kecil penulis kepada bidang pendidikan
Matematik. Selain itu, kekuatan buku ini adalah juga terletak
di atas kepakaran dan pengalaman penulis-penulis dalam
bidang masing-masing. Buku ini ditulis oleh ahli akademik
yang berwibawa dalam bidang pendidikan.

Sekian, terima kasih. Wassalam.

Sidang Penyunting:
Prof. Madya Dr. Effandi Zakaria
Dr Roslinda Rosli
Dr Siti Mistima Maat
Jabatan Inovasi Pembelajaran dan Pengajaran
Fakulti Pendidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi
Selangor.
Telefon: 03-89216279
Faks: 03-89254372

Isu-Isu Pendidikan Matematik1

BAB1
ISU PENGAJARAN DALAM KALANGAN
GURU MATEMATIK
Effandi Zakaria
Norhidayah Addenan
PENGENALAN
Peranan seorang guru sangat penting di dalam kelas bagi
menerangkan sesuatu konsep kepada pelajar. Pengajaran
matematik perlu menekankan pemahaman konsep dan
penguasaan kemahiran dalam bidang seperti nombor,
bentuk dan ruang, dan perkaitan serta penggunaan
matematik untuk menyelesaikan masalah dalam pelbagai
situasi. Bagaimanapun, terdapat persoalan yang timbul
pada masa kini dalam pengajaran guru dari aspek
penekanan guru terhadap kefahaman konsep dan makna
dalam pengajaran matematik dan strategi kognitif
peringkat tinggi dalam pengajaran matematik.
Kaedah pengajaran guru sering dikaitkan dengan
kejayaan serta kegagalan pelajar. Guru masih selesa
dengan pengajaran pendekatan konvensional di mana
guru mengajar kemudian memberi latih tubi kepada
pelajar. Strategi pembelajaran dan pengajaran yang
berbentuk konvensional lebih berorientasikan peperiksaan
di mana guru lebih menumpukan kepada persediaan
menghadapi
peperiksaan.
Pengajaran
ini
juga
berfokuskan
kepada
pencapaian
akademik
dan
menyebabkan pelajar kurang berinteraksi dalam tugasan
yang diberikan.
Selain itu, kebanyakan guru kurang menekankan
kefahaman
konsep
matematik
disebabkan
mahu
menghabiskan sukatan pelajaran dengan cepat dan

2Isu-Isu Pendidikan Matematik

menumpukan kepada peperiksaan awam. Hal ini


menyebabkan pelajar sukar memahami dan menguasai
konsep matematik. Salah satu faktor berlakunya situasi
ini ialah kebanyakan guru masih sukar menentukan
kaedah dan perlaksanaan pengajaran yang sesuai untuk
mengajar matematik (Abdul Razak dan Nor Asmah,
2010).
Pengajaran pada masa kini masih berpusatkan guru
dan kurang berpusatkan pelajar. Ini bermaksud guru
yang menguasai kebanyakan wacana di dalam kelas
berbanding pelajar. Nik Azis (1996) menyatakan bahawa
pengajaran
yang berpusatkan
guru
tidak
dapat
melahirkan
individu-individu
yang
memiliki
tahap
kecemerlangan berfikir, berinteraksi, dan berdaya kreatif
yang mantap dan produktif. Perkara ini dapat dilihat
apabila guru mengajar secara kuliah dengan memberikan
nota dan contoh penting di papan putih manakala pelajar
hanya perlu memberi perhatian terhadap penyampaian
guru secara mendengar, melihat dan menyalin nota yang
diberi sekiranya perlu. Pelajar hanya berbincang dengan
guru apabila disoal dan apabila diperlukan semasa
membuat latihan. Situasi sebegini menjadikan pelajar
menerima maklumat secara pasif. Bork (2002) juga
berpendapat bahawa strategi pengajaran yang berbentuk
satu hala di mana guru lebih banyak menggunakan
pendekatan verbal yang meminta pelajar untuk
mengulangi apa yang dinyatakan oleh guru di dalam
kelas. Ini bukan sahaja memberikan kesan kepada
sesetengah pelajar tetapi juga menjadi penghalang
kepada sesetengah pelajar lain yang mempunyai tahap
pemikiran dan kefahaman yang berbeza.
Seterusnya, pengajaran guru yang berkesan
dikaitkan
dengan
persekitaran
yang
kondusif,
menggalakkan
pelajar
berfikir,
menyoal
dan
menyelesaikan masalah serta memahami konsep.
Suasana pengajaran yang kondusif dapat menggalakkan
penglibatan aktif pelajar dan meningkatkan kemahiran
berfikir pada aras yang tinggi. NCTM (2000)menyatakan
bahawa guru matematik perlu memahami dan menguasai

Isu-Isu Pendidikan Matematik3

sepenuhnya setiap konsep dan kemahiran dalam P&P


matematik. Mereka perlu mengetahui bagaimana konsep
dan kemahiran tersebut boleh disampaikan kepada
pelajar dengan cara yang terbaik supaya pembelajaran
berlaku dengan mudah, bermakna dan menyeronokkan
(NCTM 2000). Penguasaan guru dalam konsep matematik
juga berkait rapat dengan kefahaman pelajar terhadap
sesuatu konsep.
PEMAHAMAN
MATEMATIK

KONSEP

DALAM

MENGAJAR

Konsep bermaksud idea yang digeneralisasikan daripada


pengalaman manusia dengan beberapa peristiwa, benda
dan keadaan sebenar (Wilkins dan Norton, 2011). Konsep
juga merupakan sekumpulan benda, simbol atau sebuah
peristiwa
yang
dikumpulkan
bersama
berasaskan
persamaan ciri dan dirujuk dengan nama atau simbol
khusus (Norton, 2008). Konsep dan peraturan-peraturan
matematik perlu dihubungkan dengan disiplin yang lain.
Gerakan pembaharuan dalam pendidikan matematik telah
dilabelkan oleh National Council of Teachers of
Mathematics (NCTM) atau Majlis Kebangsaan Guru
Matematik sebagai revolusi dalam matematik sekolah.
Kurikulum mencadangkan menekankan pengajaran untuk
memahami konsep dan pembangunan pemikiran dan
penaakulan
matematik
keupayaan
kanak-kanak,
meningkat
kandungan,
penggunaan
teknologi,
mengaplikasikan matematik kepada masalah sebenar,
penciptaan situasi masalah bagi mewujudkan keperluan
untuk idea-idea baru, dan motivasi pelajar di semua
peringkat melalui komunikasi dengan matematik.
Skemp (1986) juga menerangkan pembentukan
konsep dalam minda pelajar akan terjadi dengan mudah
sekiranya guru memenuhi prinsip yang berikut: Pertama
ialah konsep matematik yang hendak dibentuk tidak boleh
disampaikan dengan hanya memberi definisi sahaja tetapi
perlu diberi contoh-contoh yang sesuai. Contoh yang

4Isu-Isu Pendidikan Matematik

diberi perlu mempunyai pelbagai ciri supaya pelajar


nampak perbezaan antara contoh tersebut. Prinsip kedua
ialah guru perlu memastikan konsep yang digunakan
untuk membentuk konsep baharu yang perlu dikuasai
oleh pelajar sebelum mengajar sesuatu konsep baharu.
Pelajar akan mengalami masalah mempelajari suatu
konsep yang baharu sekiranya mereka tidak menguasai
konsep asas yang diperlukan. Contohnya, untuk
menyampaikan konsep luas sebuah bulatan, pelajar
sepatutnya telah mempelajari konsep jejari bulatan dan
diameter bulatan terlebih dahulu. Sekiranya guru hendak
mengajarkan beberapa konsep yang berkaitan secara
serentak, guru perlu memastikan konsep-konsep tersebut
dijelaskan melalui contoh-contoh yang diberi. Guru perlu
memberi contoh berkaitan konsep pertama dahulu supaya
pelajar mempelajari ciri contoh tersebut sebelum contoh
berkaitan konsep yang kedua diberikan. Bagi konsepkonsep yang lebih sukar dibentuk, iaitu konsep yang
kompleks dan abstrak, guru perlu menggunakan lebih
banyak contoh supaya penerangan lebih lengkap (Nor
Liza, 2005).
Justeru, guru perlu mengetahui pemahaman
pelajar terhadap konsep pelajaran sebelumnya. Menurut
Yildiz et al. (2010) pemahaman pelajar terhadap konsep
merupakan kemahiran matematik yang perlu dimiliki oleh
pelajar. Terdapat beberapa petunjuk yang menunjukkan
pelajar faham akan konsep ialah pelajar mahir
menyatakan semula konsep yang telah dipelajari,
mengenal pasti objek-objek berasaskan pemenuhan
pensyaratan yang membentuk konsep dan menerapkan
konsep secara betul, pelajar dapat memberikan contoh
dan contoh pembilang dari konsep yang telah dipelajari
dan menyediakan konsep dalam pelbagai bentuk
perwakilan
matematik,
dan
pelajar
juga
dapat
menghubungkaitkan pelbagai konsep matematik. RittleJohnson dan Koedinger (2009) juga menyatakan bahawa
konsep matematik pelajar perlu didedahkan dengan
pelbagai bentuk, kaedah dan pendekatan. Robert Gagne
iaitu seorang profesor psikologi juga berpendapat bahawa
pembelajaran konsep matematik yang berkesan berlaku

Isu-Isu Pendidikan Matematik5

apabila pelajar diberikan contoh yang berbeza tetapi


berkaitan supaya pelajar dapat membuat perbezaan.
Guru juga perlu memberi pelbagai jenis contoh matematik
sehingga pelajar dapat memperoleh konsep matematik
yang tepat.
Manakala Boon (2002) menyatakan konsep
pengajaran yang sebenarnya ialah apabila proses
pembelajaran yang berlaku secara semula jadi.
Pengajaran yang berbentuk latih tubi dan satu hala perlu
diubah kepada pembelajaran berpusatkan pelajar dan
bersifat
individu.
Guru
sepatutnya
mengamalkan
pemikiran refleksi dan membuat keputusan atas
pemikiran tersebut. Justeru guru perlu memilih strategistrategi pengajaran bergantung pada faktor-faktor
berikut:
a) Jenis pemikiran- seperti mengingat, mengulang,
menaakul, menyusun semula, menghubung kait
dan membuat refleksi.
b) Jenis gaya pembelajaran.
c) Jenis matlamat- pembinaan dan pemupukan
daya intelektual, emosi, rohani dan jasmani.
d) Jenis motif- rasa ingin tahu atau inkuiri,
keterampilan dan keperluan untuk berinteraksi
dengan orang lain dan emulasi- kecenderungan
yang kuat untuk mencontohkan sesuatu kepada
seseorang yang lain (metafora).
e) Jenis masalah- mencari jawapan, membina
strategi penyelesaian masalah, menyelesaikan
masalah berasaskan nilai dan inovasi.
Faktor-faktor yang digariskan di atas adalah sebagai
panduan kepada guru yang perlu diambil kira semasa
merancang proses pengajaran. Pengajaran merupakan
hubungan, di mana guru-guru, pelajar, dan topik hanya
boleh difahami apabila berhubung antara satu sama lain.
Guru berfungsi untuk mengatur kandungan, menyatakan
kandungan, dan pelajar dan guru saling berhubung antara

6Isu-Isu Pendidikan Matematik

satu sama lain di dalam bilik darjah. Pengajaran juga


mewujudkan
persekitaran
untuk
pembelajaran
matematik, mengatur penyertaan supaya pelajar dapat
menyatakan topik dalam cara-cara tertentu.
Justeru itu, guru perlu menggunakan kaedah atau
strategi mengajar yang berkesan dan boleh meningkatkan
kefahaman konsep dalam pengajaran Matematik. Tengku
Zawawi (2005) menyatakan bahawa strategi pengajaran
yang disusun dengan kemas dan teratur membolehkan
guru mencapai matlamat pengajaran- dan pembelajaran
yang telah ditetapkan. Manakala Nik Azis (1996)
menyatakan bahawa dalam menguasai kemahiran dan
pengetahuan bagi aspek-aspek penyelesaian masalah,
pemikiran logik dan kritis, dan pemupukan nilai-nilai
murni dalam kalangan pelajar seharusnya strategi P&P
yang paling sesuai adalah melalui pengalaman aktif,
reflektif, dan abstrak. Setiap satu daripada strategi
tersebut membahagikan pembelajaran kepada tiga
peringkat iaitu pengalaman aktif, pembentukan struktur
retroaktif dan pembentukan asimilasi yang menyeluruh
(Nik Azis 1992).
Muath Shiyyab (2001) menekankan pemahaman
konsep dalam pengajaran matematik, di mana salah satu
item dalam konstruk penekanan konsep iaitu guru
memberi tumpuan kepada apa yang pelajar tahu dan
bukannya apa yang mereka tidak tahu. Zainal Abidin dan
Afrinaleni (2010) juga menyatakan bahawa guru
seharusnya mengambil kira apa yang pelajar tahu dan
cuba mempertingkatkan interaksi antara pelajar agar
pembelajaran menjadi lebih seronok dan bermakna.
Justeru itu, kaedah konstruktivisme ini saling berkait
rapat dengan pengetahuan sedia ada pelajar. Persekitaran
pembelajaran konstruktivisme juga dapat meningkatkan
mutu P&P matematik dalam bilik darjah melalui
pemahaman kendiri akan konsep dan pengetahuan
matematik menerusi persekitaran pembelajaran yang
kondusif.

Isu-Isu Pendidikan Matematik7

National
Research
Council
(NRC
2001)
menyenaraikan kemahiran matematik yang perlu ada
pada seseorang guru bagi mencapai matlamat pengajaran
yang berkesan iaitu kefahaman konseptual, kemahiran
prosedural, kemahiran strategik, penaakulan, dan
disposisi produktif. Kefahaman konseptual merangkumi
aspek gabungan konsep matematik, operasi dan
hubungan yang terkandung dalam matematik. Manakala
kemahiran prosedural ialah kebolehan melaksanakan
prosedur matematik secara fleksibel, tepat, dan
bersesuaian. Kebolehan untuk membuat formulasi,
perwakilan, dan menyelesaikan masalah merupakan
kemahiran strategik. Kapasiti untuk pemikiran logik,
membuat
refleksi,
penerangan,
dan
justifikasi
dikategorikan sebagai penaakulan. Disposisi produktif
pula adalah kemahiran untuk melihat kepentingan
matematik dan digabungkan dengan kepercayaan
terhadap usaha yang bersungguh-sungguh serta efikasi
kendiri. Gabungan kelima-lima ciri tersebut dapat
menghasilkan pengajaran yang baik (NRC 2001).
Smith dan Geller (2004) menyenaraikan ciri-ciri
pengajaran yang berkesan yang merangkumi a)
pengajaran konsep. b) menghubungkan pengetahuan
lepas pelajar dengan konsep baru, c) menyampaikan
penyelesaian masalah dari perspektif pelajar, d)
menyatakan masalah matematik mengikut paras berikut
iaitu konkrit, bergambar, dan abstrak, e) memberikan
contoh-contoh tentang sesuatu konsep, f) menyusun
maklumat dalam bentuk perwakilan bergambar tentang
sesuatu konsep, g) menyediakan latihan yang disusuli
dengan maklum balas, dan h) melengkapkan analisis
kesilapan dan penerangan lisan daripada pelajar bagi
memperbaiki mutu pengajaran yang seterusnya.
Manakala Griffin dan Jitendra (2009) menyarankan
beberapa strategi penyelesaian masalah matematik dalam
penyampaian
kepada
guru
bagi
meningkatkan

8Isu-Isu Pendidikan Matematik

pemahaman konsep matematik menjadi lebih berkesan.


Antaranya ialah;
a) memberi berbagai contoh konkrit untuk membuat
generalisasi kefahaman konsep dalam matematik
b) memberi contoh yang berbeza tetapi berkaitan
supaya dapat membuat perbezaan. Contohnya
konsep bulatan dibezakan dengan sfera dan
lengkung.
c) memberi contoh-contoh yang tidak ada kaitan
dengan konsep yang diajar untuk membuat
pembezaan dan generalisasi
d) memberi pelbagai jenis contoh matematik untuk
memperoleh konsep yang tepat.
Pemahaman konsep matematik dilihat dari segi
penguasaan guru dalam isi kandungan pelajaran dan cara
untuk menyelesaikan masalah. Shahabuddin et al. (2007)
menyatakan bahawa guru-guru perlu menguasai isi
kandungan pelajaran dan kaedah penyelesaian masalah
dengan baik serta dapat mengaplikasikan model-model
yang sesuai semasa proses P&P. Justeru, guru perlu
memahami dan mematuhi beberapa prinsip semasa
melaksanakan pendekatan strategi penyelesaian masalah
dalam P&P. Antaranya ialah;
a) sesuatu
masalah
yang
memerlukan
penyelesaian perlulah diberikan sebaik sahaja
pelajar selesai diajar mengenai sesuatu topik
tertentu.
Ini
bermaksud,
pelajar
dapat
mengaplikasikan apa yang baru mereka pelajari.
Pelajar akan memperoleh pengalaman sebenar
dalam mengaplikasikan konsep yang baru
dipelajari
dengan
permasalahan
sebenar.

Isu-Isu Pendidikan Matematik9

Pengalaman ini akan mengukuhkan kefahaman


konsep pelajar
b) masalah yang diwujudkan perlu mengambil kira
pengetahuan dan pengalaman sedia ada pelajar
serta tahap kesediaan pelajar. Ini memudahkan
pelajar yang terdiri dari pelbagai aras kebolehan
dapat menyelesaikan masalah yang diberi
c) guru perlu memberi tunjuk ajar mengenai
strategi penyelesaian masalah kepada pelajar
terlebih
dahulu
sebelum
mengemukakan
sebarang masalah. Penerangan yang jelas perlu
diberikan kepada pelajar supaya mereka dapat
memahami
setiap
langkah
penyelesaian
masalah
d) guru juga perlu memberi bimbingan kepada
pelajar supaya mencari jalan penyelesaian
masalah dan bukan memberi jawapan terus
kepada pelajar. Langkah ini lebih bermakna
kerana ia dapat membina kefahaman dan
pemikiran pelajar.

Penggunaan Strategi Kognitif Peringkat Tertinggi


Dalam Pengajaran Matematik
Semasa
mengajar
matematik,
guru
dicadangkan
menyatukan
saling
perkaitan
berikut:
menyoal,
mengaplikasikan strategi, komunikasi, pertimbangan
penaakulan dan membuat refleksi (Bobis & Anderson
2007). Penerangan proses berkenaan adalah seperti
dalam Jadual 2.1.

10Isu-Isu Pendidikan Matematik

Jadual 2.1 Lima Proses Saling Berkaitan dalam


Pembelajaran Matematik
Proses
Penerangan
Penyoalan

Aplikasi strategi

Komunikasi

Pertimbangan
Penaakulan

Membuat Refleksi

Pelajar bertanyakan soalan yang


berkaitan dengan situasi matematik
yang diberi dan pengalaman
matematik mereka
Pelajar membina, memilih dan
menggunakan pelbagai strategi dan
guna teknologi yang sesuai untuk
meneroka dan menyelesaikan
masalah matematik
Pelajar membina dan menggunakan
bahasa dan perwakilan yang sesuai
dan menyatakan idea matematik
Pelajar membina dan menggunakan
proses untuk meneroka perkaitan,
memeriksa jawapan dan memberi
alasan untuk menyokong kesimpulan
mereka
Pelajar membuat refleksi terhadap
pengalaman dan kefahaman kritikan
mereka untuk membuat perkaitan,
generalisasi tentang pengetahuan
sedia ada dan kefahaman mereka

Sumber : Bobis dan Anderson (2007)


Proses-proses ini diharap dapat diaplikasikan oleh
guru matematik dalam semua aspek pengajaran
matematik. Guru dikatakan berkemungkinan mengubah
kaedah pendekatan ajaran mereka apabila mereka
memahami strategi pemikiran pelajar, mempunyai masa
untuk membuat refleksi dan berbincang tentang
pengajaran mereka, bekerja dalam persekitaran di mana
rakan sekerja bersama-sama melibatkan diri, dan di mana
pembangunan profesional menjadi salah satu ciri dalam
organisasi kerja (Bobis & Anderson 2007).

Isu-Isu Pendidikan Matematik11

Ini bermakna guru perlu meningkatkan strategi


pengajaran mereka. Salah satu cara, guru perlu
menerapkan kemahiran berfikir dalam penyoalan semasa
mengajar matematik. Martin (2006) menyatakan bahawa
penyoalan guru merupakan strategi P&P yang mana boleh
merangsang pemikiran pelajar dan membantu guru untuk
memahami tahap pencapaian pelajar serta membantu
guru
dalam
memperuntukkan
penjelasan
yang
sewajarnya. Melalui penyoalan ini, sebenarnya membantu
guru mengesan kefahaman pelajar, menilai keberkesanan
pengajaran guru di dalam kelas dan meningkatkan
pemikiran pelajar pada aras kognitif yang lebih tinggi.
Penyoalan guru juga perlulah dirancang dengan
teliti sebelum proses pengajaran berlaku. Penyoalan guru
yang dirancang dengan baik akan membolehkan
penggunaan soalan secara berkesan semasa pengajaran.
Guru boleh menggunakan soalan untuk mencabar
pemikiran pelajar atau menimbulkan perasaan ingin tahu
dan minat pelajar pada awal pengajaran hinggalah
membawa
kepada
menjawab
soalan
guru
yang
dikemukakan secara bertulis. Penggunaan penyoalan
dalam proses P&P akan membawa kepada proses
mendapatkan jawapan yang betul, sekali gus membantu
pelajar mendapatkan idea serta mengukuhkannya dalam
bentuk pertuturan dan penulisan.
Payne (2001) menyatakan terdapat beberapa jenis
soalan guru yang boleh digunakan dalam pengajaran.
Antaranya ialah soalan jenis serbaneka, soalan jenis
menumpu yang melibatkan maklumat terus dan berfokus,
dan soalan jenis mencapah yang merangkumi soalan
terbuka dan soalan penilaian. Jenis-jenis soalan ini
dikelaskan bagi membezakan antara soalan berkaitan
urusan pentadbiran dan soalan berkaitan akademik yang
beraras kognitif rendah. Soalan terbuka merupakan
soalan yang boleh menghasilkan pelbagai jawapan
daripada pelajar. Misalnya, dalam pengajaran poligon,
guru boleh bertanyakan soalan seperti Apakah yang
kamu boleh beritahu saya tentang poligon?. Soalan

12Isu-Isu Pendidikan Matematik

berbentuk terbuka lebih menggalakkan pelajar untuk


melatih kemahiran berfikir yang tinggi, iaitu pada
peringkat sintesis dan analisis. Muath Shiyyab (2001)
juga menyatakan guru boleh memberi suatu masalah
matematik
di
mana
jalan
penyelesaian
untuk
menyelesaikan masalah tersebut tidak jelas. Guru juga
boleh membantu pelajar untuk membiasakan diri dengan
soalan-soalan atau masalah yang tidak pernah dilihat
sebelum ini.
Penyoalan guru juga merupakan sebagai satu cara
untuk menyampaikan isi kandungan pelajaran kepada
pelajarnya. Soalan-soalan yang dikemukakan adalah
berpotensi untuk membantu pelajar dalam mencapai
keupayaan kognitif yang optimum. Melalui soalan-soalan
yang dikemukakan oleh guru dalam proses P&P dapat
mendedahkan pelajar menggunakan pengetahuan sedia
ada dan membandingkan maklumat yang diperoleh serta
menggunakannya untuk penyelesaian masalah. Pelajar
bertindak secara aktif dan bukannya bertindak secara
pasif dalam proses pembelajaran mereka.
Dapatan kajian Rosnani dan Suhaila (2003) telah
menimbulkan beberapa cabaran dan halangan terhadap
pelaksanaan penerapan kemahiran berfikir dalam PdP.
Mereka merumuskan bahawa walaupun guru sedar
tentang kepentingan penerapan kemahiran berfikir dalam
pengajaran, namun masih ramai guru tidak mempunyai
kecekapan melaksanakan strategi kemahiran berfikir
dalam pengajaran.
Hasil kajian Rajendran (2001) menunjukkan guruguru masih tidak dapat menerapkan kemahiran berfikir
aras tinggi dalam pengajaran Bahasa Melayu atau Bahasa
Inggeris. Hal ini kerana guru kurang yakin untuk
mengajar kemahiran berfikir aras tinggi dalam pengajaran
di kelas. Terdapat beberapa kursus yang berkaitan
dengan kemahiran berfikir aras tinggi dikendalikan untuk
guru di mana sesi pengendalian kursus ini dilakukan

Isu-Isu Pendidikan Matematik13

secara hands-on supaya guru dapat merancang,


mencuba, menilai dan belajar daripada pengalaman
mengajar kemahiran berfikir aras tinggi melalui mata
pelajaran. Justeru peranan guru dalam menerapkan
kemahiran berfikir aras tinggi dalam pengajaran amat
penting bagi memberangsangkan pelajar-pelajar supaya
mereka turut serta dalam proses tersebut. Guru juga
perlu memberi peluang kepada pelajar supaya aktif untuk
memperoleh pengalaman yang bermakna melalui proses
P&P. Pengalaman yang bermakna akan mendorong
pelajar untuk memikirkan tentang apa yang mereka
belajar di dalam kelas.
Muath Shiyyab (2001) juga menyatakan guru perlu
membantu pelajar untuk belajar dan melakukan pelbagai
strategi dalam menyelesaikan masalah matematik.
Langkah ini merupakan strategi-strategi kognitif pada
peringkat tertinggi. Guru membantu pelajar dengan
menerangkan kepada mereka bahawa terdapat banyak
cara untuk menyelesaikan masalah. Ini membolehkan
pelajar tampil ke depan untuk menunjukkan cara mereka
sendiri dalam menyelesaikan masalah. Guru perlu
menggalakkan pelajar untuk menggunakan pendekatan
yang berbeza bagi mempertahankan idea logik mereka.
Sebagai contoh, guru bertanya kepada pelajar Bolehkah
kamu menunjukkan cara lain untuk menyelesaikan
masalah ini? Pelajar boleh menunjukkan pelbagai cara
seperti penggunaan simbol, visual, lisan, atau graf dalam
menyelesaikan masalah matematik. Melalui cara ini,
pelajar dapat berkongsi idea mereka bersama rakan lain
untuk menyelesaikan masalah. Justeru guru seharusnya
memberi peluang kepada pelajar untuk tampil ke depan
dan
menunjukkan
cara
mereka
sendiri
dalam
penyelesaian masalah matematik.
Seterusnya, guru juga perlu menggalakkan pelajar
untuk membuat refleksi dalam menyelesaikan masalah
(Muath Shiyyab 2001) Guru membimbing pelajar untuk
meneroka dan mengembangkan siasatan lanjut tentang

14Isu-Isu Pendidikan Matematik

cara-cara untuk menggalakkan pelajar memikirkan


strategi masing-masing untuk melakukan matematik.
Pelajar boleh memeriksa dan mengkaji pendekatan
mereka, sebab-sebab untuk memilih pendekatan tertentu,
proses mereka berfikir sebelum, semasa, dan selepas
mereka memilih strategi mereka, dan kebaikan serta
keburukan pilihan mereka. Kajian Aini et al., (2013)
mendapati guru yang mempunyai pengetahuan dalam
membuat analisis tentang murid dan membuat refleksi
semasa pengajaran adalah tinggi. Ini menunjukkan
adalah wajarnya seorang guru perlu sentiasa membuat
refleksi terhadap proses P&P yang dilaksanakan dengan
tujuan untuk memperbaiki prestasi pengajarannya
khususnya bagi guru baru yang baru ditempatkan di
sekolah.
Hasil kajian Abdul Razak dan Nor Asmah (2010)
juga menunjukkan guru sentiasa mewujudkan suasana
bersoal jawab dan memberi peluang kepada pelajar untuk
mengutarakan pendapat mereka semasa dalam proses
PdP Matematik. National Council for Teachers of
Mathematics (2000) menyatakan pengajaran yang
berkesan memerlukan persekitaran yang kondusif,
menggalakkan
pelajar
berfikir,
menyoal
dan
menyelesaikan masalah. Ini menunjukkan semasa dalam
P&P Matematik, guru-guru telah bersoal jawab dengan
pelajar bagi mendapatkan maklum balas daripada mereka
sama ada dapat memahami konsep yang disampaikan
ataupun tidak. Langkah ini penting kerana matematik
merupakan subjek yang memerlukan pelajar membuat
latihan bagi menguasai kemahiran yang disampaikan dan
bukan hanya mendengar sahaja semasa proses P&P
dilakukan di kelas.
Berdasarkan kajian-kajian lepas, penulis mendapati
kebanyakan dapatan tentang elemen strategi kognitif
seperti penggunaan soalan guru masih beraras rendah,
penerapan kemahiran berfikir dalam P&P, dan pendekatan
pengajaran yang masih berbentuk konvensional.

Isu-Isu Pendidikan Matematik15

Kesimpulan
Penekanan kepada pemahaman konsep dan strategi
kognitif dalam mengajar matematikadalah amat penting.
Guru hendaklah menerangkan konsep suatu topik
matematik dengan jelas kepada pelajar. Ini kerana
pemahaman konsep yang betul akan membantu pelajar
tersebut menguasai topik matematik dengan lebih mudah
dan dapat mengelak daripada berlakunya salah faham
tentang konsep. Justeru itu, guru bertanggungjawab
untuk memastikan pelajar memahami sepenuhnya isi
kandungan supaya mereka mampu menyelesaikan
masalah yang berkaitan di samping mengelakkan
daripada berlakunya kesilapan konsep. Aktiviti pengajaran
juga haruslah dijalankan secara bermakna dengan
memberi perhatian kepada strategi kognitif peringkat
tinngi. Melalui aktiviti pengajaran ini, matematik akan
lebih dihayati sebagai satu mata pelajaran yang mudah
dan menyeronokkan, tambahan lagi apabila pelajar diberi
peluang terlibat secara aktif dalam aktiviti yang membina
kefahaman, sikap dan kreativiti mereka.
RUJUKAN
Abdul

Razak & Nor Asmah. (2010). Pendekatan


Pengajaran Yang Digunakan Oleh Guru Sekolah
Menengah
Di
Daerah
Johor
Bahru
Dalam
Pengajaran
Dan
Pembelajaran
Matematik.
http://eprints.utm.my/11474/1/Pendekatan_Pengaj
aran_Yang_Digunakan_Oleh_Guru_Sekolah_Menen
gah_Di_Daerah_Johor_Bahru_Dalam_Pengajaran_D
an_Pembelajaran_Matematik.pdf
Aini Hayati, Noor Shah, Mohd. Uzi, & Zulkifley. (2013).
Pengetahuan dalam kalangan guru matematik
sekolah rendah berdasarkan standard pengajaran
matematik. Jurnal Pendidikan Sains & Matematik
Malaysia, 3 (2). ISSN 2232-0393.
Bobis, J & Anderson, J. (2007). Reform-oriented teaching
practices and the influence of school context.

16Isu-Isu Pendidikan Matematik

www.merga.net.au/documents/RP72006.pdf
Boon Ping Ying. (2002). Pemikiran reflektif dalam kerja
kursus berportfolio. Tesis Doktor Falsafah yang
tidak diterbitkan. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Bork, A. (2002). Interactive Learning. Contemporary
issues in technology and teacher education. 2(4),
586-604.
Griffin, C. & Jitendra, A. (2009). Word problem-solving
instruction in inclusive third-grade mathematics
classrooms. Journal of Educational Research 102
(3),187-201.
Harlen, W. & Qualter, A. (2004). The Teaching of Science
in Primary Schools. 4th ed. London: David Fulton
Publishers Ltd.
Koufetta-Menicou, C. & Scaife. J. (2000). Teachers
Questions-Types and Significance in Science
Education. School Science Review, 81(296), 79-84.
Martin, D. J. (2006). Elementary Science Methods: A
Constructivist
Approach.
4th
edn.
Thomson
Wadsworth: Belmont.
Muath Shiyyab. (2001). Observational Study for
Mathematics Instruction In Jordanian Secondary
School. Tesis Doktor Falsafah. University of Texas,
Austin.
National Council of Teachers of Mathematics. (2000).
Principles and Standars for School Mathematics.
Reston, VA: NCTM.
NCTM. (2000). Profesional standards for teaching
mathematics. New York: NCTM
National Research Council. (2001). Adding it up: helping
children harm mathematics. Washington, DC:
National Academy Press.
Nik Azis Nik Pa & Ng See Ngean. (1991). Kajian tentang
pelaksanaan matematik KBSM. Fenomena Tahap
Pertama (1989) dan Kedua (1990). Seminar
Penilaian
KBSM:
Institut
Aminuddin
Baki:
Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur.
Nik Azis Nik Pa. (1992). Agenda Tindakan: Penghayatan
Matematik KBSR dan KBSM. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Nik Azis Nik Pa. (1996). Perkembangan Profesional:

Isu-Isu Pendidikan Matematik17

Penghayatan Matematik KBSR dan KBSM. Kuala


Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nor Liza Zaini. (2005). Pengetahuan konseptual dalam
topik pecahan di kalangan guru-guru pelatih
maktab perguruan. Projek Sarjana Pendidikan.
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Norton, A. (2008). Joshs operational conjectures:
Abductions of a splitting operation and the
construction of new fractional schemes. Journal for
Research in Mathematics Education 39(4),401-430.
Rajendran. (2001). Pengajaran Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi: Kesediaan Guru Mengendalikan Proses
Pengajaran Pembelajaran. Seminar/Pameran Projek
KBKK: Poster Warisan-Pendidikan-Wawasan. Pusat
Perkembangan Kurikulum. Kementerian Pendidikan
Malaysia.
Payne, S. H. (2001). Experiencing Science at Fourth
Grade: Teacher Questioning and its Effect on
Student Questioning and Application. Tesis Doktor
Falsafah yang tidak diterbitkan. Tennessee State
University.
Rittle-Johnson, B. & Koedinger, K. (2009). Iterating
between lessons on concepts and procedures can
improve mathematics knowledge. British Journal of
Educational Psychology, 79,483-500.
Rosnani, H & Suhaila, H. (2003). Implication for
Educational Theory and Practice. Dlm Rosnani, H &
Suhaila, H. (pnyt). The Teaching of Thinking in
Malaysia.
Kuala
Lumpur:
Research
Centre
International Islamic University Malaysia.
Shahabuddin Hashim, Rohizani Yaakub & Mohd. Zohir
Ahmad. (2007). Pedagogi strategi dan teknik
mengajar dengan berkesan. Kuala Lumpur: PTS
Profesional Publishing Sdn.Bhd.
Skemp. (1986). Primary mathematics today and
tomorrow. London : Routledge.
Smith, K.S. & Geller, C. (2004). Essential Principles of
Effective Mathematics instruction: Methods to
Reach All Students. Preventing School Failure
48(4), 1-9.

18Isu-Isu Pendidikan Matematik

Tengku Zawawi Tengku Zainal. (2005). Pengetahuan


pedagogi isi kandungan bagi tajuk pecahan di
kalangan guru matematik sekolah rendah. Tesis
Doktor Falsafah. Universiti Kebangsaan Malaysia,
Bangi.
Yildiz, C., Baki, A., Aydin, M., & Kogce, D. (2010).
Development of materials in instruction of decimals
according to constructivist approach. Procedia
Social and Behavioral Sciences, 2, 3660-3665.
Zainal Abidin Zainuddin & Afrinaleni Suardi. (2010).
Keberkesanan Kaedah Konstruktivisme Dalam
Pengajaran
Dan
Pembelajaran
Matematik. Keberkesanan Kaedah Konstruktivisme
Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik.
pp.
1-7.
(Tidak
diterbitkan).
http://eprints.utm.my/10448/

Prof Madya Dr Effandl

a al di Sekolah Rendah Clifford, Kuala Lipis,


a J tkan pelaj aran ke Sekolah Menengah
Clifford, Kuala
s, Pa ang dan Sekolah Menengah Sains Sultan Hj
Ah mad Shah, Kuantan, Pahang. Beliau melanjutkan pelajarannya
sehingga memperolehi Diploma Sa ins (ITM), ljazah Sarjana Muda
Matematik (ISU-USA), Ijazah Sa rj ana Pendidikan (ISU-USA) dan Ph.D
dalam bidang pendidikan mat ematik di Universiti Kebangsaan Malaysia.
Beliau mempunyai pengala man yang luas di bidang pendidikan. Beliau
pernah mengajar di MRSM Taiping, Perak sebagai guru matematik
selama 9 tahun dan di Pusat Matrikulasi UKM, Bangi selama 4 tahun.
Mulai tahun 1999 hingga sekarang beliau berkhidmat di Jabatan Inovasi Pembelajaran dan
Pengajaran, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai pensyarah dalam
bidang pendidikan matematik. Maklumat lanjut mengenai beliau boleh dicapai di
http://www .effandi .my

Dr Roslinda Rosli

Beliau berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah dari Texas A&M University,


Amerika Syarikat dalam bidang Kurikulum dan Instruksi dengan
pengkhususan Pendidikan Matematik. Telah mengajar di beberapa institusi
pengajian tinggi swasta, UiTM dan terkini sebagai pensyarah kanan
Jabatan Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran di Fakulti Pendidikan,
Universiti Kebangsaan Malaysia. Bidang kepakaran beliau termasuk
penjanaan masalah, penyelesaian masalah, pengetahuan guru dan bahan
manipulatif. Beliau juga aktif dalam geran projek penyelidikan, serta
menulis dan menerbitkan kertas kerja, artikel jurnal, bab dalam buku di dalam dan di luar
negara.

Dr Siti Mistima Maat

Beliau mendapat pendidikan peringkat menengah di Sekolah Sains


Tuanku Jaafar, Kuala Pilah sebelum menyambung pengajian di Kolej
Matrikulasi MARA Kulim . Beliau memegang Ijazah Sarjana Muda
(Kepujian) dalam bidang Matematik dari Universiti Pertanian
Malaysia; Ijazah Sarjana dalam Matematik Tulin dari Universiti Putra
Malaysia dan Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Pendidikan
Matematik dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau mempunyai
pengalama n selama 18 tahun dengan institusi pengajian tinggi
swasta sebelum menyertai Universiti Kebangsaan Malaysia pada
Januari 2015. Sebagai ahli akadem ik, beliau aktif dalam aktiviti penyelidikan, penulisan dan
penyeliaan. Beliau t idak menghadkan penu lisan kepada bidang akademik sahaja malahan
turut prolifik menu lis di akhba r -akhbar tem patan.

ISBN 978-983-2267-80-5

You might also like